Soundless Pianist with the Soul of Beethoven's Music

Please Subscribe to read further chapters

Description

Bunyi alunan piano datang daripada rumah tersebut lagi… Bagi Baekhyun, bunyi tersebut sudah sebati dengan dirinya. Namun, dia masih menggilai lagu-lagu yang di mainkan oleh orang di sebelah rumahnya. Kata jiran-jiran lain, orang yang mendiami rumah tersebut ialah seorang pianist. Patutlah sedap saja bunyi lagunya.

Setiap lagu yang dimainkan diletakkan pelbagai perasaan. Seperti bermain piano itu cara untuk dia melepaskan tekanan yang dihadapinya. Baekhyun dapat mendalami jiwa pemain tersebut…

Sehinggalah suatu hari, tiada lagi bunyi piano yang dimainkan. Perkara ini berlarutan hampir dua minggu dan membuatkan Baekhyun hampir gila. Tanpa alunan piano yang membangunkan tidurnya dan meredakan tekanannya, Baekhyun dapat rasakan dirinya sunyi.

Akhirnya, dia mengambil keputusan untuk pergi melawat rumah jiran sebelahnya. Tapi paling mengejutkan rumah tersebut sangat berselerak. Dipenuhi dengan kertas-keras manuskrip lagu… Ada yang masih elok dan ada yang telah dironyok-ronyok. Dan di atas kerusi berdepan sebuah piano, seorang gadis beramput panjang sedang menangis teresak-esak tanpa menyedari kehadirannya.

Tanpa teragak-agak, Baekhyun menghulurkan tangannya. Tisu diberi kepada gadis tersebut. Dia dapat lihat gadis tersebut memandang nya dengan pelik. Dan bila Baekhyun menutur bicara, air mata gadis itu jatuh sekali lagi.

“Saya dapat dengar apa yang awak cakap.”

Jadi maksudnya… sebab tu ke gadis tersebut berhenti bermain?

Dan sekarang Baekhyun menjadi pendorong semangat bagi gadis tersebut dan sentiasa berada di sisinya tapi sampai bila?

“Awak kena kuatkan semangat. Jangan mengalah. Jadi seperti idola yang awak gemari. Beethoven…”

I will seize fate by the throat; it shall certainly never wholly overcome me.

 


Characters

Eun Miku

Byun Baekhyun

 

Foreword

Sebab saya memang gila dengan lagu Beethoven so saya buat cerita dengan ada nama dia. Beethoven lah yang buat saya nak terus belajar main piano dan teruskan cita-cita saya nak jadi seorang pianist dan composer walaupun mak saya dah tolak mentah-mentah cita-cita saya ni. Saya ambik dari segi positif tentang kisah hidup Beethoven. Macam mana dia boleh compose lagu walaupun dia dah pekak dan tak dapat dengar lagu yang dia cipta. Tapi akhirnya, lagu dia yang popular kebanyakkan semua dicipta semasa dia tak dapat dengar. Jadi saya buat keputusan untuk tak mengalah dan akan cuba pujuk mak saya nanti. 

Saya tak boleh cerita banyak-banyak pasal Beethoven nanti meleret-leret. Nanti korang bukan baca novel tapi biography pasal Beethoven pulak. Saya cerita dari awal dia lahir kat mana sampai dia mati umur berapa. Saya senaraikan semua lagu-lagu dia. Meluat korang baca satgi... Hahaha...

Jadi cerita ni berkisar seorang gadis yang dah berputus asa untuk bermain kerana mempunyai masalah pendengaran tapi bukan pekak sepenuhnya. Dia tak dapat dengar bunyi yang perlahan ataupun suara orang bercakap dan tak boleh dengar suara yang terlampau kuat. Tapi yang peliknya dia dapat dengar dengan jelas bila Baekhyun bercakap sebab macam yang kita tahu Baekhyun ni loud orangnya tapi tak lah terlampau bising. Kalau tak saya nak ambik watak lelaki orang lain tapi saya rasa tak sesuai and then saya fikir tentang seorang lelaki yang suka bercakap dengan kuat dan agak annoying. Then, nama Baekhyun berlegar-legar kat fikiran saya walaupun sebenarnya saya dah tak nak ambik exo sebagai hero sebab saya rasa macam biasa sangat... Tapi nak buat camne sebab Baekhyun sorang je yang saya rasa sesuai untuk watak ni.

So apapun saya harap awak semua ni sudi baca cerita ni. Saya nak buat cerita ni penuh dengan perasaan sebab bagi saya musik tak boleh main-main. Jadi sebab cerita ni ada kaitan dengan musik, saya akan pastikan cerita ni tak menghampakan korang.

Kalau korang nak tahu pasal Beethoven dengan lebih mendalam boleh tanya saya atau baca dengan site ni.

http://www.biography.com/people/ludwig-van-beethoven-9204862#losing-hearing ( saya prefer site ni drpd baca dekat wiki)

Ni ayat yang Beethoven cakap hari sebelum dia mati. "Plaudite, amici, comoedia finita est," meaning "Applaud friends, the comedy is over."

Okay guys, lebih baik end kan dekat sini or saya akan tulis dengan lebih panjang. Bye-bye readers... and happy reading.

Comments

You must be logged in to comment
kuchens
#1
I'm looking forward to read this ^^
Jin_Islam #2
Update soon