Present

Ghost Town
Please Subscribe to read the full chapter

Prompt 7 :  Satu kehadiran yang tidak diundang.

 

 

"Mayat tak dikenal pasti." Dahi Seokjin berkerut sedikit apabila membaca tag yang tergantung pada ibu jari kaki mayat itu dan mengangkat muka untuk memandang siapakah yang menghantar mayat itu masuk ke dalam makmal. "Hm mana Detektif Kim?" soal Seokjin. "Ah, sorry. Saya Inspektor Jeon, Jungkook Jeon. Detektif Kim ada kat luar." Seokjin terangguk-angguk dan berjabat tangan dengan inspektor muda itu.

"So, jelaskan tentang kes mayat ni boleh?" Seokjin bersuara sambil membuka alas kain putih yang menutup - mata Seokjin menjadi fokus kepada sekujur tubuh berwarna pucat, keras dan tidak sempurna itu. Jungkook menutup mulutnya dan berundur kebelakang sedikit - tidak lama itu dia mengangkat tangannya menandakan dia meminta maaf kepada Seokjin kerana tidak dapat bersuara untuk menjelaskan perkara yang sepatutnya. 

"It's okay, sepatutnya orang forensik yang ada kat tempat kejadian tadi patut sembur ni." Seokjin berkata sambil menyembur sesuatu pada mayat itu. "Corpse deodorizer." Sambung Seokjin.

"Jungkook orang baru, so dia tak biasa lagi hadap mayat-mayat macam ni."

Mendengar suara itu datang dari pintu masuk membuatkan Jungkook dan Seokjin menoleh dengan serentaknya. Seokjin meletakkan penyembur yang dia pegang itu diatas meja dan berjabat tangan dengan orang yang baru masuk itu.

"Lama tak jumpa, detektif Kim." Seokjin bersuara. "Oh, come on hyung. Gelilah." Lelaki digelar detektif Kim itu berkata sambil tersenyum malu. Seokjin ketawa dan memukul bahunya perlahan. "Kau tahu budak tu tak biasa, kenapa suruh dia yang hantar?" Seokjin berkata - cukup perlahan hanya untuk mereka berdua dengar. Detektif Kim itu tersenyum dan menoleh memandang Jungkook.

"Gukie. Boleh keluar jap? Ada dokumen yang kau kena periksa kat luar sebelum kita pergi." Jungkook mengangguk dan segera meninggalkan dua lelaki dewasa itu.

"Cute kan?" Seokjin menjulingkan matanya ke atas dan memukul bahu detektif itu sekali lagi. "Enough Kim Taehyung. Kau tak habis-habis lagi ke dengan tabiat buruk kau tu huh?" Taehyung ketawa besar dan berhenti apabila matanya jatuh memandang mayat yang berada dihadapannya.

"Eo? Yeah, mayat ni." Omel Taehyung dan merapati katil itu hanya untuk menundukkan kepalanya dan perhatikan mayat itu - lama. Seokjin mengambil fail yang berada ditangan Taehyung sejak daripada tadi dan mula membacanya. 

"Unidentified corpse..." bisik Seokjin perlahan dan cara mayat itu dijumpai menarik perhatian Seokjin. "Mayat dijumpai terbaring meniarap dibawah lantai dimana satu lengannya berada dibawah katil dan kaki kirinya hancur seperti dikisar. Jirannya langsung tak tau ada penghuni yang tinggal dirumah itu dan tiada siapa pernah nampak mangsa secara fizikal. Motif pembunuhan masih belum dikenalpasti."

Seokjin menutup fail tersebut dan memandang Taehyung. "Kau dah ada jawapan?" soal Seokjin. Taehyung berhenti meneliti wajah mayat itu dan berdiri tegak menghadap Seokjin. "Belum lagi." Jawabnya. "Tapi. Selain cara dia mati dan ditemui dalam keadaan yang sukar kita jangka. Ada satu benda yang buat aku keliru." Sambung Taehyung.

"Spill the bean." Seokjin bersuara sambil menyarungkan sarung tangan getah pada kedua belah tangannya. "Bunuh diri, obviously not sebab takde orang bunuh diri potong kaki sendiri. Dibunuh, susah nak ditentukan sebab pintu tingkap dan cerobong asap biliknya dikunci rapat dan hanya boleh dibuka dari dalam." Jelas Taehyung sementara Seokjin sedang mengangkat lengan mayat itu dan dahinya berkerut kerana tidak faham kenapa tangan kiri mayat itu bergulung seperti menggenggam sesuatu didalamnya. 

"Tae, memang tangan dia sejak tadi macam ni ke apa?" Taehyung mengangguk. "Oh yeah, kitaorang ambil kotak muzik yang ada kat tangan tu so rasanya dah lama dia genggam kotak muzik sebab tulah jadi macam tu?" Seokjin mengangguk faham dan meneliti tangan mayat yang bergulung itu.

