EP1

My Ex is a Mafia (Hiatus)
Please Subscribe to read the full chapter

SETIAP kali pagi menjelma, vila kepunyaan ketua klan Shadow Triad akan sentiasa sibuk. Para pekerjanya sibuk bersiap-siap untuk melakukan kerja mereka, begitu juga dengan pemilik vila itu. Tapi si pemilik vila tidaklah sesibuk mana sebenarnya memandangkan semua aktiviti dari pemilihan pakaian serta tatarias penampilan, semuanya si maid yang uruskan.

 

"Ish..kenapa awak bagi saya pakai kemeja merah jambu ni?"protes si ketua mafia yang bernama Dujun itu dengan dahi berkerut. Tidak berkenan akan kemeja yang dipilih Minha, maid-nya.

 

"Comel apa? Tengok diri tuan kat cermin tu, tuan nampak comel bila pakai baju berwarna merah jambu."balas Minha sambil menolak tubuh sasa tuannya ke depan cermin bersaiz manusia di bilik lelaki itu.

 

Dujun merenung rupanya di cermin. Huh..kacaknya aku! Bhahaha..tapi apa kes pakai baju warna merah jambu camni? Takpelah, buah hati yang suruh pakai, aku pakai sajalah..bebel lelaki itu dalam hati.

 

"Kan saya dah cakap jangan panggil saya tuan bila kita berdua je..lupa ke?"

 

Minha tersenyum sambil mengikat tali leher pada kolar baju lelaki di depannya."Dah terbiasa panggil tuan, nak buat macam mana.. Lagi pun memang saya ni masih maid awak kan?"

 

"Habis tu lepas kahwin nanti pun awak masih nak panggil saya tuan juga?"

 

Dua bulan dari sekarang mereka akan bergelar suami isteri. Tapi Minha masih lagi memanggil lelaki itu sebagai tuan. Yelah, hubungan mereka dulu pun bermula semasa mereka menjadi pasangan maid-tuan..jadi mungkin agak susah untuk lidah gadis itu memanggil bakal suaminya dengan nama.

 

"Lepas kahwin tu lain cerita..jangan kata nama awak, nama panggilan dan nama manja pun saya berani panggil."

 

"Yelah sayang..."balas Dujun sambil tersengih-sengih. Bahagia bila mendengar patah yang keluar dari mulut Minha. Perlahan-lahan tangan kanannya mencubit pipi gadis itu, geram! Minha pun apa kurangnya..tangannya turut sama membalas cubitan lelaki itu membuatkan masing-masing terjerit. Kemudian mereka sama-sama ketawa. Ketawa bahagia gitu. Muahaha.

 

Selepas selesai menyiapkan bakal suaminya, Minha dan Dujun sama-sama turun ke ruang makan. Dan seperti biasa gadis itu jugalah yang menghidangkan makanan dan minuman kepada Dujun. Pendek kata, walaupun mereka berdua sekarang merupakan kekasih tetapi Minha tetap menjalankan tugasnya sebagai maid lelaki itu. Agaknya selepas kahwin pun dia akan tetap menjadi maid Dujun..itupun sebab tak mahu lelaki itu mengambil maid baharu. Kang tak pasal mamat tu jatuh cinta dengan maid baru, naya aku..fikir Minha.

 

"Eh Minha, kenapa tak makan dengan bos?"Tanya Dongwoon yang sedang sibuk bersarapan dengan ahli Beast Master yang lain. Beria-ria dia menyuap bijirin koko crunch ke dalam mulutnya sambil menghirup susu dalam mangkuk.

 

"Mm..seganlah. Tak fokus bos awak nak makan nanti kalau saya duduk makan semeja dengan dia."

 

"Pergghh ayat mintak kaki..haha"tegur Gikwang sambil menahan tawa. Entah kenapa kata-kata maid bosnya itu kedengaran kelakar baginya. Minha pun ikut ketawa.

 

Junhyung menghirup kopinya sambil sebelah tangannya menaip sesuatu pada skrin telefon pintarnya. Yoseob di sebelah sudah mengintai.. "Ooh..sedang berbalas mesej dengan Kyungri rupanya.. Hmm, korang berdua ni ada apa-apa ke?"

 

"Mana adalah..."

 

"Eleh..tak nak mengaku pulak. Dah tu apasal tiba-tiba pipi kau merah ni?"usik Hyunseung sambil mencucuk-cucuk pipi kiri Junhyung dengan jari telunjuknya.

