one

MORE THAN FRIENDS

 

“Sampai bila kau nak terus macam ni?” soal Chunji namun Changjo hanya menjawap sepatah. “Molla.” “Kau nak biarkan semua berakhir begini?” “Molla.” “Kau dah tak sayang dengan persahabatan korang?” “Ak-aku tak tahu!” “Come on Changjo, bukan setahun dua korang kenal tapi sejak korang kecil lagi. Aku yang tengok pun rasa sakit hati bila korang bermasam muka.” “Kau pun tahu, bukan aku yang minta semua ni berlaku tapi dah berbuih mulut aku beritahu kat dia tapi apa yang aku dapat? Dia lebih percayakan perempuan tu daripada aku.” luah Changjo. “Iye aku faham perasaan kau tapi kau tak boleh mengalah.” Nasihat Chunji. “Tengoklah macam mana nanti.” Balas Changjo dingin.

 

Sudah dua minggu Changjo dan L.Joe tidak bertegur sapa gara-gara seorang yeoja bernama Suzy. “Cakap jelah yang kau pun sebenarnya suka dia kan?!” marah L.Joe selepas mendengar kata-kata Changjo. “Hal ini takde kena mengena antara suka atau tak tapi Suzy bukan seperti yang kau sangka.” “Jadi inilah tujuan kau nak jumpa aku? kau nak buruk-burukkan Suzy depan aku? Uh! Aku tak sangka kau macam ni Changjo.” “L.Joe, listen.  Aku bukan nak mereka cerita dan bukan niat aku nak sakitkan hati kau tapi kau perlu tahu kebenaran. Suzy bukan date dengan kau sorang je, tapi dengan dua tiga namja lain juga.” Changjo merapati L.Joe lalu memaut kedua belah lengan L.Joe. “Sedarlah L.Joe, Suzy hanya nak mainkan perasaan kau.” “Ah! aku tak percaya!” L.Joe menepis kasar tangan Changjo. “Ingat aku tak faham maksud kau? Kau cemburu aku couple dengan queen kolej ni kan? Dan kau tak boleh terima kenyataan yang dia pilih aku berbanding kau!” “It’s not true L.Joe. Suzy memang…” “Cukup! Aku tak mahu dengar apa-apa lagi dan mulai sekarang kita bukan sahabat.” Ujar L.Joe sebelum berlalu meninggalkan Changjo.

 

***

 

Ting… Tong…

Loceng rumah Changjo berbunyi berulang kali. “L.Joe?” ujar Changjo sebaik sahaja membuka pintu dan melihat L.Joe berdiri di depannya. “Changjo!” L.Joe terus memeluk Changjo bersama deraian air mata. “L.Joe, kenapa ni? Kau ok tak?” Changjo bimbang melihat keadaan bff-nya itu. “Kau benar Changjo, kau benar. Dia memang tak cintakan aku.” balas L.Joe dalam esakan. “Jom kita masuk dalam dulu. Kat luar sejuk, aku taknak kau jatuh sakit nanti.” Changjo memimpin L.Joe masuk ke dalam rumahnya. Selepas menghidangkan secawan teh panas, Changjo mula menyoal. “Apa yang dah berlaku sebenarnya?” “Suzy… apa yang kau cakap sebelum ni, semuanya benar. Dengan mata aku sendiri, aku nampak dia berpelukan dan bercumbuan dengan senior Minsoo. Aku memang bodoh sebab tak percayakan kau sebaliknya tuduh kau bukan-bukan.” Changjo menepuk lembut bahu L.Joe. “Sudahlah L.Joe, benda dah lepas. Aku pun tak salahkan kau dalam hal ni sebab aku tahu kau dah lama sukakan dia cuma dia bukanlah yeoja yang layak untuk memiliki orang sebaik kau.” “Mianhei Changjo, mianhei. Aku dah rosakkan persahabatan kita hanya disebabkan yeoja.” Luah L.Joe penuh kesal. “Gwenchanna. Aku sentiasa maafkan kau sebab aku sayangkan kau… sebagai kawan.” “Kau memang baik Changjo.” “Kau dah mabuk, so malam ni kau tidur rumah aku jelah.” L.Joe tersenyum lalu mengangguk.

 

***

 

“Hei, aku dengar hubungan kau dengan L.Joe dah pulih?” soal Chunji dan Changjo hanya membalas dengan sengihan.  “Senyum lebar ni, betullah tu. So, bila kau nak beritahu perasaaan sebenar kau?” “Itu tak mungkin terjadi Chunji. Biarlah aku dengan L.Joe kekal sebagai kawan, aku taknak berharap lebih.” “Nak terus simpan dalam hati?” “Kalau itu yang terbaik.” “Tapi aku rasa, kalau kau beritahu yang kau suka dia pasti dia terima punya.” Changjo hanya ketawa mendengar kata-kata Chunji. Tanpa diketahui, perbualan mereka didengari seseorang. “Jadi L.Joe sanggup tinggalkan aku sebab kau? Andwae! Aku tak boleh terima kenyataan, aku kalah di tangan namja.  Aku akan pastikan hubungan itu takkan terjadi dan takkan pernah!” gumam Suzy penuh amarah.

 

***

 

“Changjo, aku laparlah. Jom kita pergi makan ramyun nak tak? Aku belanja.” “Aku ikut je.” “Great.” Sewaktu mereka sedang berjalan menuju ke gerai makan, tiba-tiba mereka didatangi sekumpulan lelaki yang tidak dikenali lalu mengepung mereka berdua. “Siapa Changjo?” “Korang nak apa daripada aku?” “Kau orangnya? Hehe.” Lelaki itu tersenyum sinis lalu mengambil botol kaca yang berisi cecair jernih yang dihulurkan oleh salah seorang gengnya. “Bersedialah kau!” lelaki itu membuka penutup  dan ingin menyimbah ke muka Changjo namun L.Joe sempat menarik Changjo lalu cecair tersebut terkena pada salah seorang gengnya. “Arghhh!!!” raung lelaki itu sambil menggelupur. “Asid?!” bulat mata Changjo dan L.Joe memandangnya. “Kurang ajar!” tengking lelaki itu lalu dia mengeluarkan sebilah pisau dan meyerang L.Joe namun Changjo terlebih dahulu bertindak dengan menghadang tubuhnya di hadapan L.Joe lantas pisau itu tepat menusuk perutnya. “Geng, jom blah.” Lelaki itu terus melarikan diri bersama gengnya meninggalkan L.Joe yang sedang memangku  Changjo. “Kenapa? Kenapa Changjo? Kenapa kau sanggup lakukan semua ini?” “Please jangan menangis L.Joe. Ak-aku tak kesal dengan semua ini se-sebab aku sa-sayangkan kau lebih daripada ka…” tanpa sempat meluahkan perasaanya, Changjo telah pergi buat selama-lamanya di pangkuan L.Joe. “Changjo!!!” raung  L.Joe sekuat hati dan hujan mulai turun membasahi bumi seolah-olah turut menangis atas pemergian Changjo.

 

-THE END-

 

 

 

 

 

 

~nantikan sekuel~

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet