Terperangkap

Dilarang Masuk

Terperangkap

Menjelang malam, seorang demi seorang mengatur langkah ke dalam sebuah bilik di tingkat bawah. Di dalamnya mereka dikehendaki melaporkan siasatan masing-masing. Suho, Youngji, Choa dan Yubi, masing-masing sibuk menghafal laporan siasatan yang disediakan ketua kumpulan masing-masing. Jackson dan Baekhyun yakin dengan teori mereka sendiri.  Orang pertama masuk adalah Baekhyun dan yang terakhir keluar adalah Kris.

Selesai memberi laporan, mereka menunggu di ruang makan tingkat atas. Malam itu juga, guruh dan hujan lebat menemani mereka. Masing-masing diam tidak bersuara.

“Maafkan saya” Choi Eun Hee berjalan masuk ke ruang makan tersebut, sekaligus mencuri perhatian semua orang. Malah mereka juga turut memerhati dan berharap ada seseorang berjalan masuk sekali dengannya tapi mereka dihampakan. Tuan muda yang Choi Eun Hee katakan semalam tidak muncul juga.

“Saya nak sampaikan maklumat bahawa tuan muda tidak berpuas hati dengan laporan anda semua. Semua orang dianggap gagal”

Pernyataan Eun Hee tersebut menyebabkan yang lain tergamam. Jackson yang duduk tenang sebentar tadi lantas berdiri.

“Teori andaian aku salah?!” soalnya tidak berpuas hati.

“Apa yang salahnya dengan laporan yang kami berikan?” soal Baekhyun pula, tapi dia masih mampu menenangkan diri.

“Di mana tuan muda awak? Kalau salah, dia harus beritahu kenapa ia salah” Suho mencelah, juga berasa sedikit tidak puas hati.

“Betul tu! Mana tuan muda kau?!” bentak Jackson naik marah. Dia menghentak kasar tangannya ke meja. Dentuman guruh menyaingi perasaannya.

“Jackson~” Youngji menarik hujung baju lelaki itu, menarik suruh Jackson kembali duduk dan bertenang.

“Saya.. saya cuma sampaikan.. saya….”

BOM!

Semua orang yang berfokus pada Choi Eunhee ketika itu terkejut. Mereka mendengar satu bunyi letupan yang kuat dan kedengaran berhampiran.

BOM! Selang beberapa saat, kedengaran kuat pula letupan yang kedua.

Jackson menoleh ke belakang, mencampakkan pandangan ke arah luar tingkap yang terletak di belakang tempat duduk mereka. Matanya membulat besar.

“Bunyi apa tu?” Baekhyun, Yubi, Jungkook bergegas ke arah tingkap. Rasa ingin tahu mereka membuak-buak diselitkan dengan perasaan tidak sedap hati.

“Kereta kita!” komen Suho dalam nada terkejut.

Naeun dan Namjoo saling berpandangan sebelum turut sama, menyempitkan diri di celah Yubi, Choa dan Youngji untuk melihat apa yang berlaku di sebalik tingkap tersebut atau lebih tepat, apa yang meletup. Kris pula terdiam tidak mampu untuk mengeluarkan kata-kata yang dapat menggambarkan perasaannya ketika itu.

Marakan api berwarna merah terang memuntahkan asap hitam berkepul-kepul di udara terpancar pada anak mata mereka. Kenderaan yang mereka letak di kawasan tersebut, lenyap dan meletup ditelan api. Kelihatan serpihan kecil badan kereta bertaburan di kawasan sekitar. Hujan pula makin mencurah, melawan kedegilan api.

“Kereta aku!” Jackson lalu meluru keluar dari ruang makan itu.

“Jackson, tunggu dulu!” Youngji mengejarnya dari belakang.

“Habislah, kereta sewa aku” Baekhyun turut berlari keluar, menuju ke arah tempat kereta tersebut meletup. Separuh hatinya berharap yang kebakaran dan letupan yang baru sahaja disaksikan itu tadi hanyalah ilusi matanya sendiri.

“Hyung!” Jungkook memanggil tapi tidak berganjak dari tempatnya.

“What the hell is goin on!” Kris menyumpah marah sebelum menuruti Baekhyun dan Jackson.

“Apa semua ni? kenapa kereta kami diletupkan?” Namjoo mengalihkan pandangan kepada Choi Eun Hee yang masih di tempat yang sama. Wajahnya pucat kerisauan.

“Saya tak tahu. Saya tak tahu apa-apa mengenai letupan tu. Saya tak tahu” jawab gadis pembantu rumah itu. Nada suaranya ketar seperti ketakutan.

“Awak cakap teori siasatan kami salah kan? Apa yang salah?” Jungkook menghampiri gadis itu. Eunhee mengundur dalam setiap langkah Jungkook menghampirinya. Matanya tidak keruan.

“Tuan muda cakap…”

BOM!

BOM!

BOM!

Tiga letupan berturut-turut mengejutkan mereka sekali lagi.

“Apa yang meletup?” soal Choa. Wajahnya didekatkan pada kaca tingkap sambil bebola matanya melilau mencari punca di mana letupan tiga kali itu berlaku.

“Sana!” Yubi menunjukkan ke arah sesuatu tempat. Jarinya mengetuk kaca tingkap tersebut.

“Jambatan” Eunhee bersuara, tertunduk.

“Jambatan?” soal Yubi tidak mengerti.

“Tak mungkin” ujar Jungkook lalu merapati cermin tingkap tersebut. “Jambatan tu merupakan satu-satunya jalan untuk keluar masuk ke villa ni”

“Jambatan yang kita lalu tadi?” soal Namjoo seperti tidak percaya.

“Jambatan tu meletup? Jadi macam mana kita nak keluar dari sini?”

Tiada siapa dapat menjawab soalan Choa. Jantung masing-masing berdegup kencang, masih berasa terkejut. Amaran yang diterima semalam berputar kembali di kotak ingatan. Yubi menggenggam erat kain skirtnya, masih tertanya-tanya, adakah ini semua mimpi?

Suho yang berada di sebelahnya masih mampu bertenang. Dalam fikirannya, dia merancang untuk meminta pertolongan Pembantu Kwok dan dia pasti dapat selamatkan semua orang dalam villa ini termasuk Yubi.

“Choi Eun Hee, adakah awak dapat arahan untuk letupkan kenderaan kami dan jambatan tu? Habis tu, macam mana caranya untuk kami semua keluar dari sini?” Jungkook menghampiri pembantu rumah itu, menggenggam lengannya.

“Saya tak tahu apa-apa pasal letupan tu” anak matanya memandang Jungkook dengan takut. “Dia marah, sangat marah sebab laporan kamu semua tidak capai kehendak dia. Tuan muda tidak puas hati. Dia menjerit marah mengatakan tiada siapa akan dapat keluar dari sini”

“Apa maksudnya? Teori yang kami berikan salah sebab tak capai kehendak dia? Apa dia mahukan?” soal Namjoo pula, juga merapati Choi EUn Hee.

“Cakap! Apa maksudnya? Kenapa dia tidak puas hati? Kenapa dia marah?” Jungkook menggoncang badan Choi Eun Hee. Mendesak. Gadis itu cuba menepis tapi genggaman Jungkook agak kuat.

“Saya tak tahu” jawabnya lemah seraya mengalirkan air mata. “Tuan muda ada kaitan dengan keluarga ni. Ada sesuatu yang dia inginkan tapi kamu semua tak dapat berikan jadi dia marah”

“Dia ada kaitan dengan Keluarga Chiyaki?” Choa mencelah tanya.

“Aku tak kisah pasal kes Chiyaki ni lagi. sekarang, serahkan semula telefon kami semua. Aku akan hubungi orang untuk selamatkan kita” Suho tampil cuba selamatkan keadaan. Dia meleraikan genggaman Jungkook pada lengan gadis pembantu rumah itu.

“Telefon kamu semua pada tangan tuan muda. Dia yang pegang” jawab Eunhee dalam esakan.

“Mana dia sekarang?” soal Suho sedikit terkejut tapi masih mampu mengawal emosinya.

“Saya tak tahu!” bentak Eunhee dalam nada tinggi. Air matanya mengalir laju. Dia mengundur menjauhi Jungkook, Namjoo dan Suho. “Saya tak tahu apa-apa jadi berhenti tanya saya! Tuan muda suruh saya jadi penyampai maklumat sahaja. Saya dah tak tahan lagi. Saya pun nak keluar dari sini. Saya takut untuk terus berada dalam villa ni. Saya tak tahu apa kaitan tuan muda dengan pemilik asal villa ni dan saya tak nak ambil tahu pun! Saya dah buat kerja saya!”

Timbul rasa serba salah Jungkook melihat keadaan Choi Eun Hee yang menangis ketakutan. “Macam mana awak nak keluar dari sini? Awak perlu panggil tuan muda awak, kita perlu…”

“Dia ada di sini. Dia dapat lihat dan dengar setiap apa yang kamu lakukan. Dia perhatikan kamu semua dari awal lagi”

“Dia ada dalam rumah ni?”

“Dia…”

“Ahhh!” Serentak Naeun, Yubi dan Choa menjerit. Petir menyambung di langit gelap mencurahkan hujan yang lebat. Ruang makan yang cerah sebentar tadi bertukar kelam apabila lampu tiba-tiba terpadam. Bersuluhkan cahaya malam dari luar tingkap, Yubi dan Naeun saling berpegangan tangan.

“Kenapa lampu terpadam?”

>>>>>>>>>> 

BOM!

BOM!

BOM!

Jackson, Baekhyun dan Youngji dikejutkan dengan letupan yang kedengaran tiga kali berturut-turut. Mereka saling berpandangan dan saling meneka. Baekhyun berlari dalam hujan, melihat kenderaan yang disewanya semalam terbakar. Tiada apa yang boleh diselamatkan lagi.

“Jambatan tu! Teriak Jackson melihat marakan api sedikit jauh dari kawasan villa.

“Nampaknya dia cuba untuk memerangkap kita dalam kawasan villa ni. Jambatan tu merupakan jalan utama, jadi kalau ia diletupkan, kita tak boleh kembali sehingga jambatan siap dibina semula atau kita perlu cari jalan lain” ujar Baekhyun sambil meraup air hujan yang membasahi wajahnya. Air sedikit menyembur dari mulutnya setiap kali dia bercakap.

Youngji diam berdiri di muka pintu, enggan melangkah keluar ke dalam hujan. Jantungnya berdegup kencang. Ini kali pertama dalam hidupnya melihat letupan depan mata selain dalam kaca televisyen. Jackson dan Baekhyun berjalan menghampirinya dalam keadaan basah kuyup. Dilihatnya raut wajah kedua-dua ketua itu yang resah dan Youngji tahu keadaan pasti bertambah buruk.

“Kenapa pengirim surat tu letupkan kereta kita dan jambatan tu?” soal Youngji, ditujukan kepada Baekhyun. Dia yakin Baekhyun yang merupakan ahli kelab Sherlock sudah tentu mempunyai pengalaman sebegini dalam menyelesaikan kes.

Baekhyun menggeleng lemah, yang mana sedikit menghampakan gadis itu. “Aku tak pasti kenapa tapi rasanya dia tak puas hati dengan laporan siasatan kita”. Sejujurnya hati Baekhyun dan nafasnya berdegup tidak selari. Dia nampak tenang tapi keresahan. Ada sesuatu yang dirasakan tidak kena. Lagipun ini kali pertama dia terlibat dalam kes sedemikian yang mana melibatka letupan. Baekhyun berfikir, sekiranya Jonghyun ada bersamanya, apa agaknya yang akan presiden itu lakukan.

“Apa yang salah dengan teori penyiasatan kita?” soal Jackson, air hujan dibiarkan mengalir dari rambutnya. Dia juga terkejut dengan letupan tadi.

“Ahhh!”

Serentak mereka bertiga memandang ke arah tingkat atas, melihat seluruh villa dalam keadaan gelap gelita.

“Kenapa gelap?” soal Jackson kehairanan, juga sedikit bimbang.

“Yubi!” Baekhyun mula risau akan adiknya lantas berlari masuk semula ke dalam rumah. Pakaiannya yang basah tidak diendahkan.

“Aduh!” Baekhyun mengaduh sakit apabila terlanggar salah satu perabut yang terdapat di ruang tamu. Anak muda itu menyumpah marah. Keadaan yang gelap gelita di kawasan ruang tamu menyukarkan Baekhyun, malah dia sendiri tidak nampak di mana kedudukan tangga untuk ke tingkat atas.

“Keadaan gelap sangat, macam mana kita nak ke atas” ujar Jackson sambil meraba-raba dalam gelap. Tangannya sebelah lagi pula menggenggam erat tangan Youngji. Langkah mereka perlahan penuh berhati-berhati enggan jadi seperti Baekhyun tadi.

