Cik Muda demam!

Maid Boy (slow update)
Please Subscribe to read the full chapter

BAB 4

CIK MUDA DEMAM!

Suho melangkah masuk ke halaman rumah tuannya. Masuk hari ini, sudah tiga hari dia bekerja sebagai maid Kisum. Dan sepanjang tempoh tersebut dia menyimpan rahsianya dengan ketat sekali. Namun ada beberapa perkara yang sering menganggu fikirannya sepanjang dia bekerja dengan Kisum.  Contohnya, mengapa Kisum sering kali mengelak dari bertentang mata dengannya? Dia ada buat salahkah?

 

Selepas sampai di hadapan pintu utama rumah agam itu, Suho mengetuk pintu. Kemudian keluar seorang lelaki berpakaian serba hitam dari situ.

 

"Ah, Suhyun rupanya. Masuklah."ucap lelaki itu ramah sambil membuka pintu rumah dengan lebih luas. Suho sekadar tersengih sebelum menundukkan badannya tanda hormat lalu melangkah masuk. Dia berasa aneh sebenarnya kerana yang membuka pintu tadi itu Gikwang. Selalunya bila dia datang ada seorang house keeper dalam lingkungan tiga puluhan membukakan pintu untuknya. Wanita yang bergelar house keeper itu bernama Kahi. Cantik orangnya dan masih lagi bujang.

 

"Cik Kisum ada tak, tuan?"tanya Suho dengan penuh hormat. Jujur cakap dia berasa kurang selesa bila perlu berdepan dengan Gikwang. Yelah, siapa yang suka berdepan dengan gengster? Gikwang pula asyik merenung wajahnya, lagi bertambah kurang selesalah pemuda itu dibuatnya. Pantas dia menggulung-gulung juntaian rambut palsu hitam yang sedang dipakainya kini dengan jari telunjuk, kononnya saja nak tunjuk feminin.

 

Gikwang mengalihkan pandangannya dari Suho kepada surat khabar di tangannya. "Kisum? Dia tak bangun lagi sebab demam."

 

"Cik muda demam?"ulang Suho dengan dahi berkerut. Peliknya, kelmarin bukan main lagi dia main badminton dengan si Jackson, tup tup hari ini demam pulak. Nampak sangat antibodi lemah, omel pemuda itu dalam hati. 

 

"Ya, demam. Jadi kau sebagai maid dia kenalah jaga dia sepanjang masa. Pastikan dia sihat sebelum habis cuti ni."kata Gikwang selamba. Lupa pulak nak cakap, dia tahu Suho perlu menjadi maid adiknya itu selama seminggu. Nasib baiklah Gikwang tidak berkata apa-apa apabila Kisum memberitahunya tentang perihal Suho yang akan menjadi maidnya selama seminggu itu sebab Gikwang selalunya tidak suka adiknya itu rapat dengan sesiapa melainkan keluarga terdekat dan juga Jisoo. Gikwang kenal Jisoo dan dia tahu gadis itu merupakan kawan yang sangat baik kepada Kisum.

 

Suho mengerutkan dahi tanda pelik. "Sepanjang hari? Maksud tuan?"

 

"Maksudnya kau kena jaga dia 24 jam bermula dari sekarang. Dan itu juga bermakna kau kena tidur di sini sampailah adik aku tu sembuh sepenuhnya dari demam."

 

 

"Yahh Jisoo, macam mana ni?"soal Suho dngan cuaknya kepada sepupunya di talian. Nafasnya turun naik kerana gementar dan juga takut. Nasib baiklah dia berada di bilik air ketika ini. Sebentar tadi dia sudah menjenguk keadaan Kisum di katil. Seperti yang Gikwang katakan, gadis itu demam. Nampaknya dia tidak menipu. Gadis itu tidur dengan seluruh badan diselubungi selimut tebal. Mukanya berpeluh-peluh. Suho pun apa lagi, terus diambil sehelai tuala yang sudah dibasahkan dengan air sejuk, diperah dan diletakkan di dahi tuannya itu.

 

Jisoo yang kini sedang sibuk menjemur kain sudah mengerutkan dahi. "Macam mana apa?"

 

"Gikwang suruh aku tidur sini supaya aku boleh jaga Kisum."

 

"Aik, kenapa pulak dia suruh buat macam tu? Bukan ke kau orang dah setuju yang kau akan bekerja mengikut waktu pejabat?"

 

"Ishh..bukan macam itulah. Kawan kau tu demam teruk sekarang jadi abang dia suruh aku tidur sini untuk jaga dia sampailah dia sembuh."

 

Perlahan-lahan bibir Jisoo mengukir senyum. "Haa, baguslah tu. Bolehlah kau cuba selami hati dan perasaan dia sebab orang sakit ni selalunya ada kecenderungan yang tinggi untuk bercerita dengan orang yang jaga mereka pasal hati dan perasaan mereka."

 

Suho merengus perlahan. "Woi, kau ingat senang-senang ke perempuan yang tough macam dia tu nak ceritakan semua hal-hal peribadi dengan orang yang unfamiliar macam aku?"

 

"Eh kau ni, belum cuba belum tahu tau. Lagipun kau kena ingat, kau sekarang cuma seorang gadis di depan dia dan dia pulak layan perempuan lebih baik daripada lelaki. So aku rasa tak rugi kalau kau cuba brainwash otak dia sikit nanti, cuba untuk buka hati dia kepada golongan bergelar lelaki."

 

Suho mengalah. "Yelah, yelah. Aku cuba sekejap lagi."

 

Selesai menamatkan panggilan, dia terus keluar dari bilik air rumah agam itu lalu menaiki tangga ke bilik Kisum di tingkat atas. Dan tidak semena-menanya dia terserempak dengan Mino yang sedang berbual dengan Gikwang di depan pintu bilik gadis itu.

 

Damn, apa pulak mamat kening tu buat dekat sini sekarang?, bisk hati kecil pemuda itu sambil menggigit kukunya tanda cuak. Tak boleh jadi ni, Mino tidak boleh melihat dia disini! Cepat-cepat dia berpusing ke arah bertentangan untuk turun tapi sebaliknya pula yang terjadi apabila Gikwang memang

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Eli_Shane
poster baru kahkah

Comments

You must be logged in to comment
pikahbajet #1
Chapter 4: update soon...
inaequanimous
#2
Chapter 4: sambung pun XD
misz_dina #3
Chapter 3: mesti suho jd maid tercute kn?hahaha bestlahhh!!!keep the update keyyhhh
BarmyDew
#4
Chapter 3: Update update sooonn papaaa
BarmyDew
#5
Chapter 2: Zico jahatt ghupanya... bestnya cter niii papaaaa oii
BarmyDew
#6
Chapter 1: Sengal sungguhhhh si jisoo niii... alellele malangnya hidup minoo.. suhoo msty cabtek.. lawak dohh
inaequanimous
#7
Chapter 1: Siyes bangang xD aq terbayang2 gmbr bapok suho
aquariusxpisces
#8
Chapter 1: Hahahaha XD keep updateee