LMR 37

Love Me Right
Please Subscribe to read the full chapter

" Minseul, sana sikit weh "

 

Aku cuba menguis dan menggoyang Minseul yang rapat sangat dengan aku sekarang. Rapat tu aku tak kesah lagi. Yang aku kisahnya ni haa, tangan aku yang dia hempap.

 

" Adoi Minseul bangunlah! Sakit tahu tak?? " Kali ini aku membuka mata dan menolak dia ketepi sikit. Minseul langsung tak berganjak. Dasar tidur mati betul. Nak ditolak kuat, takut mati. Maklumlah, abang sayang bini abang.

 

" Seul, kau nak aku mati sebab peredaran darah aku tersekat ke? "

 

Tak boleh jadi. Aku cakap apa pun macam tak berguna je. Minseul ni memang tidur mati.

 

Perlahan lahan, aku gulingkan sikit badan dia ketepi dan menarik balik tangan aku. Ops, kain dia terselak! Ah rosak mata malam malam ni. Memang tidur teruk betullah budak ni.

 

Aku memperbetulkan apa yang patut. Lepastu, aku mula meratapi tangan aku yang terima nasib malang ni. Aku bet, mesti terseliuh sekali ni.

 

" Dyo "

 

" Ye.."

 

" Nak peluk "

 

Minseul menghulur tangan. Aku jeling je tangan dia. Ingat sweet ke mengigau tengah malam? Weh, teruk betullah! Bini jenis apa kau bagi ni author?!

 

" No peluk. Tangan aku seliuh ni "

 

Aku menjeling dia dan kembali berbaring. Dia mengigau je, bukan sedar pun tu. Sekarang ni yang pentingnya tangan aku ni. Sakit. Sangat. Wehhhhhhhh

 

" Opocot terkejut! " Aku terkejut bila ada sepasang tangan yang memeluk aku. Okey, dia sedar rupanya.

 

" Seul-ah, tangan aku sakit ni " Sekali lagi aku cuba untuk menarik keluar kepala yang syok tidur atas lengan kiri aku ni. Bukan tak kasi tidur, tapi macam mana kepala dia boleh jadi tajam pun tak tahu lah.

 

Minseul tak bagi respon apa-apa. Aku lambai dan cucuk pipi dia dua tiga kali. Sah nyenyak semula dah ni. Perlahan lahan, aku mengalihkan dia ketepi dan bangun. Sebelum kena peluk lagi. Aku tak kuat nak harungi semua ni

 

Patutlah aku rasa tak selesa. Rupa rupanya aku memang belum mandi dari malam tadi. Tapi si Minseul ni bila dia tukar baju? Sampai hati dia tak kejut aku.

 

Alang alang dah bangun tu, baik aku pergi mandi kan? Yeah, mandi. Boleh aku pergi klinik sekali lepastu.

 

Dahi Minseul aku cium sekali. Nak cium bibir confirm tak kasi. Walaupun teringin, aku pendamkan aje keinginan ni. Ikutkan nak je aku kiss sekarang dan mintak izin pagi besok. Lol. Apesallah aku tak terfikir idea macam ni punya bagus selama ni??

 

Agagagagaga

 

Lepas balik kliniklah

 

( ̄∀ ̄)

 

*****

 

" Good morninggggg "

 

Minseul mengeliat dan terus pusing untuk hempap aku yang sedang main telefon chat dengan awek lain. Dia terkebil kebil memandang aku. Same goes to me, Minseul bangun tidur lawa, tapi macam kak limah.

 

" Any wish for me? " Soal Minseul. Aku tayang sengih dan wish jelah good morning dekat dia. Sejak bila Minseul mengada pun ni taktau la.

 

" Good morning Han Minseul. Sejak bila kau jadi mengada ni? " Hidung dia aku cuit. Minseul tekup bantal sehingga tertutup sekali muka aku.

 

" Ops. Sorry, terkena "

 

Minseul mengalihkan bantal tu. Entah kenapa dia harini hyperactive. Baik semacam pulak. Dia tak tahu aku sebenarnya dah buat jahat dekat dia.

 

" Ehhh. What happen?? Kenapa tangan kau nii? "

 

Minseul bangun dari menghenyak aku dan duduk katak membelek tangan aku macam nak tersembul biji mata. Aku duk belek benda lain ╥﹏╥

 

" Kau lah hempap. Hmm, Seul.."

 

Hmmm apa nak cakap ni ( ̄∀ ̄)

 

" Ya? "

 

" Remember you only wear shorts " Ujar aku. Minseul menaikkan kening dia. Aloh comelnya, rasa nak sepak je bawah katil buat penyek tin sardin.

 

" So? "

 

Aku memuncung kearah kaki. Minseul cepat cepat menarik selimut. " Jangan buat aku request kau untuk break--"

 

" Shut up Do Kyungsoo. Bagitahu aku apa dah jadi dekat tangan kau ni! Tak sakit ke duh?? "

 

Minseul punya soalan aras tinggi buat aku rasa geli. Nak gelak atas kedunguan dia.

 

" Sakitlah! Kalau tak sakit tak pakai bandage "

 

Aku duduk tegak. Minseul memuncungkan bibir dia dan kembali berbaring.

 

" Mesti aku sepak kau malam tadi kan? " Soalnya. Aku geleng. " Habistu? "

 

" Kau hempap "

 

" What??? Wehhh, takkan aku dah gemok kot?! "

 

Minseul tak puas hati. Dia membulatkan mata sebesar yang boleh membuatkan aku tergelak. Tengoklah, semalam bukan main beria merajuk. Apesal sekarang baik semacam ni? Tahulah aku yang kitorang ni sebenarnya budak budak.

 

" Kau tak perasan?? "

 

" Perasan apa? "

 

" Kau dah gemok "

 

" HAH?!! BANYAK KE??? "

 

" Sikit? "

 

Minseul terus bangun dari pembaringan dan berdiri dihadapan cermin. Aku tergelak daripada belakang. Gila betul dia ni.

 

" Mana ada, penipu! Tak ada perubahan pun "

 

Bagaikan seekor raksasa, Minseul menghenyak aku atas katil. Habis semua digeleteknya. Pfft lahai budak ni!

 

" Yah Minseul enough lahahahahahahaha "

 

Aku tak boleh berhenti gelak. Bencilah orang main cucuk cucuk ni. Rasa nak balas balik. Okey, tukar turn!

 

" Yahhh Do Kyungsoo!! "

 

Ambek kau, aku geletek kau sampai terburai isi perut. Bwahahaha bila dah terburai tu, aku masukkan lah balik. Lepastu geletek lagi, terburai lagi, masukkan lagi, geletek lagi. Okey, kejam!

 

" Dah weh, penat.."

 

Minseul tercungap cungap menahan aku. Aku pun sama terbaring sebelah dia. Tak kira dah tangan sakit ke tak. Tapi yang pasti sakit lah.

 

" Kau tak lapar ke? " soal aku. Minseul pandang aku dan mengangguk.

 

" Jom makan? "

 

" Jom! "

 

Aku ready atas katil. Siap sedia nak bangun dan berlari. Minseul aku rasa dah tahu apa dalam kepala otak aku. Dia pun dah angkat kaki.

 

" Siapa lambat kena bayar!! "

 

Masing masing berlari berebut bilik air. Akhirnya kitorang masuk sama sama. Apa tandanya ni? Takkan ada orang lagi yang kena bayarkan??

 

" Wehh aku yang masuk dulu tadi. Kau keluar lah "

 

Minseul menolak aku. Aku menahan di pintu. Memang aku masuk lambat pun tadi. Siapa suruh dia lambat tutup pintu kan? So sekarang ni..

 

" Minseul yah "

 

" Yes.. sila keluar sekarang dan kira duit sebab aku lapar sangat ni "

 

" Alang alang masuk sama tu kan.."

 

Aku jalan menghampiri Minseul. Dia kebelakang. Tindakan refleks dia tak membantu. Memudahkan aku untuk kunci pintu. Yow, terima kasih!

 

" Yahhh! Keluarrrrrr!!! "

 

Minseul buat gaya nak terajang aku. Aku buat gila jugak mempertahankan kedudukan aku dalam tandas ni. Minseul taktahu, yang dia sebenarnya tak bawak towel. Bukan dia je, aku pun sama. Ngehhh. Padan muka kau!

 

" Who will going to payy??? "

 

Siapa nak bayar? Aku lah bayar! Tapi sebelum aku bayar...

 

Mestilah ada pengerasnya  ( ̄∀ ̄)

 

*****

 

" Apesal lambat sangat? " soal aku. Minseul angkat bahu dan menggulingkan biji mata.

 

" Orang tu lah, tak reti nak beratur. Lepas sorang, sorang lagi yang potong " jawab dia. Aku tergelak. Sebab tu pun nak emo dah dia ni.

 

" Dah lah tu, makan cepat. Tadi kau jugak yang lapar "

 

" Kau tak makan? "

 

Minseul memandang aku macam nak telan. Aku menggeleng. Tiba tiba rasa macam takde selera.

 

" Apesal?? Tadi bukan kau lapar ke? " soal dia pulak. Aku angkat bahu dan sedut air. Teh o ais mamak ni sedap pulak.

 

" Tiba tiba tak lapar. Kau makan je lahh "

 

" Taknak sikit? "

 

Aku menggeleng. Minseul teragak agak untuk makan. Akhirnya dia ambik jugak sesuap. But not, its for me!?

 

" Yah, aku tak nak lah! "

 

" Makan! Aku suap ni "

 

Minseul masih menyuakan sudu dihadapan mulut aku. Aku pandang kiri kanan. Orang pandang, camera pandang. Good shoot!

 

Okey, aku dah makan. One spoon is enough. Pagi ni aku sakit perut.

 

" Nak lagi? " soal dia. Aku menggeleng. Tapi aku ambik sudu dari tangan dia.

 

" Say aaaa "

 

" Aaaa? "

 

Good. Macam suap budak kecik! Eleh, fikir sweet ke? Janji gambar cantik yang aku dapat. Minseul pun cantik harini, rambut ekor kuda. Dengan tshirt cream yang sama dengan aku, tinggal lagi aku lengan pendek.

 

Ecececeh, sejak bila aku plan nak bersuit dengan dia nih? Lol, harini hari Minseul okey. Semua dia yang aturkan.

 

" Lepasni kita nak pergi mana? " tanya aku. Minseul duduk menyandar di kerusi dan membelek belek dagu. Baru nak fikir ke apa?? Dari malam tadi dia buat apa?

 

" Memandangkan kita ni macam beruk, kita tengok--"

 

" Not me, just you " aku memotong cepat. Gila ke panggil aku beruk? Dia pun dah macam beruk. Tapi janganlah cakap pasangan beruk, buruk sangat. Kahkah

 

" Fine. Just you. You are the beruksss. Okay okay, kita pergi zoo harini. Nak?? "

 

Zoo? Hmmm. Think think think. Zoo macam budak kecik!

 

" Taknak! Zoo tempat budak budak "

 

" Habis kau bukan budak?? "

 

" No. Kau yang budak. Aku dah dewasa okey! "

 

" Tapi perangai macam budak tadika jugak "

 

Minseul complain. Aku iya kan aje sebab harini macam tak best nak bergaduh. Aku mengantuk gila.

 

" Yah! Jom lah pergi zoo "

 

Minseul melambai dihadapan aku. Cepa

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
AQFXQX
#1
Chapter 1: baru first baca dah buat sis sengih dengan perangai baekhyun ni xD
SufiSuga83 #2
Chapter 68: Authornim.. Saya dh habis baca ff awak yg menarik n daebak.. Soalan? Saya tak tau nak tanya apa..hehe so sorry ok? And please jangan delete ..jebal..nanti saya boleh baca citer ni bnyk kali..saya suka citer awk yg panjang ni..best sangat..
chichisakura99 #3
Chapter 68: Omg!!!! Author mmg terbaik. Sampai sy pulak yg nk mimpi diorg jd real. Tp mmg lawak la citer ni. Sy selalu gelak guling2 hampir je nk jatuh katil sbb lawak diorg. Apa2 pon tahniah author sbb berjaya bt citer yg betul2 ohsem. I really like this story. Kipidup dongibup author-nim
sarahishk
#4
Jangan delete pls cerita ni. Nanti kalau rindu cerita ni boleh ulang baca balik huhu
sarahishk
#5
Chapter 66: Ya, saya juga sedih. Taknak cerita ni habis sampai bila bila. Nak cerita ni ada sampai baekchansoo ada cucu cicit hahahaha