Dahinya terkerut-kerut dan cuba berfikir sejenak. "Wae? Hyung? Ada apa-apa ke?" Seokjin berdiri tegak dan menggelengkan kepalanya. "Kena tunggu keputusan sinar-x ddia baru boleh cakap." Seokjin berkata. "Dan, apa lagi kau suruh aku periksa?" sambungnya.

"Hmm, kotak muzik tu ada kat makmal satu lagi dan rasanya dorang akan hantar pergi sini nanti. Aku nak kau nyatakan masa kematian dan pastikan punca kematian." Jelas Taehyung. "Okay takde masalah tapi nampaknya aku kena kerja lebih masa lah hari ni." Taehyung ketawa dan menepuk-nepuk bahu Seokjin perlahan.

"Good luck hyung, aku kena pergi lokasi tu semula. Ada apa-apa contact aku je okay?" Seokjin mengangguk dan memandang Taehyung yang keluar dari ruangan itu. Dia menghela nafas yang berat dan memandang mayat itu semula.

"Apa khabar encik tanpa nama, saya Seokjin dan akan memeriksa encik." Seokjin bersuara perlahan menyapa mayat itu seakan ia boleh menjawabnya. Seokjin hampir ketawa kecil disitu kerana kebodohan dirinya sendiri tapi dia tahan dan bercakap dalam hati.

'Bodohnya kau ni, kalau orang nampak kau bercakap dengan mayat mesti dorang fikir kau gila!' Seokjin menggelengkan kepalanya berkali-kali dan pergi mengambil beberapa biji peralatan untuk dia membedah mayat itu. 

"Okay where's my favourite retractors..." omel Seokjin perlahan - dia masih mencari peralatannya yang kelihatan kurang itu. Kadang dia tertunduk - terdongak dan tertunduk lagi sebelum dia menoleh sekeliling memandang ke arah setiap sudut yang ada dan setiap barang ada terletak diatas kabinet lebar itu sebelum matanya jatuh memandang mayat itu dan perasan retractors yang dia cari berada dibawah sebelah katil.

Seokjin berasa hairan tapi perkara ini sudah terlalu normal bagi seorang pakar bedah siasat sepertinya. Seokjin mengeluh dan mendekati mayat itu semula. 

"Well, encik. Awak nak menyapa saya pun janganlah curi retractor ni." katanya sambil tunduk untuk mengambil alat itu tapi dari pandangan periferalnya Seokjin dapat rasakan ada sesuatu yang mencangkung di bawah katil dan dia langsung menoleh untuk mendapatkan pandangan jelas tetapi mendapati tidak ada apa-apa dibawah - sebaik saja dia berdiri tegak dia menjeling mayat itu.  

"How dare you. Saya tak start bedah lagi..." Bisik Seokjin perlahan dan berdengus. "Since encik dah kacau saya awal sangat.." Seokjin mencapai pisau bedahnya dan menekan-nekan pusat mayat itu beberapa kali. "Let us see kalau encik ada internal bleeding." Seokjin berkata dan meletakkan mata pisau bedah itu di bawah pusat mayat tersebut dan sebelum sempat dia memotong bahagian itu. Pintu bilik pembedahannya yang diperbuat daripada kaca itu diketuk beberapa kali. 

Seokjin meletakkan pisau bedahnya diatas talam besi semula dan berdengus sebelum menoleh. "Tekan butang biru kat luar boleh tak? It's automatic slide door. Akses ibu jari je diperlukan." Seokjin bersuara tetapi tiada sesiapa yang menyahut. "What the hell?" Carutnya perlahan sebelum bergerak menuju ke pintu masuk bilik itu dan menekan butang dari dalam sehingga pintu slid itu terbuka, kepala Seokjin terjengah keluar - memandang ke kiri dan kanan mendapati sepanjang lorong itu kosong dan malap.

Seokjin memandang pintu itu dengan hairan dan masuk semula - membiarkan pintu itu tertutup dengan sendirinya. "Stop playing mister and let me do my work." Seokjin berkata dan mula fokus untuk membedah perut mayat itu dahulu. 

Setelah hampir 25 minit dan lebih membedah siasat mayat itu Seokjin semakin keletihan dan kehairanan akan sesuatu tetapi dia catat dahulu dan akan berbincang dengan rakan sekerjanya yang lain. Apa yang dia tahu ketika itu dia harus berkemas dan pulang kerana dia sudah lebih 2 jam dari waktu sepatutnya dia pulang. Lagi pula Seokjin paling kurang gemar memandu seorang diri pada pukul 12 pagi.

