Shimm & Min: MALAY FANFIC, DO VS. DON'T
Description
Selamat datang ke ruangan Shimm & Min. Thread ini diwujudkan dan diselenggara oleh Min_Arisu dan Shimm_Ahmad bagi membantu para pembaca, penulis serta kami sendiri untuk mempertingkatkan lagi tahap penulisan masing-masing. Selain itu, Shimm dan Min juga akan berkongsi serba sedikit tips-tips penulisan yang berguna kepada pembaca. Beberapa tips dalam rekaan poster atau grafik juga akan turut diselitkan di sini. Seperti yang telah dinyatakan pada tajuk thread ini, thread ini akan dikemaskini atas konsep DO VS. DON'T.
Apakah yang dimaksudkan dengan DO VS. DON'T? Bagi setiap kemaskini yang dibuat, Shimm dan Min akan mengelaskan apa yang patut dimuatkan dan apa yang tidak patut dimuatkan di dalam karya penulisan anda selaku penulis. Beberapa contoh juga akan turut diselitkan bagi memudahkan penulis dan pembaca memahami dengan lebih mendalam dan jelas akan setiap tips, pendapat mahupun cadangan yang dikongsi. Bagi para pembaca pula, Shimm dan Min akan turut menyelitkan beberapa tips untuk menulis komen yang membina serta baik kepada karya yang dibaca. Jadi, thread ini tidak terhad kepada penulis Malay Fanfic sahaja. Thread ini diwujudkan khas untuk semua ahli AFF yang berada di bawah kelompok Malaysian.
Selaku pembaca dan subscribers thread ini, anda diminta supaya berfikiran terbuka dalam menerima pendapat, tips dan cadangan yang dikongsikan oleh Shimm dan Min. Anda juga sangat digalakkan untuk turut sama berkongsi pendapat peribadi di ruangan komen. Tetapi, komen yang ditinggalkan mestilah menggunakan gaya bahasa yang sopan dan tertib. Sebarang komen yang bersifat penghinaan dan kekerasan akan dipadam oleh Min atau Shimm dengan kadar segera. Shimm dan Min di sini tidak mempunyai sebarang niat untuk memperkecilkan, memperlekeh mahupun memandang rendah kepada karya penulisan sesiapa. Kami terlebih dahulu ingin memohon maaf dengan seikhlas hati sekiranya pendapat dan tips yang bakal kami kongsi ada membuatkan mana-mana pihak terguris. Ingin kami tegaskan di sini, niat utama kami di sini hanyalah untuk berkongsi buah fikiran, bukannya mahu menyakitkan hati atau menimbulkan ketidakselesaan kepada mana-mana penulis mahupun pembaca.
Tiada istilah 'perasan bagus' atau 'tunjuk pandai' di sini. Oleh itu, sebaiknya sila elakkan dari bersangka buruk atau berfikiran singkat di sini. Memandangkan anda adalah penulis bagi karya anda, anda mempunyai hak sepenuhnya sama ada mahu mempraktikkan tips-tips yang kami kongsikan di sini di dalam penulisan anda ataupun sebaliknya. Tiada unsur paksaan. Sila hormat-menghormati di antara satu sama lain. Sebarang persoalan, sila tinggalkan di ruangan komen di bawah atau PM Min_Arisu dan Shimm_Ahmad.
Terima kasih dan selamat membaca.
Comments