Final

Please, Forgive Me!
Please Subscribe to read the full chapter


Cahaya matahari memasuki ruang dapur pondok usang yang diduduki oleh dua orang  adik-beradik iaitu Oh Min Hye dan Oh Min Ji. Kehidupan mereka amat daif sejak ibu bapa mereka meinggal dunia. Harta pusaka mereka dirampas oleh orang-orang yang tiada hak ke atasnya. Setelah dirampas kedua adik-beradik ini telah diusir dari rumah dan mereka terpaksa menyara kehidupan sendiri tanpa belas kasihan sesiapa.

 

 

Wanita berumur 29 tahun ini tabah menghadapi pelbagai dugaan hidup. Walaupun agak sukar untuk menyara kehidupan mereka adik-beradik akan tetapi dengan usaha yang berlipat kali ganda dia akhirnya berjaya juga keluar dari kesempitan wang. Wang yang didapati setiap hari tidaklah banyak mana akan tetapi cukuplah untuk dia membeli barang dapur dan juga memberi adiknya sedikit wang belanja sekolah.

 

 

"OH MIN JIII..." jerit Min Hye dari arah dapur. Suaranya sudah habis mengeluarkan serak-serak basah akibat jeritannya sebentar tadi sehingga burung yang berada di hadapan rumah mereka berterbangan ke udara mungkin kerana terkejut dengan jeritan tersebut.

 

 

"MIN JI..." sekali lagi Min Hye memanggil akan tetapi tiada sebarang sahutan dari adik lelakinya itu. "HOI! Kau dengar tak akak panggil ni?" tanya Min Hye, dia sudah tidak tahan geramnya kerana adiknya begitu menjengkelnya awal-awal pagi itu.

 

 

"Kau nak apa? Kau tak malu ke terjerit-jerit macam orang gila ha?" Min Ji menghampiri ruang dapur sambil tangan mengosok rimas kepalanya sendiri. Dilihatnya Min Hye sedang bertungkus lumus menyiapkan sarapan akan tetapi wajahnya selamba melihat tanpa rasa kasihan atau ada niat mahu membantu wanita di hadapannya itu.

 

 

"Kau tu! Pergi mandi. Sekolah. Kau ni cukup-cukuplah keluar malam penat akak nak kejut kau pagi-pagi ni." arah Min Hye sambil memberikan nasihat kepada adiknya tanpa menoleh ke arah budak lelaki kurus di belakangnya itu tanpa berbaju hanya memakai seluar pendek paras lutut. 

 

 

"Malas dan kau tak payah nak masuk campur urusan aku!" jawab Min Ji selamba lalu dia menguap semula dan langkah dihayunkan ke ruang tamu. Sebelum sempat dia melangkah tangannya ditarik Min Hye. 

 

 

"Kau jangan degil cakap akak. Kau tu budak sekolah! Kau nak jadi apa tak sekolah ha? keluar malam pergi mana? Berfoya-foya? Lepak sampai kematu punggung tu ha?" marah Min Hye membuatkan Min Ji menjelingnya tajam sambil menepis tangan Min Hye dari lengannya akan tetapi tidak terdaya kerana cengkaman tangan Min Hye lebih kuat dari tepisannya.

 

 

Itulah Min Ji selepas pulang dari sekolah dia akan pergi ke pusat-pusat permainan 'game' atau pun tempat-tempat yang berkaitan dengan aktiviti sedemikian hingga wang belanja yang selalu diberikan oleh kakaknya setiap hari akan habis begitu saja.

 

 

"Kau tu pula? Keluar pagi balik lewat malam. Kau buat kerja apa?" tanya Min Ji "Kau kerja jual badan?" tambah Min Ji lagi membuatkan tangan Min Hye segera naik ke muka adiknya itu.

 

 

"Mulut kau jaga sikit. Kau nak siap pergi sekolah atau aku heret kau masuk bilik air tu?" tanya Min Hye seperti mengugut. Soalan adiknya tadi langsung tidak dihiraunya.

 

 

 

Min Ji membentak lalu menarik tangannya dengan kasar. Dia menghampiri dinding untuk mengapai tuala. Sebelum melangkah keluar dia melihat tajam ke arah kakaknya yang berada di pintu masuk ruang tamu dan dapur itu. Matanya menjeling tajam lalu melangkah keluar dari pondok tersebut menuju ke arah bilik air.

 

 

"Membebel je tahu."  kata Min Ji ketika masuk ke dalam bilik air dan menghempas pintu tersebut membuatkan Min Hye terkejut mendengar pintu dihempas.

 

 

"Ha baguslah! Protes. Kau ingat dengan cara macam tu aku nak suruh kau tak pergi sekolah? Jangan harap!" kata Min Hye.

 

 

"Bisinglah." marah Min Ji yang sedang menjirus air laju ke tubuhnya. Sakit hati dengan sikap kakaknya yang langsung tidak mempedulikan perasaannya ketika itu. 'Dari kecil membebel macam mak bidan!' kata Min Ji seorang diri.

 

 

 Nasib baiklah Min Hye tidak mempunyai penyakit jantung atau pun darah tinggi jika tidak sudah pasti pengsan dia dibuatnya dengan perangai adik seorang kalah 10 orang saja itu. Selesai saja Min Ji membersihkan diri dia melihat makanan sudah tersedia di ruang tamu, dia mencari kelibat kakaknya akan tetapi tidak dijumpai. Baju sekolah yang sudah digosok kemas oleh kakaknya digapai lalu menyarungkan baju tersebut ke tubuhnya.

 

 

Selang beberapa minit Min Hye muncul dengan pakaian kemeja putih dan juga seluar slat hitam. Dia melihat adiknya makan tanpa menunggu dirinya. Dia hanya mengelengkan kepala apabila makanan dalam pinggan sudah habis ditelan oleh Min Ji. Maksudnya tiada sedikit pun yang tinggal untuk dirinya bersarapan pagi itu.
"Kau dah siap belum?" tanya Min Hye tegas.

 

 

Min Ji segera bangun dari bersila lalu dia mengapai beg sekolahnya. Mereka berdua keluar dari pondok usang itu. Setiap hari persekolahan Min Hye akan menghantar adiknya ke sekolah dan menyuruh adiknya pulang ke rumah dengan sendirinya kerana dia sibuk bekerja tiada masa untuk keluar jika tidak gajinya akan dipotong oleh majikan.

 

 

 

Sampai di hadapan sekolah.

 

 

 

"Nah, belanja hari ni. Janganlah habiskan, jangan balik lewat. Kalau akak tahu kau balik lewat. Esok duit belanja akak potong!" kata Min Hye lembut sambil menghulurkan wang kertas kepada Min Ji.

 

 

"Duit banyak simpan sorang." balas Min Ji seperti memerli kakaknya itu.

 

 

Runting harian Min Hye setiap kali mahu melepaskan adiknya ke sekolah atau ke mana-mana saja adiknya mahu pergi. Dia pasti akan mencium dahi adiknya. Walaupun adiknya itu bersikap menyakitkan hatinya, dia tetap sayang akan adiknya yang seorang itu. 

 

 

 

Min Ji mengosok dahinya dan membuatkan Min Hye ketawa kecil. Memang itulah apa yang selalu Min Ji buat jika dahinya mendapat ciuman dari kakaknya yang annoying. "Balik nanti akak bawa makanan ye." kata Min Hye setelah selesai ketawa.

 

 

"Dah lah, bye." kata Min Ji lalu dia terus berpaling dari kakaknya dan meluru masuk ke dalam sekolah. 

 

 

 

Min Hye melihat kelibat adiknya yang berjalan tanpa memandang ke arahnya itu. Hatinya berbisik sendirian 'Dah besar dah dia.' setelah itu dia meninggalkan kawasan sekolah untuk ke tempat kerja. Min Ji yang sedang berjalan dengan malas hendak masuk ke kelas tiba-tiba disapa oleh seseorang yang pastinya orang itu tidak menyukai Min Ji kerana.

 

 

 

"Hai. Adik manja dah datanglah. Haha." kata seseorang yang berada tidak jauh dari Min Ji. Akan tetapi Min Ji tidak mengendahkan mereka. "Kakak siap cium dahi pagi-pagi. Kalau aku malu gila akak aku buat macam tu." ejek mereka lagi sambil meniru gaya Min Hye mencium dahi adiknya itu membuatkan Min Ji mendekati mereka dan bertanya.

 

 

 

"Kau nak apa? Aku ada masalah dengan kau ke ha?" tanya Min Ji dengan wajah yang agak bengis kerana menahan marah. Memang pantang bila orang mengejek apa yang kakak dia lakukan walaupun dia seorang adik yang degil akan tetapi dia juga rasa sakit hati apabila nama kakaknya dijadikan bahan ketawa budak-budak sekolahnya.

 

 

 

"Kau nak apa pengecut? Dah nama macam perempuan ada hati nak serang kita." kata mereka lagi lalu mereka ketawa terbahak-bahak seperti ada lawak sarkas di hadapan mereka.

 

 

 

Tanpa segan silu tangan Min Ji terus menumbuk salah seorang dari mereka. Walaupun pada awalnya Min Ji  kelihatan seperti akan memenangi perlawanan tersebut. Namun itu sangat mustahil kerana ahli kumpulan itu ramai dan mereka pasti akan membantu rakan-rakan mereka yang lain. Akhirnya, Min Ji dibelasah teruk oleh mereka semua. "Lembik! Ada hati nak belasah aku." sempat lagi lelaki itu mengata sebelum meninggalkan ludahan di muka Min Ji membuatkan Min Ji rasa terhina dengan keadaan hidupnya.

 

 

 

Muka Min Ji habis lembam sana sini dan hidungnya meninggalkan darah yang banyak. Seseorang yang baru sampai ke sekolah pada waktu itu menerpa ke arah Min Ji dan bertanya "Awak okay ke?" soalan itu membuatkan Min Ji mengalihkan pandangannya ke arah suara itu. Suara milik Mimi gadis paling kaya di sekolah mereka.

 

 

 

Semua orang melihat aneh ke arah Min Ji yang sedang dipapah elok oleh Mimi. Ada yang berbisik-bisik sesama mereka dan ada yang mengerutkan dahi mereka, ada pula yang mengata dan ada pula yang macam tak percaya. Min Ji hanya memandang tajam ke arah semua orang. 

 

 

 

Selama ini Min Ji adalah budak lelaki paling senyap di sekolah itu akan tetapi dirinya susah dibuli kerana dia juga seorang yang berani berdepan dengan risiko tinggi. Tiada siapa berani mendekati Min Ji dan pada hari itu mula pecah rekod apabila Mimi cuba mendekati lelaki tersebut.

 

 

 

Sampai di kelas mereka. Mimi membawa keluar sapu tangan dari beg sekolahnya lalu dia mengelap darah yang mengalir di muka dan hidung Min Ji. Min Ji hanya membiarkan tindakan tersebut. "Awak nak saya hantar ke bilik rehat ke?" tanya Mimi lembut lalu mengukirkan senyuman ke arah Min Ji.

 

 

 

Please Subscribe to read the full chapter

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
lunaticmoon
#1
Chapter 1: hi! Review anda sedia untuk di pick up!
http://www.asianfanfics.com/story/view/989388/2
Dynna_Dee #2
Chapter 1: Best
xGummyPandax
#3
Hnnng, this looks good! I wish I could read it translated ; A ;
siti_yukie #4
Chapter 1: Awak kena bertanggungjawab sbb buat saya menangis!!! Huhu apakan daya.. air mata ni nak keluar je.. dah berapa kali saya lap spek mata saya ni.. btw goobd job.. saya SUKA!!!!!!!
shahirasyafiqah #5
Chapter 1: Sedih nyerrr :'(
choco_chim
#6
Chapter 1: yana..sedih aku nangisss huhu T_T
Kuangsu
#7
Chapter 1: Seriously ff ni mmg sedih. Nak nangis tp terpakse thn
parkyura98
#8
Chapter 1: terlalu sedih cerita ini T^T
sesuai untuk adik2 yg x dgr ckp kakak! ><
chacannie
#9
Chapter 1: Sob sob T.T fanfic kak yana dh brjaya buat tetamu lain m"mndng prlik kt sya... nasib baik sikit je makeup ni luntur x3
Sedih...sngt mnyentuh...tetiba sya trfikir, adakh dya snggup kehilangan kakak sya even sya ni degil dn x suka dia? Hmp...
Thank you, kak yana sbb buat sya sedar :)
chacannie
#10
Update cepat² tau...huhuhu, ni first time bca ff ada watak f(x)...
Fighting!