✿ BAB 4 ✿

COTTON CANDY
Please Subscribe to read the full chapter

One two three...

Klik! Klik! Klik!

Sekejap Ahrin berada di hadapan pintu masuk. Tidak lama kemudian dia berada di atas pentas kecil. Dalam sekelip mata dia berada di lantai tari. Ke mana sahaja pengantin pergi, dia mesti ada berdekatan.

Yeonjun pula lebih menumpukan perhatian pada tetamu jemputan. Tidak terkata ramainya rakan selebriti yang datang meraihkan hari bahagia Nishimura Nana dan pasangan.

"Abang! Abang! Abang!" Ahrin berlari anak sambil memanggil Yeonjun yang berdiri tidak jauh darinya. Datang sahaja dia terus mukulnya bertubi-tubi.

"Apa? Aduh!" Yeonjun menggosok lengannya yang dipukul Ahrin sebaik sahaja gadis itu berada di sampingnya. "Kau dah kena rasuk ke? Gila semacam aja. Kenapa?"

Kebengangan Yeonjun tidak dihirau. Ahrin tersengih. Hatinya bahagaia. Dia berdiri pada hujung jari kakinya, cuba mendekatkan wajahnya pada telinga Yeonjun. "Yamazaki Kento dah datang!" bisiknya dengan kuat sambil terkinja-kinja.

"Eh, kau ni. Sabar sikit. Macam dah kena sampuk hantu aja kau ni." Tidak mahu melepaskan peluang, dia turut melihat ke arah Ahrin tunjukkan.

Pelakon terkenal itu kemas berbaju suit kelabu dengan rambut kemas didandan menunjukkan auranya yang berkarisma. Tidak hairanlah mengapa Ahrin dah serupa orang tidak siuman. Dia faham. Jika artis kegemarannya turut berada di hadapan mata pun dia akan berkelakuan seperti itu.

"Nanti abang panggil kau."

Ahrin memandangnya bersama tanda tanya. "Buat apa?"

"Kau tak nak ke sekeping gambar kenangan?" senyuman sinis Yeonjun terukir.

"Gila ke tak nak?!" semakin teruja dia mendengar cadangan tersebut.

"Kalau dia dah tak sibuk, abang cari kau. Abang buat kerja dulu." Sebelum Yeonjun melangkah, sempat lagi dia mengenyitkan mata.

Faham akan isyarat itu, Ahrin turut membalasnya. Ah, tak sabarnya nak bergambar dengan lelaki tertampan dunia...dunia Ahrinlah.

 

♥♥♥♥♥

 

"Maaf, cik..."

Seseorang menepuk perlahan bahu Ahrin dari belakang. Terasa dengan sentuhan tersebut, Ahrin berpaling lalu mendapati seorang lelaki kemas berpakaian serba hitam dari atas ke bawah sambil menggunakan alat pendengar pada telinga sebelah kirinya.

"Ya?" Ahrin menjawab dengan perlahan. Turut bertanda tanya mengapa pengawal ini menegurnya. Aku ada buat kesalahan ke?

"Cik kena ikut saya sekarang."

Dahi berkerut. Keningnya turut bertembung. "Kenapa saya kena ikut? Nak pergi mana?" Ahrin berasa kurang selesa serta gemuruh memandang pengawal itu kerana wajahnya yang agak menyeramkan biarpun kaca mata hitam sedang digunakan.

"Ini arahan Tuan Takashi. Sila ikut saya." Ujar pengawal dengan tenang meskipun nadanya tegang.

Hati Ahrin berbelah bahagi. Dia tidak dibayar untuk mengikut arahan orang lain. Apa yang lebih penting ialah sekarang ini merupakan waktu kerjanya. Dia tidak boleh sesuka hati pergi ke mana-mana jika bukan atas permintaan pelanggannya sendiri.

"Tapi sekarang ni waktu bekerja saya." Dengan sopan Ahrin menolak.

Pengawal tersebut sedang berbisik sesuatu sambil memegang alat pendengarnya. Terangguk-angguk sambil memandang Ahrin. "Baiklah." Ujarnya. Tiba-tiba, pengawal tersebut menggenggam kuat pergelangan tangan Ahrin lalu menarik gadis itu.

"Eh, encik. Kenapa ni? Tolong lepaskan saya, encik." Rayu Ahrin sambil cuba melepaskan diri. Dia hendak menjerit meminta pertolongan namun enggan berbuat demikian kerana secara tidak langsung dia akan merosakkan majlis ini.

Namun tidak ada sesiapa berhampiran dengannya kerana Ahrin berada di penjuru dewan. Berkali-kali dia cuba menarik tangannya namun pengawal tersebut tetap memaksa untuk mengikutinya entah ke mana.

Mata Ahrin berkaca. Takut. Dia bencikan perasaan yang sedang melandanya.

"Kenapa ni?" Nana datang menghampiri mereka. Kebetulan dia juga tengah mencari kelibat Ahrin. "Kau nak buat apa dengan jurugambar aku?" wajahnya garang, suara turut berubah rendah dan tegas.

Serta-merta pengawal tersebut melepaskan tangan Ahrin. Lalu, dia mendekati Nana dan membisikkan sesuatu kepadanya.

Nana membulatkan matanya. Riak wajahnya kelihatan menyampah mendengar alasan yang dia terima. "Dia tahukan ni majlis aku?!" suaranya berang walhal dikawal sebaik mungkin.

Pengawal tersebut terdiam seribu bahasa.

Nafas ditarik sedalam mungkin sebelum dihembuskan perlahan, cuba mengawal kemarahannya. Tangan Ahrin sedikit menggeletar. Pertama kali dia melihat Nana marah seperti itu.

"Hmm... tak apalah." Nana mengalah. Kemudian, dia memandang Ahrin sambil tersenyum manis. Hilang segala amarahnya tadi. "Ahrin, you ikut je dia ni. Nanti apa-apa yang I perlukan, I cari Yeonjun."

Suaranya berubah lembut serta pertuturanya turut menjadi baik seperti biasa Ahrin dengarkan.

"B-baiklah. Saya minta diri dulu, Cik

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet