Chapter 14

Hello & Goodbye

Hubungan antara Yeon Hee dan Ji Hoon semakin akrab.Yeon Hee juga menjadi semakin ceria dari hari ke hari.Dia sentiasa tersenyum bagaikan sudah hilang segala kesedihan yang dirasainya selama ini.Jika Yeon Hee ada kelapangan,dia pasti akan singgah di hospital tempat Ji Hoon bekerja.Kebiasaannya mereka akan menghabiskan masa bersama di taman permainan yang terletak di dalam kawasan hospital itu.

"Hari ni awak tak ada kelas ke,Ji Hoon?"Soal Yeon Hee,ingin tahu.Ji Hoon tersenyum sebelum meneguk teh panas di dalam cawan kertas itu.

"Petang nanti,saya ada kelas dengan student saya.Waktu ni jelah waktu rehat saya,"kata Ji Hoon.Yeon Hee angguk.Ji Hoon menoleh ke arahnya.

"Awak tak kerja ke hari ni?"Soal Ji Hoon.

"Tak.Saya malas nak pergi kerja hari ni,"kata Yeon Hee.Ji Hoon tertawa kecil.

"Yelah...awak bolehlah skip kerja sesuka hati awak kan.Awak kan bos,"kata Ji Hoon.Yeon Hee sekadar tersenyum.

"Tak adalah.Actually saya ada appointment dengan klien hari ni.Tapi tiba-tiba cancel.So,saya datang jela sini,"kata Yeon Hee.Ji Hoon memandang ke arah Yeon Hee,sambil mengecilkan sedikit matanya.Seolah-olah sedang memikirkan sesuatu.

"Err...kenapa awak pandang saya macam tu?"Soal Yeon Hee,hairan.

"Awak nak tak jadi sukarela dekat hospital ni?"Soal Ji Hoon.

"Hah?"

"Kami perlukan sukarelawan untuk jabatan paediatrik.Yelah...kanak-kanak di dalam wad tu sakit...ada yang terpaksa tinggal di dalam hospital lama.Jadi,mereka kadang-kadang rasa bosan.Jadi,kalau ada orang yang sudi bermain dengan mereka,yang boleh menggembirakan mereka,saya rasa itu perkara yang baik.Jadi,awak berminat tak,Yeon Hee?'Soal Ji Hoon,cuba menarik minat Yeon Hee.Kelihatan Yeon Hee memikirkan cadangan daripada Ji Hoon itu.

"Sekurang-kurangnya,bila awak luangkan masa dengan kanak-kanak ni,awak akan rasa masalah awak...hilang macam tu je.Senang cerita,saya bukan saja nak awak bantu mereka,tapi saya nak awak bantu diri awak sendiri.Awak mungkin perlukan sesuatu untuk menenangkan fikiran awak sendiri,"kata Ji Hoon.

"Tapi...kalau awak rasa...perkara ni membebankan awak,saya takkan halang.Saya cuma nak bantu awak.Sebab saya sangat gembira tengok awak makin ceria sekarang ni.Kan bagus macam ni?"Kata Ji Hoon lagi.Perlahan-lahan,Yeon Hee mengukir senyuman ke arah lelaki itu.

"Awak dah banyak sangat tolong saya,Ji Hoon.Saya dah tak tahu nak buat apa lagi untuk balas budi awak,"kata Yeon Hee.

"Senang.Awak cuma kena sentiasa ceria,senyum...baru boleh buat hati saya senang,"kata Ji Hoon sambil mencubit pipi gebu Yeon Hee itu.Muka Yeon Hee berubah merah.Ji Hoon sekadar tertawa kecil.

"Muka awak merah.Comel betullah awak ni,"kata Ji Hoon,masih lagi tertawa.Yeon Hee asyik memandang Ji Hoon yang sedang ketawa itu.

 

"Saya suka tengok awak senyum macam ni.Manis sangat."

 

Yeon Hee tersenyum.Kata-kata ByungHee kembali kedengaran di dalam fikirannya.

"Kenapa aku dapat rasakan kehadiran ByungHee bila Ji Hoon berada di sisi aku?"Soal hatinya sendiri.Dia akui.Dia bagaikan dapat melihat ByungHee pada diri Ji Hoon.Mereka bagaikan orang yang sama.Ya,bagaikan orang yang sama.

