Si Kacak Berambut Perang

Maid Boy (slow update)
Please Subscribe to read the full chapter

BAB 3 

SI KACAK BERAMBUT PERANG

Suho memerhatikan keadaan sekitar bilik Kisum. Dinding biliknya berwarna merah jambu, dengan pelbagai hiasan Hello Kitty dan itu membuatkan dahi pemuda itu berkerut seribu. Kata gengster tapi kenapa bilik bergaya feminin?

 

"Terima kasih unnie, sebab dah selamatkan saya dari jantan tak guna tadi tu."Kisum bersuara setelah selesai menghidangkan secawan teh buat maid-nya. Oh my, betulkah ini budak gengster yang Jisoo katakan? Kenapa mata aku hanya nampak dia sebagai sekarang gadis yang biasa dan feminin saja sekarang?,bisik Suho dalam hati.

 

"Oh,tak ada apalah Cik Muda. Unnie cuma tak tahan tengok Cik Muda dikasari oleh lelaki.. By the way, siapa lelaki tadi? Cik Muda kenalkah siapa dia?"

 

"Saya kenal dia sebagai seorang lelaki yang menjengkelkan saja.. Ah unnie,saya lupa nak perkenalkan dari! Saya Jo Hye Ryung tapi unnie boleh panggil saya Kisum saja. Nama penuh unnie pula siapa?"

 

Pertanyaan Kisum membuatkan Suho menelan liur. Mana tidaknya, gadis itu bertanya sambil menghulurkan tangan untuk bersalam!

 

"Unnie.. Nama unnie Kim Suhyun. Selamat berkenalan."mahu tidak mahu dia menyambut juga huluran tangan Kisum. Berkerut-kerut dahi gadis itu tatkala maid-nya itu bersalaman dengannya.

 

"Whoaa unnie,lembutnya tapak tangan unnie! Jauh berbeza dengan tapak tangan saya yang kasar macam jantan ni,"

 

Tapak tangan aku..lembut? Suho pun memegang tangannya sendiri. Okey memang tapak tangan aku lembut, mungkin berkat DNA ibunya. Ibunya punya tapak tangan yang lembut walaupun dia bekerja sebagai seorang tukang masak.

 

"Terima kasih Cik muda. Tapak tangan saya biasa-biasa saja. Err,boleh saya tahu tandas di mana? Saya nak pergi buang air."

 

 

"Macam mana hari pertama kau sebagai maid?"

 

"Hmm, not bad. Siap jadi bodyguard lagi semata-mata nak selamatkan dia dari lelaki sewel,"jawab Suho selamba di talian sambil mengipas mukanya sendiri. Maklumlah, sekarang dia berada dalam tandas, panas pula tu.

 

Jisoo ditalian sudah tergelak kecil. "Serius eh? Tapi setahu aku si Kisum ni handal berlawan jadi tak ada masalah bagi dia untuk belasah mana-mana lelaki pun. Kau kenal ke siapa lelaki tu?"

 

"Tak. Mungkin lelaki tu dari musuh kumpulan gengster dia agaknya. Hmm,tak apalah. Aku call kau lain kali pula. Bye."

 

Sementara itu,di ruang tamu rumah agam Kisum..kelihatan abang gadis itu yang bernama Gikwang sedang sibuk mengira wang. Wang kertas yang penuh dalam satu briefcase hitam di atas meja. Wang itu merupakan wang yang diperoleh hasil mengutip hutang. Kiranya si Gikwang ni ah long yang bagi pinjam duit kat oranglah. Kemudian datang pula seorang konconya membawa beberapa fail hitam.

 

"Ini fail-fail yang bos nak."

 

"Fail apa ni Jackson? Aku lupa fail apa yang aku suruh kau orang bawakan tadi."Gikwang menggaru-garu kepalanya yang gatal. Agaknya kutu babun masih lagi menginap di kepalanya. Mungkin sudah beranak-pinak sampai masuk keturunan ketujuh. Nak buat macam-mana, Gikwang seorang yang jarang mandi. Jadi tidak mustahil rambutnya menjadi penempatan setinggan kutu dan kaum kerabatnya.

 

Pemuda yang dipanggil Gikwang Jackson itu hanya tersengih. Memang bosnya itu pelupa orangnya. Kesan makan banyak sangat semutlah tu.

 

"Fail maklumat para peminjam,bos."

 

Gikwang menganggukkan kepala sebelum kembali bersuara,"Si Kisum mana?"

 

"Dia ada di bilik dengan kawannya,bos."

 

"Jisoo ke?"

 

"Bukan.. Kawan baru, Suhyun namanya."

 

Gikwang sudah mengerutkan dahi. Sejak bila pula adiknya itu punya kawan baru? Hmm..kena siasat ni!

 

 

Malam itu, Jisoo dan Suho keluar makan di sebuah restoran berhampiran kejiranan mereka. Lupa pulak nak cakap, Suho dan Jisoo tinggal di kejiranan yang sama. LOL.

 

"Peliknya. Aku ingatkan kau tidur di rumah Kisum?"soal Jisoo ketika mereka berdua sedang menunggu pesanan mereka siap. Dipandang saja muka sepupunya yang  putih bersih itu dengan dahi berkerut. 

 

Suho hanya tersengih sebelum membalas,"Kisum cuma nak aku kerja dari pagi sampai lewat petang je. Baik kan dia?"

 

Mengikut perjanjian, dia hanya bekerja sebagai maid dari pukul sembilan sehingga pukul enam petang saja. Lega betul Suho bila Kisum membuat perjanjian sebegitu. Kalau gadis itu buat perjanjian yang memaksanya tinggal bersama Kisum selama seminggu tidak mustahil identiti sebenarnya sebagai seorang lelaki terbongkar.

 

"Oh..macam tu ke. Dia memang baik, kau saja yang tak perasan kebaikkan dia. So..kau dah cuba buat dia ubah pandangan dia pasal lelaki tak?"soal Jisoo lagi. Memang dia sengaja mengajak sepupunya itu keluar makan kerana mahu bertanyakan hal itu.

 

"Kau ni..manalah sempat aku nak brainwash dia hari ni. Tadi masa aku datang rumah dia, dia suruh aku bersihkan bilik dia. Tak sempatlah aku nak berbual-bua

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Eli_Shane
poster baru kahkah

Comments

You must be logged in to comment
pikahbajet #1
Chapter 4: update soon...
inaequanimous
#2
Chapter 4: sambung pun XD
misz_dina #3
Chapter 3: mesti suho jd maid tercute kn?hahaha bestlahhh!!!keep the update keyyhhh
BarmyDew
#4
Chapter 3: Update update sooonn papaaa
BarmyDew
#5
Chapter 2: Zico jahatt ghupanya... bestnya cter niii papaaaa oii
BarmyDew
#6
Chapter 1: Sengal sungguhhhh si jisoo niii... alellele malangnya hidup minoo.. suhoo msty cabtek.. lawak dohh
inaequanimous
#7
Chapter 1: Siyes bangang xD aq terbayang2 gmbr bapok suho
aquariusxpisces
#8
Chapter 1: Hahahaha XD keep updateee