なかいないで

Dilarang Masuk

Nakainaide

Selepas mendengar bunyi seperti sesuatu pecah, Yubi dan Naeun menjadi semakin takut. Begitu juga Youngji dan Choa. Keempat-empat gadis itu berkumpul rapat atas katil. Mereka menemani Youngji yang masih terbaring. Hidungnya merah dan kerap kali bersin.

“Mari keluar. Kita cari Jackson dan Baekhyun” Choa bangkit sebelum tangannya disambar tarik oleh Naeun. Gadis itu menggeleng-geleng. “Tak. Jangan keluar dari sini. Kita tak boleh berpecah dan kita tak boleh tinggalkan Youngji sendirian di sini”

“Tapi bunyi tadi” Choa cuba berdalih.

“Baekhyun dan Jackson pasti selesaikan apa jua masalah yang berlaku. Kita mesti percayakan mereka” tambah Naeun lagi, cuba meyakinkan Choa. Youngji dan Yubi mengangguk setuju. Choa tiada pilihan lain.

>>>>>>>>>>>>> 

Baekhyun melangkah masuk, mendapati beberapa deraian kaca bertaburan atas lantai. Melihat kepada keadaan tingkap yang berlubang pecah, Baekhyun mengagak itu punca bunyi yang didengari tadi.

“Tingkap tu dipecahkan menggunakan kerusi” Jungkook bersuara, berdiri di sebelah Baekhyun sambil menunjukkan kepada beberapa kepingan halus kaca yang terlekat pada kaki kerusi yang berada dalam bilik Chiyaki Errie itu.

“Adakah ini salah satu agenda pengirim surat merah tu?” Baekhyun berteka teki sambil berjalan perlahan, mengelak dari terpijak serpihan kaca di atas lantai, menghampiri tingkap yang pecah.

“Mungkin sesuatu yang buat Kai naik marah dan memecahkan tingkap?” celah Jungkook yang menuruti langkah Baekhyun. Angin menderu masuk melalui lubang tingkap yang pecah. Langsir pula bergerak lembut ditiup angin perlahan.

“Kai? Nama tu kan yang kau cakap ada dalam diari tu?” Baekhyun mengalihkan pandangan kepada Jungkook di belakangnya.

“Hmm! Buat masa ni saya syak Kai ialah nama kepada pengirim surat merah tu. Melihat kepada keadaan kerusi dan pintu yang tak berkunci, saya tak rasa ini adalah agenda yang dirancang oleh Kai. Mungkin sesuatu yang berlaku menyebabkan Kai naik berang dan tidak dapat mengawal perasaan lalu memecahkan tingkap” jelas Jungkook yakin dengan teorinya.

Baekhyun memegang dagunya, dapat memahami apa yang Jungkook katakan. “Sesuatu yang dia marah ye. Hmmm, mungkin pembantu dia melaporkan sesuatu yang buat dia marah” Baekhyun diam berfikir sebelum teringat kejadian di mana semua berkumpul di bilik Youngji tadi. “Hah! Roh Chiyaki Errie!”

“Hah! Mungkin betul. Kalau dibaca dalam diari tu, Kai ialah teman lelaki Chiyaki Errie. Jadi apabila pembantunya melaporkan yang Choa dapat lihat roh Chiyaki Errie dalam rumah, Kai pasti terkejut”

“Apa yang pecah tadi?” kedengaran suara Suho di muka pintu. Lelaki itu bergerak ke suis lampu, mencapai hidup suis tersebut.

“Apa ni? suis ni rosak ke?” suis ditekan beberapa kali tapi lampu masih tidak menyala. “Baekhyun, Jungkook, kenapa lampu ni tak boleh di….”

Suho menoleh pandang kedua-dua lelaki yang sudah tiba awal darinya tadi.

“Baekhyun… Jungkook.. belakang korang..” suara Suho ketar dan matanya membulat terkejut dengan apa yang dilihat. Tangannya diangkat tunjuk ke arah sesuatu. Tangannya juga ketar.

“Suho, apa yang berlaku? Bunyi tadi datang dari bilik ni?” soal Jackson yang baru tiba, bingung melihat kaca bertaburan di atas lantai serta keadaan bilik tersebut yang kelam.

“Kenapa kaca tingkap tu pecah? Angin yang kuat sangat ke?” ujar Kris tiba-tiba, berada bersebelahan Jackson.

“Yah, korang tak nampak ke tu?” tanya Suho kepada dua orang rakannya yang kelihatan tenang.

“Hyung, belakang hyung” Jungkook mencuit lengan Baekhyun, lantas lelaki itu menoleh belakangnya

Baekhyun dan Jungkook tergamam melihat kelibat seorang gadis berdiri di balkoni bilik tersebut. Rambutnya bergerak-gerak ditiup angin.

“Chiyaki Errie” ujar Jackson dan Suho serentak. Masing-masing tergamam melihat gadis itu berdiri tidak mencecah lantai, seperti terapung di udara. Mereka kaku tidak bergerak.

“Help me!!!” kedengaran suara gadis itu meraung.

Secara tiba-tiba muncul angin kuat yang datang dari arah balkoni, menderu masuk ke dalam bilik tersebut. Angin kencang yang menerbangkan semua kepingan kaca yang halus. Mereka semua menutup mata, menghadang wajah dari terkena deraian kaca yang bertebaran di udara. Langsir berkibar laju dan Jungkook hampir tumbang sebelum sempat dia berpaut pegang pada tiang katil. Jackson, Suho dan Kris pula bersandar pada dinding. Pintu berdegang tertutup dengan sendirinya.

Tidak sampai seminit, angin kencang itu surut. Baekhyun membuka mata perlahan-lahan dan terkejut melihat gadis di depan matanya atau lebih tepat, Chiyaki Errie. Kepingan kaca yang bertebaran, jatuh bertaburan ke lantai. Langsir berhenti berkibar. Jarak antara wajah mereka berdua terlalu dekat, hujung rambut Chiyaki Errie yang menutupi separuh wajahnya turut mengenai kulit muka Baekhyun. Baekhyun dapat rasa urat lehernya menegang dan sesuatu mencengkam kuat. Melirik kiri dan kanan, Baekhyun dapat rasakan angin malam di balkoni tersebut. Chiyaki Errie terus mencengkam kuat leher Baekhyun.

“Hyung!” Jungkook menjerit panggil. Mereka terkejut melihat Baekhyun yang berada di balkoni secara tiba-tiba dan makhluk yang berada di depan Baekhyun. Badan Baekhyun semakin senget ke belakang, hampir terjatuh apabila terus ditekan kuat oleh makhluk di depannya.

“Baekhyun!” Suho juga memanggil tapi tiada antara mereka yang berani mendekati.

Baekhyun memandang wajah Chiyaki Errie dan terkejut melihat kemiripan wajahnya dengan Naeun. Matanya merah dan wajahnya pucat, riak wajahnya marah. Baekhyun mula mempercayai kata-kata Choa walaupun agak terlewat.

“Le…pas..kan.. aku” tutur kata Baekhyun tersangkut-sangkut sambil menahan sakit. Dia rasa sesak nafas dan lehernya berasa sakit. Baekhyun cuba melawan tapi tenaga hantu tersebut nyata lebih kuat daripadanya. Baekhyun menggenggam tangan Chiyaki Errie yang sejuk seperti ketulan ais, cuba untuk meleraikan pautan yang mencekiknya tapi gagal.

“Let me Free!!” suara yang keluar dari gadis itu kedengaran garau dan kasar.

“Buat sesuatu! Kris! Jackson! Korang kan tahu bahasa Jepun!” Suho mendesak dua orang rakan di sebelahnya, enggan melihat abang kepada perempuan yang disukai mati di depan mata sendiri.

“Errie-san” Jackson cuba memanggil, ketakutan. Kris hanya diam, memendam perasaannya ketika itu.

Gadis itu berhenti mencekik Baekhyun tapi jarinya dengan kuku yang panjang masih melingkar di leher Baekhyun.

“Dia dengar. Dia dengar” ujar Suho, terkejut namun masih takut.

Jackson buntu, tidak tahu apa yang perlu dikatakan. Otaknya kosong tidak mampu berfikir. Badannya kaku diam. Fikirannya tiba-tiba menjadi kosong.

Kore diari wa, Errie-san no deska” (Adakah diari ni milik Errie?)

Jackson, Suho dan Kris memandang Jungkook yang bersuara.  Di tangannya, dipegang tinggi diari milik Chiyaki Errie yang dibawa bersama tadi. Chiyaki Errie diam tidak membalas. Di sebalik rambutnya yang panjang, Baekhyun melihat wajah seorang gadis yang kelihatan suci tidak bersalah, tidak kelihatan seperti seorang pembunuh. Baekhyun cuba mengambil kesempatan untuk melarikan diri tapi genggaman hantu itu bertambah kuat.

Omoshiroi to kawaii des ne” (menarik dan comel la) Jungkook cuba menarik perhatian gadis itu sekali lagi. Dia mengacah buka beberapa halaman diari yang dipegang.

Anou, Kai-san wa, dare deska” (siapakah yang bernama Kai ni?), Jungkook bertanya mengenai identiti lelaki yang bernama Kai yang mengganggu benak fikirannya.

Kare deska, tomodachi deska” (Teman lelaki kah? Kawan kah?)

Kemudian Baekhyun dapat rasakan air menitik mengenai pipinya. Air yang berwarna merah. Air mata Chiyaki Errie.

“Kai” Baekhyun mendengar tutur kata Chiyaki Errie yang perlahan, lembut tidak segarau tadi.

Kare deska, tomodachi deska” Baekhyun mengulang tanya soalan Jungkook tadi sedangkan dia sendiri tidak tahu maksud ayat tersebut.

Kare des” (Teman lelaki) balas Chiyaki Errie yang hanya didengari oleh Baekhyun.

“Errie-san” Kris pula memanggil nama gadis itu.

Sekali lagi Baekhyun melihat air mata gugur jatuh dari wajah Chiyaki Errie dan mengenai pipinya. Terbit rasa simpati dalam diri Baekhyun dan dia ingin tahu, kenapa hantu itu menangis?

“Errie-san” sekali lagi Kris memanggil.

Perlahan-lahan Baekhyun merasakan genggaman di lehernya melonggar dan gadis di depan matanya tadi pudar dalam udara. Gadis itu lenyap depan mata mereka semua. Kris jatuh terduduk di lantai. Jackson menghela nafas lega.

Kemudian Baekhyun rasa badannya semakin ringan dan terangkat. Baekhyun tidak menyedari keadaannya yang tidak stabil dan badannya semakin jatuh ke belakang.

“Hyung!” jerit Jungkook, melihat Baekhyun hampir terjatuh, lantas dia berlari mendapatkan seniornya itu. Kakinya terpijak akan kaca-kaca yang bertaburan atas lantai semasa berlari.

“Hyung!” laju Jungkook menyambar tangan Baekhyun sebelum lelaki itu terjatuh. Baekhyun tergantung di udara dan tersentak apabila ditampar angin malam. Dia terkejut apabila melirik pandang ke bawah dan dapat bayangkan kesakitan yang dialami jika terjatuh dari ketinggian balkoni tersebut. Tangan Jungkook dipegang kuat sebagai pautan.

“Tolong Baekhyun, aku pergi dapatkan Yubi dan yang lain.” Ujar Suho kepada Jackson dan Kris.

Jungkook menahan pedih di kaki, merasakan cucukan kaca yang terpijak tadi, sambil memegang kuat tangan Baekhyun. Berat Baekhyun juga menyebabkan Jungkook tidak mampu bertahan lama.

Jackson dan Kris lalu membantu lelaki itu, mengangkat Baekhyun ke tempat selamat.

“Jungkook, kaki kau” tegur Jackson, melihat darah merah pada tapak kaki Jungkook.

“Sikit je, nanti saya akan sapu ubat” ujar Jungkook, menyembunyikan kesakitan yang dialami.

Baekhyun terbaring atas lantai yang bersih tiada kaca. Badannya terasa sangat lemah dan nafasnya berdengus laju.

“Tadi tu, Chiyaki Errie kan” ujar Kris seperti masih tidak dapat mempercayai apa yang dilihatnya tadi.

>>>>>>>>>>>>> 

Yubi dan Choa segera mengikuti Suho ke bilik Chiyaki Errie. Suho telah menceritakan apa yang terjadi. Yubi keresahan, bimbang apa-apa buruk berlaku kepada abangnya. Choa juga bimbang andai ada yang tercedera kerana Chiyaki Errie. Langkah mereka laju. Berlari.

Mereka terserempak dengan Jackson dan Kris yang membantu papah Jungkook yang terhincut-hincut menahan sakit.

“Apa yang terjadi?” soal Suho dan Choa serentak. Yubi pula mendapatkan Baekhyun yang pucat lesu.

“Kau tak apa-apa? Cedera?” Yubi memeriksa sekitar muka dan tangan Baekhyun. Lelaki itu menggeleng.

“Kaki Jungkook luka terpijak kaca. Yang lain ok” balas Jackson sambil mengerling lihat siapa lagi yang datang bersama Suho tadi. “Mana Youngji?” soalnya kerisauan tidak melihat kelibat Youngji.

