005

Evanesce (Sequel of Regret) - Hiatus
Please Subscribe to read the full chapter

“Maafkan saya encik, puan. Anak encik dan puan selamat. Tapi, berita kurang baiknya.. keadaan dia masih belum stabil. Berkemungkinan... dia akan koma. Sekejap atau lama, itu bergantung pada keadaan dia. Buat masa sekarang kita akan pantau sampai keadaan dia betul-betul stabil.”

“I got it. Terima kasih, doktor.” Dyosang tunduk hormat sebelum doktor Chongsun membalasnya. “Sama-sama. Banyak-banyak bersabar ya...” doktor itu terus berlalu dari situ.

Kata-kata doktor itu membuatkan Minha terkedu seketika. Kakinya tiba-tiba terasa lemah untuk berdiri. Mujur Sihwan yang berada di sebelah sempat menyambutnya dia terjatuh ke lantai. 

"Auntie? Auntie okay?" 

"Sayang!" Dyosang cepat-cepat mengambil isterinya dan membawanya ke kerusi berdekatan. "Sihwan, tolong ambilkan air dekat water cooler tu." Sihwan mengangguk sebelum berlalu dari situ.

"Minha..." Dyosang membelai rambut isterinya yang separuh sedar itu. "...Minha bangun sayang. Jangan buat abang risau macam ni..." Sihwan kembali membawa cawan kertas yang berisi air. 

"Thanks, Sihwan." Dyosang menyuakan cawan itu ke bibir Minha. "Nah, minum sikit air ni..." 

"Abang..." Minha bersuara lemah selepas menghirup sedikit air. "...kepala saya... rasa berat sangat..." 

"Sayang penat ni. Kita balik rehat kat rumah dulu ya." 

"Tapi...Baek macam mana nanti..." 

"Er, uncle... uncle bawaklah auntie balik dulu. Saya boleh tunggu kat sini. Kalau ada apa-apa nanti saya call uncle." Sihwan tiba-tiba mencelah. 

“Takpe ke Sihwan? Sihwan dah seharian kat sini. Uncle tak nak susahkan Sihwan pulak.” Dyosang serba salah.

 “It’s okay, uncle. Saya tak apa-apa pun. Auntie dengan uncle yang kena banyak rehat sekarang ni.” Balas Sihwan.

“Kalau macam tu...” Dyosang mengeluarkan sesuatu dari poketnya. “...Sihwan ambillah duit ni. Untuk makan nanti.” 

“Eh, tak payah uncle. Susah-susah je.” 

“Takpe. Sihwan doakan yang terbaik untuk family uncle ya.” Mendengar kata-kata itu, Sihwan akhirnya mengalah. “Okay, uncle. Terima kasih banyak-banyak. Susahkan uncle je.”

“Takdelah. Uncle yang patut berterima kasih kat Sihwan. Uncle bawak auntie balik dulu ya.” Sihwan sekadar mengangguk sambil memerhatikan kedua-dua pasangan itu berlalu dengan perasaan yang hiba. Dia dapat membayangkan perasaan mereka yang baru kehilangan Taehyung dua minggu lepas. Dan sekarang...Baekhyun pula...

Sihwan duduk semula sambil melepaskan

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
afrinasafwa_xx
#1
Chapter 22: when can you update this fanfics? im reallly wanna know the ending T_T
SeyoonExoBts #2
Chapter 22: woww daebak...tapikan apa yg terjadi kat kawan taehyung tu jimin dengan minwoo..
afrinasafwa_xx
#3
Chapter 22: bila nk update chapter baru?????? fighting!!!!!
afrinasfwa_ #4
Chapter 22: Keep update .x sabar nk tau sambunganny.caiyok!
Ayiepp
#5
Chapter 22: teruskan menulis...^^
parkyura98
#6
Chapter 21: Kenape sedih sgt ni... T^T
tyhah_nad #7
Chapter 21: Huaaaaa !! TT_TT apasal sedih sgtt ~.~
Jisya_Billah #8
authornim.. sedih arghh citer ni.. btw , daebak >.< hohohoh
Bts_vixx #9
Chapter 20: Huhuhu...Begitu sedihnya cerita ini.Taniah authornim,akhirnya saya menitiskan air mata....T_T
tyhah_nad #10
Chapter 20: Huaaaaa !! Kesian tae T.T