だれ だ

Dilarang Masuk

Dare da?

Deruman enjin kapal terbang memenuhi ruang pelepasan Lapangan Terbang Incheon. Matahari membiaskan cahaya senja, menenggelamkan wajah seorang lelaki dalam cahaya merah. Fikiran Kim Jonghyun melayang jauh, terbang tinggi mengalahkan kapal terbang yang merentasi awan.

“Kita boleh berlepas sekarang”

Panggilan dari Pembantu Kwok menyedarkan Jonghyun yang leka berfikir mengenai Baekhyun dan ahli kelabnya yang lain. Beg galas yang disimpan komputer riba ditarik kemas lalu digalas atas bahu kanan. Pembantu Kwok berlari menghampiri anak muda itu yang sudah menunggu di balai pelepasan.

“Ini senarai nama pelajar dari Universiti Henry yang turut sama dengan Tuan Muda sertai aktiviti di Villa Chiyaki tu”

Sebuah fail bertukar tangan dari Pembantu Kwok kepada Jonghyun. Sambil berjalan, Jonghyun membelek sekilas fail tersebut yang mengandungi profil lima orang pelajar Universiti Henry. Jonghyun pasti Baekhyun sudah bertemu dengan lima orang tersebut.

“Lagi satu, saya dah siasat mengenai universiti mana lagi yang terima surat merah yang mengandungi cabaran tersebut dan ternyata hanya dua universiti yang diterima iaitu Universiti Seoul dan Universiti Henry” tambah Pembantu Kwon sambil mereka berjalan, melintasi pintu ke dataran penerbangan.

Jonghyun mengangguk, masih membelek fail yang dipegang. “Kalau begitu, hanya ada 10 orang pelajar dalam tu”

“Oh ye, kita nak naik kapal terbang yang mana satu? Tiket saya semua dah diuruskan? Mana passport saya?”

“Ini passport awak, dan saya tak beli sebarang tiket” Pembantu Kwok menyerahkan buku passport berwarna biru gelap yang dari tadi tersimpan kemas dalam poket kotnya.

“Kalau awak tak beli tiket, macam mana kita nak naik kapal terbang?” soal Jonghyun pelik. Mereka sudahpun melintasi pegawai pemeriksaan tadi.

“Kita naik kapal terbang milik Tuan Muda. Jangan risau, saya akan jelaskan pada tuan muda nanti, saya yakin dia tidak akan marah” jelas Pembantu Kwok sambil mempersilakan Jonghyun. Mereka berjalan sehingga tiba di hadapan sebuah kapal terbang persendirian yang tertera tulis ‘Kim Group’ pada badan kapal tersebut.

“Tu kapal terbang milik Kim Suho??!!” Jonghyun meneguk air liur.

>>>>>>>>>>>>>>>>>> 

Pandangan Baekhyun kosong. Tangannya memegang sudu yang mengues main dengan nasi yang tenggelam dalam kuah kari. Fikirannya seolah berada dalam medan perang. Pelbagai soalan dan andaian bertembakan dalam otaknya. Serabut. Keliru. Beberapa garis halus muncul dan lehernya menegang.

“Apa kau fikirkan?” tanya Yubi, melihat riak Baekhyun yang seperti badan tidak berjiwa.

Baekhyun menoleh pandang adik kembarnya yang duduk di sebelah. “Yubi, kau jangan pergi ke mana-mana. Jangan percayakan sesiapa”

“Jangan takutkan aku” jujur luah Yubi. Baekhyun mengeluh perlahan.

“Oh ye, petang tadi kau ada cakap yang mungkin ada antara kita jadi pembantu kepada pengirim surat merah tu kan? Siapa?” tambah Yubi.

“Aku tak pasti” jawab Baekhyun sambil menolak lembut pinggan nasi di depannya. Seleranya mati. Walaupun sudah sehari tidak mengisi perut, nafsu laparnya hilang dan perasaan gundah gelana datang menggantikan.

“Tapi aku memang yakin, ada antara kita yang jadi pembantu kepada agenda pengirim surat tu. Takkan kau tak pelik? Takkan Namjoo mudah mengalah dan tidak lari apabila lihat pengirim surat merah tu? Namjoo pasti akan lakukan sesuatu” bersungguh Baekhyun menyatakan, persahabatannya dengan Namjoo selama setahun lebih di kampus membuatkan lelaki itu sedikit sebanyak mengenali gadis bernama Namjoo itu.

“Habis tu, macam mana Namjoo boleh hilang? Kenapa dia tak lawan?” Yubi mencungkil persoalan.

“Sebab dia mengenali penyerang tu dan tak tahu pun penyerang tu akan menyerang dia. Penyerang tu mendekati Namjoo dengan baik dan menyerang secara senyap membuatkan Namjoo terlambat untuk pertahankan diri. Apa yang Namjoo sempat buat ialah…” Baekhyun diam, memandang wajah Yubi.

“Menjerit” jawab Yubi seketika berfikir. Lantas teringat bunyi jeritan kuat tengahari tadi. “Ah! Jeritan siang tadi. Jadi penyerang tu antara kita lah? Siapa?”

“Orang yang aku syaki ialah Jackson, Suho, Kris dan Jungkook”

“Jungkook pun? Tapi dia kan ahli kelab Sherlock! Lagi satu, bukan ke Jackson dan Suho ada alasan mereka. Kris pula, hmm aku tak tahu sangat pasal dia. Dia tak pernah tegur aku”

“Jungkook tu ahli baru tak sampai beberapa bulan pun. Aku tak percayakan dia. Jackson, Kris dan Suho takde bukti, jadi mereka mungkin serang Namjoo ketika itu” nada Baekhyun berbaur marah dan geram.

Yubi turut mengeluh dan bersandar pada kerusi belakang. Dia keliru tentang siapa yang baik dan siapa yang berpura-pura baik. Buat masa ni, hanya Baekhyun yang boleh dipercayai. Yubi juga tidak berani menuduh sesiapa.

“Lagi satu, aku tengok budak lelaki pendek tu macam nak rapat dengan kau je. Kau kena berhati-hati” tambah Baekhyun lagi.

“Suho. Nama dia Suho. Dia tak pendek lah! Dia sama tinggi dengan kau. Lagipun dia tak nampak macam jahat. Dia baik dan selalu pedulikan aku.” Yubi berkata seolah cuba melindungi imej Suho.

“Mana kau tahu dia baik? Kau baru kenal dia tak sampai tiga hari pun. Mungkin dia nak pergunakan kau. Jadi kau kena berhati-hati. Ingat, jangan percayakan sesiapa. Aku cakap ni bukan sahaja sebagai ketua kau, tapi sebagai abang kau”

“Aku tahu. Aku tahu” dalih Yubi, enggan terus mendengar Baekhyun membebel.

“Baekhyun! Baekhyun!”

Yubi dan Baekhyun terperanjat melihat Naeun yang termengah-mengah di muka pintu ruang makan itu. Segera Baekhyun bangkit dan mendekati gadis itu.

“Bilik air. Air naik. Melimpah” Naeun cuba memberitahu dalam nafasnya tidak stabil, mendengus laju.

“Bertenang. Cerita perlahan-lahan. Apa yang berlaku” Baekhyun memegang lengan gadis itu. Yubi turut mengangkat punggung dari tempat duduknya dan menhampiri Naeun. Tertanya-tanya apa yang berlaku sehingga gadis itu berlari mendapatkan Baekhyun.

“Di bilik air, air naik melalui bawah pintu. Air melimpah naik dengan banyak. Aku cuba nak buka tapi pintu berkunci dari dalam, dua-dua belah pintu.” Naeun memberitahu. Perlahan-lahan dia cuba menstabilkan nafas.

“Ada orang dalam bilik air tu?” soal Baekhyun kerisauan.

“Aku rasa ada, tak pasti samada Youngji atau Choa. Aku ketuk beberapa kali tapi tiada sesiapa jawab. Aku tak sedap hati” jelas Naeun lagi.

“Mari pergi tengok”

Baekhyun, Naeun dan Yubi berlari ke arah bilik air yang terletak di tengah-tengah antara bilik yang digunakan oleh Naeun dan Youngji.

“Yubi, pergi panggil Jackson dan yang lain” arah Baekhyun.

>>>>>>>>>>>>>>>> 

Langkah Choa berat dan perlahan. Baju pajama tidur yang dipakai digenggam renyuk beberapa kali menampakkan perasaan gentar yang dialami gadis itu. Menghela nafas panjang, Choa memberanikan diri, memulas tombol pintu bilik yang pernah digunakan selama satu malam itu. Malam ini, Choa berpindah ke bilik Youngji manakala Yubi berpindah ke bilik Naeun, menemani gadis itu kerana Namjoo yang menghilangkan diri.

“Relaks Choa. Kau pasti boleh. Atok kan ada cakap, hantu ada dua, iaitu hantu baik dan hantu jahat. Well, aku harap Chiyaki Errie ni hantu baik” gadis berambut pendek itu memujuk diri.

“Chiyaki Errie, are u there?” suara Choa memecahkan kesunyian. Sengaja digunakan bahasa asing kerana Choa percaya pasti Chiyaki Errie tidak memahami bahasa Korea, dan malang pula kerana Choa tidak reti bahasa Jepun.

Dalam separuh gelap itu, bersuluhkan cahaya rembulan yang berbias dari langit, kelihatan seorang gadis berpakaian putih, berdiri di balkoni. Melihat keadaannya yang terapung, tidak mencecah lantai, Choa tahu gadis itu pasti gadis Jepun yang bernama Chiyaki Errie.

“Hmmm, well. I had met a few kind ghost and I hope u’re one of them. Actually I wanna ask for your help. My friend, Namjoo, she’s been missing since this afternoon, so since u’re the owner of this house, did u know where did she go? Or who did this to her? Maybe u know someone ‘bad’ between us?”

“Set me Free!!”

Choa terperanjat besar apabila soalannya tidak mendapat jawapan yang dikehendaki. Lagi menakutkan apabila gadis yang tidak bernyawa tersebut naik tinggi ke udara, terbang menerkam Choa dengan rambutnya yang menggerebang dan matanya yang merah menyala. Tidak sempat untuk Choa melarikan diri, apabila dirinya diterkam oleh hantu tersebut, tercampak ke dinding. Lehernya ditekan cekik oleh hantu Chiyaki Errie dengan kuat. Choa cuba menjerit dan meronta-ronta tapi tidak terdaya. Lehernya terasa pedih apabila diangkat cekik dengan kuat dan kuku hantu tersebut yang menekan cengkam kulit lehernya.

“Ahk Ahk Ahk” kaki Choa menendang di udara, meronta kesakitan.

Hantu bermata merah merenung tajam gadis itu. “Let me free” suaranya bergema.

“Suho! Suho!”

Choa mendengar suara seseorang memanggil Suho di bilik sebelah. Tidak sampai sesaat kemudian, kelibat di depannya pudar di udara, hilang. Choa terus jatuh terduduk ke lantai. Terbatuk-batuk dia mencari ruang udara, rasa lega apabila dapat bernafas.

“Ahhh~” Choa meraba lehernya yang merah kepedihan.

“Suho!”

Yubi mengetuk pintu bilik Suho dengan kuat sambil memanggil nama lelaki itu. Suho keluar menjengah di muka pintu dengan mata yang terpisat mengantuk.

“Kenapa?” soalnya sebelum menguap kecil.

“Bilik air kat bilik saya. Airnya naik melimpah. Ada orang dalamnya tapi pintu berkunci. Cepatlah, tolong Baekhyun pecahkan pintu” dengan seloroh Yubi mencapai tarik tangan Suho, mengajaknya ke bilik yang dimaksudkan.

“Sunbaenim, kenapa? Apa yang berlaku?”

Yubi dan Suho terhenti lalu menoleh belakang. Yubi terkejut melihat Choa.

“Choa, kalau awak ada di sini, maknanya pasti Youngji yang berada dalam bilik air tu”

Choa langsung tidak memahami apa yang cuba disampaikan oleh Yubi. Begitu juga dengan Suho yang baru bangun tidur.

“Suho, Choa, cepat pergi bilik saya. Cepat! Saya pergi panggil Jungkook dan yang lain” Yubi menggesa sebelum berlari ke lorong sebelah. Melihat riak Yubi yang bukan bermain-main, Suho sentak sedar dan segera menurut apa yang Yubi katakan. Choa mengekorinya dari belakang.