“Dia ada dalam bilik, Naeun temankan” jawab Choa, sempat mengerling lihat keadaan Baekhyun di belakang Jackson.

“Suruh semua orang berkumpul di ruang tamu. Sekarang” Baekhyun memberi arahan dalam keadaan lemah longlai.

>>>>>>>>>>>>>>>> 

Jonghyun menekan loceng di tepi pintu dua kali sebelum seorang perempuan separuh umur menjengah di muka pintu. Jonghyun mengulum senyuman manis cuba mengambil hati wanita itu.

“Hai” Jonghyun melambai mesra. “Im Mr Kim, the one that called you before”

“Ah~ young detective from Korea” wanita itu baru teringat perbualan telefon bersama Jonghyun tadi, sekitar 30 minit sebelum Jonghyun datang.

“Please, come in”

 Wanita itu mempersilakan kedua-dua Jonghyun dan Pembantu Kwok masuk ke dalam rumahnya. Mereka melangkah masuk tanpa perlu menanggalkan kasut. “Who is this, next to you?”

“This is my partner. Mr Kwok” Jonghyun memperkenalkan Pembantu Kwok tanpa mendedahkan identiti sebenar lelaki itu yang bekerja dengan keluarga kaya.

“Kwok Sang Min” Pembantu Kwok dan wanita itu saling berjabat tangan.

“Nice and unique name” komen wanita itu sebelum mempersilakan tetamunya duduk di ruang tamu.

“Mrs Grint, I heard that u worked with Chiyaki’s Family for over 20 years. Am I right?” Jonghyun memulakan tujuan nya datang dari jauh tanpa perlu membuang lebih banyak masa. Dia resah memikirkan nasib ahli kelabnya.

“Oh ya. U wanna know about Miss Chiyaki right? Yes, I worked with them for 22 years and I know Miss Chiyaki very well” ujar wanita yang bernama Alexis Grint itu. Kedut di wajahnya tidak begitu ketara, kerana badannya yang berisi.

“You don’t bother if I ask about Miss Chiyaki Errie? Well, you know, her family does’nt want to talk about it and they want to stop the rumour about their daughter”

“U must had been curious about why did she kill her best friend, Miss Yamada. Im sorry, I don’t have answer for that but I had a very useful hint” kata-kata wanita British itu menarik perhatian Jonghyun dan Pembantu Kwok.

“I think, it is because of jealousy” tambah wanita.

“Jealous?” Jonghyun masih tidak dapat tangkap maksud wanita yang pernah bekerja dengan keluarga Chiyaki itu.

“Miss Chiyaki was such a bright person. She always smiled, cheerful, loves to play around and everyone love her. However, her family have such a tight rule and sometimes she feel lonely. One person absolutely brought her happiness and she always loved that person. Her boyfriend. As a normal human, she also feel jealous and annoyed when someone praised or curse her boyfriend” jelas Puan Grint sambil teringat kenangan dia bersama cik mudanya, Chiyaki Errie. Gadis itu membesar depan matanya dan kini gadis itu sudah tiada.

“She had boyfriend? I never knew about that. The article in paper or the internet never mention about it” Jonghyun menggigit bibir, sedikit meragui kata-kata wanita itu.

“Of course the article nether the police never mention about him because he linked nothing to the case. That guy also  from a rich family”

“Where is her boyfriend right now? Is he still alive?” Pembantu Kwok pula mencelah tanya.

“Im not sure about that. Sorry” wanita itu mengulumkan senyuman ikhlas.

“Mrs Grint, do you have picture of Miss Chiyaki? I never see any picture of her because the internet totally censored and block it”

“Her family paid the media to block it. I think I had some picture of her. Wait here” Wanita Bristish itu lalu bangkit dari tempat duduknya menuju naik ke tingkat atas. Jonghyun diam menunggu.

“Kenapa kita harus berjumpa dengan bekas pembantu rumah dia? Kenapa tak tanya terus ahli keluarga Chiyaki tu?” soal Pembantu Kwok kepada Jonghyun, masih keliru dengan apa tujuan sebenar detektif muda itu.

“Tak dengar tadi? Dia cakap yang ahli keluarga dia sendiri yang block media dari terus menyebarkan berita mengenai gadis itu. Saya tak rasa mereka akan mudah memberi maklumat kepada orang luar. Sebab tu saya cari seseorang yang kenal rapat dengan budak perempuan tu dan bukan ahli keluarganya.” jawab Jonghyun.

Kemudian datang seorang gadis berambut perang berserta dua gelas jus oren. Air minuman itu diletakkan di depan kedua-dua Jonghyun dan Pembantu Kwok. “Please~” gadis itu mempersilakan.

“Its my first time, meet some Koreans” tambahnya sambil tersenyum. Dari gaya senyuman, mata dan warna rambutnya, Jonghyun mengagak gadis itu ialah anak perempuan Puan Grint tadi.

“Here it is. The last picture I took with Miss Chiyaki in Kobe” Puan Grint turun semula ke ruang tamu lalu meletakkan sekeping gambar di atas meja.

“Who is it, mom?” anak perempuannya mencelah ingin tahu.

“Don’t bother. Go back to your room” tegur Puan Grint sedikit tegas, menampakkan perwatakannya sebagai seorang ibu yang garang. Jonghyun mengulum senyuman kepada gadis yang beredar itu sebelum melirik ke arah gambar yang berada di atas meja.

“This is me and the other maids. This is Miss Chiyaki and her boyfriend next to her. I think this was during her birthday party, around 7 or 8 years ago” Puan Grint menjelaskan.

Jonghyun memandang wajah gadis yang tersenyum memandang kamera dalam gambar tersebut. Terkejut kerana mirip dengan salah seorang ahli kelabnya, Son Naeun.

“Oh, lelaki ni” Pembantu Kwok turut terkejut melihat gambar budak lelaki yang berdiri rapat sebelah gadis yang dikatakan sebagai Chiyaki Errie.

“Kenapa? Pembantu Kwok kenal dia?” Jonghyun bertanya, aneh melihat riak wajah lelaki itu.

“Saya rasa wajah dia macam seseorang yang saya kenal tapi saya tak ingat” jujur jawab Pembantu Kwok sambil cuba mengetuk kotak ingatannya.

“Whats wrong? Do you know him? U saw him in Korea?” soal Puan Grint tidak memahami apa yang Jonghyun dan Pembantu Kwok bualkan.

“Why? Is he in Korea? What is his name?” soal Pembantu Kwok.

“Miss Chiyaki once said that his boyfriend will futher studies in Korea so I assume maybe he’s in Korea right now. About his name, I don’t know either, but Miss Chiyaki always called him, Kai”

“Kai?” Pembantu Kwok dan Jonghyun saling berpandangan. Buntu.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>> 

Yubi berasa sedikit tidak selesa untuk tidur di ruang tamu itu. Acap kali dia terjaga kerana tidak dapat tidur lena. Choa dan Naeun tidur dalam keadaan duduk, sama seperti Yubi di atas sofa. Youngji tidur terbaring di atas sofa dengan selimut menutupi badannya yang kesejukan. Jackson pula tidur dalam keadaan duduk di hujung kaki Youngji. Baekhyun, Jungkook dan Suho di tengah-tengah, ruang antara dua sofa. Kris pula baring sedikit jauh, mengambil ruang yang besar dan selesa.

Yubi memandang wajah Baekhyun yang keletihan.

Yubi bangkit berdiri dalam keadaan senyap, tidak mahu mengejutkan yang lain. Perlahan-lahan dia berjalan ke dapur, mencari air untuk membasahkan tekak. Anak muda itu juga rasa tidak selesa kerana seharian tidak menukar pakaian, juga tidak mandi. Perutnya terasa lapar tetapi seleranya mati.

Yubi mencapai cawan di kabinet dapur dan mencari sebotol air mineral dalam peti ais. Ketika itu, Yubi terpandang di sudut dapur, kelibat seorang gadis duduk mencangkung sambil menutup muka. Kedengaran esakan tangisan.

“Siapa tu?” soal Yubi, langsung lupa akan hajatnya tadi. Dia merapati gadis itu. “Kenapa menangis ni?” hatinya tersentuh mendengar tangisan gadis itu.

Gadis yang menunduk itu mendongak, menayangkan mukanya dan memandang Yubi yang berdiri di hadapannya. Yubi berani menghulurkan tangan, membantu gadis tu bangkit berdiri. Kemudian Yubi dapat melihat wajah gadis itu dengan jelas. Alangkah terkejutnya Yubi mendapati gadis itu sangat mirip dengan Naeun. Butir-butir jernih di tubir mata gadis itu diseka.

Yubi tahu siapa gadis itu. Chiyaki Errie. Yubi juga sedikit kehairanan melihat wajah gadis itu yang suci, naif, tidak seperti apa yang Suho ceritakan, tidak seperti apa yang Yubi bayangkan.