Di ruang makan pula, dalam keadaan separuh gelap itu, masing-masing juga ketakutan, takut dimakan gelap. Choa menggengam kuat bucu baju Suho. Namjoo, Naeun dan Yubi berdiri rapat saling berpegangan tangan. Suho menanggalkan jam di tangan kirinya dan menekan butang yang kemudian menyebabkan satu cahaya bulat kecil keluar dari jam tersebut. Cahaya kecil itu sedikit melegakan mereka.

“Jungkook sambut ni” Suho melemparkan jam tersebut kepada Jungkook yang disambut baik. “Pergi turun bawah, dapatkan Baekhyun, Kris, Youngji dan Jackson. Dalam keadaan macam ni, kita perlu berkumpul bersama”

“Kamu semua tak apa-apa kan?” Suho berpaling kepada Naeun, Namjoo, dan Yubi pula. Gadis-gadis itu menggangguk. “Kami tak apa-apa” kedengaran Namjoo menjawab. Suho juga dapat rasakan bucu bajunya ditarik genggam oleh Choa.

“Yubi! Kau ok tak?!” kedengaran suara Baekhyun menjerit tanya dari tingkat bawah.

“Aku tak apa-apa. Suho ada di sini!” Yubi membalas jerit. Dia tahu pasti Baekhyun risaukannya.

“Kereta kita diletupkan, jambatan laluan untuk kita keluar pun diletupkan dan sekarang kita dibiarkan dalam keadaan gelap gelita. Apa sebenar yang berlaku? Apa yang pengirim surat tu mahukan” ujar Naeun dalam diam. Nadanya jelas menggambarkan yang dia berasa jengkel berada dalam situasi tersebut.

Selang beberapa minit, lampu dalam ruang makan itu berkelip-kelip sebelum menyala seperti biasa. Masing-masing menarik nafas lega. Berada dalam gelap tadi membuatkan mereka berasa sedikit sesak. Choa lalu melepaskan genggamannya tadi. Kemudian Jungkook, Baekhyun, Jackson dan Youngji berlari ke tingkat atas apabila penglihatan mereka tidak lagi terbatas. Air menitik-nitik dari pakaian lelaki berdua itu.

“Semua tak apa-apa?” Baekhyun bertanya kerisauan di muka pintu ruang makan tersebut. Lega melihat Yubi masih berdiri di depan matanya dalam keadaan sempurna.

“Semua ok” balas Suho lalu memerhatikan keadaan setiap seorang. “Kris? Mana Kris?”

“Pembantu rumah tu mana?” soal Youngji melihat tiada kelibat gadis bernama Choi Eunhee itu.

Suho, Namjoo sedikit terkejut apabila menyedari gadis itu yang sepatutnya bersama mereka tadi sudah tiada. Mereka kelu tidak tahu memberi jawapan. Ke mana gadis itu pergi?

“Kris? Kris? Dia bukan bersama korang?” Jackson bertanya dalam nada yang menunjukkan yang dia ingin marah. Kerisauan terbit kerana Kris juga salah seorang ahli yang berada di bawah tanggungjawabnya.

“Dia keluar sekali dengan korang tadi. Tak kan tak nampak dia?” balas Namjoo, melawan nada Jackson.

Jackson menggeleng. “ Aku nak pergi cari dia” ujarnya sambil meleraikan genggaman tangan Youngji yang dipegang sejak dari tadi.

“Aku tolong kau” Baekhyun menawarkan diri. “Jungkook, kau tengok yang lain. Pastikan tiada siapa yang meninggalkan kawasan ruang makan ni dan jangan berpecah”

Suho, Jackson dan Baekhyun lenyap dari pandangan dalam sekelip mata, meninggalkan mereka yang berada di ruang makan kerisauan dan buntu.

Jungkook mencapai salah satu kerusi dan berdiri panjat. Terkinja-kinja dia mencari sesuatu, meraba-raba di celahan dinding ruang makan yang bertemakan vintage itu.

“Jungkook, apa kau buat?” Namjoo kehairanan. Yang lain pula hanya memandang, juga ingin tahu.

“Eun Hee tadi cakap yang tuan muda dia dapat lihat dan tahu segala pergerakan kita, jadi…”

“CCTV tersembunyi yang merakamkan setiap pergerakan kita” Naeun menyambung. Jungkook lalu mengangguk, mengiyakan.

