あかい

Dilarang Masuk

Akai

Baekhyun dan Jackson berjalan mencari Kris sehingga menemui lelaki itu di lorong pertama. Jackson mendengus nafas berat, masih sukar untuk mempercayai cerita Namjoo.

“Kris!” Baekhyun memanggil, menhampiri lelaki yang masih tidak tahu kejahatannya sudah terbongkar. Jackson menurut sama dalam langkah yang berat.

“Kris, kita perlu berbincang” Jackson menarik Kris, masuk ke ruang makan.

“Kenapa? Mana Suho?” Kris pura-pura kebingungan.

“Kris, aku dah tahu siapa pengirim surat merah tu, jadi tak perlu nak berdalih lagi” Baekhyun berkata dalam tenang.

“Korang dah tahu? Siapa? Mana dia?”

Jackson hampir mengalah dan mempercayai Kris sebelum dia turun memeriksa kaki seluar Kris. Lelaki tinggi itu terperanjat dengan tindakan Jackson. “Apa kau buat ni?” spontan laju Kris menjauhi Jackson, bimbang rahsianya diketahui.

Dua serpihan kaca kecil jatuh ke lantai.

“Kris, kau adalah pengirim surat merah tu!”  Jackson membuak marah lalu menumbuk wajah Kris. Apa yang Baekhyun katakan memang terbukti benar.

Kris melayang hampir terjatuh sebelum sempat berpaut pada salah satu kerusi. Cecair merah mengalir keluar dari lubang hidungnya.

“Mengakulah Kris. Namjoo dah ceritakan pada kami. Kau ialah Kai”

 “Ah~ perempuan tu dah ceritakan? Jadi korang dah jumpa dialah maknanya” Kris menstabilkan badan, berdiri. Dalam keadaan tegak, Kris pura-pura tenang sambil mengelap darah yang mengalir atas bibirnya. Seketika kemudian, lelaki itu bertepuk tangan. Nafas Jackson mendengus laju, masih berasa geram. Buku limanya masih digenggam rapat. Baekhyun hanya diam memerhati, menunggu lihat apa akan Kris lakukan.

“Syabas. Korang dah berjaya cari tahu identiti pengirim surat merah tu. Betul. Aku ialah orang yang menhantar surat merah tu kepada kelab korang dan aku ialah Kai yang sebenar” Kris tenang mengaku, masih boleh tersenyum.

“Kenapa?!” Jackson menahan perasaannya. “Kenapa kau buat semua ni? jadi selama ni, kau permainkan aku?”

“Baik kau mengaku, kenapa kau pecahkan tingkap bilik Chiyaki Errie dan kenapa kau sembunyikan Namjoo dengan pembantu rumah tu? Kau ialah tuan muda rumah ni?” Baekhyun pula menerjah dengan soalannya.

“Calm down. Aku tak berniat pun nak kenakan Jackson. Mulanya target aku ialah kelab Sherlock. Aku dengar kelab tu popular dan hebat sangat, jadi aku sengaja jemput ahli kelab Sherlock untuk ‘menguji’ mereka. Pada hari kau datang pada aku, cakap yang kau tubuhkan ahli kelab penyiasatan tu, aku terfikir nak tahu sedalam mana kau minat pada penyiasatan, sebagus mana kau boleh selesaikan  misteri kes, tapi lepas dengar laporan kau mengenai kematian teman wanita aku, aku sedar yang kau hanya peminat bodoh Sherlock Homes. Bukan sahaja Jackson tapi juga ahli kelab Sherlock sendiri. Korang hampakan aku”

Senyuman Kris pudar dan wajahnya masam. Pandangan matanya dipenuhi pandangan marah dan dendam.

“Chiyaki Errie tu adalah teman wanita kau?” Baekhyun menyoal lelaki itu, dalam nada yang tenang, cuba untuk tidak membangkitkan kemarahan Kris. Baekhyun menduga yang lelaki itu pasti menyimpan senjata dan Baekhyun tidak mahu senjata itu dikeluarkan.