“Awak Chiyaki Errie kan?” Yubi memandang tepat mata gadis itu yang masih berkaca dengan air mata.

“You have to help me” ujarnya perlahan.

Yubi sempat mengerling lihat rakannya yang lain masih tidur. Baekhyun juga masih tidur di tempatnya. “How? How can I help you?”

Mizu”(Air) balas ringkas Chiyaki Errie.

“Mizu?” Yubi mengulang sebut perkataan yang pertama kali didengarinya itu, malah tidak tahu maksud perkataan tersebut.

“Mizu”


*Hyung = Abang (Panggiln dari lelaki)
*nakainaide なかいないで = Jangan menangis. 
*khas untuk subbie tersayang yang selalu komen.. percayalah, i love semua komen anda.. <3
*tapi saye nak minta maaf andai dialog dalam bahasa Inggeris dan bahasa Jepun tu salah.. kalau nk perbetulkan pon boleh.. saya sgt hargainya.. saya hanya dapat C dalam B.i dan B dalam b.jepun.. :( 
*so, bilanya Kai nak muncul ni? 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
tenmachan
Errie!! Kris jumpa Errie..

Comments

You must be logged in to comment
mynameisxxx #1
sejujurnya la kan.... saya sangat sukakan cerita awak ni T^T I'M SERIOUS !! Jalan cerita dia buat saya nak baca cerita ni sampai habis. walaupun karakter yang ada bukan favorite singer saya,tapi serious awak buat saya curious pasal Chiyaki Errie dan Kai (saya sangka Kai ialah Jongin rupanya Kris xD) Saya suka semua watak kecuali Baekhyun cx dia tu macam annoying sikit. Tapi saya sedikit musykil la kan, macam mana Kris boleh bawak mayat errie dari Jepun ke Korea? eue (Ok, mungkin Kris macam suho,ada pesawat sendiri. #abaikansoalanini haha) Apapun, keep it up author-nim !! Harap author nim akan tulis lagi fanfic genre mcm ni. Congratulations for 107 subscribers !!
taeliaa
#2
Chapter 17: i dont regret reading this till the end sampai tak tido T_T best! ni probably first time saya macam bersemangat nak baca genre sebegini sampai habis. pastu cam saspens gila sampai at one point ni rasa cam nak tumbuk kris sebab geram hahaha. thumbs up authornim!!
sunshine234 #3
Kalau ada tulis fanfic genre ni jgan lupa bagi tahu tak, suka sangat story yang awak tulis ni and awak sangat pandai mengolah, saya memang minat genre mcm dan tengah belajar cara untuk menulis genre. You did well. Oh, saya suka jungkook and choa's character. Harap choa lebih berani dgn hantu lepas ni, hehe. Bias saya yg kat sini adalah suho. Ajar saya bahasa jepun, hehe
hana_raeee
#4
Chapter 18: Dah agak dah kris xD tp jln cerita susunan ayat dgn pnggunaan bhasa mmg jjang la! :) dpt jgk spend msa lapang huhuhu //pdhal nk dkt exam dh. XD//
happineseu
#5
Chapter 18: COOL!! HEBAKK GILOO XD
anniiin
#6
Chapter 18: Wowowowowwowow
Serious. Cerita awk memang best. And awk sangat bijakk xD
Saya suka penggunaan bahasa awk huhu
LNAmethyst #7
Chapter 18: No wonder nama2 watak (dlm jepun) ff ni macam familiar... authornim ambik reference dari anime rupanya... waktu scene kereta meletup tu pun mmg saya terbayangkan detective conan punya scene hahaha XD anyway good job authornim, congrats sbb berjaya buat ff bergenre horror/mystery yakni genre minority di sini :3
lugege_
#8
Chapter 18: Ingatkan watak Kai tu, Kai EXO rupenya bukan xDDD Btw keep it up. Cite ni best sgtttttttttttttttt <3
KrisMaya #9
Chapter 17: serios la fic ni boleh buat movie. nn comfirm laku (only if actors and actresses dia cun) haaa
bubble_na_baebeul #10
Chapter 18: Lol..haha..sis.the best ..
Mmg best.
Just one word.nope.two word..
*Amazing
*Best
Anyway.tu jungkook..thats my bias.tpi x kisah pun.sbb sya x ksh kongsi bias.hikhik
*Ada yg kna hempuk lps ni*
Hehe
Skrng ni pun sya tngah dngar lgu diorang.
#So 4 more.bts
Anyway fighting k.klau ada nk buat ff yg lain.horror punya.inform ekk.x sbr.hehe