Angau

Maid Boy (slow update)
Please Subscribe to read the full chapter

BAB 4

ANGAU

Selepas baik dari demam, Kisum akhirnya menjejakkan kaki ke kampus. Dan sudah tentu banyak perkara yang dia ketinggalan terutamanya dalam pelajaran tetapi nasib baiklah Jisoo menyediakan nota-nota pelajaran yang Kisum tertinggal sepanjang ketiadaannya. Bukan main terharu gadis itu tatkala Jisoo menghulurkan satu buku nota penuh dengan salinan nota-nota dalam kelas kepadanya.

 

"Jisoo...terima kasih."Ucap Kisum sambil memegang buku nota pemberian Jisoo dengan senyuman. Jisoo turut tersenyun sebelum memeluk bahu Kisum sambil berkata,"Nah, aku cuma buat apa yang kawan selalu lakukan untuk kawannya yang lain."

 

"Tapi aku memang kena berterima kasih dekat kau sebab sediakan nota ni untuk aku."balas Kisum lagi. Rasa bersalah pula sebab buat Jisoo sediakan nota-nota tersebut.

 

"Ah. Tak ada apa-apalah. Janji kawan baik aku ni dah sihat dan boleh belajar macam biasa balik. Eh...apa cerita dengan Suhyun?"Sengaja Jisoo menekan perkataan Suhyun di depan Kisum supaya gadis itu dengar dan menjawabnya. Dia tertanya-tanya apa yang berlaku sepanjang dua hari Suho menjaga Kisum yang demam itu.

 

Suho itu pun satu hal. Berkali-kali Jisoo cakap telefon dia setiap malam selepas Kisum tidur tetapi lelaki itu langsung tidak menghubungi. Dia mahu tahu setiap perkembangan projek mereka...projek menghapus anti lelaki Kisum.

 

"Suhyun? Dia okey...dia jaga aku sepanjang aku demam dan aku rasa dialah penyebab aku boleh datang ke sini sekarang. Kau tahu tak, aku kalau demam paling kurang seminggu jugalah baru sihat tau?"

"Woah...so sepupu aku jaga kau tip top lah ni?"

"Haah...even abang aku pun tak percaya demam aku kebah dalam masa dua hari disebabkan jagaan Suhyun. Dia puji Suhyun pandai jaga aku. Iyelah...setiap sejam dia basahkan dahi aku dengan tuala basah, paksa aku makan ubat dengan bubur. Tak cukup dengan tu, dia panaskan badan aku dalam selimut tebal supaya cepat berpeluh...masakkan aku sup herba lagi. Macam manalah abang tak suka dia?"

"Heh? Abang kau suka dia?"Jisoo terkejut seketika. Alamak, jangan cakap si Gikwang tu nak buat Suho sebagai isteri pula?

"Suka dengan cara dia kerja dan jaga akulah. Sampai abang ambil keputusan nak upah dia jadi maid aku terus."

"What?"

 

 

* * * * *

 

 

"What?"Terbeliak mata Suho tatkala mendengar kata-kata sepupunya. Nasib baiklah dia tidak tersembur air yang diminumnya. Kalau tidak mungkin Jisoo didepannya itu membuka langkah kaki kuda untuk menendangnya.

 

"So...betul ke Abang Gikwang nak upah kau jadi maid Kisum terus tu?"

"Whoa...jangan disebut perkara sebegini. Nanti jadi nyata! Tapi tak ada pulak abang dia cakap apa-apa dengan aku. Agaknya kawan kau tu berhalusinasi tak?"

"Kau tahu tak...si Kisum ni jarang bergurau sepanjang aku berkawan dengan dia tau. So my cousin...congratulation for your first part time job!"Jisoo bertepuk tangan, entah gembira entah tidak dengan berita terkini itu.

