Si Kacak Berambut Hitam Sudah?!

Maid Boy (slow update)
Please Subscribe to read the full chapter

BAB 5

SI KACAK BERAMBUT HITAM SUDAH?!

Kisum menguap agak kuat sambil menggosok matanya tanda dia masih mengantuk. Sesi tutornya bersama Suhyun semalam berakhir pada pukul dua pagi sebelum Suhyun pulang ke rumah. Kata Suhyun, dia keberatan untuk menginap di rumah Kisum kerana ibunya tidak sihat jadi mahu atau tidak mahu, dia terpaksa pulang. Akhirnya Kisum meminta pemandu abangnya untuk menghantar Suhyun ke rumah. Hari ini Kisum akan ke rumah Jisoo pula untuk sesi ulang kaji memandangkan Suhyun tiada kerana perlu menjaga ibunya yang sakit.

Jisoo sedang menyediakan makanan untuk makan tengahari apabila Kisum sampai di rumahnya. Terus sahaja Jisoo menjemput Kisum masuk dan ke dapur bersama. Kisum mengikut sahaja, pastinya Jisoo mahu menjemput dia untuk makan bersama. Dia pun terlupa untuk makan sebelum keluar dari rumah tadi, jadi pelawaan Jisoo umpama bagaikan pucuk dicita ulam mendatang. Sebaik sahaja Kisum menapak masuk ke ruang dapur, matanya terus terhenti pada susuk tubuh seorang lelaki yang sedang memotong sayur di kaunter dapur. Rambut hitamnya membuatkan Kisum mengerutkan dahi kerana dia tidak kenal siapa lelaki tersebut.

"Siapa tu, Jisoo?"soal Kisum kepada temannya yang sedang menyusun pinggan di meja makan. Belum sempat Jisoo mahu membalas, lelaki tersebut tiba-tiba bersuara, meminta Jisoo mengambil sesuatu dari dalam peti sejuk. Mendengar suara tersebut, Kisum terus melopong setelah lelaki itu berpaling ke arah mereka berdua.

"Suho?"

"Oh..Kisum rupanya. Bila kamu sampai?"tanya Suho sambil tangannya meletakkan cebisan sayur yang dia potong ke dalam satu bekas besar. Jisoo ketika itu sudah menghadap peti sejuk untuk mencari bahan masakan yang diminta Suho.

"Baru sampai... Awak...tukar warna rambut ya? Saya tak perasan langsung tadi."Ujar Kisum, masih terpegun dia melihat Suho berambut hitam. Kali pertama dan kedua mereka bertemu, rambutnya perang. Tanpa dia sedar, jantungnya sudah berdebar-debar. Dia suka dengan apa yang dia lihat sekarang. Suho berambut hitam nampak sangat ka...cak.

Suho tersenyum sambil membasuh tangannya. "Oh...ya, saya tukar warna rambut sebab saya kena pergi temuduga kerja nanti."balas Suho lagi. Entah kenapa dia boleh membalas pertanyaan Kisum dengan bersahaja tanpa rasa kekok. Biasanya dia akan rasa tak selesa kerana takut Kisum akan sedar dia adalah Suhyun tapi mungkin rasa takutnya itu hilang kerana dia sudah menukar warna rambutnya. Mungkinkah keyakinannya naik kerana dia menjadi diri sendiri kembali.(p/s: rambut asal Suho adalah hitam, bukan perang.)

Kisum pula berasa aneh dengan jawapan Suho. Tak boleh pergi temuduga dengan rambut berwarna ke? Strictnya...mungkin kerja yang dia minta tu dekat syarikat profesional...

"Kerja apa yang awak minta?"tanya Kisum lagi. Tanpa sedar, dia sudah bergerak rapat dengan berdiri di sebelah Suho. Suho yang ketika itu sedang memotong kepingan isi ayam tidak menyedari betapa rapatnya mereka kerana terlalu fokus dengan pekerjaan ketika itu.

"Peguam..."

"Wait...awak graduan perundangan?"

"Yes...?"

Kisum melopong. Dia tidak menyangka seseorang yang nampak biasa seperti Suho merupakan seorang yang bijak. Maksud Kisum...Suho kelihatan seperti pemuda biasa...gayanya sangat bersahaja. Bahkan Kisum fikir Suho belajar di fakulti yang sama seperti dia dan Jisoo kerana dia mengajarkan subjek matematik tempoh hari dan menyangka dia juga pelajar di fakulti kewangan sama seperti mereka.

"Lupa nak cakap...Suho baru sahaja habis belajar dan sedang dalam proses mencari kerja. Dan lagi satu, he's majoring in law and minor in finance."sampuk Jisoo dari belakang selepas memberikan bahan yang diminta kepada sepupunya. Setelah cukup bahan yang diinginkan, Suho mula memasak. Ikut katanya, dia mahu memasak stu daging kononnya sebagai permulaan kepada perjalanan mencari kerjanya nanti. Kisum dan Jisoo pula sudah duduk di sofa berhampiran ruang tamu kerana Suho tidak mahu sesiapa membantunya ketika memasak, hilang fokus katanya.