Kemudian, Suho nampak Baekhyun dan Naeun di bilik Naeun. Baekhyun dan Naeun turut terkejut melihat Choa yang berdiri sebelah Suho.

“Youngji, buka pintu ni!” Baekhyun mengetuk pintu bilik air dengan kasar namun tiada sahutan didengari dari dalam. Suho dan Choa lalu mendekati Baekhyun yang berada di depan pintu bilik air. Terperanjat mereka melihat air yang membuak naik ke bilik tersebut melalui ruang bawah pintu. Kaki seluar masing-masing dibasahi air.

“Apa yang berlaku? Youngji ada di dalam?” soal Suho inginkan penjelasan.

“Saya tak tahu. Saya tengah tidur dan perasan yang air mula naik. Saya yakin ada orang dalam ni sebab rasanya saya terdengar suara seseorang” jelas Naeun. Ketar suaranya kerisauan. Matanya mula berair. Choa tidak berani mendekati gadis itu apabila teringat hantu yang mencekiknya tadi. Merah di lehernya masih terasa pedih.

“Youngji! Buka pintu ni!” Baekhyun menendang pintu tersebut.

“Kita kena pecahkan pintu ni” ujar Suho. Baekhyun laju mengangguk setuju.

Kedua-dua anak muda itu mengundur beberapa langkah.

“1 2 3!” Bam. Mereka menghentam pintu dengan kuat tapi masih tidak berjaya membukanya. Mereka mengundur lagi. “1 2 3!” Bam! Kunci pecah.

Pintu terbuka luas dan mereka berdua hampir tersembam mencium lantai bilik air. Seluar mereka basah dipercik air. Baekhyun dan Suho terkejut melihat Youngji dalam tub mandi yang dipenuhi air dalam keadaan terbaring masih berpakaian.

“Youngji!” Baekhyun mengangkat gendong gadis yang tidak sedarkan diri itu. Diangkat baringkan atas katil dalam bilik Naeun. Suho pula menutup air paip yang tidak berhenti mengalir dari tadi.

“Youngji!”

Jackson, Kris, Jungkook dan Yubi muncul, terkejut melihat Baekhyun yang sedang menggendong Youngji dalam keadaan basah lenjun.

“Apa yang berlaku?” soal Jackson cemas. Riaknya bimbang melihat Youngji yang pucat dan bibirnya membiru.

“Aku temui dia dalam tub mandi, terendam dalam air” jawab Baekhyun jujur.

“Apa patut kita lakukan? Youngji, Youngji” Jackson mendekati gadis itu dan cuba mengejutkannya.

“Aku boleh tolong. Aku juga ahli persatuan palang merah” Jungkook lalu merapati Youngji yang terbaring. Lengan gadis itu dicapai dan Jungkook menyentuh cari titik denyutan nadi pada pergelangannya.

“Jangan risau. Dia masih hidup” kata-kata Jungkook melegakan semua orang.

Butang baju Youngji lalu dibuka satu persatu dan Jungkook melonggarkan pinggang seluar yang tersarung pakai oleh gadis itu.

“Apa yang kau cuba buat ni?” soal Kris menganggap kelakuan Jungkook sedikit keterlaluan.

Jackson hanya diam membiarkan, yakin dengan apa yang Jungkook lakukan. Jungkook merapatkan telapak tangan, mulutnya mengira sesuatu sebelum menekan telapak tangannya pada dada Youngji. Tindakan itu diulang beberapa kali sehingga air terpancut keluar dari mulut gadis itu.

“Youngji!” Yubi memanggil nama gadis itu. Air mengalir keluar dari mulut Youngji dan gadis itu terbatuk-batuk. Jungkook mengangkat Youngji ke posisi duduk sambil menepuk belakang badan gadis itu. Jungkook memeluk menghangatkan badan gadis itu yang kesejukan.

“Youngji, kau tak apa-apa?” Yubi mencapai pegang tangan gadis itu. Lega kerana Youngji sudah sedar. Jackson segera mencapai tuala dan menyelimutkan, menutup badan Youngji.

“Ada orang cuba nak bunuh aku” tutur Youngji lemah sambil tersandar dalam pelukan Jungkook. Masing-masing terkejut dengan apa yang Youngji katakan.

“Bunuh? Siapa nak bunuh kau?” soal Kris terkejut.

Youngji tidak menjawab, perlahan-lahan dia mengangkat tangan dan menunjukkan ke arah seseorang. Semua mata melirik pandang ke arah orang yang ditunjuk oleh Youngji.

“Saya?” Naeun terkejut apabila hujung jari Youngji menuding pada dirinya.

“Naeun? Naeun cuba nak bunuh kau?” soal Jackson inginkan kepastian.

Youngji mengangguk lemah.

Mereka saling berpandangan, terkejut. Langsung tidak menjangka perkara yang keluar dari mulut Youngji. Naeun tersentak apabila dirinya dituduh sebagai pembunuh. Hatinya mula membentak, terkejut juga ketakutan.

“Saya tak buat apa-apa pada Youngji!” Naeun mempertahankan diri.

“Kenapa awak tuduh Naeun cuba nak bunuh awak? Dia yang kurung awak dalam bilik air?” Baekhyun bertanya, bimbang sekiranya Youngji tersalah tafsir atau tersalah cakap. Dia juga tidak mahu Naeun dilabel sedemikian. Seorang pembunuh.

Youngji tidak menjawab dan masih terbatuk-batuk. Tekaknya terasa pedih dan kepalanya juga pinar pening.

“Youngji, ceritakan. Apa yang berlaku?” Suho pula seperti mendesak.

“Sudah. Youngji perlu berehat dulu. Choa, tolong Youngji salin pakaian yang selesa sikit” ujar Jackson, menggendong angkat gadis yang hampir kelemasan itu tadi, dibawa lari dari perhatian semua, dibawa semula ke bilik Youngji. Choa menuruti belakang Jackson tanpa banyak bicara.

“Baekhyun, bukan aku yang buat macam tu pada Youngji. Bukan aku yang cuba bunuh dia” Naeun mendapatkan Baekhyun, yakin lelaki itu akan percayainya. Baekhyun diam tidak membalas.

“Yubi, kau tahu kan, aku tak akan buat perkara macam tu” Naeun beralih pula kepada Yubi setelah Baekhyun senyap tidak bersuara.

“Aku tahu, tapi kau ada bukti?” ujar Yubi, membuatkan Naeun terdiam.

“Kenapa macam-macam berlaku dalam rumah ni? letupan, Namjoo hilang dan sekarang Youngji cuba dibunuh oleh seseorang” rungut Kris sambil menggosok-gosok rambut sebelum melentangkan tubuhnya atas katil.

“Saya tak berniat nak bunuh sesiapa” ujar Naeun dalam sebak. Air matanya mengalir laju dalam esakan.

“Kenapa Youngji tuduh awak? Boleh awak ceritakan apa yang berlaku?” Suho mencelah dalam keadaan serba salah. Simpati terbit melihat Naeun yang menangis.

Yubi mendekati gadis itu lalu memeluk pujuknya. Naeun menyeka air matanya dan cuba menahan sebak.

“Saya sedih apabila Namjoo masih hilang. Masa saya menangis atas katil, saya terdengar bunyi seseorang masuk bilik air, kemudian saya tertidur. Bila saya bangun, saya terkejut tengok air yang melimpah naik melalui bawah pintu tidak berhenti. Saya cuba buka pintu tapi ia terkunci dan teringat yang mungkin ada orang dalamnya. Saya risau dan takut lalu keluar mencari Baekhyun” Naeun menceritakan apa yang terjadi.

Jungkook diam mendengar. Tiba-tiba terlintas nama seseorang yang dibaca dalam diari Chiyaki Errie. Kai. “Mungkinkah ini semua agenda pengirim surat merah tu? Mungkin Kai tu ialah nama pengirim surat tu. Mungkin dia cuba tuduh Naeun dan melagakan kami?” monolog Jungkook sendirian, hanyut dalam fikirannya.

“Kita perlukan bukti Naeun. Bukti” tambah Baekhyun, lagi meresahkan Naeun kerana tiada sesiapa yang mampu menjadi saksinya.

“Tapi tak pelik ke? Naeun di luar, Youngji di dalam bilik air yang berkunci. Macam mana Naeun keluar lepas kunci pintu?” kata-kata Kris pula memaksa mereka berfikir.

“Kita perlu tunggu keadaan Youngji stabil dan dengar cerita kedua-dua belah pihak” ujar Yubi masih lagi memujuk Naeun yang sebak. Naeun tunduk dan menekup wajahnya. Esakan tangisannya semakin kuat.

“Kalau Namjoo ada di sini, pasti dia percayakan saya" ujar Naeun dalam esakan.


*Sunbae/Sunbaenim= Senior
*Hyung= Abang (Panggilan dari lelaki)
*Dare Da merupakan ekspresi dalam soalan 'siapakah?'

omo.. siapa yng buat macam tu kat Youngji? Naeun betul atau salah? siapa betul siapa salah??? atau....

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
tenmachan
Errie!! Kris jumpa Errie..

Comments

You must be logged in to comment
mynameisxxx #1
sejujurnya la kan.... saya sangat sukakan cerita awak ni T^T I'M SERIOUS !! Jalan cerita dia buat saya nak baca cerita ni sampai habis. walaupun karakter yang ada bukan favorite singer saya,tapi serious awak buat saya curious pasal Chiyaki Errie dan Kai (saya sangka Kai ialah Jongin rupanya Kris xD) Saya suka semua watak kecuali Baekhyun cx dia tu macam annoying sikit. Tapi saya sedikit musykil la kan, macam mana Kris boleh bawak mayat errie dari Jepun ke Korea? eue (Ok, mungkin Kris macam suho,ada pesawat sendiri. #abaikansoalanini haha) Apapun, keep it up author-nim !! Harap author nim akan tulis lagi fanfic genre mcm ni. Congratulations for 107 subscribers !!
taeliaa
#2
Chapter 17: i dont regret reading this till the end sampai tak tido T_T best! ni probably first time saya macam bersemangat nak baca genre sebegini sampai habis. pastu cam saspens gila sampai at one point ni rasa cam nak tumbuk kris sebab geram hahaha. thumbs up authornim!!
sunshine234 #3
Kalau ada tulis fanfic genre ni jgan lupa bagi tahu tak, suka sangat story yang awak tulis ni and awak sangat pandai mengolah, saya memang minat genre mcm dan tengah belajar cara untuk menulis genre. You did well. Oh, saya suka jungkook and choa's character. Harap choa lebih berani dgn hantu lepas ni, hehe. Bias saya yg kat sini adalah suho. Ajar saya bahasa jepun, hehe
hana_raeee
#4
Chapter 18: Dah agak dah kris xD tp jln cerita susunan ayat dgn pnggunaan bhasa mmg jjang la! :) dpt jgk spend msa lapang huhuhu //pdhal nk dkt exam dh. XD//
happineseu
#5
Chapter 18: COOL!! HEBAKK GILOO XD
anniiin
#6
Chapter 18: Wowowowowwowow
Serious. Cerita awk memang best. And awk sangat bijakk xD
Saya suka penggunaan bahasa awk huhu
LNAmethyst #7
Chapter 18: No wonder nama2 watak (dlm jepun) ff ni macam familiar... authornim ambik reference dari anime rupanya... waktu scene kereta meletup tu pun mmg saya terbayangkan detective conan punya scene hahaha XD anyway good job authornim, congrats sbb berjaya buat ff bergenre horror/mystery yakni genre minority di sini :3
lugege_
#8
Chapter 18: Ingatkan watak Kai tu, Kai EXO rupenya bukan xDDD Btw keep it up. Cite ni best sgtttttttttttttttt <3
KrisMaya #9
Chapter 17: serios la fic ni boleh buat movie. nn comfirm laku (only if actors and actresses dia cun) haaa
bubble_na_baebeul #10
Chapter 18: Lol..haha..sis.the best ..
Mmg best.
Just one word.nope.two word..
*Amazing
*Best
Anyway.tu jungkook..thats my bias.tpi x kisah pun.sbb sya x ksh kongsi bias.hikhik
*Ada yg kna hempuk lps ni*
Hehe
Skrng ni pun sya tngah dngar lgu diorang.
#So 4 more.bts
Anyway fighting k.klau ada nk buat ff yg lain.horror punya.inform ekk.x sbr.hehe