“Saya nak tolong” ujar Youngji bersemangat. Turut sama berbuat apa yang Jungkook lakukan. Dia tidak mahu menjadi batu yang menyusahkan dan ingin membantu apa yang boleh dilakukan oleh dirinya.

>>>>>>>>>>>>>> 

“Kris!”

Suho berhenti berlari apabila melihat sekujur tubuh terbaring atas lantai di lorong ketiga di hadapan pintu bilik Choa. Suho bertindak berani cuba menghampiri tubuh tersebut.

“Kris!” Suho kemudian perasan yang tubuh tersebut adalah Kris yang dicari-cari.

Baekhyun dan Jackson berlari ke arah Suho setelah mendengar suara lelaki tersebut.

“Kris, wake up” Jackson menampar lembut pipi lelaki yang tidak sedarkan diri itu. Tanganya terasa sejuk kerana hujan tadi.

Baekhyun mencapai pergelangan tangan Kris dan menekan rasa denyutan nadi lelaki tersebut sebelum menarik nafas lega. Kris masih hidup cuma pengsan.

“Kris, Kris, Kris!” Jackson terus memanggil nama Kris sambil menggoncang badan dan menyentuh pipi lelaki tersebut.

“Ah~” perlahan-lahan Kris mulai sedar.

“Kau ok?” nada Jackson kerisauan. Diangkat sikit kepala Kris dan dipangku supaya tidak jatuh.

“Kepala aku” Kris kelihatan seperti menahan sakit. Kepalanya dipicit dan rambutnya ditarik. Kris mengaduh sakit.

“Apa yang berlaku? Macam mana kau boleh pengsan kat sini?” Suho cuba membantu Kris untuk bangkit berdiri. Dipapahnya tangan dan dipegang bahu sebelah kanan sebelum Kris lemah dan jatuh semula.

“Ah!” Kris memejam mata, menahan sakit.

“Kenapa dengan kepala kau?” soal Baekhyun. Masing-masing dilanda perasaan ingin tahu, apa yang terjadi pada Kris.

“Aku nampak seorang lelaki berlari ke arah sini, dia bawa bersama pembantu rumah tu. Aku kejar dia lepas tu…” Kris tidak mampu menhabiskan ayatnya. Dia tunduk memegang kepala sendiri.

“Dia ketuk kepala kau sampai kau tak sedarkan diri” Baekhyun mengangak dan Kris mengangguk.

“Lelaki asing?” Jackson dan Suho saling berpandangan, sedikit terkejut. Baekhyun rasa tekaannya tepat. Lelaki pengirim surat tersebut pasti ada dalam villa itu sekali dengan mereka.

“Dia nampak mencurigakan, jadi aku kejar dia. Aku rasa dia..”

“Ya. Mungkin dia adalah pengirim surat merah tu. Takpe, kau berehat dulu.”

>>>>>>>>>>>> 

Detikan jam menunjukkan telah naik waktu tengahmalam. Jam 12 tengahmalam. Semua mata terpandang akan jam di dinding yang berbunyi apabila jarumnya berhenti di nombor 12.

Jungkook sudah duduk mengalah. Puas dia mencari jika terdapat alat perakam atau kamera yang tersembunyi dalam ruang makan tersebut tapi dia menemui kegagalan. Jungkook mengigit bibir tanda tidak berpuas hati. Baekhyun, dan Jackson kembali ke ruang makan tidak lama kemudian.

“Mana Kris sunbaenim?” soal Youngji meluru ke arah Jackson.

“Dia dipukul oleh seseorang. Mungkin pengirim surat tu. Menurut Kris, dia cuba kejar lelaki tu tapi kemudian dia diserang dari belakang” Jackson menjelaskan sambil menarik kerusi duduk. Bajunya yang basah tadi sedikit kering lembap.

“Mereka bergaduh? Dia di mana sekarang?” Namjoo pula bertanya.

“Tak, Kris nampak lelaki tu bawa pembantu rumah tu, jadi Kris kejar kemudian sampai depan bilik Choa, kepalanya diketuk. Suho dah bawa Kris ke biliknya untuk berehat” tambah Jackson lagi sebelum menhela nafas berat. Penat.

“Jadi sekarang apa patut kita buat? Pengirim surat tu ada dalam rumah ni tapi jambatan dan kenderaan kita dah tak berguna. Kita perlu selesaikan kes Chiyaki Errie dengan pengirim surat tu atau hubungi polis minta bantuan dulu?” Naeun pula mencelah, laju mencari penyelesaikan. Dia sedar tindakan perlu dilakukan cepat, dan tidak boleh terleka, jika tidak mungkin lebih ramai akan tercedera seperti Kris.

Jackson diam memandang Baekhyun yang masih lagi berdiri di muka pintu.

“Semua orang berehat dulu malam ni. pengirim surat tu berada dalam rumah ni tapi sama seperti kita, rasanya dia pun tak boleh ke mana-mana. Esok pagi juga aku akan hubungi polis menggunakan komputer riba Jungkook. Aku yakin, lambat laun pengirim surat tu akan bersemuka dengan kita”

Kata-kata Baekhyun ditelan hadam semua orang. Mereka malah yakin dengan lelaki tersebut. Kemudian, masing-masing beredar ke bilik masing-masing, berehatkan diri dan berharap segala yang berlaku hari ini adalah mimpi ngeri.


oh-oh.. apa akan terjadi pada mereka??? 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
tenmachan
Errie!! Kris jumpa Errie..

Comments

You must be logged in to comment
mynameisxxx #1
sejujurnya la kan.... saya sangat sukakan cerita awak ni T^T I'M SERIOUS !! Jalan cerita dia buat saya nak baca cerita ni sampai habis. walaupun karakter yang ada bukan favorite singer saya,tapi serious awak buat saya curious pasal Chiyaki Errie dan Kai (saya sangka Kai ialah Jongin rupanya Kris xD) Saya suka semua watak kecuali Baekhyun cx dia tu macam annoying sikit. Tapi saya sedikit musykil la kan, macam mana Kris boleh bawak mayat errie dari Jepun ke Korea? eue (Ok, mungkin Kris macam suho,ada pesawat sendiri. #abaikansoalanini haha) Apapun, keep it up author-nim !! Harap author nim akan tulis lagi fanfic genre mcm ni. Congratulations for 107 subscribers !!
taeliaa
#2
Chapter 17: i dont regret reading this till the end sampai tak tido T_T best! ni probably first time saya macam bersemangat nak baca genre sebegini sampai habis. pastu cam saspens gila sampai at one point ni rasa cam nak tumbuk kris sebab geram hahaha. thumbs up authornim!!
sunshine234 #3
Kalau ada tulis fanfic genre ni jgan lupa bagi tahu tak, suka sangat story yang awak tulis ni and awak sangat pandai mengolah, saya memang minat genre mcm dan tengah belajar cara untuk menulis genre. You did well. Oh, saya suka jungkook and choa's character. Harap choa lebih berani dgn hantu lepas ni, hehe. Bias saya yg kat sini adalah suho. Ajar saya bahasa jepun, hehe
hana_raeee
#4
Chapter 18: Dah agak dah kris xD tp jln cerita susunan ayat dgn pnggunaan bhasa mmg jjang la! :) dpt jgk spend msa lapang huhuhu //pdhal nk dkt exam dh. XD//
happineseu
#5
Chapter 18: COOL!! HEBAKK GILOO XD
anniiin
#6
Chapter 18: Wowowowowwowow
Serious. Cerita awk memang best. And awk sangat bijakk xD
Saya suka penggunaan bahasa awk huhu
LNAmethyst #7
Chapter 18: No wonder nama2 watak (dlm jepun) ff ni macam familiar... authornim ambik reference dari anime rupanya... waktu scene kereta meletup tu pun mmg saya terbayangkan detective conan punya scene hahaha XD anyway good job authornim, congrats sbb berjaya buat ff bergenre horror/mystery yakni genre minority di sini :3
lugege_
#8
Chapter 18: Ingatkan watak Kai tu, Kai EXO rupenya bukan xDDD Btw keep it up. Cite ni best sgtttttttttttttttt <3
KrisMaya #9
Chapter 17: serios la fic ni boleh buat movie. nn comfirm laku (only if actors and actresses dia cun) haaa
bubble_na_baebeul #10
Chapter 18: Lol..haha..sis.the best ..
Mmg best.
Just one word.nope.two word..
*Amazing
*Best
Anyway.tu jungkook..thats my bias.tpi x kisah pun.sbb sya x ksh kongsi bias.hikhik
*Ada yg kna hempuk lps ni*
Hehe
Skrng ni pun sya tngah dngar lgu diorang.
#So 4 more.bts
Anyway fighting k.klau ada nk buat ff yg lain.horror punya.inform ekk.x sbr.hehe