✿ BAB 2 ✿

COTTON CANDY
Please Subscribe to read the full chapter

 

Bangunan setinggi 32 tingkat menyapa luas pandangan dua pasang mata yang terpegun akan kemegahannya. Bukan selalu mereka berpeluang untuk menjejakkan kaki di salah satu tempat penginapan yang mewah ini. Jika bukan kerana hubungan baik majikan mereka dengan orang ternama, mustahil untuk dapatkan pengalaman berharga seperti ini.

Bagasi yang memuatkan pakai selama dua malam di kepulauan Okinawa ditarik memasuki hotel ternama ini. Langkah yang tenang akhirnya memasuki ruang reception dengan hiasan yang elegant tidak lupa juga sapaan mesra daripada bellboy yang menjadi penyambut tetamu.

Ahrin dan Yeonjun menuju ke lobi utama kerana mereka sedang menantikan seseorang. Mereka duduk bersebelahan di sofa yang empuk.

"Abang," Ahrin memanggil Yeonjun perlahan.

"Hm?"

"Agak-agak siapa artis yang datang nanti? Cik Nana berkawan baik dengan pelakon Yamazaki Kento, kan?" siling luas dengan hiasan lampu chandeliar menjadi ruang angan-angan Ahrin membayangkan wajah pelakon idamannya. Boleh dikatakan ramai juga artis yang pernah dia bekerjasama namun masih lagi tidak ada tuah bertemu dengan pelakon tersebut.

"Eh, engkau ni." Yeonjun mencebik sambil menolak lembut pipi Ahrin. Serta-merta angan-angan gadis itu terpadam. "Manalah abang tahu. Mungkin datang, mungkin tidak. Jangan letak harapan tu tinggi melangit! Nanti jatuh... sakit dia ouch!"

Panas pula hati mendengar leteran kecil seniornya itu. Keluhan terdengar. "Kita tak adalah pula nak bising masa dia menggedik depan Nishimura Nana bulan lepas." Gumam Ahrin perlahan.

Teringat pula kejadian di mana ketika mereka berdua tengah membuat pre-wedding photoshoot untuk bakal pengantin itu, Yeonjun pula semangat seperti terlebih gula. Segala-galanya dia buat sendiri dan sesekali mengarahkan dirinya untuk membuat kerja. Dia tak sedar ke yang Cik Nana tu dah nak kahwin?

Ahrin hanya mampu menggelengkan kepalanya dalam diam.

Tidak lama mereka menyepi, seorang wanita berpakaian blaus biru yang di tug-in pada kain pensil berwarna hitam menghampiri. Kaca mata dibetulkan sebelum dia tiba-tiba sahaja menghulurkan tangan di hadapan Ahrin.

"Selamat datang, kita bertemu lagi." Ujar wanita tersebut bersama senyuman kecil.

Cepat-cepat Ahrin berdiri lalu menyambut huluran tangan tersebut. "Terima kasih, Cik Ikeda." Tutur Ahrin. Tidak lama kemudian, giliran Yeonjun pula yang berjabat tangan dengan pengurus Nana itu.

"Jemput duduk." Pelawa beliau.

Ikeda turut melabuhkan punggungnya tidak jauh dari mereka. "Baiklah. Saya cuma nak ingatkan sahaja, acara akan bermula pada pukul 9 pagi dan diteruskan dengan majlis resepsi sehingga pukul 4 petang dan hanya ahli keluarga dan kenalan terdekat sahaja yang akan tiba." Ikeda memaklumkan semula atur cara majlis yang bakal berlangsung pada keesokkan harinya sambil melihat kembali kertas yang terdapat di dalam fail yang berada di pangkuannya.

"Tapi petang, Cik Nana nak photoshoot dengan sunset. Harap tak kisah ya kerja lebih."

"Kami faham." Mereka berdua menjawab tserentak. Tak kisah sebab masa mereka juga juga merupakan rezeki. Tak baik tolak.

"After party pula akan bermula pukul 8 malam. Saya nak pesan, acara malam kemungkinan akan ramai yang datang termasuklah-,"

"Yamazaki Kento?!" Ahrin tidak sengaja menunjukkan keterujaannya. Wajah yang berseri tidak dapat disembunyikan lagi. "Aduh!" dia mengadu kesakitan saat Yeonjun mencuit lengannya. Jelingan maut dilempatkan kepada jejaka itu namun tersengih pada Ikeda.

"Ya, dia salah se

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet