Chapter 1

Suprise!!

~flashback~

Eunyoung POV

Aku terjaga dari tidurku kerana aku bermimpi. Aku bermimpi mengenai suami ku... Entah mengapa aku berasa sedih, sakit hati mengenang mimpi tersebut. Aku melihat kearah tempat kosong di sebelah ku. Yifan, di mana dia sekarang ini? Aku pergi ke dapur untuk minum, agar semua fikiran buruk ku hilang. Belum sampai 10 minit aku di dapur, aku mendengar deruman enjin kereta di luar. Aku tahu itu kereta Yifan. Aku terus bergegas ke ruang tamu, aku membukakan pintu untuk Yifan. Sebaik sahaja aku membuka pintu, aku terkejut melihat Yifan dalam keadaan mabuk.

"Yi...Yifan? Awak okey?" Pertanyaan ku tidak diendahnya.

"HEY! SHERRY!!! KAU PENIPU! YOU KNOW HOW MUCH I LOVE YOU?!!! KAU KHIANATI AKU, SHERRY!!!" seakan terhempap batu. Jadi selama ini, gossip yang mengatakan Yifan ada hubungan dengan P.A-nya memang betul lah? Aku tidak dapat menahan perasaan marah ku. Akhirnya tangan ku dengan selamba nya mendarat di pipi Yifan.

"Tak sangka. Awak tipu saya selama ini... Cinta, kebahagiaan, anak... semua saya dah bagi! Apa lagi yang tak cukup?!! I'm your wife, Wu Yi Fan! Awak dah lupa janji awak dulu, hm?" tanya ku. Yifan yang masih dalam keadaan mabuk, cuba untuk berdiri.

"Janji? Aku tak pernah janji dengan kau. Aku tahu, kau isteri aku. Kau dah beri aku semuanya... Untuk pengetahuan kau, aku kahwin dengan sebab aku kesian kan kau. Kau menagih cinta aku selama 4 tahun. 4TAHUN!! Selama 4 tahun itu aku sering di ekori bayang-bayang kau...Aku tak pernah mencintai kau, Eunyoung..." berkecai hatiku mendengar penjelasan Yifan. Aku sangat bodoh. Percaya dengan janji-janji manis Yifan. Selama 6 tahun usia rumah tangga kami,.. ternyata aku di tipu Yifan. Wu Yi Fan, kau memang DAYUS!

"Yifan, lepaskan aku..." ucap ku akhirnya. 

"Terima kasih. Itu yang aku nak dengar. I love you, Eunyoung." kedengaran sinis ketika Yifan mengucapkan 'I love you' kepada ku...

Seminggu selepas pertengkaran tersebut, akhirnya aku dan Yifan bercerai. Aku membawa Sehun, anak hasil aku dan Yifan untuk berpindah. Rumah ini aku serahkan kepada Yifan. Memang rumah ini milik Yifan. Bahkan tanah tempat berdirinya rumah ini milikYifan. Ketika itu Sehun berumur 5 tahun. Jadi, dia kurang faham akan perpisahan antara ibu bapa.

"Eomma... kita nak pergi mana? Pergi cuti?" tanya Sehun sewaktu aku mengemas pakaian ke dalam bagasi. Aku terrsenyum pahit. Aku mengelus kepala Sehun lembut. Aku mengangguk pelan. 

"wah... Eomma daebak!! Tapi... appa ikut juga tak?" tanya nya lagi sambil duduk di samping ku. 

"Hmm... tak. Sehun tahu kan, appa lagi sibuk? Dia takkan dapat bersama kita.." itu jawapan yang selalu aku jawab setiap kali Sehun bertanyakan tentang Yifan. Aku senyum kepada nya untuk menghibur nya.

~end flashback~

Kenangan 10 tahun yang lalu tiba-tiba muncul di benakku tatkala aku menatap foto berbingkai merah, foto perkahwinan aku dan Yifan. Aku bukan sengaja ingin mengembalikan luka lalu, tapi aku tidak sengaja terjumpa foto ini saat aku mengemas bilik stor.

"Eomma..." Aku menghapus air mata ku dan berpaling menatap Sehun yang bediri di belakang ku sambil membawa gelas berisi susu.

"Eomma... Sehun tahu eomma belum minum lagi... Nah, minumlah. Ini Sehun buat, tau? Ehehe..." aku mengambil gelas berisi susu tersebut dan meneguknya sekali.

"Thanks, Sehun. Eomma tak tahu pun anak eomma dah pandai buat air, sekarang?" puji ku sambil memeluk nya erat. Tanpa ku sedari, Sehun melihat foto yang dari tadi berada di pangkuan ku. Dia mengambil foto tersebut kemudian meletakkan foto itu ke dalam kotak. Riak wajah nya berubah.

"Lelaki tak guna ni tak payah di kenang lagi, ma." ucap Sehun datar. Aku tak mampu berkata apa-apa. Sehun sangat membenci Yifan sekarang. Dan, kalau Yifan muncul di hadapan kami sekarang, aku yakin...pasti Sehun akan membunuh nya.

 

 

~to be continued....~.

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet