✿ BAB 3 ✿

COTTON CANDY
Please Subscribe to read the full chapter

 

Seawal 8 pagi lagi Ahrin sudah pun memulakan kerjanya. Cantiknya Nishimura Nana menggayakan kimono biru seolah-olah dia bagaikan seorang puteri kayangan. Rambut didandan rapi, solekkan yang tipi pun sudah mampu menaikkan seri pengantinnya. Entah sampai bila hendak dipuji kecantikan model tersebut.

"Cik Nana, pusing ke kiri sikit...okay...one two three!" Ahrin memandang gambar yang ditangkapnya. "Nice."

"Nak tengok!"

Ahrin mendekatkan dirinya ke arah pengantin perempuan lalu mengajukan kamera DSLR berkualiti tinggi ke arahnya. Nana melihat sambil tersenyum puas. "Cantik. Nanti awak ambil gambar banyak lagi tau. Saya bayar lebih..." Nana berbisik tidak mahu beberapa media lain yang turut berada di bilik mendengar ayat terakhirnya.

Tidak tahu hendak memberikan jawapan yang tepat. Ahrin hanya tersengih kecil.

Seganlah...

 

♥♥♥♥♥

 

Meskipun hanya ahli keluarga dan kenalan terdekat yang dijemput untuk memeriahkan majlis pada sebelah pagi, kedatangan mereka sahaja sudah pun memenuhi ruang dewan. Entah bagaimana pula pada malam hari nanti...mesti lagi ramai.

"Rin Rin!"

"Hah, kenapa?"

Yeonjun terguncap-guncap berlari anak ke arah rakan sekerjanya. Dia berhenti seketika di hadapan gadis itu sambil menenangkan dirinya.

"Abang nampak hantu ke? Baru jam 10 ni, diaorang tidur lagi." Selambah Ahrin berjenaka meskipun dia sendiri tahu lawaknya tidak layak untuk digelakkan.

"Kau ni!" Yeonjun menggeram. Namun kemudian dia menghela nafas gemuruh sambil menggaru kepala yang tidak gatal. "Sebenarnya...abang nak minta bateri spare."

Dahi berkerut. "Abang punya mana?"

"Hehehe... tertinggal di bilik." Ujar Yeonjun tersengih tanpa rasa bersalah.

Kalau sehari tak cuai tak boleh ke? kepala digeleng perlahan sambil tangan menyeluk ke dalam beg kecil yang sentiasa disangkukan pada bahu. Ahrin mengeluarkan sesuatu. "Nah, nasib baik Ahrin bawa lebih."

"Terima kasih, pendek!" Ucap Yeonjun sebaik sahaja dia mengambil bateri itu dari tangan Ahrin. Cepat-cepat dia melarikan diri sebelum sempat menerima cubitan berbisa rakannya itu.

"Pendek dia panggil...tak ada insuran betul mulut dia ni." Ahrin membebel kecil.

Penngantin masuk ke dalam dewan setelah selesai sesi pengenalan antara dua buah keluarga. Di situlah tetamu mula riuh dengan tepukan dan ucapan-ucapan manis kepada mempelai. Bertuah bagi media jemputan dan jurugambar Ahrin dan Yeonjun, mereka sentiasa berada di hadapan melihat pegantin dengan lebih jelas.

Ketika sibuk menangkap gambar, terasa seperti seluar slack hitamnya ditarik oleh seseorang membuatkan Ahrin sukar untuk melangkah. Apa ni? Jangan cakap waktu siang macam ni ada hantu...

Ahrin memandang kakinya. Dongja-gui? Tapi budak ni terlalu benar untuk dikatakan hantu.

"Mama..." budak kecil itu berkata sambil memandangnya dengan wajah penuh kecomelan.

"Eh?" Mama? Dia panggil aku ke? sejak bila aku kahwin? Siapa suami aku? Tak...persoalannya ni anak siapa tiba-tiba panggil aku mama?

"Mama..." sekali lagi budak itu memanggilnya. Tapi kali ini, dia memeluk erat pula kaki Ahrin.

"Sayang salah orang ni, kakak bukan mama awaklah." Ujar Ahrin dengan lembut sambil merendahkan tubuhnya.

Namun, budak itu tidak mengendahkannya. Ahrin melihat sekelilingnya. Semua tetamu menumpukan perhatian mereka pada si pengantin.

Alamak! Macam mana aku nak buat kerja ni?

"Shota!" seorang pemuda menghampiri mereka. Ahrin memandangnya sebelum tumpuan itu kembali kepada budak di kakinya.

Pemuda itu menarik budak bernama Shota namun pelukkan itu tidak lepas. "Shota, kan papa dah pesan, jangan merayau! Sini!" suara itu berkata perlahan namun tetap kedengaran tegas dan garang.

Kepala digeleng. "Nak mama..."

"Shota! Last warning! Ikut papa sekarang!"

"Tak nak! Tak nak! Shota nak dengan mama..."

Ah sudah... Ahrin menggaru kepalanya. Bukan sahaja kerjanya terganggu, dia risau jika ayah budak ini akan meletup api kemarahannya bila-bila masa sahaja.

"Adik, tengok kakak, boleh?" mahu atau tidak, Ahrin memaksa budak itu melepaskan pelukkan tersebut lalu memegang bahunya.

Please Subscribe to read the full chapter

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet