Tangisan kebenaran

Dilarang Masuk

Tangisan kebenaran

Baekhyun mengambil helaian kertas yang Jungkook berikan. Helaian kertas yang dipenuhi karakter tulisan bahasa Jepun yang Baekhyun tidak dapat membacanya walau satu perkataan pun. Seraya melihat wajah Baekhyun yang kebingungan, Jackson merampas kertas tersebut.

“Ini…..” Jackson tergamam sebaik membaca apa yang ditulis atas helaian kertas tersebut lantas memandang Jungkook yang masih duduk di atas kerusi. “Ini sebab Chiyaki Errie bunuh Sora? Jadi pembunuhan itu sengaja atau tidak sengaja?”

“Ya. Dalam tu, ada dinyatakan sebab kenapa Chiyaki Errie bunuh Sora. Helaian diari gadis itu yang hilang, yang mana saya yakin Kai sendiri yang koyakkan. Kai adalah puncanya” kata-kata Jungkook terus menikam Kris. Lelaki tinggi lampai itu tidak tahu bagaimana untuk memberi reaksi memandangkan Jungkook berjaya mencari tahu punca yang sebenar.

“Apa yang ditulis? Bukti apa yang dimaksudkan?” Baekhyun mencapai kasar lengan Jackson, meminta penjelasan.

“Ada ayat ditulis ‘Aku akan buat apa sahaja demi Kai, apa sahaja. Tiada siapa boleh mengata buruk mengenai Kai, tiada siapa termasuk Sora.  Kai bukan jahat seperti yang Sora katakan. Kai bukan orang jahat! Sora salah! Sora salah! Satu hari nanti, aku akan pastikan Sora tidak mengatakan yang buruk mengenai Kai.. satu hari nanti, aku akan tutup mulut Sora..” Jackson membaca separuh ayat yang berjaya Jungkook salin. Ayat yang mampu menjadi bukti bahawa Chiyaki Errie membunuh Sora kerana Kai.

“Sora pasti ada lakukan sesuatu seperti mengata buruk mengenai Kai yang mana membuatkan Chiyaki Errie naik marah. Mungkin pada asalnya dia hanya ingin pastikan Sora senyap dengan menekup bantal ke muka Sora, tapi kemudian membawa kepada kematian. Apabila dia menyesali perbuatannya, dia kemudian membunuh diri” Jungkook menyatakan teorinya. Kris hanya diam mendengar. Tangannya menggeletar.

“Chiyaki Errie hanya gadis biasa. Dia cuma seorang gadis yang tidak pandai mengawal perasaan marah apabila orang lain mengutuk teman lelakinya. Dia cuma terlalu sayangkan Kris” ujar Choa dalam nada rendah, di mana dirinya sebagai seorang gadis dapat melihat dari perspektif Chiyaki Errie.

Kris mengalirkan air mata apabila terbayangkan wajah tunangnya manis tersenyum dan ketawa riang. Kris jatuh melutut ke lantai. Air mata berguguran, membasahi wajahnya dan menitik ke lantai. Dia merindui gadis itu. Baekhyun, Jungkook, Jackson dan Choa hanya diam, terbit simpati melihat tangisan Kris.

“Dia cemburu” ujar Kris dalam sebak menangis. “ Beberapa kali dia menelefon aku dan beritahu yang dia syak Sora menyukai aku. Dia bimbang kalau aku tidak lagi menyayanginya. Kemudian dia katakan yang Sora mengutuk aku dan membuat fitnah yang aku curang dengan dia. Aku dah katakan supaya tidak pedulikan Sora tapi Errie… dia terlalu mengikut perasaan”

Choa kemudian dapat tangkap maksud Jungkook yang mengatakan sebab kenapa Errie bunuh Sora ialah kerana dia seorang perempuan. Ya, seorang perempuan yang tidak dapat mengawal perasaan cemburunya. Choa tertunduk.

Tangan gadis itu menggeletar. Bucu bantal dipegang erat. Kakinya berasa kebas. Jantungnya berdegup kencang. Anak matanya tidak keruan.

“Sora chan” dia memanggil. Suaranya perlahan dan tidak yakin.

Gadis yang terbaring depannnya, kaku tidak menyahut. Matanya terbuka tapi tidak sedarkan diri.

“Sora” dia memanggil nama rakannya itu sekali lagi. namun tetap tiada sahutan. Bantal yang dipegang terlepas dari tangan, lantas Chiyaki Errie menggoncang badan Sora yang terbaring. Wajah rakannya itu tegang dengan mata yang terbuka dan Errie tahu rakannya itu sudah tidak bernyawa.

“Sora! Sora! Wake up!”

Errie mula panik. Keadaan senyap itu membuatkan Errie ketakutan. Satu suara berbisik dalam benak fikirannya. ‘kau dah bunuh dia. Dia dah mati. Kau dah bunuh Sora. Sora dah mati’.

Gadis itu menuruni katil dan mengundur beberapa langkah, menjauhi mayat rakannya yang kaku. Selimut lembut terjatuh menggelongsor ke bawah katil. Beberapa anak patung berupa watak kartun dan beruang bersepah keliling katil. Errie mengundur sehingga terjatuh terduduk atas katilnya sendiri, yang terletak bersebelahan katil Sora dalam bilik asrama itu. Nafasnya mulai laju dan beberapa kali Errie mengerling pandang tangannya. Kukunya patah. Errie mulai rasa dirinya berdosa.

Yada” (Tidak) , Errie menggeleng-geleng. Ikatan rambutnya juga sudah longgar, anak rambutnya turun menutupi separuh matanya. Kain seragam sekolah yang dipakai juga sudah kerunyuk.

“Kai. Kai” Errie meraba mencari telefon bimbitnya di atas katil sebelum mendail telefon seseorang.

Moshi Moshi” (Hello) , kedengaran tenang suara seorang lelaki di atas talian.

“Kai. Kai” suara Errie pula kedengaran tidak tenang. Nafasnya masih berdengus laju.

Eh, doie?” (Eh, kenapa ni?) teman lelaki Errie dapat meneka sesuatu yang tidak kena dari suara gadis itu.

“So So So Sora chan. Sora chan” tangan Errie ketar memegang telefon yang dilekapkan pada telinga kirinya. Sesekali dia mengerling lihat kawannya yang kaku tidak bergerak di atas katil.

Sora chan? Ano tomodachi wo? Doia no?” (Sora? Kawan awak tu? Kenapa dengan dia?)

Atashi wa…. Sora chan wa…” (Saya…. Sora..) Errie mula merasa sebak dan menangis.

Kris menjadi semakin risau apabila mendengar suara tangisan tunangnya dalam talian.

“Errie, calm down. Tell me what happened?”

“She died!” suara Errie sedikit meninggi, masih teresak-esak menangis.

“Who’s died?”

“Sora! i.. i… I killed her” Errie mengaku dalam tangisan. Telefon dipegang kuat oleh kedua-dua belah tangan. Kris tersentak dan terdiam.

“Kai! what should I do? Tosuru?” (Macam mana ni?)

“You guys playing some games? This is prank right?”

“No! this is not a prank!” air mata Errie masih lagi mengalir. Gadis itu duduk mencangkung di sudut bersebelahan katil.

“Why did you kill her? She’s your friend right?!” suara Kris seperti marah.

Errie menyeka air matanya. “She talking bad bout you. I cant stand it! She say you’re a cheater. She told me that you only want my family’s fame and money. I hate it! I didn’t meant to kill her, I just want to shut up . I just want Sora to stop it”

Kris mengeluh dalam talian. “Go check on her. Maybe she’s still alive”

“No!” Errie menggeleng laju. “Im scared. She’s died. Im a murderer. Kai, im a murderer”

Ima hitori deska” (Sekarang ni awak sendirian ke?) Kris cuba menenangkan tunangnya.

Errie mengangguk perlahan sebelum menjawab, “Yes, im alone”

“Run! Run! Go find a place with crowded people like café or library. Go find an alibi for yourself”

Errie diam tidak membalas dan mengerling keadaan sekelilingnya dalam bilik tersebut. Kemudian Errie bangkit berdiri dan memandang Sora yang masih dalam keadaan yang sama.

“Errie, are you listen to me? Run away before someone find you” Kris mengarahkan, enggan tunangnya terlibat dalam masalah. Pembunuhan bukan kesalahan kecil dan Kris tidak mahu Errie dipenjarakan. Kris juga masih tidak percaya yang Sora sudah mati dibunuh oleh Errie.

“No. I will not run away. This is my fault.”

“No. this is not something that you can handle by yourself. I will do..”

Kris berhenti apabila talian diputuskan oleh Errie.

Moshi mos? Errie? Errie?!”

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> 

“Semuanya dah berlaku. Chiyaki Errie buat kesilapan dan dia menyesali perbuatannya. Dia bunuh diri sebab rasa bersalah” Jungkook bersuara.

Jackson mengangguk dan mendekati Kris yang masih melutut di lantai. “He’s right. Chiyaki Errie pun menyesal dengan kesalahan yang dia buat. You shouldn’t do the same. Jangan ulangi kesilapan dia. Sekarang ni, kita mesti keluar dari sini. Pulangkan telefon aku dan kita akan hubungi bantuan kecemasan” Jackson menunduk, memujuk, menghulurkan tangan untuk cuba membantu Kris bangkit berdiri.

“Jangan dekati aku!” Kris menepis huluran tangan Jackson. “Leave me alone!” ujarnya sambil menekan butang pada alat kawalan bom.

Booom! Booom!

Mereka terkejut mendengar bunyi letupan yang kuat dan merasakan gegaran dalam ruang makan itu. Letupan tersebut ternyata lebih kuat daripada letupan sebelum ini. Masing-masing mula dilanda kerisauan. Kris pula bagaikan naik gila.

“Kris!! What are you trying to do??!!”  Jackson tidak dapat lagi menahan perasaan marahnya.

“Stop it!” Jackson menerjah, meluru ke arah Kris, bersedia dengan buku limanya yang digenggam kuat. Urat lengannya menonjol.

“Jangan dekati aku” Kris tunduk mencapai sesuatu yang selama ini diikat di kaki kirinya, disembunyikan di sebalik seluar panjang yang dipakai. Jungkook dan Choa resah dan bimbang melihat Kris. Jungkook berasa geram kerana tidak dapat berbuat apa-apa.

“Jackson!” Baekhyun menarik kasar lengan Jackson, menghentikan lelaki itu sebaik melihat Kris mengeluarkan senjatanya. Laju Baekhyun menghadang Jackson dan… Bang!

“Hyung!” Jungkook menjerit melihat Baekhyun ditembak depan matanya. Choa terus tunduk menyorok ketakutan di belakang kerusi Jungkook. Jackson terjatuh ke belakang dan tidak sempat melindungi Baekhyun.

“Ahhh!” Baekhyun mengerang kesakitan apabila rasa daging lengannya terkoyak mengenai tembusan peluru.

“Baekhyun!” Jackson terkejut lalu meluru pada Baekhyun yang jatuh terduduk sambil menahan sakit. Darah keluar meruah mengotorkan lengan baju Baekhyun.

“Hyung” Jungkook turun daripada kerusi dan mengesot mendapatkan Baekhyun yang cedera parah. Choa yang ketakutan turut berlari mendapatkan Baekhyun. Choa lalu mengoyakkan bahagian bawah bajunya. Cebisan baju itu kemudian diikat pada bahagian lengan Baekhyun yang cedera ditembak. Baekhyun terus mengaduh sakit. Cebisan kain tersebut turut kotor berlumuran darah.

“Kau dah gila ke?!” Jackson menengking marah. Kris berdiri kaku dengan pistol yang masih teracu ke depan, tangannya menggeletetar memegang senjata itu.

“Ahhh!!” Baekhyun menjerit sakit. Tangan kanannya menggigil menahan kesakitan ditembak. Matanya mulai merah.

“Kau nak jadi pembunuh macam Chiyaki Errie juga?” Jungkook turut naik marah, serta panik melihat keadaan Baekhyun yang berlumuran darah.

“Tidak” Kris menggeleng. “Errie bukan pembunuh!” jeritnya kuat.

“Kau memang dah gila” Jackson bangkit berdiri dan memandang Kris dengan marah. Baginya, Kris melakukan kesilapan besar di mana nyawa Baekhyun mungkin melayang.

“Stop! Jangan dekati aku” Kris mengugut dengan mengacu pegang pistol. Melihat keadaan Kris yang menggeletar dan anak matanya yang tidak keruan, Jungkook tahu lelaki itu sebenarnya takut.

“Kris, letakkan pistol tu. Kita boleh bincang baik-baik” Jackson cuba menenangkan lelaki itu.

>>>>>>>>>>>

Langkah Youngji perlahan mengikut gadis di depannya. Anehnya kerana Youngji rasa dirinya seperti dikawal, badannya terasa bergerak sendiri tidak boleh berhenti. Youngji mula perasan yang langkah kakinya membawanya ke kawasan di belakang villa tersebut. Kemudian Youngji dapat menghidu bau yang tidak enak.

“Naeun, kita nak pergi mana ni?” soalnya kepada gadis di hadapannya yang langsung tidak menoleh belakang. Tangan ‘Naeun’ dirasakan sangat sejuk.

Gadis itu diam tidak menjawab dan Youngji tidak lagi bertanya. Mereka terus berjalan sehingga tiba di sebuah laman belakang yang terbiar lama. Youngji berhenti apabila gadis itu berhenti.