"Pungkok hang part time! Kau ingat senang ke nak jaga anak dara orang? Kalau aku ni perempuan tak apa juga...sekarang masalahnya aku lelaki yang berpakaian seperti perempuan, bila-bila masa saja penyamaran aku boleh terbongkar kalau aku tersilap langkah! Kau tak fikir ke apa akibat yang akan aku dapat kalau Kisum dengan semua orang dekat rumah dia tu tahu identiti sebenar aku?"

Jisoo menggaru kepalanya yang tidak gatal. Betul juga kata-kata Suho. Jika penyamarannya terbongkar, sudah tentu Gikwang akan membunuh Suho kerana dianggap sebagai pengintip....walau hakikatnya Suho bukanlah pengintip dari musuh-musuh Gikwang.

"Hmm...kalau kau tak setuju dengan tawaran tu, kau boleh tolak sebenarnya. Lagipun kalau ikutkan perjanjian kita, aku cuma minta kau menyamar jadi perempuan selama seminggu saja. Tempoh seminggu tu dah tamat pun, jadi tak usahlah kau susah-susah nak menyamar jadi Suhyun lagi."Komen Jisoo lalu menikmati ice lemon tea-nya. Dia pun malas mahu meminta Suho meneruskan penyamarannya lagi memandangkan lelaki itu sudah tidak berhutang apa-apa lagi dengannya. Penyamaran Suho merupakan ideanya, itupun kerana dia terdesak mahukan pengganti bagi acara kolejnya dan sebenarnya dia serba salah dengan sepupunya itu kerana terjebak dengan masalahnya. Tetapi jauh dari sudut hati, dia bersyukur kerana Suho sanggup membantunya walaupun permintaannya ketika itu agak melampau.

Suho menggigit donut yang berada dalam pegangannya. Sambil mulutnya mengunyah, sambil Suho ligat memikirkan kata-kata Jisoo. Betul kata Jisoo, jika dia tidak mahu dia boleh saja menolak tawaran tersebut jika Gikawang mengutarakan perihal itu kelak. Tidak silap Suho, Kisum menjemputnya datang ke rumah esok untuk sesi ulang kaji memandangkan minggu peperiksaan sudah hampir tiba. Salah dia juga kerana terberitahu Kisum yang dia kerap menggadakan sesi tutor untuk pelajar di kolejnya yang mempunyai masalah dalam subjek tertentu. Sudahnya, Kisum meminta bantuannya untuk menjadi tutor selama seminggu.

"Yeah...aku boleh tolak but by the way, Kisum minta aku jadi tutornya selama seminggu sebab peperiksaan semakin hampir katanya."

"Jadi? Kau terima?"

"Tak salah kan bantu orang yang memerlukan?"

Jisoo mengangguk. Senang kerana prestasi akademik Kisum mungkin naik kerana Suho! Namun dalam sibuk mereka berbual, tiba-tiba Jisoo terdengar namanya dipanggil dari tingkat bawah. Suho juga mendengar panggilan tersebut, lantas membuatkan dia berpaling ke arah luar tingkap rumah Jisoo. Mereka berdua sebenarnya sedang melepak di bilik Jisoo ketika itu.

"Jisoo! Ki

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Eli_Shane
poster baru kahkah

Comments

You must be logged in to comment
pikahbajet #1
Chapter 4: update soon...
inaequanimous
#2
Chapter 4: sambung pun XD
misz_dina #3
Chapter 3: mesti suho jd maid tercute kn?hahaha bestlahhh!!!keep the update keyyhhh
BarmyDew
#4
Chapter 3: Update update sooonn papaaa
BarmyDew
#5
Chapter 2: Zico jahatt ghupanya... bestnya cter niii papaaaa oii
BarmyDew
#6
Chapter 1: Sengal sungguhhhh si jisoo niii... alellele malangnya hidup minoo.. suhoo msty cabtek.. lawak dohh
inaequanimous
#7
Chapter 1: Siyes bangang xD aq terbayang2 gmbr bapok suho
aquariusxpisces
#8
Chapter 1: Hahahaha XD keep updateee