LMR 52

Love Me Right
Please Subscribe to read the full chapter

" Huh.. siap dah "

 

" Satu je khemah? "

 

Aku mengerling Jiyeon yang buat muka pelik tu. Muka hodoh aku tayangkan.

 

" Kau nak pasang dua, boleh. Tapi pasang sendiri "

 

" Aaaa tak nak. Penat "

 

Dia turut baring sama sebelah aku. Ambil angin selepas berjalan dua jam setengah tanpa henti dan terus pasang khemah, serta susun susun barang yang berkaitan.

 

" Jiyeon aaaa "

 

" What "

 

" Kau busuk la. Jauh sikit "

 

" Tak guna! Eh tapi kat sini macam mana nak mandi eh? Tak ada toilet kan? "

 

Aku geleng. Gila ke orang nak bina toilet dalam hutan.

 

" Habistu?? "

 

" Tu. Sungai "

 

Aku memuncung ke arah sungai yang samar samar nampak kerana ditutupi pokok. Jiyeon membesarkan mata dia. Eh eh, comel.

 

" Wehhh! Nak mandiiiii "

 

Dia berlari ke arah sungai. Aku ikut sekali berlari macam budak budak. Baru dia nak lompat aku tarik tangan dia dulu.

 

" Check dulu kalau kalau ada buaya. Kang kena ngap kau kang "

 

Jiyeon terus kebelakang menghampiri aku. Aku tahan gelak.

 

" Tipu jela. Nak mandi kena bukak baju nanti tak kering "

 

Aku tanggal baju aku. Jiyeon terbuntang mata dia. Apa? Fikir aku nak berseksi seksa kat hutan ni ke? Ada singlet.

 

" Kau tak payah. Tak jadi mandi aku kang "

 

Punggung aku diterajang sampai aku terlompat ke dalam air. Aku terkejut. Eh eh budak ni.

 

Meh sini kita buat dia terkejut pulak.

 

Aku duduk dalam air tu dan tak keluar keluar dalam jangka yang lama.

 

" Eh, Chanyeol "

 

" Weh.. "

 

Dia mencucuk cucuk air dengan jari. Bengap! Kalau aku jadi buaya dah lama aku lapar tengok dia. Apesal cute sangat reaksi??

 

" Wehhh, keluarlahhh "

 

" Babun. Jangan main main ahh "

 

Dia dah mula masuk dalam air. Aku berundur ke tepi sikit supaya dia tak jumpa aku.

 

Ahh.. sesak pulak nafas.

 

" Weiiiii! Kau dah kena makan buaya ke? "

 

HAHAHAHAHAHAHAHAHA BUAYA?? INI BUAYA KAU!

 

" Arghh!! "

 

Jiyeon terjerit bila aku langgar badan dia macam aku ni anaconda dalam air. Aku keluar dan tergelak besar. Tapi kena lepuk.

 

" Padan muka! Derhaka lagi sepak husband "

 

" Kau la byuntae! Eii tak guna betul "

 

Dia baling baling air kat muka aku. Aku lap, ada lagi. Aku lap lagi ada lagi. Penyudahnya aku hirup air ni banyak banyak dan sembur kat muka dia.

 

Haa kau, diam.

 

" Pengotoooo!!! "

 

Blekkk. Aku ejek dia.

 

" Eh tadi kau ada sebut babun kan? "

 

" Haah kenapa "

 

" Kau tahu tak mencarut dalam hutan merupakan satu kesalahan yang besar dari sisi undang undang hutan? "

 

" Hah?? Serius? "

 

" Serius. Nanti.. "

 

" Aaaaaa kau jangan buat aku takut boleh takkk "

 

Jiyeon tarik rambut aku supaya dia boleh dekat. Aku menyeringai sikit dan pandang sekeliling dengan mata besar.

 

" Percaya lah cakap aku nanti ada.. "

 

" Ahhhh tak nak dengar!! Aku mintak maaf aku tak cakap lagi "

 

Jiyeon tiba tiba peluk aku. Aku terkejut tapi aku lebih kepada geli hati. Tahu lah aku bahawa dia penakut. Will be more interesting. Ngehhh.

 

" Ada seekor babun datang cari kau "

 

Dia melepaskan aku bila aku tunjuk sesuatu di celah semak.