“Jadi malam tu, letupan yang berlaku, jambatan yang terbakar, cermin tingkap yang pecah. Itu semua kau punya angkara?” Jackson pula menyoal dalam geram. Kris yang berada di depannya tidak lagi dipandang sebagai kawan, tapi musuh.

“Chiyaki Errie ialah teman wanita aku, malah kami dah bertunang. Aku buat semua tu sebab korang. Siapa suruh korang tuduh Errie sebagai pembunuh! Errie bukan pembunuh! Dia tak bunuh Sora! Bukan dia yang bunuh!” nada Kris meninggi.

 “Kris, kita bincang perkara ni elok-elok. Kalau kau tahu kisah sebenar kejadian 3110 tu dan kau ada bukti yang Errie bukan pembunuh, kita boleh beritahu kepada polis. Kita boleh bersihkan semula nama Chiyaki Errie.” Baekhyun mula bimbang jika Kris hilang kawalan.

“Sekarang, bertenang. Bagitahu aku, di mana Naeun. Kita semua keluar dari sini dulu, kau pasti tahu jalan keluar dari sini kan. Lepas keluar dari sini, kita boleh ‘clear’kan semua perkara” Baekhyun cuba tenangkan Kris.

“Keluar dari sini?” Kris ketawa kecil. “Tiada jalan keluar dari sini selain jambatan tu. Lagipun aku tak tahu di mana Naeun. Kau nak bersihkan nama Errie?” Kris tersenyum sinis. Senyuman yang membuatkan Jackson dan Baekhyun risau. Kris tampak berbeza. “Dah terlambat. Satu dunia sangka yang Errie ialah pembunuh padahal dia bukan!” Kris menengking marah.

“Dia memang seorang pembunuh” Jackson tetap dengan pendiriannya.

“Tidak!” Kris berdegil, membalas pandangan kedua-dua Jackson dan Baekhyun dengan amarah.

“Bagaimana kau boleh begitu yakin yang Chiyaki Errie bukan penyebab kepada kematian Yamada Sora?” Baekhyun mencelah tanya.

“Kan aku dah beritahu. Errie ialah tunang aku! Takkan aku tak kenal tunang aku sendiri?! Aku kenal dia masa dia berumur 10 tahun lagi. Keluarganya dah setuju untuk kahwinkan kami lepas aku tamat belajar. Rumah ni, rumah ni adalah rumah yang ayah Errie bagi kepada aku! Kami bahagia sehinggalah kejadian tu berlaku. Semua orang tuduh Errie. Semua orang panggil dia pembunuh! Dia bukan pembunuh! Mustahil untuk dia cederakan Sora, mereka berkawan baik”

“Pihak polis menemui kesan cat kuku yang digunakan tunang kau pada bantal yang dipercayai sebagai senjata pembunuhan” kata-kata Baekhyun lagaknya seperti seorang peguam berbicara dengan pesalah di mahkamah.

“Polis tu salah!” Kris meningkah, menjerit marah. “Sebab tu aku cabar korang untuk selesaikan kes tu, untuk bersihkan nama Errie, untuk cari tahu kenapa Errie bunuh diri, tapi korang…” Kris mengalirkan air mata, sebak apabila teringat hari di mana dia mendapat berita kematian Errie. “… korang tak berjaya! Korang tak sehebat yang aku sangka. Korang hampakan aku!”

“Manusia tak sempurna Kris. Mungkin hari tu Chiyaki Errie lakukan kesalahan. Kesalahan terbesar iaitu membunuh kawannya sendiri” Baekhyun cuba memberi kata-kata nasihat, dalam keadaan tenang.

Kris mendengus kasar malah sakit hati melihat wajah Baekhyun. “Aku kenal Errie. Dia tak mungkin buat kesalahan sedemikian. Dia seorang yang baik, yang tak sampai hati untuk melihat haiwan yang terluka, dia selalu ceria dan tiada musuh. Tiada sebab untuk dia bunuh Sora dan membunuh diri. Errie seorang gadis yang naif”

Jackson diam memikirkan. Dari diari yang dibaca tempoh hari, memang Jackson membayangkan Chiyaki Errie sebagai seorang gadis yang baik dan bukan seorang pembunuh. Jackson tidak berani mencelah, keliru. Kris yang betul atau Baekhyun yang betul.

“Aku temui sesuatu yang menarik masa siasat semula kes 3110 ni.
Pertama, telefon bimbit milik Chiyaki Errie dan kedua, diarinya yang ditemui dalam rumah ni. Dari laporan penuh pihak polis antarabangsa yang dibuat kepada pihak media tiga tahun yang lalu, mereka mengatakan terdapat satu telefon bimbit ditemui, milik Yamada Sora. Jadi bagaimana dengan telefon milik Chiyaki Errie? Mustahil anak peniaga kaya tidak memiliki telefon bimbit kan” kata-kata Baekhyun membuatkan Kris tidak keruan. Lelaki itu tidak berani bertentang mata dengan Baekhyun.

“Bila kau cakap, baru aku perasan. Kenapa dan bagaimana diari Chiyaki Errie boleh berada dalam rumah ni sedangkan sudah lapan tahun dia tak balik ke sini. Masa Choa mengatakan yang dia menjumpai diari tersebut, Kris memang kelihatan terkejut” Jackson mencelah jujur.

“Chiyaki Errie ada telefon kau masa hari pembunuhan tu berlaku kan?”

Kris tersentak. Tidak sangka soalan sedemikian akan diaju tanya oleh Baekhyun. “Ma ma macam mana kau tahu?”

“Aku teka” jawab Baekhyun ringkas sambil memasukkan tangan ke dalam poket. “Aku agak Chiyaki Errie mesti cuba untuk mengelakkan kau dari terlibat sama jadi dia buang telefon bimbit dia samada melalui lubang tandas atau ke luar tingkap. Kau mesti adalah orang yang terakhir dia hubungi sebelum dia tekad untuk membunuh diri. Dia tahu kalau pihak polis temui telefon bimbit tu dan dapat kenal pasti nombor kau dalam senarai panggilan, kau akan turut terlibat dan mungkin banyak masalah akan kau hadapi”

“Jadi diari tu juga dibawa ke sini agar pihak polis tidak menemuinya sebab dalam diari tu ada banyak disebut mengenai Kai, iaitu identiti Kris. Begitu maksud kau?” soal Jackson mendapatkan kepastian.

“Mengenai diari tu pula, kau tidak tahu mengenai kewujudannya dalam rumah ni bukan? Sebab mungkin Chiyaki menyimpannya dalam kotak yang dialamatkan ke rumah ni, salah seorang pekerja asrama menemui kotak tersebut dan menhantar ke alamat yang tersedia. Choi Eun Hee menemui kotak tersebut sebelum kau dan dia yang menyembunyikannya sebab pasti kau dah beri arahan untuk menyembunyikan segala barang yang berkaitan dengan kau dalam rumah ni” tambah Baekhyun, menjelaskan lagi.

Kris tidak tahu bagaimana untuk melawan kata. Apa yang dikatakan oleh Baekhyun benar. Mata lelaki itu masih bergenang dengan air mata. Kris mengenggam renyuk bajunya sendiri, perasaannya ketika mendapat panggilan dari Errie ketika peristiwa itu berlaku, diulang rasa.

“Kai adalah nama Jepun aku” ujar Kris bersuara perlahan, menunduk tidak mengangkat muka. “Ia diambil daripada perkataan Akai iaitu warna kegemaran kami berdua. Tapi aku masih tak percaya yang Errie sanggup membunuh Sora. Errie yang aku kenal bukan seorang pembunuh”

Kris jatuh melutut depan Baekhyun dan Jackson. Nafasnya mendengus laju seolah sesak. Pada hakikatnya, Kris berasa penat, penat untuk berasa sedih setiap kali teringat akan Errie.