“Apa kita buat kat sini?” soal Youngji. Hidungnya mula tidak selesa dengan bau di persekitaran laman tersebut. Youngji melilau pandang sekeliling keadaan laman tersebut dan anak matanya dapat menangkap kelibat sekujur tubuh yang tebaring atas tanah di sebalik celahan rumput liar.

“Eh, siapa tu?”

Youngji melepasakan tangan gadis tadi dan berlari meluru ke arah tubuh yang dilihatnya. Semakin hampir semakin Youngji dapat lihat jelas wajah empunya tubuh tersebut. “Naeun!”

Youngji mendekati dan menggoncang badan Naeun yang tidak sedarkan diri itu. Wajah Naeun pucat dan bibirnya membiru. Lantas Youngji tersentak.

“Kalau ini Naeun, jadi siapa yang bawa aku ke sini tadi?”

Belum sempat Youngji menoleh pandang belakang, Youngji rasakan sesuatu memegang kuat kakinya. Gadis itu tidak stabil dan jatuh tersembam mencium tanah.

“Ahhhh!!!” Youngji menjerit apabila rasakan kakinya ditarik seret oleh sesuatu. Genggaman yang mencengkam pegang kakinya juga sangat kuat dan sejuk. Youngji cuba meronta tetapi gagal. Tangannya mencapai apa sahaja yang boleh dijadikan penahan tapi badannya terus diseret laju.

“Naeun!!” Youngji menjerit, memanggil nama gadis yang masih terbaring kaku. Kemudian Youngji rasakan kakinya mulai basah dan perlahan-lahan badannya ditarik masuk ke dalam kolam hijau yang terdapat di laman tersebut.

“Tidak!!” Youngji menjerit sambil berpaut kuat pada sebuah batu hiasan besar di tepi kolam. Batu tersebut juga licin dengan lumut hijau yang kotor. Youngji takut dan enggan masuk ke dalam kolam yang menakutkan itu. Air matanya mengalir dalam ketakutan.

“Jackson!!!!” Youngji menjerit sekuat hati.

>>>>>>>>>>>> 

Cebisan baju Choa yang diikat pada lengan Baekhyun sudah dilenjuni darah lelaki itu. Jungkook pula masih dengan luka di kakinya. Choa resah melihat keadaan kedua-dua lelaki yang kesakitan itu. Di saat itu, Choa berharap yang dia ada kuasa penyembuhan.

“Kris, don’t do anything stupid” perlahan-lahan Jackson mendekati lelaki  yang memegang senjata itu. Jackson merancang untuk merampas pistol dan alat kawalan bom yang berada dalam tangan Kris. Jackson meneguk air liur. Perasaannya antara takut dan berani.

“Terlambat” ujar Kris lalu menjatuhkan alat kawalan yang dipegang tadi ke lantai. Kemudian alat itu dipijak.

“Jangan!!” jerit Choa, Jackson dan Jungkook serentak apabila melihat Kris memijak alat kawalan tersebut yang mana akan menyebabkan bom meletup secara automatik sekaligus. Lalu semua bom dihidup aktif. Kedengaran kuat beberapa bunyi letupan. Kedengaran juga bunyi tingkap pecah akibat gegaran kuat. Ruang makan itu turut goyah gegar. Lampu besar di tengah-tengah ruang makan  jatuh menhentam meja makan. Serpihan kaca lampu berderai bertaburan. Elekrik langsung terputus. Beberapa buah kerusi terjatuh. Gegaran tersebut menyebabkan Jackson dan Kris turut jatuh ke lantai. Baekhyun menarik peluk Choa, melindungi gadis itu dari serpihan kaca yang terpelanting.

“Jackson!!!!”

“Youngji!” Choa tersentak apabila mendengar suara Youngji lantas teringat bahawa gadis itu bersendirian di ruang tamu.

“Jackson sunbaenim! Youngji! Dia di ruang tamu keseorangan” Choa memberitahu kepada Jackson yang ketika itu sedang menstabilkan diri.

“S***” Jackson mencarut sebelum meluru keluar. Jantungnya berdegup kencang, bimbangkan Youngji.

“Youngji. Youngji” nama itu disebut berulang kali. Dalam hatinya Jackson berdoa keselamatan Youngji. Sebaik meluru keluar dari ruang makan, Jackson segera menuruni tangga ke tingkat bawah. Dia terkejut melihat api yang sudah naik marak dan membahang. Langsir di tepi tingkap semakin lenyap dimakan api.

“What the…” Jackson mengipas-ngipas udara di depan mukanya. Asap api mula naik tebal memenuhi ruang utama villa Chiyaki itu.

“Youngji!” Jackson memanggil dan melihat tiada siapa berada di ruang tamu. Jackson mencapai pegang selimut Youngji yang berada di atas sofa lalu memandang pintu utama yang terbuka luas. Jackson berlari keluar.

Kelihatan Namjoo dan gadis pembantu rumah yang diselamatkan tadi terbaring atas tanah tidak jauh dari villa tersebut. Jackson berlari mendekati mereka yang tidak sedarkan diri.

“Namjoo. Namjoo, bangun-bangun. Mana Youngji?”

Soalan Jackson tidak dijawab. Namjoo dan Choi Eun Hee masing-masing terperangkap dalam lena tidur. Jackson mula resah apabila tidak menjumpai gadis yang dicari.

“Youngji!!” Jackson menjerit panggil.


*Hyung= Abang (panggilan dari lelaki)
*Sunbae/Sunbaenim= Senior

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
tenmachan
Errie!! Kris jumpa Errie..

Comments

You must be logged in to comment
mynameisxxx #1
sejujurnya la kan.... saya sangat sukakan cerita awak ni T^T I'M SERIOUS !! Jalan cerita dia buat saya nak baca cerita ni sampai habis. walaupun karakter yang ada bukan favorite singer saya,tapi serious awak buat saya curious pasal Chiyaki Errie dan Kai (saya sangka Kai ialah Jongin rupanya Kris xD) Saya suka semua watak kecuali Baekhyun cx dia tu macam annoying sikit. Tapi saya sedikit musykil la kan, macam mana Kris boleh bawak mayat errie dari Jepun ke Korea? eue (Ok, mungkin Kris macam suho,ada pesawat sendiri. #abaikansoalanini haha) Apapun, keep it up author-nim !! Harap author nim akan tulis lagi fanfic genre mcm ni. Congratulations for 107 subscribers !!
taeliaa
#2
Chapter 17: i dont regret reading this till the end sampai tak tido T_T best! ni probably first time saya macam bersemangat nak baca genre sebegini sampai habis. pastu cam saspens gila sampai at one point ni rasa cam nak tumbuk kris sebab geram hahaha. thumbs up authornim!!
sunshine234 #3
Kalau ada tulis fanfic genre ni jgan lupa bagi tahu tak, suka sangat story yang awak tulis ni and awak sangat pandai mengolah, saya memang minat genre mcm dan tengah belajar cara untuk menulis genre. You did well. Oh, saya suka jungkook and choa's character. Harap choa lebih berani dgn hantu lepas ni, hehe. Bias saya yg kat sini adalah suho. Ajar saya bahasa jepun, hehe
hana_raeee
#4
Chapter 18: Dah agak dah kris xD tp jln cerita susunan ayat dgn pnggunaan bhasa mmg jjang la! :) dpt jgk spend msa lapang huhuhu //pdhal nk dkt exam dh. XD//
happineseu
#5
Chapter 18: COOL!! HEBAKK GILOO XD
anniiin
#6
Chapter 18: Wowowowowwowow
Serious. Cerita awk memang best. And awk sangat bijakk xD
Saya suka penggunaan bahasa awk huhu
LNAmethyst #7
Chapter 18: No wonder nama2 watak (dlm jepun) ff ni macam familiar... authornim ambik reference dari anime rupanya... waktu scene kereta meletup tu pun mmg saya terbayangkan detective conan punya scene hahaha XD anyway good job authornim, congrats sbb berjaya buat ff bergenre horror/mystery yakni genre minority di sini :3
lugege_
#8
Chapter 18: Ingatkan watak Kai tu, Kai EXO rupenya bukan xDDD Btw keep it up. Cite ni best sgtttttttttttttttt <3
KrisMaya #9
Chapter 17: serios la fic ni boleh buat movie. nn comfirm laku (only if actors and actresses dia cun) haaa
bubble_na_baebeul #10
Chapter 18: Lol..haha..sis.the best ..
Mmg best.
Just one word.nope.two word..
*Amazing
*Best
Anyway.tu jungkook..thats my bias.tpi x kisah pun.sbb sya x ksh kongsi bias.hikhik
*Ada yg kna hempuk lps ni*
Hehe
Skrng ni pun sya tngah dngar lgu diorang.
#So 4 more.bts
Anyway fighting k.klau ada nk buat ff yg lain.horror punya.inform ekk.x sbr.hehe