Chapter 7

Hello & Goodbye

"Awak ni...kan saya dah kata yang saya boleh balik rumah sendiri,"kata ByungHee sebaik sahaja dia sudah keluar dari kereta milik keluarga Yeon Hee itu.Yeon Hee yang turut berdiri di belakangnya itu sekadar membisu.Dia melihat rumah sewa dua tingkat yang menempatkan 10 buah rumah itu.Yeon Hee tidak pasti yang mana satu adalah rumah yang didiami oleh ByungHee itu.ByungHee menoleh ke arah Yeon Hee.Bibirnya mengukir senyuman.

"Awak mesti tertanya-tanya yang mana satu rumah saya kan?"Soal ByungHee.Yeon Hee menoleh ke arahnya tanpa menjawab pertanyaan lelaki itu.Perlahan-lahan,ByungHee memegang tangan Yeon Hee dengan lembut.Yeon Hee terkejut dengan sentuhan lembut ByungHee itu.

"Jom,"kata ByungHee sambil menarik tangan Yeon Hee menuju ke rumahnya.

********************************

Yeon Hee terpaku seketika apabila suasana ruang tamu ByungHee yang serba ringkas tetapi kemas itu.ByungHee sekadar tersenyum.Perlahan-lahan,dia berjalan masuk ke dalam ruang tamu itu.Perabot di dalam rumah itu tidak banyak tetapi sudah cukup memadai untuk menampung keselesaan tinggal bersendirian.ByungHee sekadar memerhatikan Yeon Hee.Yeon Hee pula masih kusyuk memerhati persekitaran ruang tamu rumah ByungHee itu.Pandangan Yeon Hee kemudiannya beralih kepada bingkai gambar yang berada di atas meja itu.Yeon Hee mengambil bingkai gambar itu.Bibirnya tersenyum manis.

"Ni mesti gambar awak dengan mendiang appa awak kan,ByungHee?Muka awak sedikit pun tak berubah,"kata Yeon Hee,sambil tersenyum.Yeon Hee kemudiannya meletakkan semula bingkai gambar itu di atas meja.Yeon Hee memusingkan badannya ke belakang.Dia terkejut apabila melihat ByungHee yang sedang berdiri betul-betul di belakangnya itu.Entah mengapa,Yeon Hee merasakan wajahnya berubah panas.Dia ingin menjauhkan dirinya daripada ByungHee namun dihalang oleh lelaki itu.Tangannya digenggam erat oleh lelaki itu.

"Kajima..." Yeon Hee terkejut dengan kata-kata lelaki itu.Kakinya menjadi kaku untuk berganjak dari situ.

"Kajima..."Sekali lagi ByungHee mengulangi kata-katanya itu.Perlahan-lahan,ByungHee menarik Yeon Hee ke dalam pelukannya.Dia memeluk Yeon Hee erat,seolah-olah dia tidak mahu melepaskan wanita itu jauh darinya.Yeon Hee pula masih lagi terkejut dengan tindakan lelaki itu.

"Apa yang patut saya buat,Yeon Hee?"Soal ByungHee.

"Apa yang patut saya buat pada hari pertunangan awak nanti?Adakah saya hanya boleh sekadar melihat...ataupun...saya bawa awak lari dari majlis pertunangan awak nanti?"Soalan ByungHee itu benar-benar mengejutkan Yeon Hee.Matanya terbuka luas sebaik sahaja mendengar pertanyaan lelaki itu.Kedengaran lelaki itu melepaskan keluhan kecil.

"Saya rasa...saya tak sanggup tengok awak bersama dengan lelaki lain...Yeon Hee.Saya tak boleh hadapi semua tu,"kata ByungHee.Yeon Hee masih lagi membisu.Dia masih lagi berada dalam pelukan lelaki itu.

"Miane...kalau permintaan saya ni..kedengaran seperti untuk kepentingan diri saya sendiri.Tetapi..boleh tak kalau saya nak bawa awak lari dari majlis pertunangan awak nanti,Yeon Hee?Sebab saya nak awak berada di sisi saya sampai bila-bila,"kata ByungHee.ByungHee kemudiannya menanti jawapan Yeon Hee dengan tenang.Mata ByungHee terbuka luas apabila Yeon Hee membalas pelukannya.

"Babo."Balas Yeon Hee.

"Kalau awak bercadang nak rosakkan majlis pertunangan saya nanti...awak tak perlu ajar saya main piano tadi untuk saya tunjukkan kepada Nichkhun oppa,"kata Yeon Hee.ByungHee tersenyum mendengar kata-kata Yeon Hee itu.

"Siapa kata saya ajar awak main piano tadi?Saya bukannya ajar awak main piano.."ByungHee berhenti seketika daripada meneruskan kata-katanya.Rambut Yeon Hee yang panjang itu diusapnya lembut.

"Tapi saya meluahkan perasaan saya kepada awak..."Kata ByungHee.ByungHee melepaskan pelukannya dan menatap wajah Yeon Hee yang amat disayanginya itu.Kelihatan wajah Yeon Hee berubah merah.ByungHee tersenyum.

"Awak malu ke saya luahkan perasaan saya dekat awak ni?"Soal ByungHee,bernada usikan.Yeon Hee menutup wajahnya dengan kedua-dua tangannya.ByungHee tertawa kecil.Geli hati dengan kelakuan Yeon Hee yang kelihatan begitu comel pada pandangan matanya itu.ByungHee menjauhkan tangan Yeon Hee dari terus menutup wajahnya itu.Yeon Hee tidak berani untuk bertentang mata dengan ByungHee.ByungHee kemudiannya mengangkat dagu Yeon Hee,agar dia dapat melihat wajah Yeon Hee itu.

"Saya tahu yang perkenalan kita ni masih baru...tapi...saya betul-betul dah jatuh cinta dengan awak,Lee Yeon Hee,"ucap ByungHee.Yeon Hee kelu lidah untuk berkata-kata.ByungHee mengusap lembut pipi Yeon Hee sebelum dikucupnya bibir wanita itu.Mata Yeon Hee terbuka luas untuk seketika sebelum matanya tertutup secara perlahan-lahan.

*******************************

Mereka saling berpegangan tangan semasa menuruni tangga menuju ke pagar rumah sewa dua tingkat itu.ByungHee kemudiannya melepaskan tangan Yeon Hee perlahan-lahan sebaik sahaja melihat kereta milik keluarga yang sedang terparkir di luar rumahnya itu.

"Dah lewat ni.Mesti appa awak risaukan awak nanti,"kata ByungHee.Yeon Hee menoleh ke arahnya sambil tersenyum.

"Gomawo,"ucap Yeon Hee.ByungHee memandang ke arah Yeon Hee."Saya takkan lupakan malam ni...sampai bila-bila..."Kata Yeon Hee lagi.ByungHee tersenyum.

"Saya pun..."Balas ByungHee.Yeon Hee kemudiannya melangkah ke arah kereta keluarganya itu.Dia menoleh ke arah ByungHee semula.Kelihatan lelaki itu melambai ke arahnya sambil tersenyum.Yeon Hee turut membalas lambaian ByungHee itu sebelum melangkah masuk ke dalam keretanya itu.Kereta yang dinaiki oleh Yeon Hee itu kemudiannya bergerak meninggalkan rumah ByungHee itu.ByungHee sekadar melihat kereta yang dinaiki Yeon Hee yang semakin jauh meninggalkannya itu.

"Perasaan saya terhadap awak pun...sama seperti perasaan awak terhadap saya,ByungHee."

ByungHee tersenyum apabila mengenangkan kembali kata-kata Yeon Hee sebentar tadi.Akhirnya,dia dapat melepaskan nafas lega kerana dia berjaya meluahkan perasaan yang kian lama dipendam itu kepada Yeon Hee.Apatah lagi,dia juga tidak bertepuk sebelah tangan kerana Yeon Hee turut mempunyai perasaan yang sama terhadapnya.

"Jung ByungHee ssi..."ByungHee terkejut apabila terdengar namanya dipanggil.Dia menoleh ke arah belakangnya.Matanya terbuka luas apabila melihat Tuan Lee sedang berdiri di belakangnya sambil tersenyum ke arahnya.ByungHee segera menunduk hormat kepada Tuan Lee.

"Err..Tuan Lee..Em..ada apa Tuan datang ke sini?"Soal ByungHee.Tuan Lee sekadar tersenyum sinis sambil melihat rumah yang didiami oleh ByungHee itu.

"Boleh saya masuk?"Soal Tuan Lee.

"Ah?"

********************************

ByungHee menundukkan sedikit wajahnya ketika berhadapan dengan Tuan Lee yang sedang duduk di hadapannya itu.Tuan Lee pula memerhatikan sekeliling ruang tamu rumah ByungHee yang sederhana itu.

"Kamu tinggal seorang saja ke?"Soal Tuan Lee.

"Tak.Saya tinggal dengan kawan saya,"kata ByungHee.

"Jadi,mana kawan kamu?"Soal Tuan Lee,ingin tahu.

"Dia ada hal dekat kampung.Jadi,untuk sementara waktu ni,saya tinggal seorang,"kata ByungHee.

"Keluarga kamu?"Soal Tuan Lee lagi.

"Em...mereka ada urusan di tempat lain.Jadi...hanya saya sahaja yang tinggal di Seoul ni,"kata ByungHee.Entah mengapa,dia berasa curiga dengan kehadiran ayah Yeon Hee ke situ.Tuan Lee tersenyum sinis.

"Baguslah.Sekurang-kurangnya,saya boleh tahu asal-usul keluarga kamu walaupun saya tidak dapat tahu dengan lebih banyak lagi.Sebab...saya tak suka anak saya berkawan dengan sebarangan orang,"kata Tuan Lee..ByungHee mengukir senyuman paksa.

"Saya ada sesuatu yang nak dibincangkan dengan kamu."Kata Tuan Lee.ByungHee sekadar mendengar.