“Saya tahu kenapa Chiyaki Errie bunuh Yamada Sora pada hari tu”

Pandangan mereka bertiga dalam ruang makan itu beralih tumpu ke muka pintu di mana Jungkook yang masih luka di kakinya dengan Choa yang berdiri rapat sebelah Jungkook, membantu papah lelaki itu.

Segera Jackson membantu, menarik kerusi dan membiarkan Jungkook duduk. Choa senyap menuruti Jungkook, berdiri di belakang kerusi lelaki itu.

“Saya dan Choa dah dengar segalanya tadi” Jungkook mengaku yang mereka telah mencuri dengar dari luar ruang makan itu tadi. Choa mengangguk.

“Kau tahu apa sebab Chiyaki Errie bunuh kawannya hari tu? Pada 31 oktober tiga tahun yang lepas tu?” Jackson bertanya, persoalan yang bermain di fikirannya.

“Ya. Dan saya yakin Kris pun tahu”

Kris tersenyum sinis, sempat menyeka air matanya yang tumpah lalu bangkit berdiri. “Aku patutnya senyapkan kau sebagaimana aku senyapkan Suho dan Yubi tadi”

Baekhyun tersentak apabila mendengar nama adiknya. “Apa kau cakap?” soalnya, memberi renungan tajam kepada Kris. “Mana adik aku? Mana Yubi?!” Baekhyun menerkam dan mengenggam leher baju lelaki tinggi itu.

“Cakap! Apa kau buat pada dia?!” Baekhyun mula hilang kawalan, bimbangkan Yubi. Baju Kris direnyuk kasar.

“Jangan risau. Dia tengah tidur dengan nyenyak sekarang ni dan tentu dia tidak akan sedar pun kalau ada bom meletup” Kris masih tersenyum sinis, sengaja membangkitkan amarah Baekhyun.

Bom? Perkataan itu membuatkan Jackson, Jungkook dan Choa tersentak. Perkataan itu juga membuatkan mereka teringat letupan yang berlaku depan mata mereka sendiri pada malam kelmarin.

Mata Baekhyun melirik pandang tindakan Kris. Lelaki itu memasukkan tangan ke dalam poket kiri dan seperti menekan sesuatu.

BOOOM!

Satu bunyi letupan mengejutkan mereka. Perlahan-lahan Baekhyun melepaskan genggamannya. “Ada… bom dalam rumah ni?” suara Baekhyun tidak setenang tadi, terkejut.

Kris menolak Baekhyun, menjauhinya. Baekhyun hampir terjatuh sebelum disambar pegang oleh Jackson. Buat seketika Baekhyun pana, tiba-tiba fikirannya kosong. Dia terkejut.

“Kau dah gila? Kau nak letupkan rumah ni?!” Jackson hampir naik marah tetapi tidak berani berbuat apa-apa kerana bimbang Kris akan naik marah dan keadaan mungkin akan bertambah buruk.

“Dalam rumah ni, ada banyak bom yang aku sembunyikan” Kris lalu mengeluarkan sebuah alat kawalan kecil dari dalam poketnya. “Bila aku tekan butang ni, bom akan meletup. Sama macam yang aku lakukan pada kereta korang dan jambatan tu” ujar Kris sambil ketawa besar. Riaknya seperti orang tidak waras.

“Jadi kau tak kisah kalau rumah Chiyaki Errie ni turut meletup sama?” kata-kata Jungkook menhentikan hilai tawa Kris. Lelaki itu kembali berwajah serius.

“Kau diam! Apa kau tahu!” nadanya meninggi marah. Urat matanya memerah.

“Apa yang aku tahu? Aku tahu apa yang kau tahu iaitu sebab Chiyaki Errie bunuh Yamada Sora. Aku juga tahu yang kau sengaja koyakkan diari Chiyaki Errie sebab kau nak sembunyikan hakikat sebenar gadis tu bunuh kawan dia sendiri ialah kerana kau, kai” Jungkook berani membalas pandangan maut Kris.

“Apa maksud kau? Kris adalah penyebabnya?” Baekhyun beralih pandang Jungkook yang masih duduk atas kerusi. Choa hanya diam, tidak berani bersuara.

>>>>>>>>>>> 

Youngji terjaga apabila terdengar bunyi sesuatu kuat dan merasakan gegaran. Gadis yang berambut panjang itu pana seketika sebelum berpusing ke kanan dan mendapati sofa satu lagi kosong. Perlahan-lahan Youngji bangkit duduk, kemudian mengerling sekeliling dan mendapati hanya dirinya berseorangan di ruang tamu itu.

“Choa?” Youngji memanggil nama rakannya. Jantungnya berdegup ketakutan. Matanya tidak berhenti mencari kelibat rakannya yang lain. Hairannya Jungkook dan Choa yang berada di sebelahnya tadi, sudah tiada.

“Mana semua orang? Mereka tinggalkan aku?” monolog Youngji sendirian, ketakutan juga sedih kerana ditinggalkan.

“Jackson” Youngji memanggil nama lelaki yang diharapkan dapat melindunginya, namun tiada sahutan didengar balas. Tekaknya masih berasa pedih untuk menjerit kuat.

“Mereka betul-betul dah tinggalkan aku. Sendirian dalam rumah besar ni” Youngji mencapai getah rambut yang terjatuh di bawah sofa lalu mengikat rambutnya. Belum sempat Youngji cuba berdiri, seseorang menepuk bahunya. Youngji terkejut dan kembali duduk.

“Naeun. Yah, kau hilang ke mana? Semua orang cari kau”

Gadis yang berdiri depan Youngji itu diam tidak membalas dan hanya tersenyum. Dihulurkan tangannya kepada Youngji.

“Kenapa?” soal Youngji memandang huluran tangan gadis tersebut. Memandang tepat anak mata gadis itu, Youngji tiba-tiba rasa seperti badannya bergerak dengan sendiri.

Kite kudasai” (Sila ikut saya) , gadis itu bersuara. Senyumannya masih tidak pudar

>>>>>>>>>>>>>>> 

Namjoo sedaya upaya menahan dirinya daripada tertidur. Dia berasa sangat mengantuk kerana ubat tidur yang Kris suntik pada badannya. Bunyi letupan yang kuat tadi sedikit menyedarkannya.

“Choi Eun Hee, bangun. Kita perlu berkumpul bersama mereka yang lain” Namjoo menggoncang badan gadis pembantu rumah itu yang masih lagi dalam lena.

“Choi Eun Hee” Namjoo menarik tangan gadis itu. Perlahan-lahan Choi Eun Hee mula sedarkan diri.

“Di mana ni?” soal gadis itu sambil cuba bangkit berdiri. Badannya terhuyung hayang dan kepalanya terasa berat.

“Cepat, kita keluar dari bilik ni sebelum Kris jumpa dan kurung kita semula” Namjoo memimpin gadis itu, bergerak keluar dari bilik tersebut.

Namjoo dan Choi Eun Hee berjalan dalam keadaan badan masing terhuyung hayang, tidak stabil. Mereka berasa mengantuk juga pening. Ternyata ubat tidur yang Kris berikan, memberi kesan kuat. Pandangan mata mereka berpinar-pinar.

“Mana mereka?” soal Namjoo, melihat keadaan ruang tamu yang lengang tanpa kelibat manusia.

“Kita mesti keluar dari rumah ni. Tuan muda. Dia…” Eun Hee tidak larat untuk menghabiskan kata-katanya lalu terjatuh ke lantai.

“Choi Eun Hee! Bangun!” Namjoo menarik semula lengan gadis itu, cuba menyedarkan.

“Tuan muda pasang bom dalam rumah ni. Tempat ni akan meletup” tutur Eun Hee lemah. Kelopak matanya terasa berat.

