;02

Raya Pickup Line

Raya Pickup Line 2 :

 

"Weh BamBam tembam ,kau nak buka puasa dekat mana nanti ?" Tanya seorang pemuda yang dikenali sebagai Jo , Banana Jo atau nama sebenarnya Pisang , kepada rakan baiknya yang terkenal dengan pipi pau dan rambut warna warni. 

 

Bambam mengalih pandangannya sambil tersengih. " Jom makan burger nak ? Aku mengidam pulak hee" katanya seraya mengusap perutnya berulang kali sambil membuat muka comel.

 

Pisang yang ingin muntah cuba menahan dirinya dari muntah di akhir akhir masa berbuka puasa ini. "Kau buat lagi sekali , kita sambung puasa sampai esok."

 

Pisang meninggalkan Bambam yang terpinga-pinga. Bambam hanya mengangkat bahu lalu mengikut Pisang dari belakang ke gerai Makcik Burgertah.

 

Gerai Makcik Burgertah itu nampak sibuk dan meriah pada masa yang sama. Mereka berdua melihat sekeliling untuk mencari mana-mana tempat yang kosong tetapi hampa, tiada.

 

"Kau rasa kita nak pergi mana lepas meja semua ni penuh ? ee ni semua idea kau tembam! Tak berbuka lah aku harini. " rungut Pisang yang mula membelek jam tangannya. Lagi 10 minit waktu berbuka bakal menjelma.

 

"Ish jangan salahkan aku. Kau pun tak bantah masa aku cakap tadi." bela Bambam dengan alasan yang tidak berapa logik itu. Pisang menjulingkan matanya ke atas.

 

"Dah tu sekarang kita nak pergi mana ni? Aku dah tak larat berjalan ,Bam" 

 

Bambam terdiam sejenak sambil matanya memandang ke arah makcik pembuat burger. Kemudian , Bambam menarik lengan Pisang menuju ke arah makcik si pembuat burger.

 

"Eh kau nak bawak aku pergi mana ni? "

 

"Ikut jelah kalau kau rasa kau nak berbuka puasa."

 

Sesampai mereka di hadapan makcik itu, Bambam dengan gaya comelnya memanggil nama makcik itu.

 

"Makcik~~~ Ohh makcikku~~" 

 

Pisang mengerutkan dahi melihat telatah Bambam. 

 

"Makcik~~Oh makcik burger~~"

 

Makcik pembuat burger itu memalingkan badannya. DIa kelihatan terkejut dengan dua makhluk yang tidak diundangnya ini.

 

"Ye dik, nak pesan apa ?" tanya makcik yang berumur lingkungan 40 tahun itu sambil mengeluarkan sekeping kertas dan sebatang pen.

 

Bambam tersenyum. " Menunya apa makcik ?"

 

"Macam yang adik boleh tengok dekat sini, ni lah menunya."

 

Bambam meneliti senarai menu tersebut . Tanpa taufan angin atau hujan, Bambam merungut sendirian.

 

"Makcik ,kenapa  menu febret saya, makcik tak masak ?" tanya Bambam yang kelihatan kecewa. Pisang hanya mampu berdoa agar mereka sempat berbuka puasa.

 

Makcik itu mengerutkan dahi. "Eh , apa menu febret tu?"

 

" Hati makcik." Jawab Bambam sambil tersenyum malu.

 

Pisang membuntangkan matanya melihat Bambam. Makcik itu pula kelihatan tergamam.

 

"Hati makcik ? Kenapa makcik nak kena masak hati makcik?"

 

Sambil tersenyum , Bambam membalas ' Sebab saya boleh letak hati makcik bersebelah hati saya."

 

.......

 

Terima kasih kepada Bambam , Bambam dan Pisang dapat berbuka puasa dengan stik di restoran mewah ditanggung percuma oleh makcik burger itu. 

 

"Lepasni , awak boleh masuk meminang makcik kalau nak."

 

Dan , dapat bakal bini.

 

 

Raya Pickup Fail 2 :

 

"Berlalulah sudah ramadhan, sebulan berpuasaaaaaaaaaa !Ti-ti-ti-tiba syawal kita asfdhsqdlalosoksllsoal ,"

 

"Woi Raksasa! Sudah sudah memekik. Waktu berbuka dah dekat, kau pergi beli burger depan rumah ni. Mak baru balik gosip ni."

 

 

"Ish mak ni kacau line lah. Baru sedap sedap nak rapping, ade je nak suruh pergi beli santan." Rap Monster merungut sambil memetik gitarnya.

 

"Mak tak suruh kau beli santan, setan , mak suruh kau beli burger depan tu..cepatlah kalau tak mak merajuk pergi suruh batu telan mak."

                                                                                      

Rap Monster meletak gitarnya dengan pantas. "Okay okay saya pergi beli. Anyway mak, batu tu tak wujud dekat kampung kita ni."

 

"Mak acah je." Kata Puan Kesumah dengan selamba.

 

Selepas 10 minit berjalan seperti siput babi, Rap Monster akhirnya tiba di gerai burger yang paling dekat dan famous dekat kampung ini. Melihat gilirannya kelihatan paling terakhir dan tersisih, dia merungut kecil.

 

"Bapak ramai what the fish eh eh eh umbrella ella ella eh eh " 

 

Dari jauh dia ternampak seekor makcik ini, maksud saya dia ternampak seorang  makcik yang berdiri membelakanginya  sedang mengambil pesanan dari para pelanggan. Mungkin makcik ini boleh tolong dia siapkan pesanannya dengan segera .Mungkin.

 

Rap Monster dengan kain pelikat yang masih tidak tertanggal, terus berjalan menuju ke arah makcik itu. Dia mencuit bahu makcik itu dengan sopan santun. "Hellooo makcik-"

 

"Hmm.."

 

"Makcik ni memang dari kecik ke reti buat burger ? "

 

"Hmmm"

 

"Patutlah kan.."

 

"Hmm?"

 

"Sebab tu hati, tulang sum sum  saya burgertar bila tengok makcik dari belakang."

 

Makcik itu terus memberi respon dengan mengflipkan rambutnya kebelakang dan misainya diurut perlahan. Mi-misai?

 

"Kau nak apa budak? Nampak penumbuk aku ? " 'makcik' itu dengan garang menunjuk penumbuknya yang sebesar lengan Rap Monster itu sendiri.

 

Rap Monster menggeletar dan terketar-ketar. "Sa-sa-saya cuma nak ambil pe-pe-pesa-pesanannn-nan"

 

"Kau ingat aku macam tengah goreng burger ke ?! Dari tadi makcik makcik. Aku nak main bingo pun bising" kata pakcik gangster itu sambil menulis kotak bingo yang baru di atas kertas lain. "Wey geng buat bingo lain!"

 

"Alaaaaaaa...." Kesemua geng pakcik itu merungut .

 

Rap Monster terkebil-kebil sambil melihat kertas yang dironyok pakcik tadi itu sebenarnya kertas permainan bingo bukannya senarai pesanan. K apa dia nak jawab dengan mak dia ni? LAGI 5 MINIT NAK WAKTU BERBUKA!

 

Dan waktu itu telefon bimbitnya berbunyi :

 

"Weh raksasa, kau balik lah rumah. mak acah je tak masak. kau ingat mak ni gila sangat ? Dah balik. Waktu berbuka dah dekat ni. (O.O)// "

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
harrylolol #1
Chapter 2: pahal ngan citer ni aq x leh stop gelak mana ko dapat sume idea idea nie..hahah..
aishahdaebak #2
Chapter 2: Kesian rapmon
mpreggoland
#3
Chapter 2: menjadi juga plan Bambam tu ^^
cian Rapmon, mak dia pekena dia idup2 XD
syeirra
#4
Chapter 2: Hahahahahqhq comelnya bambam umpan hati makcik tu xD
GreenDecember #5
Chapter 2: hahahha..kesian rap mon kena troll dengan mak sendiri..XD
starlight_miss
#6
Chapter 2: apakah? lol! lawak kot
Nursyuhada
#7
Chapter 1: amende ni rayhan. hahahahhahahaha ko x nak buat pasal jubah tu? KAHKAHKAH
OKBYE MUAH CIKED
mpreggoland
#8
Chapter 1: nasib si Ken dpt drebar teksi pompuan, bleh la dia berayat sikit...
yg si Dongwoo...malangnya nasib ko
hahhaha XD