 

" Tapi itu tapir "

 

" Tapir dengan babun kan adik beradik "

 

" Erkk. Siot gila kau perbodohkan aku "

 

Jiyeon jeling aku dan berganjak jauh jauh. Dia main main air. Aku mencebik. Orang cakap tak nak percaya.

 

" Sebab tu lah aku cakap bahaya duduk dalam hutan. Apa kau cakap semua akan keluar. Kalau kau sebut hantu, keluarlah dia cari kau "

 

Jelas aku panjang lebar. Jiyeon buat mimik muka mengejek aku. Tiba tiba suara pelik kedengaran. Tahu dia dekat dengan aku balik.

 

" Apa.. apa tu "

 

" Tadi yang aku sebut tu "

 

" Tak payah nak menipu. Mana ada hantu siang hari "

 

Jiyeon sebut jelas, aku dapat dengar. Aku buntangkan mata dan geleng kepala. Perlahan lahan aku bergerak ke tebing.

 

" Kau kenapa? "

 

" Belakang kau "

 

" Belakang aku? "

 

Tanpa menjawab soalan dia, aku terus lari. Aku tak ada lah berani sangat. Aku lari sampai khemah, dan tak toleh toleh. Lepastu belakang aku dirempuh sesuatu membuatkan aku terjerit, sekali dengan makhluk yang merempuh aku.

 

Akhirnya dua dua jatuh ke tanah dan kotor.

 

" Yahhh! " marah aku. Jiyeon tepuk badan dia yang dah melekat tanah, daun kering dan bermacam lagi. Tapi dia kira untung dekat baju, aku ni kena dekat badan.

 

Aku malas banyak cakap dan ambil towel bergerak ke sungai semula.

 

" Weh kau nak pergi mana? "

 

" Mandi "

 

" Jangan tinggal aku sorang! "

 

Aku berhenti dan menoleh sekejap.

 

" Kau nak ikut boleh, tapi agak membahayakan sebab aku nak tanggalkan segala pakaian kotor ni. Camne? Boleh tahan? "

 

Jiyeon geleng. Aku tahan gelak. Tahu dia takut.

 

Lepas dah selesai bersihkan badan aku dengan sempurna, eceh! aku kembali pada pangkuan si khemah dengan bertuala je la. Manada aku bawak bathrobe sini.

 

Aku nampak Jiyeon tengah menyangkung kesejukan dekat luar.

 

" Hei budak! Kau tak nak tukar baju ke? Nak senja dah ni "

 

" Huh. Nak pergi lah ni "

 

Dia mintak aku ambikkan towel. Aku bagi lepastu dia pergi. Eh eh kejap, aku lupa beritahu sesuatu.

 

" Wehhh! Jangan bukak baju open! nanti ada-- "

 

" Arghh! Kau buat aku takut lagiii "

 

Jiyeon berlari balik ke sini. Aku dah terkejut beruk. Takkan macam ni sekali penakut dia ni woi? Aku cakap benda betul ni.

 

" Aku buat apa? Aku cuma cakap ada tarzan tinjau nanti. Hutan ni macam macam ada "

 

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
AQFXQX
#1
Chapter 1: baru first baca dah buat sis sengih dengan perangai baekhyun ni xD
SufiSuga83 #2
Chapter 68: Authornim.. Saya dh habis baca ff awak yg menarik n daebak.. Soalan? Saya tak tau nak tanya apa..hehe so sorry ok? And please jangan delete ..jebal..nanti saya boleh baca citer ni bnyk kali..saya suka citer awk yg panjang ni..best sangat..
chichisakura99 #3
Chapter 68: Omg!!!! Author mmg terbaik. Sampai sy pulak yg nk mimpi diorg jd real. Tp mmg lawak la citer ni. Sy selalu gelak guling2 hampir je nk jatuh katil sbb lawak diorg. Apa2 pon tahniah author sbb berjaya bt citer yg betul2 ohsem. I really like this story. Kipidup dongibup author-nim
sarahishk
#4
Jangan delete pls cerita ni. Nanti kalau rindu cerita ni boleh ulang baca balik huhu
sarahishk
#5
Chapter 66: Ya, saya juga sedih. Taknak cerita ni habis sampai bila bila. Nak cerita ni ada sampai baekchansoo ada cucu cicit hahahaha