✿ BAB 1 ✿

COTTON CANDY
Please Subscribe to read the full chapter

 

Wajah pucat lesu disertakan dengan mata sembab tidak bermaya menyebabkan Ahrin kelihatan seperti mayat hidup. Satu malam dia tidak dapat melelapkan mata dengan aman akibat jiran tidak bertauliahnya yang suka berpesta sehingga ke awal pagi. Kenapalah dia perlu berjiran dengan anak-anak muda yang tidak mempunyai mentaliti yang lebih sivik sepertinya?

"Jauh termenung."

Kepala yang direhatkan di atas meja sambil melihat jauh ke luar jendela diangkat lalu memandang si pemilik suara. "Selamat pagi." Ucap Ahrin dengan nada yang lemah.

"Apa ni pagi-pagi dah lembik? Tak sarapan ke?"

Mata yang layu ditahan sebaik mungkin sambil memandang wajah lelaki yang ceria seperti selalu. "Dah. Makan roti." Jawab Ahrin. Dia malas nak buat sarapan memandangkan dia sangat lesu.

"Roti sahaja?" rakan sekerja Ahrin bercekak pinggang sambil menggelengkan kepalanya. Yeonjun mengeluarkan sesuatu dari dalam bakul plastik yang dibawanya tadi. "Nah. Makan banyak sikit." Dua biji onigiri bersama secawan minuman Yakult diletakkan di atas meja kerja Ahrin.

"Untuk abang?" Tanya Ahrin.

Yeonjun tersenyum sinis. "Kau pernah nampak tak abang bawa makanan sikit?" Ahrin menggelengkan kepalanya perlahan. "Hah, tahu pun. Perut getah abang ni kena makan banyak barulah ada tenaga. Bukan lembik macam kau tu."

"Ish, tak baik kutut orang depan-depan." Ahrin memuncungkan bibirnya. Tapi tidak lama kerana dia tersenyum kecil sebaik sahaja bungkusan onigiri itu dibukanya. "Terima kasih! Esok bawa lagi tau."

"Perut kecik tapi kuat makan. Kau dah kenapa hari ni? Tak bermaya langsung serupa mayat hidup." Yeonjun perasaan akan perubahan wajah Ahrin. Selalunya, gadis itu akan mengenakan sekurang-kurangnya pelembap bibir atau gincu kerana kulit wajahnya yang putih mulus itu kelihatan pucat. Yeonjun melabuhkan punggung lalu menghidupkan komputer di hadapannya. Sambil itu, dia membuka onigiri yang dibelinya untuk dijamah.

Ahrin mengunyah makanan yang berada di dalam mulutnya dengan segera. Tidak sukalah bercakap dengan mulut yang penuh. "Jiran sebelah tu dari petang sampai ke pagi buta buat pesta. Pasang muzik kuat-kuat, dinding berdentum, terpekik sana sini. Geram tau sebab tak boleh nak tidur." Akhirnya, Ahrin mengadu punca dia lesu hari ini.

"Hmm... budak-budak biasalah tu." Yeonjun memusingkan kerusinya memandang ke arah Ahrin di sebelah. "Eh, nanti jangan lupa cuci gambar client minggu lepas." Pesan Yeonjun. "Tapi pastikan kau cukup rehat. Nanti kau pengsan lagi dalam bilik gelap tu jenuh aku nak kena bawa pergi hospital."

Tersengih-sengih Ahrin mendengar. "Baik, abang senior." Cepat-cepat dia menghabiskan sisa makanan dan minumannya. Terasa janggal pula apabila dia mengimbas kembali kejadian di mana dia pengsan akibat gangguan panik yang dia alami.

 

♥♥♥♥♥

 

Ahrin terlalu sibuk dengan gambar-gambarnya sehinggakan dia tidak sedar sudah sejam lebih dia berada di dalam bilik gelap itu. Bersungguh-sungguh betul dia melakukan kerjanya. Kerana minatnya terhadap gambar, dia tidak kisah masanya habis hanya untuk itu.

"Rin Rin..."

Tangannya yang pantas bekerja terhenti. Tumpuan Ahrin kemudian beralih ke arah suara yang memanggil namanya. "Ya?"

"Encik Hirano panggil sekejap." Yeonjun menyampaikan arahan yang diterimanya dari bos mereka. Tidak sengaja dia mengeluh kecil kerana tergendala lagi kerjanya. Cepat-cepat dia menyimpan semula peralatan yang digunakan di atas meja.

"Kenapa?" bisik Ahrin sebaik sahaja mereka berdua jalan beriringan ke satu ruang di mana majikan mereka berada.

"Client baru. Katanya nak jumpa kita." Jawab Yeonjun yang turut berbisik.

Mereka berdua tiba di pejabat Hirano. Kelihatan Hirano sedang duduk di sofa bersama seorang wanita seusianya. Mungkin awal 30an jika hendak diandaikan kerana Ahrin tidak sengaja terlupa umur sebenar majikannya itu.

Bukan mereka berdua sahaja yang berada di bilik tersebut, terdapat dua lelaki bertubuh sasa dan tinggi dis

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet