chapter 9

Peminat Misteri
Please Subscribe to read the full chapter

Luhan P.O.V

 

Setelah beberapa kali aku merayu kat Kyungsoo teman tidur sekali di rumahku, akhirnya dia bersetuju. Sebenarnya aku tak boleh tinggalkan rumahku begitu sahaja takut risau kalau ada pencuri atau perompak masuk ke rumahku dengan begitu mudah. Sesampai ke rumah, aku bersyukur di dalam rumahku seperti sedia kala. Tiada sepah atau sebarang petanda pencuri masuk.

 

 

 

 

Entah pukul berapa aku terbangun, tiba tiba aku dikejutkan dengan bunyi ketukan perlahan dari luar tingkap bilikku. Aku cuba untuk kejutkan Kyungsoo yang sedang tidur nyenyak di sebelahku tetapi niatku terbatal apabila mataku terpandang sesuatu dari luar tingkap. Aku cuba mengecilkan mata untuk melihat dengan lebih jelas tapi tidak membantu. Tanpa berfikir panjang, aku menyelak selimut dan bangkit bangun. Sesuatu itu seperti bayangan seorang manusia. Kakiku melangkah perlahan menuju ke arah tingkap tapi langkahku mati sebaik sahaja fikiranku teringat sesuatu.

 

Ma...macam mana benda tu boleh berdiri di situ sedangkan bilikku berada di tingkat atas?

 

Tiba tiba daun tingkap terbuka luas. Secara tidak sengaja aku jatuh terduduk disitu. Di luar tingkap, kelihatan ada seorang perempuan berpakaian serba putih tersengih memandangku. Bibirnya penuh dengan kesan darah pekat menusuk ke hidungku. Aku tidak dapat melihat jelas wajahnya kerana dilitupi rambut panjang mengurai. Yang pasti, ianya sangat menggerunkan. Aku cuba untuk mengejutkan Kyungsoo tapi tubuhku seolah olah tidak mengizinkan aku untuk bergerak. Aku jadi semakin takut. Jantungku berdengup lebih laju. Peluh dingin mula membasahi tubuhku. Mataku bagaikan digam hanya tertumpu ke arah makhluk itu.

 

 

"Ikut~" Suara halus jelas kudengar dari bibirnya sambil menghulurkan sebelah tangannya kepadaku manakala sebelah lagi memegang sesuatu yang tidak jelas. Kelihatan rupa dan bentuk benda itu seperti patung tapi tidak pasti. 

 

"I..iikut ke mana?" Pertanyaanku tiba tiba sahaja keluar dari mulutku. Sepatutnya aku berdiam diri agar entiti di hadapanku tidak mendekatiku. Tapi malangnya sudah terlanjur. Sengihan semakin melebar.

 

"Be mine~" Itulah perkataan yang sempatku tangkap sebelum pandanganku menjadi kelam dan....

 

 

"Luhan, bangun Han! Bangun!" Mataku dibuka perlahan apabila terdengar namaku dipanggil. Satu cahaya menyilau mataku. Setelah melihat dengan lebih jelas, rupa rupanya hari sudah siang. Aku terbaring di atas lantai dan tingkap betul betul di depanku.

 

"Weh, kau buat apa tidur kat sini? Badan kau panas ni dah kenapa? Kau okay ke?" Aku mengedahkan pertanyaan Kyungsoo sebaliknya aku sendiri hairan macam mana aku boleh tertidur di atas lantai. Fikiranku tertanya tanya adakah kejadian tadi itu benar benar berlaku atau hanya cuma mimpi? Tapi aku terasa ianya seperti benar benar berlaku. Kalau betul cuma mimpi, macam mana aku boleh tertidur disini?

 

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
inspirebunny
Officially completed! Thank you readers and jemput komen semua. Your opinion dialu alukan =3

Comments

You must be logged in to comment
ShyRedBeans
#1
Chapter 13: Omg xD plot twist betul ending dia. Good job author sebab buat cerita bertemakan stalker macam ni!
Chiko_Miari #2
Chapter 13: Wahhh!!luhan...siannya..author buatlah ff horror lgi!!..besttt!"
Yana_xoxo
#3
Omo saiko betul haha... dah kawin pon still suka kat luhan menyeramkan sungguh kesian luhan dibuatnya...
otakuromanticgirl
#4
cerita ni mmg best! Saya puji sgt2 kt awkla. Hehe
Saya takut skit nak baca criter genre seram...tapi sbb ada misteri baca jugaklah(sbb dlm diam saya pun suka misteri huax3)
Tapi, awk mmg bagi imagination saya spreading...dahlah jantung x brhenti brdegup baca
creepy + horror betul!
Tapi, best. Ending tu...mmg menakutkan btw all the best for you :)
PS: perasaan takut still tak hilang lagi dlm hati ni
sone_shawols #5
Chapter 13: btw, all of your story is jjang!!!
sone_shawols #6
Chapter 13: betulke dh habis???
rse mcm belum complete lgii....
apa jdi kat luhan? mcm mana dia bleh ltak surat dlm bilik, kls and pasal dlm tandas tu?
sambung la lgi author nimmm
baekki_kook #7
Chapter 13: Final chapter 2: cAMNE Soyou boleh kenal Luhan aehh??And..TAK SANGKA KAK IRENE ADALAH DALANG SEBENAR!!ingat D.O XD!!Scary scary...Btw,BEST!!Hope awak wat ff scary lagi ^^
imraen_
#8
Chapter 13: Kesian luhan . omaigod
freakandheart #9
Chapter 13: It's creepy *gulp
hyeriiisso
#10
Chapter 13: Mmg officially completed ke author-nim? Sbb ending dia msih ada lg tertanya-tanya *~* apa trjd kt luhan dia blh kluar dr keta tu? Klau irene la si peminat rahsia so dia kah yg bkk pintu smpai terngagak time kat bilik luhan tu? Dia kah yg buat letrik cmtu?! Sbb dia hntr surat " ketakutan kau, kegilaan aku " trg2lah dia penyebabny kn? Ah pening xD n dia kah yg tulis I LOVE U kat jmban tu? Dsyt irene nih mmg peminat thp kritikal