“Mereka mesti dah berkumpul di luar. Cepat, kita harus keluar juga”


Saya minta maaf sangat2 kalau ada byk kesalahan typo dn tatabahasa.. sya dh start busy dn tiada mase nk reread tapi sye akan usahakan untuk  siapkan cerita ni demi subbie tersayang.. dlam 2 atau 3 bab lagi, get ready for ending.. oh ya, sye seorang penulis yg tak janjikan happy ending.. 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
tenmachan
Errie!! Kris jumpa Errie..

Comments

You must be logged in to comment
mynameisxxx #1
sejujurnya la kan.... saya sangat sukakan cerita awak ni T^T I'M SERIOUS !! Jalan cerita dia buat saya nak baca cerita ni sampai habis. walaupun karakter yang ada bukan favorite singer saya,tapi serious awak buat saya curious pasal Chiyaki Errie dan Kai (saya sangka Kai ialah Jongin rupanya Kris xD) Saya suka semua watak kecuali Baekhyun cx dia tu macam annoying sikit. Tapi saya sedikit musykil la kan, macam mana Kris boleh bawak mayat errie dari Jepun ke Korea? eue (Ok, mungkin Kris macam suho,ada pesawat sendiri. #abaikansoalanini haha) Apapun, keep it up author-nim !! Harap author nim akan tulis lagi fanfic genre mcm ni. Congratulations for 107 subscribers !!
taeliaa
#2
Chapter 17: i dont regret reading this till the end sampai tak tido T_T best! ni probably first time saya macam bersemangat nak baca genre sebegini sampai habis. pastu cam saspens gila sampai at one point ni rasa cam nak tumbuk kris sebab geram hahaha. thumbs up authornim!!
sunshine234 #3
Kalau ada tulis fanfic genre ni jgan lupa bagi tahu tak, suka sangat story yang awak tulis ni and awak sangat pandai mengolah, saya memang minat genre mcm dan tengah belajar cara untuk menulis genre. You did well. Oh, saya suka jungkook and choa's character. Harap choa lebih berani dgn hantu lepas ni, hehe. Bias saya yg kat sini adalah suho. Ajar saya bahasa jepun, hehe
hana_raeee
#4
Chapter 18: Dah agak dah kris xD tp jln cerita susunan ayat dgn pnggunaan bhasa mmg jjang la! :) dpt jgk spend msa lapang huhuhu //pdhal nk dkt exam dh. XD//
happineseu
#5
Chapter 18: COOL!! HEBAKK GILOO XD
anniiin
#6
Chapter 18: Wowowowowwowow
Serious. Cerita awk memang best. And awk sangat bijakk xD
Saya suka penggunaan bahasa awk huhu
LNAmethyst #7
Chapter 18: No wonder nama2 watak (dlm jepun) ff ni macam familiar... authornim ambik reference dari anime rupanya... waktu scene kereta meletup tu pun mmg saya terbayangkan detective conan punya scene hahaha XD anyway good job authornim, congrats sbb berjaya buat ff bergenre horror/mystery yakni genre minority di sini :3
lugege_
#8
Chapter 18: Ingatkan watak Kai tu, Kai EXO rupenya bukan xDDD Btw keep it up. Cite ni best sgtttttttttttttttt <3
KrisMaya #9
Chapter 17: serios la fic ni boleh buat movie. nn comfirm laku (only if actors and actresses dia cun) haaa
bubble_na_baebeul #10
Chapter 18: Lol..haha..sis.the best ..
Mmg best.
Just one word.nope.two word..
*Amazing
*Best
Anyway.tu jungkook..thats my bias.tpi x kisah pun.sbb sya x ksh kongsi bias.hikhik
*Ada yg kna hempuk lps ni*
Hehe
Skrng ni pun sya tngah dngar lgu diorang.
#So 4 more.bts
Anyway fighting k.klau ada nk buat ff yg lain.horror punya.inform ekk.x sbr.hehe