014

Evanesce (Sequel of Regret) - Hiatus
Please Subscribe to read the full chapter

Minha menutup diari dalam pegangannya. Setiap helaian yang diselak hanya menambah kerinduannya terhadap Taehyung. Air mata yang mengalir di pipinya dikesat. Perlahan-lahan dia membawa diari itu ke dalam dakapannya.

“Sayang…” Minha bermonolog sendiri. “…mama tak boleh biar abang baca diari ni dulu… It will hurt him more kalau dia tahu apa yang berlaku sebulan lepas…” Minha merenung semula ke arah diari itu. Dalam hatinya dia bertekad untuk menyembunyikan diari itu dari pandangan Baekhyun buat sementara waktu.

Minha mengerling ke arah jam di dinding. Tiga pagi. Dia sendiri tak perasan dia menghabiskan masa hampir dua jam di situ.   Minha segera bangun dari tempat duduknya.

‘Maafkan mama, Taetae…’ Setelah menyimpan diari yang diambil tadi, Minha berbaring di katilnya. Suaminya di sebelah sudah lama diulit mimpi.  Kepalanya terasa semakin berat. “…mama tahu Tae rindu abang. Tapi mama tak sangka… mama tak dapat bayangkan betapa rindunya Tae kat abang bila dia pergi…’ Ucap Minha dalam hati sebelum akhirnya dia tertidur.

 

Salji mulai turun di bandar Seoul sejak dua hari lepas. Musim sejuk pada tahun ini terasa lebih dingin buat Minha. Dia memandang ke luar dinding kaca pejabatnya, biarpun yang kelihatan hanyalah warna putih yang menyelubungi keseluruhan bandar.

Telefon bimbit di tangannya diperiksa sekali lagi. 12.16 tengah hari. Hatinya berkira-kira untuk menghubungi seseorang namun telefon bimbitnya terlebih dahulu berdering.

“Hello mama…”

 

“Thanks Sera sebab temankan saya keluar hari ni.” Baekhyun bersuara sebaik sahaja talian antara dia dan Minha diputuskan. Sera tersenyum kecil. “No problem lah oppa. Bukannya Sera buat apa-apa pun kat rumah tu. Sekali-sekala nak juga ambik angin kan.” Balas Sera. Cheese baguette dihadapannya dicapai sebelum digigit hujungnya. Baekhyun memerhatikan sekeliling kafe itu, seolah-olah mencari sesuatu.

“Oppa tengok apa?” Tanya Sera.

“Tak..takde apa-apa. Sebenarnya… masa mula-mula masuk kafe ni saya rasa macam familiar sangat. So I asked my mum, and she said… kafe ni memang tempat favorite saya dengan Taehyung dulu.” Ada senyuman di hujung kata-kata Baekhyun. Sera terus berhenti mengunyah baguettenya.

“Seriously? See… kan Sera dah cakap. Bukan semua memori oppa hilang. It will come back one day.” Sera tersenyum lebar.

“I hope so, Sera.” Baekhyun menghabiskan caramel latte yang bersisa dalam cawannya. Salji di luar semakin menebal. Pastinya suhunya jauh lebih sejuk berbanding pagi tadi.

“So lepas ni kita nak pergi mana?” Tanya Sera setelah berjaya menghabiskan baguettenya.

Baekhyun berfikir seketika. Dia sendiri tak pasti hendak ke mana. “Hmm, kita jalan sikit lagi lepas tu kita balik lah. Cuaca pun dah makin sejuk ni.”

Sera mengangguk perlahan. Ikutkan hatinya dia memang benci untuk berjalan dalam cuaca sejuk sebegitu. Tetapi disebabkan dia tidak mahu mengecewakan Baekhyun, dia mengiyakan sahaja.

“Alright oppa…Let me finish this first." Sera segera menghabiskan minumannya. 

 

“Hey, coffee?” Satu suara yang muncul dari belakang mengejutkan Minha. Dia menoleh ke belakang. Jaeho tersenyum sambil menyuakan secawan kopi kepada Minha.

“Sorry, I dah ketuk

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
afrinasafwa_xx
#1
Chapter 22: when can you update this fanfics? im reallly wanna know the ending T_T
SeyoonExoBts #2
Chapter 22: woww daebak...tapikan apa yg terjadi kat kawan taehyung tu jimin dengan minwoo..
afrinasafwa_xx
#3
Chapter 22: bila nk update chapter baru?????? fighting!!!!!
afrinasfwa_ #4
Chapter 22: Keep update .x sabar nk tau sambunganny.caiyok!
Ayiepp
#5
Chapter 22: teruskan menulis...^^
parkyura98
#6
Chapter 21: Kenape sedih sgt ni... T^T
tyhah_nad #7
Chapter 21: Huaaaaa !! TT_TT apasal sedih sgtt ~.~
Jisya_Billah #8
authornim.. sedih arghh citer ni.. btw , daebak >.< hohohoh
Bts_vixx #9
Chapter 20: Huhuhu...Begitu sedihnya cerita ini.Taniah authornim,akhirnya saya menitiskan air mata....T_T
tyhah_nad #10
Chapter 20: Huaaaaa !! Kesian tae T.T