Lamunan Yeon Hee bersepai apabila telinganya dapat menangkap bunyi telefon bimbit milik Ji Hoon berdering.Matanya tertumpu kepada hiasan yang tergantung pada telefon bimbit lelaki itu.

 

"Nah.Ini untuk awak gantungkan pada telefon awak.Nanti awak gantunglah kat handphone awak.Takdelah handphone kita tertukar nanti."

 

"Alamak...yeke?Hyung ada kelas pukul 4 petang ni.Mungkin Hyung pun balik lambat,"kata Ji Hoon,kelihatan wajahnya sedikit resah.Yeon Hee sekadar mendengar.

"Em...its okay.Nanti Hyung cuba tengok balik jadual Hyung.Kalau Hyung boleh awalkan kelas,Hyung boleh balik awal.Nanti apa-apa hal,Hyung call okay?"Kata Ji Hoon,sebelum menamatkan panggilan telefonnya itu.

"Kenapa ni,Ji Hoon?"Soal Yeon Hee,ingin tahu.

"Adik saya ada hal petang ni.Dia tak dapat nak jemput Dayoung dari taska,"kata Ji Hoon,sambil mengeluh.Dia kemudiannya menyemak semula jadualnya di dalam telefon bimbitnya.

"Takkan saya nak cancel kelas kot,"katanya lagi.

"Kalau awak tak kisah,saya boleh jemputkan Dayoung.Saya memang tak ada apa-apa hari ni,"kata Yeon Hee,menawarkan bantuan.Ji Hoon menoleh ke arah Yeon Hee.Yeon Hee sekadar tersenyum ke arahnya.

 

************************

 

Yeon Hee tercari-cari kelibat Dayoung dalam kalangan kanak-kanak yang berada di dalam taska itu.Yeon Hee kemudiannya mengukir senyuman manis ke arah seorang wanita yang sedang menuju ke arahnya itu.

"Em,cik ni cari siapa ya?"Soal wanita itu.

"Saya Lee Yeon Hee.Saya datang ni,nak jemput Dayoung balik,"kata Yeon Hee,ramah.Kelihatan wanita itu tersenyum.

"Oh,Cik Lee Yeon Hee.Tadi saya baru je dapat panggilan daripada Dr Jung.Dia kata Cik Yeon Hee yang akan datang jemput Dayoung hari ni,"kata wanita itu.Yeon Hee sekadar tersenyum.

"Cik tunggu sekejap ye.Saya panggilkan Dayoung,"kata wanita itu,sebelum beredar dari situ.

 

Yeon Hee tersenyum ke arah Dayoung yang sedang berjalan menuju ke arahnya itu.

"Unni?"Soal Dayoung,hairan dengan kedatangan Yeon Hee di situ.

"Hari ni appa tak boleh nak ambil Dayoung.Appa ada kerja.Jadi,appa minta tolong unni ambilkan Dayoung hari ni,"kata Yeon Hee.

"Oh...okaylah kalau macam tu,"kata Dayoung sambil tersenyum.

"Okey,kita balik sekarang ye?Unni hantarkan Dayoung balik rumah,"kata Yeon Hee sambil menghulurkan tangannya kepada Dayoung.Dayoung menyambut huluran tangannya.

 

**************************

 

Yeon Hee membuka pintu rumah Ji Hoon itu.Dia kagum dengan susunan perabot yang sangat kemas di dalam rumah itu.Susunan perabot di dalam rumah itu mengingatkannya kepada ByungHee.Yeon Hee tersenyum.

"Unni,masuklah."Dayoung menarik lembut tangan Yeon Hee,mengajak wanita itu masuk ke dalam rumahnya.Yeon Hee sekadar menurut.

