So lucky to have you (Part I)

Sweet Cake For Sweet Love (Editing Process)

 

 

Pagi itu Ah Mie bangun dengan wajah yang ceria.Selesai sahaja mandi dan memakai pakaian sekolah,dia terus turun ke bawah untuk menikati sarapan pagi bersama keluarganya.

 

"Selamat pagi semua,"sapa Ah Mie dengan nada yang ceria.Omma dan appanya yang sedang menikmati sarapan pagi itu membalas ucapan Ah Mie itu kecuali adiknya,Ah Jun yang tidak membalas ucapan kakaknya itu.

 

Omma dan appanya berasa pelik lagi hairan dengan sikap Ah Mie pada pagi itu.Ah Mie pula terus bersikap selamba seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku pada pagi itu.

 

"Kamu demam ke Ah Mie?"tanya ommanya dengan nada yang risau.

 

Ah Mie terkejut mendengar soalan daripada ommanya.Dia kemudian merasa dahinya,tak panas pulak. "Mana ada ,omma.Tak panas pun badan Mie Mie nie,"jawab Ah Mie.

 

Ommanya merasa tidak puas hati dengan jawapan anak gadisnya itu kemudiannya meletakkan jarinya ke atas dahi Ah Mie. "Tak panas pun,".

 

Ah Mie pula yang hairan dengan sikap ommanya itu.Apa pulak yang tak kena dengan omma aku pulak nie,tanyanya perlahan.

 

"Ala omma nie,noona bukannya pelik sangat pun hari nie.Semalamkan dating dengan buah hati dia,tu yang bangun pagi dah nampak bunga dekat dalam hati,"ujar Ah Jun selamba.

 

Ah Mie yang mendengar kata-kata adiknya itu terus berubah wajahnya. "Aku mana ada buah hatilah.Kau baru nak setahun jagung ,pandai pulak nak masuk campur urusan dewasa,"marah Ah Mie.

 

Ah Jun mencebik bibir mendengar jawapan kakaknya itu. "Oh kalau macam tu,aku di bawah aku di bawah kategori kanak-kanak lagilah.Kau dah kategori warga emaslah?"

 

"Oh macam tu ke kisahnya.Eh,baik jugaklah buah hati kamu tu Mie Mie.Sopan je budaknya.Hormat orang tua pulak tu,"ujar appa Ah Mie pula.

 

"Appa,janganlah percaya cakap dongsaeng tu.Ah Mie mana ada buah hati lagi.Dan,bila masa pulak appa dengan umma jumpa Kyungsoo nie?"ujar Ah Mie pula dengan hairan.

 

Omma dan appanya pula hanya tersenyum mendengar soalan anak gadis mereka itu.Ah Jun pula mengangkat keningnya tanda kemenangan berpihak pada dirinya.

 

Melihat tiada reaksi daripada ahli keluarganya,Ah Mie meminta diri untuk ke sekolah.Dia tidak pun menghabiskan sarapannya itu kerana bengang dengan tindakan omma dan appanya yang hanya berdiam diri ketika Ah Jun mengejeknya.

 

Ah Mie keluar dari rumah dan berjalan kaki ke sekolah.Dia berjalan sambil memikirkan gelagat Kyungsoo semalam.

 

"Apa maksud kata-kata dia semalam?Kenapa dia bawa balik aku ke rumah dia?Kenapa dia beria-ria temankan aku balik rumah?And yang paling penting,macam mana dia boleh tahu nombor telefon omma dengan appa aku?"tanya hatinya.

 

Tidak lama kemudian,Ah Mie sampai di sekolah.Dia melangkah masuk ke kelas seperti biasa.Chorong menyambut kedatangannya dengan senyuman yang lebar.

 

"Kenapa dengan kau pagi nie?Pagi-pagi lagi dah senyum macam Do Min Joo melamar kau je,"ujar Ah Mie kepada Chorong.Dia melangkah ke tempat duduknya seperti biasa.

 

"Yang tu Do Min Joo.Sebelah kau tu Do Kyung Soo.Dua-dua manusia yang aku suka.Cuma aku lebih prefer pada Do Min Joo tu la,"balas Chorong panjang lebar.

 

Ah Mie pula hanya mencebik mendengar jawapan rakannya.Dia melihat jam di tangannya yang menunjukkan pukul 7:25 minit pagi.Taklah awal sangat dia sampai ke sekolah.

 

Suasana di dalam kelas yang tadinya sunyi kini menjadi bising apabila seorang demi seorang pelajar masuk ke dalam kelas untuk memulakan sesi pembelajaran.Seperti biasa,jeritan para gadis akan kedengaran apabila melihat kumpulan EXO melalui di hadapan kelas mereka.

 

Apabila kumpulan EXO sudah berlalu dan Kyungsoo memasuki ke dalam kelas,pandangannya bertembung dengan Ah Mie,senyuman mula terukir di wajahnya.

 

Ah Mie pula tidak mengendahkan senyuman Kyungsoo sebaliknya melemparkan pandangan ke luar kelas.Sebenarnya,apabila pandangannya bertembung dengan Kyungsoo,jantungnya berdegup kencang.

 

Baru sahaja Kyungsoo hendak berkata sesuatu dengannya,cikgu Seungri masuk untuk memulakan pelajaran seperti biasa.Ish,cikgu nie,kacau daun betullah,bisik hatinya perlahan.

