LMR 1

Love Me Right
Please Subscribe to read the full chapter

" Yee Park Chanyeol, aku dah ambik. Ye laaaa! Kau taknak percaya tunggu kejap aku ambik gambar kasi kat kau- hah apa lagi nih? Megi pulak dah? Yah, kau nih nak melantak untuk berapa tahun hah??!"

 

Baekhyun dengan selamba menjerit memarahi Chanyeol dari dalam talian. Sambil sambil tu, ada juga dia terjengket-jengket mencapai beberapa bungkus megi kari super hot kebabom pedas gila berpeket merah cili api yang berada di tempat yang agak tinggi darinya itu. Dan ternyatalah bahawa Baekhyun tidak setinggi Kwangsoo.

 

" Ini aku dah ambikkan semua yang kau nak. Cakap dengan hyung-hyung dan maknae-maknae dan yang sekutu semua dekat rumah tuh jangan pesan apa-apa lagi. Aku dah nak bayar nih! "

 

Baekhyun mematikan talian. Dia memanjangkan muncung sambil cuba menolak troli yang dah tenat dengan barang-barang entah apa-apa dengan payah sekali. Jikalau dilihat dari dasar troli itu, hanya satu sahaja skru yang masih bernyawa. Banyak benor barangnye.

 

" Sumpah Baek, kau memang malang! "

 

Ujar Baekhyun seraya menggelengkan kepalanya berulang kali. Yalah, mana tak malang kalau tadi dia dah kena denda basuh pinggan plus lap meja plus susun kerusi plus basuh cawan piring tu semua sebab makan lambat. Lepastu didenda pulak kena keluar pergi beli barang dapur. Dan lagi plus dia kena redha sebab ianya menggunakan duit dari poket Baekhyun.

 

Baekhyun yang malang itupun mengesat peluhnya. Aksi malangnya ketika menolak troli yang kelihatan seperti menonggeng itu telah menarik minat pengunjung pasaraya yang niat asal mereka untuk membeli belah. Tetapi apakan hati, sampaikan ada yang tersasul niat daripada ingin membeli barang kepada ingin membeli Baekhyun. Em, berapa ek nak jual ni?

 

Tetapi bagi Baekhyun, dirinya cukup terkenal. Dengan itu, dia mula berlagak dan tersenyum seperti kambing.

 

" Annyeong~~ "

 

Lambai Baekhyun beserta sengihan gigi yang putih bersih. Telefon Baekhyun yang bergetar telah membuatkan Baekhyun menari-nari dengan sendiri sebelum tersedar yang dia mendapat panggilan. Baekhyun tersenyum sekali lagi untuk menggoda seluruh pasaraya tersebut. Dia mengangkat panggilan.

 

" Yah capang! Kau faham bahasa tak yang aku nih dah nak bayar dah? Kau bagitahu lagi sekali dekat yang lain tuh sekali boleh tak?! Bisinglah! "

 

Sebaik sahaja menjawab panggilan, Baekhyun terus sahaja memaki hamun di pemanggil yang dia sudah tahu identitinya. Siapa lagi yang capang kalau bukan Chanyeol? Okey, itu Baekhyun yang cakap.

 

" Kamu sergah saya, Baek? "

 

Baekhyun tersenyum tawar. Sempat dia mengangkat tangan pada pakcik yang tersengih dihadapannya.

 

" Err, maaf bos. Saya ingat Chanyeol yang call tadi. Rupa-rupanya salah. Bos orangnya! Hahaha "

 

" Lain kali tengok nama dulu. Ke awak set nama saya capang? Eh Baek, saya tak capang tahu! "

 

" Eh aniyo! Apalah ahjussi nih. Saya tak perasan tadi. Sorry s- "

 

" Apa-apa je lah. Sekarang kamu dengan siapa? "

 

" Saya sorang la. Saya dekat luar ni, ada beli barang sikit-sikit "

 

Balas Baekhyun lagi dan dia baru tersedar yang dia sudahpun menipu tadi. Trolinya sudah menggunung, adakah barang itu kelihatan sedikit? Huh sikit kebende kalau dah cenggini!

 

" Oh yeke? Saya tak tanya pun awak dekat mana hahhahahah!! "

 

Baekhyun gelak pura-pura. Pakcik santa nih suka betul kasi lawak bodoh.

 

" Baik lah Baek. Saya ada tugas untuk kamu. Esok pastikan free. And jangan lupa pulak bagitahu dekat Chanyeol aka capang kamu tuh. Chen sekali. Hah lepastu Sehun dengan Kai jangan lupa pulak! "

 

Baekhyun mengangguk.

 

" Boleh tak ni Baek? Saya perlukan kamu berlima untuk seminggu ni. Bermula esok. Tepat jam 7 pagi jumpa saya. Esok jangan lambat! "

 

" Yee ye okay bos. Esok saya janji sebelum malam kitorang sampai. Hahaha bye! "

 

Baekhyun cepat-cepat meletak panggilan. Tak sanggup untuk mendengar pakcik santa aka ayah Luhan yang suka sangat gelak macam santa claus itu tergelak. Baekhyun tergelak sendiri. Sejak bila lah dia boleh jadi spy berkualiti nih? Hohoho, thanks Luhan sebab bagi aku part-time-job. Kahkahkah!

 

Dush!

 

" Omona! Dah terlanggar! Ottokhae??! Mi-mian-mianhae!!!! "

 

Baekhyun terkejut dengan bunyi berdentum yang kuat itu. Dia segera berlari mendapatkan seorang gadis yang sudah tersungkur dihadapannya. Plus lagi, barang-barang dari dalam troli Baekhyun pun menimbus gadis itu.

 

" Omo, awak! Mana kepala awak? "

 

Baekhyun segera mengisai barangnya yang bertaburan serta menutup separuh dari badan gadis itu. Gadis itu mengerang kesakitan. Mata tidaknya, sekali dengan beras pun himpap atas dia.

 

" Yah, gwaencana? Awak luka tak? "

 

Soal Baekhyun. Dia memeriksa gadis itu sebelum gadis itu mengangkat mukanya.

 

" Awak bo-b-boleh j-jalan tak!! "

 

Baekhyun terpanar. Dia menjadi terrrgagap setelah melihat rupa paras gadis itu. Manisnya, desis hati Baekhyun yang terkaku macam patung itu.

 

" Deh, g-gwaenchanayo! "

 

Gadis itu segera bangun apabila sedar bahawa dirinya diperhatikan lama oleh Baekhyun. Dia meninggalkan Baekhyun yang masih terpin

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
AQFXQX
#1
Chapter 1: baru first baca dah buat sis sengih dengan perangai baekhyun ni xD
SufiSuga83 #2
Chapter 68: Authornim.. Saya dh habis baca ff awak yg menarik n daebak.. Soalan? Saya tak tau nak tanya apa..hehe so sorry ok? And please jangan delete ..jebal..nanti saya boleh baca citer ni bnyk kali..saya suka citer awk yg panjang ni..best sangat..
chichisakura99 #3
Chapter 68: Omg!!!! Author mmg terbaik. Sampai sy pulak yg nk mimpi diorg jd real. Tp mmg lawak la citer ni. Sy selalu gelak guling2 hampir je nk jatuh katil sbb lawak diorg. Apa2 pon tahniah author sbb berjaya bt citer yg betul2 ohsem. I really like this story. Kipidup dongibup author-nim
sarahishk
#4
Jangan delete pls cerita ni. Nanti kalau rindu cerita ni boleh ulang baca balik huhu
sarahishk
#5
Chapter 66: Ya, saya juga sedih. Taknak cerita ni habis sampai bila bila. Nak cerita ni ada sampai baekchansoo ada cucu cicit hahahaha