"Unni,duduklah dulu.Dayoung nak simpan beg dalam bilik kejap,"kata Dayoung.Yeon Hee angguk.Dia kemudiannya melihat sekeliling rumah itu.Matanya tertumpu kepada sekeping gambar yang berada di atas meja itu.Perlahan-lahan,dia mengambil gambar itu.Kelihatan Ji Hoon bersana seorang remaja lelaki yang berlatarkan pemandangan di luar negara.Barangkali gambar itu diambil ketika mereka berada di New York.Wajah mereka kelihatan sedikit seiras,cuma wajah remaja lelaki itu kelihatan lebih kepada pan-asia.Gambar itu diletaknya semula di atas meja.Kemudian dia melihat gambar yang lain pula.Gambar Ji Hoon bersama seorang wanita yang kelihatan sedikit berusia.Yeon Hee tersenyum.Barangkali inilah wajah ibu Ji Hoon dan juga ByungHee.Senyumannya mengendur.ByungHee pastinya amat merindui ibunya sebaik sahaja mereka berpisah.Wajah Ji Hoon di dalam gambar itu diusapnya lembut.Alangkah bahagianya sekiranya di dapat melihat ByungHee berada di sisi ibunya.Lelaki itu berhak untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik,seperti yang dialami oleh Ji Hoon.

Yeon Hee meletakkan semula gambar itu di atas meja.Dia kemudiannya terlihat sekeping gambar yang lain.Perlahan-lahan dia mengambil gambar itu.

"Itu gambar isteri saya,Ji Eun."Yeon Hee terkejut apabila menyedari Ji Hoon yang sedang berdiri di belakangnya.Entah sejak bila lelaki itu sampai pun,dia tidak pasti.Cepat-cepat Yeon Hee meletakkan semula gambar itu di atas meja.Ji Hoon sekadar tersenyum.Dia kemudiannya mengambil semula gambar itu.Yeon Hee sekadar memerhati.

"Saya dengan Ji Eun dulu belajar di kolej yang sama.Kami bercinta...waktu kami berada di tahun kedua.Kemudian,kami berkahwin waktu kami masih lagi belajar..."Kata Ji Hoon.Yeon Hee sekadar mendengar.

"Tapi...jodoh kami tak kekal lama...Ji Eun meninggal dunia selepas setahun Dayoung dilahirkan..."Suara Ji Hoon menjadi perlahan.Wajahnya berubah muram.Gambar itu ditenungnya lama.

"Miane..."Ucap Yeon Hee,simpati.Ji Hoon menoleh ke arahnya sambil tersenyum.Kepala Yeon Hee itu diusapnya lembut.Yeon Hee terkejut dengan tindakan lelaki itu.

"Dayoung mana ye?"Soal Ji Hoon.

"Em,dia kata dia naik bilik,"kata Yeon Hee.Ji Hoon tersenyum sebelum dia menaiki tangga menuju ke bilik anak perempuannya itu.Yeon Hee sekadar memandang ke arah Ji Hoon.

 

"Ji Eun meninggal dunia selepas setahun Dayoung dilahirkan."

 

Ji Hoon turut merasai kesedihan seperti yang dia alami.Namun,Ji Hoon terpaksa untuk menghadapi kehilangan dua orang insan yang amat disayanginya.Jung Byung Hee dan Ji Eun.Namun,lelaki itu kelihatan amat tabah.Senyuman sentiasa terukir pada bibirnya,seolah-olah tiada langsung masalah yang membebani fikirannya.

"Saya dah balik..."Yeon Hee menoleh ke arah pintu.Lelaki itu memandang ke arahnya.Dahi Yeon Hee sedikit berkerut ,cuba mengecam wajah lelaki yang baru muncul itu.Begitu juga dengan lelaki itu.

"Eh,Aron...baru balik ke?"Soal Ji Hoon,yang sedang menuruni tangga sambil mendukung anak perempuannya itu.

"Ah...a'ah.Aron baru balik.Ada hal kat kolej tadi,"kata Aron,masih lagi memandang ke arah Yeon Hee.

"Oh...kenalkan.Ni adik lelaki saya,Aron.Aron,kenalkan...ni Yeon Hee,"kata Ji Hoon.Mata Aron dan Yeon Hee terbuka luas.

"Ah....Cik Yeon Hee kan?Saya rasa kita pernah jumpa dekat tren hari tu,"kata Aron,tersenyum lebar.

"Ah...ye ye.Patutla saya macam pernah nampak.Em...tak sangka kita jumpa lagi,"kata Yeon Hee,turut tersenyum.

"Eh,dah kenal ke?"Soal Ji Hoon,tidak faham.Aron tersenyum.