 

 

 

 

 

 

 

Tiba waktu rehat,...

Ah Mie dan Chorong melangkah ke kantin seperi biasa.Setibanya mereka berdua di sana,timbul rasa hairan apabila melihat pelajar lelaki dan pelajar perempuan beratur untuk menerima sesuatu.

 

 

"Eh kenapa diorang semua berbaris panjang je nie?"tanya Ah Mie .Chorong pula  mengangkat bahu tanda dia tidak tahu apa-apa.

 

"Err adik,kenapa semua pelajar berbaris panjang nie?"tanya Chorong kepada salah seorang pelajar perempuan junior .

 

"Kyungsoo oppa dengan kawan-kawannya sedang mengedarkan kek cawan.Apa yang saya dengar,untuk pelajar perempuan,sesiapa yang dalam keknya menjumpai sebentuk cincin akan mendapat sesuatu daripada Kyungsoo oppa sendiri."jelas pelajar itu panjang lebar.

 

Mereka cuba  mendekati barisan pelajar yang beratur itu tetapi lain pula yang berlaku.Ah Mie dan Chorong ditolak oleh sekumpulan pelajar perempuan yang bertindak memotong barisan.Kekecohan mula berlaku antara Ah Mie dengan kumpulan pelajar tadi.

 

"Kau apahal tolak-tolak orang nie pompuan?"tanya Ah Mie dengan nyaring.

 

"Eh,kau yang tolak aku dulu .Potong line pulak kau,"balas perempuan itu.

 

"Ala nak menggedik sangat pulak dengan EXO.Tak payahlah nak salahkan orang.Kau ingat muka kau tu cantik sangat dengan make-up tebal kau tu?Aku tengok bedak asas dekat muka kau tu dah sama tebal dah dengan tepung .Tak cukup tepung nak buat kek,boleh ambik dekat muka kau tu,"sindir Ah Mie dengan suara yang kuat.

 

Para pelajar yang melihat pertengkaran mereka berdua  ketawa besar apabila mendengar jawapan Ah Mie.Pelajar perempuan itu kemudiannya beredar bersama rakan-rakannya  yang lain.

 

Kyungsoo pula hanya tersenyum melihat tindakan gadis yang dipujanya itu.Dia mendekati Ah Mie dan Chorong.

 

"Kau orang berdua nie gaduh-gaduh pasal apa?Takkan pasal kek cawan pun,korang dah bergaduh.Pastu boleh pulak nak ambik bedak nak buat tepung tambahan ,"perli Kyungsoo.Kata-katanya itu membuatkan muka gadis berdua itu bertukar warna.

 

Dia memberikan dua biji kek cawan kepada gadis itu. "Err Kyungsoo,betul ke.."

 

"Ya betul.Tengok-tengoklah ya dalam kek korang tu ya,"kata Kyungsoo dan berlalu pergi meninggalkan mereka berdua.

 

Ah Mie dan Chorong duduk di satu meja kosong tanpa mengendahkan suasana bising di kantin itu.Ketika sedang enak menikmati kek cawan itu,Ah Mie berasa hairan.

 

"Apa pulak benda keras dalam kek Kyungsoo nie?"tanya Ah Mie sambil mengeluarkan 'benda keras' dalam kek cawan itu.

 

Chorong yang sedang mengunyah kek itu menghentikan kunyahannya itu.Matanya fokus pada jari Ah Mie yang sedang mengeluarkan sesuatu daripada kek itu.

 

"Cincin?"jerit mereka berdua.

 

Jeritan mereka berdua itu didengari oleh Kyungsoo dan rakan-rakannya yang sedang mengedarkan kek itu menyebabkan semua mata tertumpu pada Ah Mie.

 

"TAHNIAHH!!!"jerit pelajar yang berada di kantin itu.

 

"Apa yang tahniahnya nie?"tanya Ah Mie.

 

"Kerana kau salah seorang gadis yang bertuah,"jawab Kyungsoo ringkas.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

TBC...^^

 

 

 

 

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
LovelyPurple96
complete!!!yes!!i'm happy!!

Comments

You must be logged in to comment
misz_dina #1
Chapter 18: Wah...sweetnyer D.O....>\\\<
allya_safia #2
Chapter 15: Woahh daebak ah cite ni best!Awesome!amazing!jjang!*thumbs up* memule,sye igtkn chorong tu jahat and gedik sbb die selalu perasan cantik dgn die suke d.o sekali.last2 dielh yg tlg d.o. dgn ah mie.bertuah dpt kawan cam chorong tu~~
kayd2208 #3
Chapter 17: nak......buat ye
aidasafiah
#4
Chapter 17: Nak! Buat ah..
mieyhyun
#5
Chapter 16: Comelnya... lagi2 part cincin dlm cupcake tu... so sweet ><
xxxghostgirlxxx #6
Chapter 15: So sweeet >< Stiap kali bce , sy duk tersengih-sengih je xD Hahaha x) Lwknye xD
snashikin
#7
Chapter 15: i love u authornim. best gile cite ni. lain dari yg lain...
VIP_yousha
#8
Chapter 15: so sweettt !!! tahniah authornim ^^
aidasafiah
#9
Chapter 15: OeMGi! Sweet + romantik giler! Best ending dia :D
oppabimbap
#10
Chapter 14: Kyungsoo ahhh :-@ , youre being so y , fluffy and crazy :)