"Hei, kau tak cakap pula dengan aku yang sepupu kau tu pandai masak?"

"Eh eh...tak kan tiba-tiba aku nak cakap HEI SUHO PANDAI MASAK TAU dekat kau macam tu out of the blue? Lagipun, kenapa tiba-tiba je berminat dengan Suho yang pandai masak ni? Kau suka lelaki pandai masak eh?"Usik Jisoo sambil menyiku Kisum, bergurau kononnya. Tapi dalam masa yang sama, memang dia tertanya-tanya juga kenapa Kisum nampak terkejut dengan fakta yang sepupunya pandai memasak. Setahu Jisoo, abang Kisum yang bernama Gikwang itu pandai memasak. Boleh dikatanya Kisum membesar dengan masakan Gikwang. Walaupun keluarga mereka berduit, tetapi mereka tidak mahu mengupah tukang masak kerana mereka serik. Beberapa kali mereka mengupah tukang masak dan hampir kesemua kereka adalah tali barut musuh mereka yang diupah untuk membunuh mereka. Jadi Gikwang mengambil keputusan untuk belajar memasak untuk Kisum sehingga ke saat ini, Gikwang masih lagi memasak untuk Kisum dan pekerja mereka yang lain yang mereka anggap sebagai keluarga.

Kisum sebenarnya bukan kagum. Dia beranggapan bahawa Suho pandai memasak kerana situasinya sama seperti Gikwang. Mungkinkah Suho juga mempunyai ramai musuh dan terpaksa belajar memasak untuk mengelakkan diri dari diracun ketika makan? Mungkinkah Suho seorang gengster seperti dia dan Gikwang dalam diam? Jika ya, patutkah dia cuba menjalinkan hubungan yang lebih serius dengan Suho memandangkan mereka tergolong dalam golongan yang sama dan juga sekufu? Dengan cara itu, dia tidak perlu lagi risau dengan ancaman Zico yang mana dia tidak akan diterima lelaki lain sebagai pasangan hanya kerana dia adalah gengster.

Jika Suho adalah gengster sepertinya, maka tiada masalah untuk dia dan lelaki itu menjalinkan hubungan kerana tiada kepura-puraan dalam hubungan mereka. Mungkin juga cinta akan berputik kerana status mereka yang sama? Tetapi...meskipun benar Suho adalah gengster, adakah Suho mahu menjalinkan hubungan dengannya? Wajah tampannya, kebijaksanaannya sebagai seorang peguam, skil memasaknya...tidak sepadan dengan apa yang Kisum punya. Kisum hanyalah seorang gadis biasa yang masih belajar di bangku universiti dan...pandai berlawan.

Kejap, kejap, kejap...kenapa aku terfikir nak jalinkan hubungan cinta dengan Suho ni??

"Kisum? Kisum" Kau okey tak?"Jisoo sudah beberapa kali memetik jarinya dihadapan muka sahabatnya itu tetapi tiada reaksi. Dia masih kaku... mengelamun...jauh. Mungkin lamunannya sudah sampai ke Kutub Selatan gamaknya. Jisoo sudah geram, akhinya dia mencubit peha Kisum sekuat hati, barulah Kisum bereaksi dan menjerit agak kuat sampaikan Suho yang berada di dapur cepat-cepat berlari ke ruang tamu kerana terkejut dan risau dengan apa yang berlaku.

"Apa yang terjadi??"tanya Suho, wajahnya hampir pucat kerana terkejut. Jeritan Kisum kedengaran seperti sesuatu yang tajam sedang menusuk badannya. Adakah dua sahabat baik itu bergaduh? Jika kemalangan berlaku, mungkin gadis itu boleh menggunakan khidmatnya sebagai peguam untuk meminta ganti rugi dari Jisoo?

Laju saja kau fikirkan peluang kerja ya, Kim Suho...

"Si Kisum ni ha, o

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Eli_Shane
poster baru kahkah

Comments

You must be logged in to comment
pikahbajet #1
Chapter 4: update soon...
inaequanimous
#2
Chapter 4: sambung pun XD
misz_dina #3
Chapter 3: mesti suho jd maid tercute kn?hahaha bestlahhh!!!keep the update keyyhhh
BarmyDew
#4
Chapter 3: Update update sooonn papaaa
BarmyDew
#5
Chapter 2: Zico jahatt ghupanya... bestnya cter niii papaaaa oii
BarmyDew
#6
Chapter 1: Sengal sungguhhhh si jisoo niii... alellele malangnya hidup minoo.. suhoo msty cabtek.. lawak dohh
inaequanimous
#7
Chapter 1: Siyes bangang xD aq terbayang2 gmbr bapok suho
aquariusxpisces
#8
Chapter 1: Hahahaha XD keep updateee