"Oh..hari tu Aron ada jumpa Cik Yeon Hee ni kat dalam tren waktu on the way nak ke kolej.Waktu tu,Cik Yeon Hee nampak macam tak sihat.Tu yang Aron tolong dia waktu tu,"kata Aron.Yeon Hee sekadar tersenyum.

"Arasso...em..tak sangka kan...kecil je dunia ni,"kata Ji Hoon,turut tersenyum.Aron memandang ke arah Yeon Hee sambil tersenyum.Begitu juga dengan Yeon Hee.

 

"Jadi,awak ni adik tiri kepada Ji Hoon la?"Soal Yeon Hee.Aron angguk.

"Yup.Appa saya dengan omma Ji Hoon hyung berkahwin waktu berada di New York dulu,"kata Aron.Yeon Hee memandang ke arah Ji Hoon yang sedang bersendirian di luar rumah itu.Kelihatan lelaki itu sedang melayani fikirannya sendiri.Aron turut memandang ke arah yang sama.

"Ji Hoon hyung sangat baik dengan saya.Dia layan saya seperti adik dia sendiri.Dia cakap...sekurang-kurangnya kehadiran saya,dapat mengubati rindu dia dekat saudara kembar dia di Seoul,"kata Aron lagi.

"Jadi,awak tahulah pasal ByungHee?"Soal Yeon Hee.Aron angguk.

"Bila berita mengenai kematian ByungHee sampai kepada kami...berita tu memberi tekanan yang berat kepada Hyung dan omma.Omma sampai sakit-sakit.Hyung pula...walaupun dia nampak tenang di luar,tapi...saya yakin,dia sangat sedih dan tertekan."Kata Aron lagi.

"Bila Hyung mengambil keputusan untuk pulang ke Seoul,saya berdegil nak ikut dia.Omma pula masih lagi dalam keadaan yang kurang sihat.Jadi,buat masa sekarang ni,omma dengan appa masih lagi berada di New York.Kalau ada kelapangan nanti,kami akan pulang ke New York,nak tengok mereka di sana,"kata Aron.Yeon Hee sekadar mendengar.Begitu banyak perkara mengenai latar belakang Ji Hoon sudah diketahuinya melalui Aron.Ternyata kehidupan Ji Hoon juga tidaklah seindah yang disangka.Dia juga pernah merasai pahit maung kehidupan sepanjang dia membesar di negara orang.Terpisah dengan saudara kandung sendiri...dan kehilangan isteri yang tercinta...

"Em...Cik Yeon Hee.."

"Panggil saya Noona je,"kata Yeon Hee.

"Em..Noona,"kata Aron,cuba untuk memanggil Yeon Hee dengan panggilan yang baru.Yeon Hee sekadar tersenyum.

"Noona dengan Ji Hoon hyung tu...ada apa-apa ke?"Soal Aron,sekaligus mengusik.Muka Yeon Hee berubah merah.

"Tak adalah.Kami ni kawan je,"kata Yeon Hee,menafikan kata-kata Aron itu.Aron sekadar tertawa kecil.Yeon Hee pula memandang ke arah Ji Hoon yang masih lagi berada di luar itu.Namun,kali ini Ji Hoon turut memandang ke arahnya.Pantas sahaja Yeon Hee mengalihkan pandangannya daripada Ji Hoon.Ji Hoon pula sekadar tersenyum.

 

To be continued...

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
nisa_inani #1
Chapter 22: kak ain.. update please.. sedih gilerr..
paan1904
#2
Chapter 22: seb bek baca chapter ni emosi tgh stabil.. kalo x cnfirm pecah empanga n kat mata nih~~~ hoho!! ^^
peachiko
#3
Chapter 22: Akak.. ==' sy dh bru lepas leleh ni.. Skali akak dh update daa =='

"HABUK MASUK MATA" kehkehkeh xDDD
paan1904
#4
Chapter 21: *sobs sobs* habuk masuk mata~~ T.T
peachiko
#5
Chapter 21: Thank you so much sbb buat saya nanges. Thank you, thank you >< /kesat air mata. T-T
idaZ_Aplus #6
Chapter 21: Huh! deabakk! sedih giler TT__TT
idaZ_Aplus #7
Chapter 10: SAMBUNGAN PLAESE.. hehehe