Prolog

Maid Boy (slow update)
Please Subscribe to read the full chapter

BAB 1

PROLOG

Suho berlari pantas sambil menilik jam di tangan yang dibeli dengan duit kutunya di pasar malam. Sekarang dia sudah terlewat untuk bertemu sepupunya, Jisoo. Bukan apa, semalam hari jadi gadis itu dan Suho yang merupakan sepupu paling rapat dengan Jisoo pula terlupa untuk memberinya hadiah. Apa lagi,mengamuklah Jisoo semalam sampaikan dia merajuk dan tidak mahu bercakap dengan Suho. Jadi mahu tidak mahu terpaksalah Suho pergi bertemu sepupunya itu untuk meminta maaf dan memberikannya hadiah yang baru dibeli pagi tadi. Harap-harap sepupunya itu tidak lagi memarahinya.

 

Suho dan sepupunya, Jisoo memang rapat semenjak kecil lagi. Dari zaman tadika sehinggalah mereka ke kolej mereka asyik bersama sehinggakan ada teman-teman mereka menganggap mereka bercinta! Tapi..heh.. Suho mahupun Jisoo tidak pernah menyimpan sebarang perasaan sebegitu terhadap satu sama lain. Lagipun keluarga mereka sendiri tidak menggalakkan hubungan cinta antara sepupu..tidak berkembang keturunan katanya.

 

Pemuda itu kemudiannya menghentikan lariannya dihadapan sebuah bangunan besar. Ah, ini dia dewan yang dicarinya. Kata teman-teman Jisoo, sepupunya itu berada di dewan yang diberi nama Dewan Galaksi kerana sedang menguruskan acara cabutan bertuah festival tahunan kolej. Lupa pula nak cakap, sekarang ini kolej tempat Suho dan Jisoo belajar sedang mengadakan festival tahunan.

 

Sambil memegang kotak hadiah yang berbalut cantik, Suho dengan penuh tenangnya menaiki tangga untuk ke kedewan tersebut. Namun belum sempat langkahnya mencapai angka lima, dia tiba-tiba dilanggar seseorang. Jatuh berguling kedua-duanya.

 

"Aduh..woi,kau jalan tak tengok depan ke?"Marah si pelanggar sambil menepuk pasir di seluarnya. Nasib baiklah anak tangga dewan cuma tiga, tak adalah sakit sangat jatuh berguling macam tenggiling. Kalau anak tangga banyak macam anak tangga kat Batu Cave tu macam mana? Mahu koma sebulan.

 

Suha memegang kepalanya yang dirasakan seperti sudah timbul benjol. "Aku pulak? Kau yang jalan tak tengok orang!"

 

"Apa kau cakap? Hei jantan, kau tahu tak kau sedang bercakap dengan siapa?"

 

Mak aih,kasarnya! Harap muka je comel tapi adab ke laut!

 

"Tak tahu dan tak mahu ambil tahu. Dahlah,buang masa aku je bercakap dengan orang mata rabun macam kau ni!"cepat-cepat pemuda itu melangkah pergi tanpa membantu gadis yang dilanggar itu bangun. Orang kurang ajar macam itu tidak perlu dibantu. Nanti dipijak-pijak pula kepala aku,bebel Suho dalam hati.

 

 Sebaik saja Suho memasuki dewan,dia ternampak kelibat Jisoo yang sedang memeriksa hiasan pentas. Terus pemuda itu mendekatinya.

 

"Helo sepupuku sayang! Tengah buat apa ni?"

 

"Memancing."jawab Jisoo acuh tak acuh. Langsung tidak dipandang muka tampan sepupunya itu. 

 

Aduh minah ni masih marahkan aku..nak buat apa ni?,Suho menyoal dalam hati sambil menggaru-garu kepalanya. Kemudian dia terfikirkan sesuatu.. 

 

"Ampunkan patik Tuanku Jisoo! Patik bersalah sebab tak bagi tuanku hadiah hari jadi semalam..ampunkan patik tuanku, ampun beribu-ribu ampun!"Suho sudah membuat drama zaman Joseon sambil menyembah-nyembah kaki sepupunya itu. Sengaja dia bercakap kuat, biar orang sekeliling dengar dan suruh Jisoo memaafkannya. Bijak kan aku? Bhahaha

 

Jisoo sudah menyeringai. Memang dia sudah agak sepupunya itu akan berbuat demikian kerana dulu pun Suho  pernah berbuat perkara sama. Gadis itu menggelengkan kepala sebelum menarik nafas sedalam-dalamnya.

 

"Gila punya sepupu! Kalau ya pun nak minta maaf bagilah sekali dengan hadi- "

 

"Tadaa!"

 

Jisoo mengurut dada bila Suho tiba-tiba saja menghulurkan sekotak hadiah kepadanya.

 

"Kau ingat aku minta maaf saja ke? Mestilah aku sertakan permohonan maaf aku ni sekali dengan hadiah."

 

"Woo best-nya pakwe kasi hadiah~"tiba-tiba ahli jawatan kuasa cabutan bertuah yang sedang menghias pentas menyampuk.

 

Jisoo dan Suho sama-sama tersengih. "Ni sepupu akulah."

 

Suho memerhatikan sepupunya itu yang sedang membelek kotak hadiah pemberian. "Jadi macam mana? Kau terima tak permohonan maaf aku?"

 

"Hmm..aku akan terima kalau kau bersetuju untuk didenda oleh aku."

 

"Denda? Denda apa?"

 

Jisoo tiba-tiba buat muka creepy. Dan itu membuatkan Suho menelan liur. Apa yang minah ni nak denda aku..?

 

 

 "OMG nyah cunnya kau!!"Melopong Jisoo melihat lelaki di di depannya yang sedang mengenakan rambut palsu di kepalanya.

 

Suho merengus kasar. Dia memandang biasan dirinya di cermin. Oh my Kim Suho, what have you done?

 

"APA NYAH NYAH HAH? AKU BUKAN PONDANLAH!"marah Suho sambil cuba menanggalkan gaun merah jambu penuh ropol yang dipakainya. Sampai hati sepupunya mendenda dia agar berpakaian seperti perempuan..tidak cukup dengan itu disolek pula wajahnya seperti perempuan! Nasib baik mereka berdua berada dalam bilik rehat sekarang jadi tiadalah yang melihat dirinya yang cantik itu.. Hahah cantik ke? Entahlah. Haishhh, kenapalah aku dapat sepupu yang sewel ni? 

 

Jisoo sudah ketawa terbahak-bahak melihat kelakuan Suho. Pantas dia menghalang pemuda itu dari berbuat demikian.

 

"Woi,woi, janganlah spoil-kan mood aku. Tadi kau jugak yang nak aku maafkan kau kan? Jadi kau suka ke tak suka ke kau terpaksa juga laksanakan denda yang aku bagi tu, faham?"

 

"Ughh..okey,okey.. Aku buat semua ni demi kau je, dan kau mesti maafkan aku. Okey?"

 

Jisoo tersengih. "Iyeee. Akhirnya tercapai jugak impian aku nak tengok kau pakai macam perempuan sebelum mati..haha! Serius kau lawalah bila dah berpakaian macam perempuan ni. Ni kalau playboy kolej tengok ni mesti dia terpikat ni."

 

Spontan suho menyekeh kepala sepupunya. "Jangan merepeklah. Aku bukan gay okey? Hmm, sampai bila aku kena pakai macam ni? Dahlah baju ni ketat nak mati..tak bernafas badan aku dibuatnya."Bebel pemuda itu sambil menggaru badannya. Sungguh gatal badan ini bila dia memakai gaun beropol itu. Sekali pandang macam gadis Lolita pun ada. Comel! Tapi sayang gaun itu terbelah di tepi seperti baju cheongsam.. Seksi woo!

 

"Rilekslah. Aku nak ambil gambar kau sekejap lepas tu kau salinlah ke baju kau nanti. So..it's selfie time!"

 

Suho sudah menggelengkan kepala bila gadis di depannya itu mengeluarkan telefon pintarnya. IPhone 6s kateko! Haa baru syok nak berselfie sakan..bhaha

 

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Eli_Shane
poster baru kahkah

Comments

You must be logged in to comment
pikahbajet #1
Chapter 4: update soon...
inaequanimous
#2
Chapter 4: sambung pun XD
misz_dina #3
Chapter 3: mesti suho jd maid tercute kn?hahaha bestlahhh!!!keep the update keyyhhh
BarmyDew
#4
Chapter 3: Update update sooonn papaaa
BarmyDew
#5
Chapter 2: Zico jahatt ghupanya... bestnya cter niii papaaaa oii
BarmyDew
#6
Chapter 1: Sengal sungguhhhh si jisoo niii... alellele malangnya hidup minoo.. suhoo msty cabtek.. lawak dohh
inaequanimous
#7
Chapter 1: Siyes bangang xD aq terbayang2 gmbr bapok suho
aquariusxpisces
#8
Chapter 1: Hahahaha XD keep updateee