sunshine_blue - Listen To My Heart
BOOMBOOM Short Story [OPEN for 6 request and HIRING] [4/6]Listen to my heart
written by: k-hope
watak : Lee Taemin dan Lee Seona
Langit mendung dipandangnya sayu. Sekali-sekali jam Rolex di tangannya dikerling. Satu dengusan kedengaran. Dia memaksa senyuman supaya terlekat di bibirnya. Hampir satu jam setengah dia menunggu Lee Seona namun wanita itu masih tidak memunculkan diri.
Beep! Beep!
Bunyi peti mesej masuk memecahkan kesunyian. Taemin yang dari tadi mengelamun kian sedar ke dunia nyata. Dia segera menyeluk poketnya dan mengeluarkan telefon bimbitnya. Satu mesej daripada 'My Seona' dibuka. Senyuman pahit terukir. Dia mengeluh perlahan.
'Awak. Saya rasa hari ni kita tak boleh berjumpa. Lain kali saja kita berjumpa. Sorry.'
"Encik mahu mengambil pesanan? Dari tadi saya tanya, encik kata nanti."
Taemin mengalihkan pandangannya ke arah seorang pelayan wanita tersebut. Dia menarik senyuman sambil menggeleng.
"Maaf. Saya tak jadi untuk buat pesanan. Teman wanita saya tak jadi datang."
Beg sandang di kerusi sebelahnya diambil lalu disandang. Dia sempat melontarkan senyuman ke arah pelayan tersebut sebelum beredar meninggalkan kafe tersebut.
'Takpe Seona. Lagipun saya ada hal diuruskan. Bukan salah awak. Lain kali kita berjumpa. Bye Seona.'
Butang send ditekan.
***
"Appa! Buka pintu ni!"
Dia mengetuk pintu berkali-kali berharap ayahnya membuka pintu untuknya. Ayahnya tidak membenarkannya untuk berjumpa dengan Taemin hanya kerana bapa Taemin, Encik Lee Jae Kyung merupakan seorang banduan.
Encik Lee yang dulu seorang usahawan terkenal ditahan atas tuduhan kes rasuah melibatkan penyeludupan dadah. Nama baik Encik Lee telah tercalar atas tuduhan tersebut. Semua hartanya disita termasuk rumah agam miliknya; meninggalkan Taemin tanpa tempat bergantung. Keluarga Taemin sudah gulung tikar.
"Appa takkan benarkan Seona jumpa lelaki malang tu. Appa tak izinkan hubungan kamu berdua. Appa tak sukakan lelaki tu!"
Ayah Seona menguncikan diri Seona lalu meninggalkan dia terkurung di dalam bilik tidurnya. Seona mengetuk pintu sekali lagi tapi dia diabaikan.
"Appa!"
Dia menekup mulutnya; menahan tangis. Seona menyandarkan badannya pada pintu. Kakinya dibawa rapat ke dada lalu kepala lutut dipeluknya. Mukanya disembamkan pada kepala lututnya. Setitis demi setitis air mata mengalir membasahi pipinya. Bunyi tangisan mulai kedengaran.
"Taemin. Saya minta maaf. Saya minta maaf."
***
"Aku dah suruh dia terima pelawaan appa aku supaya kahwin dengan aku tapi setia lagi dengan perempuan miskin tu. Aku tak tahulah apa yabg betina tu dah beri dia makan."ucap Hyomin sambil membetulkan solekannya. Dia tergelak seusai menghabiskan tuturnya.
Kawan-kawannya yang bersama-samanya di dalam bilik air turut tergelak. Tanpa mereka sedari, seseorang mendengar perbualan mereka dari sebalik pintu tandas.
"Betina tu dah bunting agaknya. Sebab tu Taemin tak nak tinggalkan dia." Kali ni kawan baik Hyomin, Bona telah menambahkan perasa pada topik perbualan mereka. Mereka yang lain tergelak mendengar kata-kata Bona.
Tangannya digenggam erat. Hatinya panas. Perasaan marah dan geram bercampur aduk.
"Kau tak layak cakap macam tu!"
Seona keluar di sebalik pintu tandas. Mukanya merah menahan amarah. Hyomin menatapnya dengan senyuman sinis terukir di bibir. Dia menepuk tangan membuatkan Seona kebingungan.
"Aku tak sangka kau memang peleset sampaikan apa yang kitaorang bualkan pun kau dengar. Peleset macam kau ni tak layak be
Comments