LMR 2

Love Me Right
Please Subscribe to read the full chapter

" Omma omma omma lepas aduh sakit telinga Hyun ni yah omma!! "

 

Baekhyun yang merasa kesakitan ditelinganya menjerit dan cuba melepaskan diri.

 

" Memang patutnya omma ikat je telinga kamu ni dari dulu lagi dekat pokok rambutan depan rumah halabeoji kamu tuh! Aish, malulah Hyun. Apa yang kamu dah buat nii?!"

 

Marah Puan Byun dan menguatkan lagi cengkaman jemarinya di telinga Baekhyun. Baekhyun yang hampir pengsan itu cuba untuk membuka mata besar-besar.

 

" Omma please lepas. Hyun bo-boleh explain-arghh! "

 

" Explain apa lagi? Masa hantar budak tu balik rumah tadi dia tak habis-habis menangis. Kamu ni lah kan. Omma dengan appa tak pernah ajar kamu buat kerja kotor tahu? Ei aku geram betullah "

 

Marah Puan Byun lagi. Akibat terlalu kesian terhadap anak terunanya itu, dia pun membebaskan telinga Baekhyun. Baekhyun memegang telinganya dan jatuh di lantai dengan longlai.

 

" Seriously omma, Hyun tak salah. Hyun tak buat semua tu. Hyun tak pernah buat "

 

Rayu Baekhyun dengan sayu sambil memandang ommanya yang sedang bercekak pinggang.

 

" Dah lah Hyun, omma tak nak dengar apa-apa lagi. Kamu cakap jelah dengan appa kamu. Omma nak tidur "

 

Puan Byun menarik muka. Dia terasa sebak kerana disangka anak yang pernah dikandung selama 9 bulan 10 hari dan dibesarkan sehingga berumur 23 tahun itu sanggup melakukan sedemikian di belakangnya. Itu baru dibelakang. Kalau di kiri, kanan dan hadapan pula macam mana? Kecewa.

 

" Omma! Jangan lah macam ni. Omma tak dengar Hyun explain lagi "

 

Baekhyun menarik tangan ommanya. Dia berasa kasihan melihat ommanya yang sudah tersalah sangka itu. Tapi Baekhyun pun ada terselit sikit plus banyak kesian dekat dirinya sendiri yang sememangya malang dari pagi, petang hingga ke malam ini. Tidak disangka juga, niat suci murninya itu disalah tafsir oleh omma sendiri.

 

" Omma! Okey lah. Hyun mintak maaf. Memang salah Hyun pun "

 

Puan Byun berpaling memandang anak bongsunya itu. Baekhyun menggigit bibir.

 

Apa kau dah buat ni Baek?

 

Apa yang kau dah merepek?

 

Apa yang kau cuba belitkan ni?

 

" Omma, mianhae "

 

" Baiklah, omma terima maaf kamu tu. Sekarang, sila jelaskan dari A sampai Z apa dan kenapa kamu buat macam tu wahai Byun Baek-Hyun anakku sayang~ "

 

Ujar Puan Byun beserta senyuman sinis sambil matanya tidak lepas memandang Baekhyun. Baekhyun tersenyum tawar sebelum mengaduh sendiri bila telinganya berasa sakit.

 

" Okay, okay Hyun cerita. Omma duduk dulu, Hyun nak buat air. Omma nak kopi panas atau milo panas? Hyun pergi buat-- "

 

" Yah! Apa kamu merepek ni? Duduk depan omma sekarang! "

 

Jerit Puan Byun dengan kegeraman yang ada. Anak apa lah macam ni. Orang serius dia boleh main-main pula. Memang nak kena dia ni.

 

Baekhyun yang terkejut dengan sergahan ommanya terusbergegas duduk bersimpuh di hadapan ommanya seperti gadis yang akan dipinang orang yang sebenarnya sedang dirisik oleh si pengarang jantung. Tetapi tidak Baekhyun, dia hanyalah insan malang yang tak seberapa.

 

" H-hyun mintak maaf lagi, omma. H-hyun sebenarnya tak salah. Hyun tak buat apa-apa pun masa tu. Hyun cu-cuma nak to-- "

 

" Diam. Omma tak nak kamu bagi komen apa-apa "

 

Baekhyun berkerut. Omma ni pun cakap berbelit macam Hyun ke? Aisehmen.. parah lah kalau gini.

 

" Omma tak nak marah kamu pasal benda macam ni "

 

Baekhyun yang mendengar itu terus menghembus nafas dengan panjang sepanjangnya. Akhirnya, omma aya I jugak! I love you, omma!

 

" Tapi omma ada denda untuk kamu "

 

" Apa-apa je lah. Asalkan omma tak salah faham dekat Hyun lagi "

 

Balas Baekhyun. Dia dengan rela hatinya merelakan denda yang bakal ditempuhinya nanti. Alah macam tak biasa. Omma kalau marah, mesti bagi denda. Tapi ini lain kan omma cakap omma tak marah. Aigoo Byun Baekhyun, ini bukan POV awak lah!

 

" Hyun akan berkahwin dengan dia "

 

" Hah ?? "

 

Baekhyun terlopong seluas yang boleh tetapi perkataan yang terkeluar itu bukanlah dari kerongkongnya. Baekhyun hanya mampu terlopong dan melopong.

 

" Omma cakap apa tadi? Hyun dah nak kahwin? "

 

Ujar seseorang yang semestinya bukan Baekhyun, kerana dia sedang mendukung seorang anak kecil dalam lingkungan 2 tahun di hadapan pintu bilik. Byun Baekhyun, belum ada anak lagi untuk dibuat macam tu. Hi Hi Hi~

 

" Yeap. Omma dah pun jumpa calon yang sesuai untuk adik kamu ni. Cantik orangnya. Ye tak, Hyun? "

 

Puan Byun tersenyum dengan senyuman yang suka

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
AQFXQX
#1
Chapter 1: baru first baca dah buat sis sengih dengan perangai baekhyun ni xD
SufiSuga83 #2
Chapter 68: Authornim.. Saya dh habis baca ff awak yg menarik n daebak.. Soalan? Saya tak tau nak tanya apa..hehe so sorry ok? And please jangan delete ..jebal..nanti saya boleh baca citer ni bnyk kali..saya suka citer awk yg panjang ni..best sangat..
chichisakura99 #3
Chapter 68: Omg!!!! Author mmg terbaik. Sampai sy pulak yg nk mimpi diorg jd real. Tp mmg lawak la citer ni. Sy selalu gelak guling2 hampir je nk jatuh katil sbb lawak diorg. Apa2 pon tahniah author sbb berjaya bt citer yg betul2 ohsem. I really like this story. Kipidup dongibup author-nim
sarahishk
#4
Jangan delete pls cerita ni. Nanti kalau rindu cerita ni boleh ulang baca balik huhu
sarahishk
#5
Chapter 66: Ya, saya juga sedih. Taknak cerita ni habis sampai bila bila. Nak cerita ni ada sampai baekchansoo ada cucu cicit hahahaha