Kerana Dia, Wen Junhui.
Description
Kata orang, cinta pertama adalah cinta yang terindah.
Namun...
Cinta pertama mereka ternyata menyakitkan.
Hubungan cinta Ahreum dengan kekasihnya ditentang keras oleh orang tua mereka. Perjalanan cinta dua insan ini penuh berliku sehingga mereka seakan lelah dan berputus asa.
Hanya kerana dia, Wen Junhui...
Bang Ahreum harus melalui satu kisah cinta yang memeritkan.
Kadangkala,
Cinta tak semudah melukis satu garisan lurus
Dan
Cinta tak seindah meniti titian pelangi.
Kerana cinta, ada hati yang terluka.
Kerana cinta, ada jiwa yang merana.
"Senyumlah Ahreum, ini bukan penamat untuk kebahagiaan kau dan aku."
-Wen Junhui-
"Aku akan perjuangkan cinta kita, Jun."
-Bang Ahreum-
"Dia cinta pertama kau tapi dia mungkin bukan cinta sejati kau"
-Kwon Soonyoung-
Abang tak nak keluarga kita porak peranda sebabkan seorang lelaki yang belum tentu cinta sejati Ahreum"
-Bang Yongguk-
Foreword
Cerita ni ditulis semasa saya sedang mengalami masalah writer block yang kronik tahap panda untuk sambung fanfics saya yang bersusun minta dicompletekan. (sampai sekarang saya masih ada masalah ni.) Well, bukan satu cerita yang bagus, tapi saya harap ada yang sudi memberikan saya peluang dengan membaca one-shot yang tak seberapa ni.
Jalan cerita hanya rekaan semata-mata dan saya langsung tak berniat untuk racist atau meninggung sesiapa melalui penulisan cerita ini. Dapat ilham bila saya dengar beberapa buah lagu yang akhirnya buat saya menulis cerita ni.
Suggestion lagu yang boleh didengar waktu baca cerita ni :
Wang Leehom- All the things you never knew.
Yoon Hyun Sang ft IU-When it would be
IU- Only I didn't know
Semoga anda semua terhibur dan menyukai cerita ini. Selamat membaca.
(^.^)
P/S : Terasa Foreword saya macam acah-acah matang. Cehh !
Comments