Cik Muda Kisum

Maid Boy (slow update)
Please Subscribe to read the full chapter

BAB 2

CIK MUDA KISUM

Beberapa minit sebelum cabutan bertuah bermula;

 

"Boleh awak tolong kami Suhyun? Please? Kami dah tak tahu nak minta tolong siapa lagi. Susah untuk kami pergi mencari ahli kelab maid dan butler yang lain sekarang memandangkan waktu dah suntuk. Awak akan tolong kami kan Suhyun?"rayu Yuna sambil berdiri mendekatkan kedua belah telapak tangannya tanda merayu. Disembah-sembah sepupu sahabat baiknya itu berkali-kali sehinggakan malu pula Suho dibuatnya.

 

"Eh,tak perlulah sembah saya sampai macam tu sekali! Okey, okey..saya akan tolong awak."akhirnya Suho bersetuju juga. Nak buat macam mana,dia pantang nampak orang dalam kesusahan. Buat baik dapat balasan baik bukan? Kan?

 

Jisoo di sebelah sudah tersenyum lebar. Perlahan-lahan dia menarik nafas lega. Ya, dia lega kerana masalah sudah selesai! Tetapi dia ragu-ragu juga..patutkah dia membenarkan sepupunya itu menjadi maid? Rasanya dia patut berbuat demikian. Lagipun, Suho pandai buat kerja-kerja rumah..malah lelaki itu lebih pandai memasak dan mengemas rumah dari dirinya sendiri jadi tak apalah kut kalau dia menjadi maid. Dengan penyamaran sempurna itu, bakal tuan baru Suho tak akan dapat sedar yang sepupunya itu sekarang lelaki. Ya Jisoo, kau perlu yakin!

 

Tapi..

 

Walaupun Suho bersetuju untuk membantu sepupunya,dia sendiri pun takut sebenarnya. Macam mana kalau identitinya sebagai lelaki terbongkar? Macam mana kalau dia disaman oleh tuan baharunya itu?

 

Oh Suho, janganlah terlalu berfikiran pesimis. Kau hanya perlu menjadi maid selama seminggu saja. Dan kebetulan esok merupakan permulaan cuti selama seminggu. Kau cuma perlu simpan identiti sebenar kau selama seminggu itu saja..mudah kan?

 

Betul ke mudah...?

 

 

Kisum merenung kertas kupon yang diambil dari kocek seluarnya. Dengan rasa tidak percayanya dia berpaling ke arah Mino disebelah yang juga menunjukkan rasa kurang percaya. Kalaulah dia tidak memberikan kupon itu kepada Kisum mungkin dia yang akan menjadi pemenangnya! Ahh, menyesalnya!

 

"Sekali lagi saya ulangi, adakah pemegang nombor 1004? Kalau tiada saya akan minta canselour kita cabut satu lagi nombor."ulang si MC sambil cuba mencari penonton yang berkelakuan pelik contohnya orang pengsan ke, melompat macam kera ke. Tapi tiada manusia yang berbuat demikian. Mungkin tiada orang yang memegang nombor itu.

 

Namun tiba-tiba MC itu ternampak dari jauh seseorang mengangkat tangan..seseorang yang sangat terkenal di kolej kerana status gengsternya..

 

"Kisum menang? Daebak!"

 

"Itu Kisum kan? Habislah butler dia nanti.."

 

"Shhh, diam kalau tak nak kena belasah dengan dia!"

 

Kisum memekakkan telinga saja bila berjalan menaiki tangga untuk ke pentas. Ya, dia tahu semua orang sedang memandang dia dengan pandangan gerun. Itulah kesan yang perlu ditanggungnya bila menjadi seorang gengster. Tiada sesiapa yang sudi berkawan dengannya kecuali seseorang..

 

"Yahh Kisum, kau pemenang terakhir rupanya? Tahniah!"ucap Jisoo dengan sengihan. Dia berada di pentas sebagai MC disamping seorang lagi pelajar lelaki bernama Hanbin.