"Mengenai Yeon Hee."Jangkaan ByungHee tepat sekali.Tuan Lee memandang ke arah ByungHee dengan pandangan yang tajam.

"Seperti yang kamu tahu...Yeon Hee akan melangsungkan pertunangannya dengan anak sahabat baik saya sendiri dari Bangkok.Pertunangan ni bukan sahaja untuk kepentingan bisnes...tetapi adalah untuk mengeratkan lagi hubungan antara dua keluarga.Yeon Hee dan Nichkhun...memang dah lama berkawan sejak dari kecil.Jadi,kami rasa adalah lebih baik sekiranya kami menyatukan mereka berdua,"kata Tuan Lee.ByungHee masih lagi membisu.

"Pertunangan ni amat penting untuk kami.Dan..."Tuan Lee berhenti seketika.

"Saya takkan sesekali benarkan sesiapa pun dapat menghalang pertunangan tu nanti,"kata Tuan Lee,penuh makna tersirat.ByungHee terkejut dengan kata-kata Tuan Lee itu.Dia memandang ke arah Tuan Lee.Kelihatan Tuan Lee sedang tersenyum ke arahnya.

"Saya tahu...hubungan kamu dengan Yeon Hee...bukan hanya sebagai kawan sajakan?"Soal Tuan Lee.ByungHee memandang tepat ke arah Tuan Lee.

"Saya rasa saya tak perlu cakap lagi.Tapi..saya cuma nak mengingatkan kamu...yang kamu..tak layak untuk Yeon Hee.Kamu tak layak untuk keluarga kami,"kata Tuan Lee,sinis.Dia kemudiannya meletakkan tiket berserta dengan cek di atas meja.

"Saya benarkan kamu untuk menghadiri majlis pertunangan anak saya tetapi...awak mesti terus pergi dari sini.Pekerja saya boleh uruskan semuanya termasuk dengan kolej awak di tempat baru nanti.Apa yang pasti,saya memang tak nak tengok muka kamu lagi di sini,"kata Tuan Lee.ByungHee tersenyum sinis.Dia memandang ke arah Tuan Lee.

"Hanya kerana Tuan takut urusan bisnes Tuan terjejas...Tuan sanggup abaikan perasaan anak Tuan sendiri?"Soal ByungHee.ByungHee tertawa kecil.

"Saya tahu...dengan duit..Tuan boleh buat apa sahaja.Tapi..Tuan kena ingat.Tak ada yang lagi penting selain daripada melihat anak-anak Tuan bahagia.Kalau Tuan fikir..yang mereka boleh bahagia hanya dengan kemewahan..Tuan silap.Mereka juga ada hak untuk mencari kebahagiaan mereka sendiri.Yeon Hee...dia sering tertekan disebabkan oleh pertunangan ni.Ya..memang dia dan Nichkhun dah lama berkawan sejak dari kecil.Yeon Hee lebih mengenali Nichkhun daripada mengenali saya.Dan Nichkhun lebih mengenali Yeon Hee daripada saya mengenali Yeon Hee.Tapi...bila perasaan cinta tu hadir sendiri..kami tak boleh nak lari dari kenyataan tu,"kata ByungHee.

"Saya akui...Yeon Hee adalah insan yang paling penting dalam hidup saya.Saya tak anggap dia hanya sekadar kawan..tetapi..saya anggap dia..seseorang yang patut saya lindung..yang patut saya bahagiakan sampai bila-bila.."Tuan Lee sekadar mendengar kata-kata ByungHee itu.

"Saya minta maaf,Tuan.Saya terpaksa membantah.Saya tak boleh tinggalkan Yeon Hee...kerana saya cintakan Yeon Hee,"kata ByungHee.Tuan Lee menahan geram.Namun,dia cuba tersenyum ke arah ByungHee.

"Baiklah.Nampaknya saya dah silap membuat penilaian terhadap kamu.Kita jumpa di majlis pertunangan tu nanti,"kata Tuan Lee sebelum beredar dari situ.Kali ini ByungHee sekadar berdiri,langsung tidak menunduk hormat kepada lelaki tersebut.Dia menggenggam tangannya,menahan geram.

 

To be continued...

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
nisa_inani #1
Chapter 22: kak ain.. update please.. sedih gilerr..
paan1904
#2
Chapter 22: seb bek baca chapter ni emosi tgh stabil.. kalo x cnfirm pecah empanga n kat mata nih~~~ hoho!! ^^
peachiko
#3
Chapter 22: Akak.. ==' sy dh bru lepas leleh ni.. Skali akak dh update daa =='

"HABUK MASUK MATA" kehkehkeh xDDD
paan1904
#4
Chapter 21: *sobs sobs* habuk masuk mata~~ T.T
peachiko
#5
Chapter 21: Thank you so much sbb buat saya nanges. Thank you, thank you >< /kesat air mata. T-T
idaZ_Aplus #6
Chapter 21: Huh! deabakk! sedih giler TT__TT
idaZ_Aplus #7
Chapter 10: SAMBUNGAN PLAESE.. hehehe