LMR 11

Love Me Right
Please Subscribe to read the full chapter

 

" Wushhh Jae, kau sinilah. Pemandangan memang betul betul syok ni Jae " Panggil Daehyun yang masih terhendap hendap walaupun kepala tersepit. Youngjae yang tengah menghafalkan mantera untuk tikar terbang supaya dia boleh lari daripada Yongguk masih buat tak layan.

 

" Jaeeeeee! Aku cakap benda betul. Sinilahhhh " Panggil Daehyun lagi. Youngjae yang rasa dirinya stress pergi kearah Daehyun dan menarik rambut Daehyun kebelakang.

 

" Kau sana. Aku nak tengok apa benda yang indah sangat pemandangan benda sangat kau cakap wait, uhuk uhuk uhuk! Chan--Chanyeol??? "

 

Youngjae terbatuk batuk. Terkejut beruk dia melihat Chanyeol yang sedang membuat aksi sedemikian dihadapan rumahnya. Tanpa sedar pintu rumah mereka terbuka sedikit demi sedikit kerana Daehyun merangkak dari belakang dan berusaha untuk mengintai.

 

BAMMM. Pintu ditutup kuat. Hampir hampir je dia kantoi dengan Baekhyun. Baekhyun yang juga terkedu sama seperti mereka memandang kearah mereka bila terdengar bunyi bising.

 

Mereka berdua diam tak berkutik dan Daehyun membetulkan kain batiknya yang terbuka ikatan.

 

" Chanyeol? Apa kau buat dengan Jiyeon nih? " Soal Baekhyun dengan riak terkejut.

 

" Oh haa ehhh. Lahh kau tak tahu ker? Ahahahahahha " Chanyeol tergelak kekok. Jiyeon disebelah yang juga terkejut disiku dan giginya diketap ketap.

 

Jiyeon memandang Chanyeol dengan baran. Apa benda pulalah mamat nih?!!!!

 

" Kau tak tahu ke selama ni.. aku dengan Jiyeon ni kapel? Huh? Kacau je kau orang nak kisseu "

 

" WHAT?! "

 

Lima suara. Dari berlainan tempat. Kai didalam biliknya di dorm, Baekhyun dihadapan Chanyeol, Jiyeon yang merupakan mangsa tak bersalah Chanyeol dan juga dua ekor makhluk yang berusaha menutup mulut mereka. Nasib baik mereka menjerit serentak tadi. Tak adala nak dengar suara dorang dari dalam rak kasut ni.

 

Well, tah masa bila Daehyun dan Youngjae mengubah kedudukan mereka pun bebudak tu tak sedar. Maka tersepitlah mereka dengan bau bauan dari kasut mereka sendiri.

 

****

 

" Rara~ jom tidur? "

 

Dari tadi dia memerhati setiap pergerakan aku sejak mula aku keluar daripada tandas tadi, akhirnya Baekhyun bersuara. Fuh lega jugak aku rasanya. Tak adalah rasa kekok sangat nak buat semua benda bila ada orang perhati?

 

" Tidur? Err, berdua ke? " Tanya aku. Baekhyun memasukkan dirinya sampai kepala kedalam selimut.

 

" Eh bukan berdua. Bertiga. Tak nampak anak kita sebelah aku ni? "

 

Uhuk uhuk uhuk. Aku terbatuk dan aku terdengar hilaian gelak Baekhyun dari dalam selimut. Tah apa yang dibuat berselubung tuh?

 

" Baekhyun, dah apasal awak berbungkus dalam selimut nih? Sejuk ke apa? Ke awak nak saya tidur kat sofa? "

 

Aku mencuit cuit bahu Baekhyun. Dia masih tak bergerak. Cuma beberapa gegaran yang dapat aku rasakan.

 

" Awak, saya bukak eh. Awak jangan buat apa apa tak elok pula " Ujar aku bila tawa Baekhyun mulai hilang.

 

Aku semakin dekatkan muka aku ditilam. Nak meninjau Baekhyun sebaik saja tangan aku berjaya tarik selimut dari badan dia. Belum sempat aku nak bukak..

 

" BA!! "

 

" Makkkk!!! " Aku terdorong dan terjelepok kelantai. Baekhyun memeranjatkan aku dengan muka menyeramkan dia. Dengan dahi dan bawah mata dihitamkan, dah sebiji macam panda sesat, lepastu boleh pula dia buat cakar cakar pakai dakwat dekat muka dia.

 

" Yahhhh buruknya muka awak ni!! " Amek kau, jujur je aku bagi terus. Baekhyun terus gelak tak ingat dunia. Aku je yang tak gelak. Sebab aku fikir tak lawak, Baekhyun dah buat jantung aku hampir putus dengan perangai dia.

 

" Hajima..hahahhaahaha jangan pukul aku hahahahahha rara HAHAHAHAHAHAHAHHAHAHAH LAWAK LAHHHH " Baekhyun dah menepuk nepuk katil dan menonggeng. Aku membaling bantal yang daripada tadi aku pukul tadi kearahnya dan terus mencapai lipstick dari meja solek.

 

Kesian Baekhyun. Makin tak betul dah dia semenjak tahu aku ni Rara. Tapi takpe, meh Rara tunjukkan macam mana Baekhyun versi tak betul tu.

 

" Hiyarghhhh!! "

 

Aku melompat keatasnya. Dia yang terguling guling terkejut, melihat aku membawa senjata. Laju dia menepis tangan aku dan menutup nutup mukanya.

 

" Rara-ahh hajima.. hahahahahha hajima hahahaha aku taknak jadi badutlah ahahahahahhahaha yah yah yahhhhh "

 

Ops.

 

Too late Byun Baekhyun.

 

Bibir dan hidung Baekhyun dah merah menyala akibat perbuatan aku. Tak dilupakan juga, hujung mata Baekhyun pun aku merahkan dan mencalitkan beberapa titis 'darah' menggunakan lipstick.

 

Sekarang Baekhyun dah bertukar menjadi hantu. Muahahahhahahahah. Its my turn to laugh. KAKAKAKAKAKAKAKA LAWAK SIOTTT.

 

" Yaaaaaa stop gelak!! Saya cium kang " Baekhyun melihat mukanya dicermin dari atas katil. Dia berdiri atas katil sambil memuncung. Tarik muka lahtu.

 

" Siapa suruh awak mulakan. Hahahahahahhahahah serious lawaklah Baekhyun. Hahahahahhaha saya tak dapat tahan " Aku tergelak terbahak bahak. Ini kalau aku ambik gambar viralkan kat social network mesti hot nih. Wuahahahha Byun Baekhyun macam ni xD so funneh.

 

" Ra,apa yang lawak sangat? " Baekhyun menyoal aku dari atas. Oh lupa diatengah diri. Dia memberikan pandangan seram pada aku tapi aku masih dengan gelak.

 

" Ra, I balas dendam nanti you tahu? " Baekhyun masih bercerabih. Aku buat buat tak dengar.

 

" Ra, I love you " Aku terkejut. Jap, apa benda dia cakap tadi? Serta merta tawa aku berhenti dan memandang atas, kearahnya.

 

" Ra, smile~~~ " Klik! Baekhyun mengambil gambar ketika aku memandangnya. Pfftt, what the heck? DIA AMBIK GAMBAR AKU TAK READY!!

 

" Yahhh Byun Baekhyun apesal awak amek gambar saya tengah macam ni hahhh?? " Aku menarik narik seluar Baekhyun. Lantaklah nak tercabut ke apa. Baekhyun menahan seluarnya dengan dua tangan.

 

" Oiii janganlah main seluar ni bahayalahhhh " Baekhyun menjerit dan menayang giginya kepada aku. Dia fikir aku nak takut dengan taring tak jadi dia, ke? Aku laju menarik tangan Baekhyun bila dia dah membongkok. Akibatnya, Baekhyun jatuh keatas aku.

 

Chupp~. Klik!

 

" Yaaaa dapat! Hahahahahhahahahahaha saya delete gambar tadi ehh "

 

Aku berjaya menarik telefon Baekhyun dari tangannya. Dia masih lagi membeku diatasku. Patutlah senang aku nak dapatkan henfon dia.

 

Saat aku mula nak 'mendelete' gambar yang Baekhyun tangkap tadi, senang cerita masa aku pegang je henfon dia ni, terpampang gambar aku dan Baekhyun yang sedang...

 

..bercium?

 

PFT. WHAT WHAT WHAT GAMBAR NI TADI KE? PATUTLAH BAEKHYUN BEKU SEMACAM!!

 

Tanpa membuang masa aku terus menolak Baekhyun sehingga dia terbaring ketepi. Fon Baekhyun aku letak tepi bantal dan mula memukul mukul badan dia.

 

Tak berapa kuat.. i guess?

 

" Yakk Byun Baekhyun you kissed me! Huh AAAWAK CIUM SAYA MACAM TU YAH BAEKKIE YAHHHHH!!! "

 

Aku menjerit ketelinga Baekhyun. Daripada beku dia terus menggerakkan bibir dia dan mencium hidung aku. Baekhyun tergelak. Aku terkejut dan bertambah terkejut bila memandang tangan kanan Baekhyun yang setia merakam segalanya.

 

Baekhyun tergelak. " Yahh awak nii!! " Dan Baekhyun melarikan diri bila aku cuba merampas henfon dia kembali.

 

" Ahh, Rara, penat lah. Stop stop. Huh serious aku penat " Baekhyun merebahkan badan atas katil gaya orang kena tembak. Aku dah menang, memang maknanya Baekhyun kalah lah kan.

 

" Huh, awak tak post mana mana gambar tadi kan? " Soal aku. Baekhyun mengangkat muka dan tersengih nampak gigi.

 

" Rara rasa? "

 

" Yahhh awak tak masukkan kan? Jebalyo awak jangan buat saya macam ni lah " Aku menarik muka. Baekhyun makin tersengih dekat aku.

 

" Buat macam mana? " Baekhyun semakin mendekatkan dirinya dengan aku. Aku berundur kebelakang sedikit. " Euww. Kau berpeluh lah budak. Jom pergi mandi? " Baekhyun menghulur tangan. Aku memandang kosong tangan itu.

 

" Ra "

 

" Ya? "

 

" Aku ajak mandi kan? "

 

" Huh? "

 

" Yaaaa Byun Baekhyun!! " Aku menjerit kuat bila Baekhyun menarik tangan aku kebilik air.

 

" Stop. Movie tamat. Semua masuk tidur sekarang " Chen laju melipat dua laptop Sehun. Ketiga tiga lelaki disebelahnya memberi jelingan tak puas hati padanya.

 

" Asal hyung tutup? Hun nak guna laptop la " Sehun memberi alasan.

 

" Chen hyung! Kita tak habis dengar lagi la. Mana boleh buat kerja separuh jalan omma Kai kata " Kai juga memberi alasan. Chanyeol hanya menjeling Chen tajam melalui hujung matanya.

 

Chanyeol menelan air liur dia. Terasa kesat. Entah entah Chen and the gang nampak yang dia gaduh dengan 'awek' dia tak?

 

Ahh, Chanyeol mengetuk kepala beberapa kali. Sehun yang disebelah Chanyeol pula yang rasa sakit tu.

 

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
AQFXQX
#1
Chapter 1: baru first baca dah buat sis sengih dengan perangai baekhyun ni xD
SufiSuga83 #2
Chapter 68: Authornim.. Saya dh habis baca ff awak yg menarik n daebak.. Soalan? Saya tak tau nak tanya apa..hehe so sorry ok? And please jangan delete ..jebal..nanti saya boleh baca citer ni bnyk kali..saya suka citer awk yg panjang ni..best sangat..
chichisakura99 #3
Chapter 68: Omg!!!! Author mmg terbaik. Sampai sy pulak yg nk mimpi diorg jd real. Tp mmg lawak la citer ni. Sy selalu gelak guling2 hampir je nk jatuh katil sbb lawak diorg. Apa2 pon tahniah author sbb berjaya bt citer yg betul2 ohsem. I really like this story. Kipidup dongibup author-nim
sarahishk
#4
Jangan delete pls cerita ni. Nanti kalau rindu cerita ni boleh ulang baca balik huhu
sarahishk
#5
Chapter 66: Ya, saya juga sedih. Taknak cerita ni habis sampai bila bila. Nak cerita ni ada sampai baekchansoo ada cucu cicit hahahaha