 

Kisum tersenyum cuma. Ya, Jisoolah satu-satunya sahabat yang dia ada. Mungkin Jisoo sudi berkawan dengannya kerana Jisoo sekarang yang tidak kisah akan status Kisum yang merupakan sekarang gengster.

 

"Dah rezeki aku agaknya dapat jadi pemenang."

 

Selepas semua pemenang berada diatas pentas, Jisoo selaku MC menyuruh para pemenang memilih maid bagi yang lelaki dan butler bagi yang perempuan. Kisum yang mendengar sudah menggaru kepala. Butler?

 

"Psst..Jisoo, sini sekejap."panggil Kisum selepas kesemua pemenang lain selesai memilih maid dan butler mereka.

 

"Kenapa kau panggil aku?"ucap Jisoo. Kedua mereka berdiri agak jauh dari pemenang lain.

 

"Aku..tak nak pilih butler boleh?"

 

"Yahh, kau biar betul? Kau tahu tak kau tak boleh tolak hadiah ni? Maksud aku,kau tak boleh tarik diri dari jadi pemenang. Ini semua sudah tertakhluk dalam terma dan syarat acara cabutan bertuah ni."

 

Kisum sudah menyeringai. "Ye eh? Kalau macam tu..boleh tak aku ambil maid je instead of butler?"

 

Jisoo sudah mengerutkan dahi. "Eh kau ni, kenapa nak tolak tuah? Perempuan lain bukan main teruja nak pilih butler..kau pulak nak ambil maid?"

 

"Babe, kau tahu kan aku ni macam mana. Aku anti lelaki kecuali abang, dan sepupu-sepapat aku. So please, let me pick a maid instead of a butler, okay?"

 

Jisoo sudah menggelengkan kepala. Dia lupa yang Kisum anti lelaki. Dia sendiri pun tidak pasti mengapa sahabatnya itu bersikap sedemikian. Agaknya dia pernah ada sejarah pahit dengan kaum lelaki..mungkin kekasihnya berlaku curang dibelakangnya? Mungkinlah.

 

Hmm..sayangnya. Rupa dah cantik tapi anti lelaki pulak. Sampai bilalah kawan aku ni nak terus jadi anti lelaki? Sampai kiamat? Mahu tak berlaki minah ni nanti. Macam manalah aku nak ubah dia agar tak jadi anti lelaki lagi?,omel Jisoo dalam hati sambil memandang ke arah sepupunya Suho yang berdiri tidak jauh darinya. Dan tiba-tiba dia terfikirkan sesuatu yang agak bernas?

 

"Okeylah. Kau tunggu sini sekejap. Aku nak tengok siapa yang belum diambil sebagai maid lagi."

 

Kisum menganggukkan kepala tanda faham. Dia memerhatikan saja sahabatnya itu berjalan ke arah seorang perempuan berpakaian merah jambu.

 

Suho ternampak kelibat Jisoo yang sedang berjalan ke arahnya. Pantas dia tersengih.

 

"Jisoo, semua pemenang lelaki dah pilih maid diorang dan mereka tak pilih aku! Leganya!"luah lelaki itu dengan penuh gembiranya. Tak perlulah dia menyamar sebagai perempuan lagi..yahoo!

 

Please Subscribe to read the full chapter

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Eli_Shane
poster baru kahkah

Comments

You must be logged in to comment
pikahbajet #1
Chapter 4: update soon...
inaequanimous
#2
Chapter 4: sambung pun XD
misz_dina #3
Chapter 3: mesti suho jd maid tercute kn?hahaha bestlahhh!!!keep the update keyyhhh
BarmyDew
#4
Chapter 3: Update update sooonn papaaa
BarmyDew
#5
Chapter 2: Zico jahatt ghupanya... bestnya cter niii papaaaa oii
BarmyDew
#6
Chapter 1: Sengal sungguhhhh si jisoo niii... alellele malangnya hidup minoo.. suhoo msty cabtek.. lawak dohh
inaequanimous
#7
Chapter 1: Siyes bangang xD aq terbayang2 gmbr bapok suho
aquariusxpisces
#8
Chapter 1: Hahahaha XD keep updateee