Bukan kerana takut tetapi matanya yang semakin berat dan mahu tidur itu menjadi punca. Sebaik saja selesai membersihkan tangannya dan membuka kot kerjanya Seokjin mencapai beg sandang sebelum melangkah keluar dari bilik untuk ke tingkat bawah - tingkat dimana barang-barang yang ditemui ditempat kejadian disiasat oleh rakan sekerjanya yang lain. 

Setibanya dimakmal itu Seokjin disapa kesunyian kerana dia tidak melihat sebarang kelibat manusia berada didalam itu - dengan hati yang berat dia melangkah masuk ke dalam dan memerhatikan meja kerja mereka. Matanya menangkap satu imej menarik yang iaitu sebuah kotak.   Kotak berwarna putih lesu dan kecil. 'Ini ke kotak muzik tu?' soalnya sambil mengambil plastik dimana kotak itu terletak. Dia mengangkat kotak itu dan perasan ada sehelai nota kecil jatuh keatas meja sebaik saja dia mengangkat plastik itu.   "Dr Kim, tolong periksa benda ni, kami semua dikejarkan kat lokasi baru so tak sempat nak periksa." Seokjin membaca perlahan nota yang ditulis dengan kelam kabut itu dan mujurlah dia seorang doktor profesional yang boleh membaca tulisan cakar ayam sebegitu rupa. Seokjin melepaskan keluhan kecil dan memasukkan beg plastik berisi kotak muzik itu ke dalam beg sandangnya sebelum berjalan keluar dari makmal itu.   Seokjin meletakkan beg sandangnya diatas katilnya sebelum menarik tali lehernya kebawah untuk melonggarkan ikatannya – dia membuka tali leher itu dan melemparkannya diatas katil juga dan melangkah masuk terus ke bilik air. Melepaskan nafas lega dan selesa ketika derasan air pancur itu mengalir dari atas kepalanya  langsung menyentuh setiap inci permukaan kulitnya yang terasa melekit dan berbau ubat itu.   Matanya terpejam dek kerana dalam keselesaan yang amat sehinggalah telinganya bergerak – menangkap satu bunyi yang datang dari biliknya. Seokjin memusing paip air pancur itu untuk mengecilkan jumlah air mengalir dan berhenti bergerak seketika – hanya untuk fokus untuk mengenalpasti bunyi itu.   Sunyi. Hanya bunyi air pancur kecil menitis diatas lantai marmar kedengaran. Seokjin mengeluh. Sejak kejadian yang berlaku di bilik pembedahan tadi, ada saja benda yang tidak kena Seokjin alami. Seokjin menduga yang dirinya terlalu penat untuk berfikiran rasional jadi dia memendekkan masa mandinya – segera keluar dari bilik air untuk berehat, langsung tidak terfikir hendak mengisi perutnya yang kosong itu.    “Ugh, dang!” Seokjin merengek dan menjeling beg sandangnya. Dia baru teringat akan kerja rumah yang dia bawa balik itu. Beg sandangnya dibuka dan tangannya diseluk masuk ke dalam untuk mengeluarkan kotak muzik itu. Seokjin duduk diatas meja kerjanya dan membuka lampu meja seraya memakai sarung tangan getahnya.    “Okay, aku tak faham kenapa dorang suruh aku siasat kotak pelik ni. Tapi  buat cepat dan pergi tidur. Go go! Seok-“ Seokjin berhenti bersuara apabila kotak muzik itu mengeluarkan bunyi yang berlagu dan sebatang besi kecil terkeluar dari kotak itu – memusingkan anak patung bersaiz pencungkil gigi, Seokjin tidak menemui apa-apa yang misteri tapi perasan yang satu kaki penari kecil itu patah. Dahi Seokjin terkerut dan mencatat nota kecil pada buku laporan kes itu sebelum memeriksanya dengan lebih terperinci.    “Wow,” Seokjin bersuara apabila nguapan panjangnya berakhir. Jam dimejanya sudah menunjukkan pukul 3 dan lebih, dia masih perlu masuk kerja tepat pukul 7 esok. “Aku sambung esok kat makmal, promise.” Bisiknya sebelum menutup lampu meja kerjanya dan langsung berdiri – menghempapkan tubuhnya kuat diatas katil.   “Ahh...leganya.” Mata Seokjin langsung terpejam kerana sudah lama terasa berat minta ditutup – fikiran Seokjin pula mula kosong bersedia untuk dihanyut mimpi.    Ting ting ting tiiing. Tiiing ting ting ting...   Seokjin membuka matanya luas dan menutupnya untuk sesaat kerana matanya terasa pedih – dia berkerut dahi dan duduk dimana pandangannya serta-merta jatuh memandang ke arah hadapannya, Seokjin ternonong luas tatkala melihat seseorang berpusing seperti seorang penari balet yang tidak berkaki kiri (mirip dengan anak patung yang berada di kotak muzik tadi) dan tekaknya terasa ketat seperti nafasnya disekat sesuatu membuatkan Seokjin tidak dapat menjerit apabila penari balet berkaki satu itu berhenti berpusing tapi kekal dalam posisinya – memusingkan kepalanya perlahan untuk memandang Seokjin dengan mengukirkan senyuman yang cukup lebar pada bibirnya yang koyak seperti ditoreh sesuatu yang tajam.    Seokjin terduduk dan dadanya turun naik – tercungap-cungap seakan sudah berlari di balapan sebanyak 10 kali. Matanya mengimbas keadaan sekeliling bilik dan menghela nafas lega. Rupanya dia bermimpi dan turun dari katil – menoleh memandang jam locengnya yang menunjukkan pukul 7:45am.   “Oh ! Aku dah lambat!” Seokjin tergesa-gesa menukarkan pakaiannya dan menyimpan niat untuk mandi di tempat kerjanya saja nanti. Dia sama sekali telah lupa akan sesuatu.    ●~●     Seokjin sedang menghabiskan apa yang dia tinggalkan semalam tetapi kali ini dia ditemani rakan sekerjanya, Kim Minseok untuk membantu siasatan. “There’s a weird black line yang terpalit pada lutut kiri dia dan kalau kau perasan kat kaki kanan dia. Aku rasa dia bukan dikisar, digergaji or so on.” Seokjin berkata dan Minseok masih memerhatikan kaki mayat yang rosak teruk itu dengan teliti.   “Hm aku nampak, just where’s the remain bones though? Polis kata dorang tak jumpa apa-apa yang boleh dijadikan bahan bukti selain kotak muzik yang dia peluk tu kan?” Seokjin mengeluh. “Itulah masalahnya, kita kena tanda laporan ni as tergantung dan tunggu keputusan sinar-x keluar. Aku nak bedah perut dia pun belum boleh lagi so aku potong kulit dia sikit.” Minseok membuka sarung tangan getahnya dan membuang sarung itu kedalam tong sampah.   “Kau buat laporan kat Detektif Kim. Aku ada kes lain.” Minseok berkata lalu keluar dari bilik itu – meninggalkan Seokjin seorang diri.    Seokjin masih meneliti mayat itu sambil membaca catatan perkara yang dia temui pada mayat itu sebelum sedar yang Taehyung melangkah masuk ke dalam bilik. “Khusyuk benar?” soal Taehyung seraya menghulurkan sekeping fail kepada Seokjin. Seokjin
Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
vjinerds
Subscriber only sebab kadang-kadang ada rated M atas sebab-sebab penggunaan grafik berunsurkan keganasan yang agak keterlaluan!

Comments

You must be logged in to comment
mpreggoland
#1
Chapter 2: apa yg jadi sebenarnya?? huhu cian Kookie sy...
nanadjiyongie_01
#2
Chapter 14: Wuuuuu I miss ur stories..Walaupun confusing..berkerut dahi baca tpi bestttt ?
Keep updating authornim! Hwaiting!!!?
idzowllies #3
Chapter 14: saya suka chap 11 dan 12 (´༎ຶོρ༎ຶོ`) boleh tk buat cerita mcm chap 12 lg? Mengelirukn tapi best
idzowllies #4
Chapter 5: new reader! chap ni sy rasa familiar laa. Sy ada bca tapi ni versi awk dan wataknye bts suka jimin dalam ni xD
koghoul #5
Chapter 12: 3 kali bace sebab saya konfius dan kenapa saya rasa ayat yg takhir tu macam sedih sangat ek T.T
Yvonne_Zhang
#6
Chapter 11: Setelah sekian lama author nim,muncul juga akhirnya..hahaha..hrap author da idea lgi untuk crita strusnya..klau kita nak buat request boleh eh?
nanadjiyongie_01
#7
Chapter 11: chapter ni best...ada pengajaran yg bermakna.. saya ada terbaca pasal trypophobia ni...mula2 tgk gmbr dia cam ok je...tgk lama2 rasa geli plak //hahahhaha//
update soon authornim...moga dpt idea yang best!hwaiting!
Yvonne_Zhang
#8
Chapter 9: Authornim daebak..btw,kcian jimin..huhu,psti cmelkan kalo jimin ni btul2 bdak 7 thun(5 thun pun x pa)..psti bntuk fzikal dya mcm budak2 yg slalu jd iklan susu dugro tu kan..keke..pa2 pun,daebak authornim..kepada namjoon,jga2 da yg memerhati..hahaha..
up7tion #9
Chapter 1: ni bab 1st saya baca dan saya suka sangat mmg kenalah watak taehyung jadi org tak waras hahaha kalau author perasan. Saya komen pada setiap chapter sebab saya mmg kagum sgat dengan karya authornim dan saya nak request bole? Saya hrp author periksa saya dah hantar kat pm^^v

Update sooooooon!!