 

Minha menongkat muka dengan kedua belah tangannya sambil tersengih."Comellah Junhyung bila malu..no wonder lah Kyungri sukakan awak."

 

"Huh? Jadi betullah Abang Jun dengan Kyungri..together-gether?"Dongwoon sudah membuat kesimpulan sendiri. Yang lain sudah menumpukan perhatian ke arah Junhyung yang sedang menghabiskan penkeknya dan kemudian bingkas bangun.

 

"Aku ada kerja yang nak dibuat. Bye-bye."

 

 

DONGWOON menguap perlahan. Dia sedang sibuk menunggu bosnya Dujun Habis bermesyuarat. Selepas habis bermesyuarat nanti mereka perlu melawat sekolah persendirian milik keluarga Dujun untuk merasmikan bangunan baru yang siap dibina disana. Dan sebagai tuan punya sekolah tentulah dia sendiri perlu merasmikan bangunan itu.

 

"Bos dulu belajar kat sekolah ni?"tanya Dongwoon sambil memerhatikan reka bentuk bangunan sekolah milik bosnya. Kebanyakan bangunan disekolah tersebut agak lama tetapi mempunyai kecantikannya yang tersendiri.

 

Dujun mengangguk perlahan."Yup.. Dekat sekolah inilah saya dengan Yongguk belajar. Ah..teringat pula zaman sekolah dulu. Saya dengan Yongguk selalu ponteng kelas dan lepak dekat bilik kelab.."

 

"Wah..best-nya dapat ponteng.. Saya dulu kerja asyik belajar je. Mesti cikgu tak marah kan sebab yelah..bos kan anak pemilik sekolah ni,"

 

Sebelum menyertai Klan Shadow Triad, Dongwoon merupakan sekarang lepasan universiti yang bercita-cita untuk menjadi guru. Memang sejak kecil dia lebih berminat untuk menjadi guru lebih dari segalanya. Dia mahu mengikut jejak ibunya yang juga merupakan seorang guru daripada jejak bapanya yang merupakan orang kanan bapa Dujun. Tapi setelah puas gagal temuduga untuk dilantik menjadi guru, dia akhirnya mengalah dan menyertai klan Dujun menggantikan tempat bapanya.

 

"Tak juga.. Ayah tu seorang yang pentingkan ilmu. Bagi dia, mafia pun berhak tuntut ilmu dan jadi pandai... Jadi dia dah bagi lampu hijau kat pihak sekolah yang dia nak saya dihukum jika saya tak belajar..ponteng...ataupun dapat markah rendah dalam ujian."

 

Dongwoon menganggukkan kepala tanda faham. Dia berjalan mengikuti langkah bosnya dari belakang untuk ke pejabat pengetua. Sepanjang perjalanan ke sana,mereka berdua asyik menjadi bahan tontonan pelajar dan guru perempuan sekolah itu. Hmm, siapa tak pandang kalau orangnya kacak dan tinggi macam model? Siap bertuksedo pula tu!

 

"Ah.. Dujun! Gembira dapat bertemu kamu! Tapi..awalnya kamu datang? Majlis bermula setengah jam lagi."tegur pengetua sekolah itu yang bernama

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Eli_Shane
Minta maaf banyak2 kepada yang menunggu update dari saya. I have been so busy with my work and life. Inshaallah ada masa saya update. Slowly but surely!

Comments

You must be logged in to comment
_fs_abby
#1
Author, tlg update pls
whitelove
#2
Chapter 7: I love this chapter the most
inaequanimous
#3
Uiyoo dh tkr
trisyia_shin
#4
Chapter 16: Sumpah aku prefer sohee doh
Cute_panda12 #5
Chapter 15: Tak payah delete watak utama.Cerita nie best lah
trisyia_shin
#6
Chapter 15: Aku nak tiga2 ni dalam satu Citer. Eh bila ko nak update Citer ais krim JunHyung ko tu? Berjanggut aku tau...
starlightkim_
#7
Chapter 15: Dongwoon and sohee.tak payahlah delete..cerita ni best sangatlah.
Yanseob_YS
#8
Chapter 13: Wooo~~~ ayat Dongwoon tu. OMG! Haha..
sehunloversuho #9
Chapter 13: huhuhu.sweetnyee.
Yanseob_YS
#10
Chapter 12: Update soon~~~ Crita nie bestlh!!! Sweet sgt hubungan Minha dgn Dujun. Wkwkk.. Hish3. Apasallh Sohee nie degil sgt. Ngaku jelah yg dy sukakan Dongwoon. Hmmph! >_<