Baekhyun VS Jackson

Dilarang Masuk

Baekhyun Vs Jackson

Yubi berjalan perlahan-lahan, penuh waspada. Rambutnya diikat longgar, sekadar mengemaskan diri. Bajunya juga tidak bertukar sejak semalam. Separuh perasaannya takut, separuh lagi penuh dengan perasaan ingin tahu dan bimbangkan Naeun. Kata-kata amaran Baekhyun sudah dilupakan. Yubi berani mencabar abangnya.

“Yubi, apa awak buat kat sini?”

Suara seseorang yang Yubi kenali menyapanya, aneh kerana begitu cepat Yubi sudah dapat mengecam suara tersebut.

“Yubi, bukankah abang awak suruh tunggu di ruang tamu?” Suho bertanya, melihat gadis itu berjalan terhendap-hendap di lorong keempat itu. Suho mendekati gadis itu.

“Saya nak tolong cari Naeun dan pengirim surat merah tu” balas Yubi jujur, tidak berselindung atau berpura-pura.

“Jangan risau, mengenai Naeun, biar kami yang uruskan. Bahaya awak sendirian di sini.” luah Suho, pula. Bimbang akan gadis tersebut.

“Awak kan ada. Awak akan tolong jagakan saya bagi pihak Baekhyun, boleh kan?”

Suho tidak membalas. Kata-kata Yubi seperti satu permintaan besar. Sedangkan Suho risau tentang dirinya, mampukah dia menjaga Yubi dalam villa itu?

“Sekarang, apa kata kita pergi ke bilik Chiyaki Errie” Yubi menarik tangan Suho. “Mungkin Naeun atau Chiyaki Errie ada di sana, atau mungkin pengirim surat merah tu” langkahnya semakin laju. Terkedek-kedek Suho cuba mengejar langkah Yubi, diseretnya ke lorong ke tiga.

“Kris sedang mencari di lorong bilik tu. Lagipun buat apa kita ke sana, awak pasti Naeun ada di sana?” Suho bertanya sambil melangkah jalan dengan laju dengan tangannya diseret tarik oleh Yubi di depannya.

“Firasat hati” jawab Yubi ringkas, tidak menoleh pandang Suho.

“Yubi” Suho memanggil nama gadis yang menarik tangannya itu. Gadis itu langsung tidak memberi tindak balas.

“Byun Yubi!” Suho berhenti mengejut dan menarik gadis itu kasar. Yubi tersentak.

“Awak sama macam Baekhyun! Awak marah Baekhyun tak dengar cakap awak, tapi awak pun sama, tak dengar cakap orang lain” Suho bersuara tegas, membuatkan Yubi terdiam memandangnya. Ini kali pertama dia melihat Suho dalam keadaan marah sedemikian.

Yubi menunduk, memandang lantai yang dipijak. Air mata bergenang di tubir matanya tapi ditahan agar tidak tumpah mengalir. “Saya ada perasaan juga. Saya rasa bersalah dengan awak sebab kelakuan Baekhyun pagi tadi, saya rasa marah bila Baekhyun tak hormati perasaan saya, saya rasa sedih bila awak marah saya. Saya takut dan risau. Saya nak keluar dari sini. Saya tahu saya bukan ahli kelab Sherlock tapi saya juga mahu lakukan sesuatu dan bukan sahaja duduk diam menunggu”

“Yubi” suara Suho memanggil lembut, memegang dagu gadis itu, diangkat dongak. Terbit rasa bersalah dalam benak hati apabila melihat mata Yubi yang berair. “Maafkan saya” ujarnya sambil menyisingkan anak rambut Yubi yang terkeluar dari ikatan.

“Saya cuma risaukan awak. Chiyaki Errie tu bukan manusia dan kita tak tahu pengirim surat merah tu jahat ke baik. Macam mana kalau awak berjumpa dengan mereka? Saya pun nak kita semua keluar dari sini dengan selamat. Bukan saja saya, tapi juga Baekhyun, Jackson, Kris, dan yang lain” tambahnya.

“Saya pernah berjumpa dengan Chiyaki Errie dan dia tidak menakutkan sepertimana Baekhyun ceritakan. Mana tahu kalau kita boleh pujuk pengirim surat tu untuk bebaskan kita. Mungkin dia boleh tolong kita” kata-kata Yubi kedengaran naif bagi Suho.  Namun tidak pula lelaki itu mengulumkan senyuman.

“Youngji, Baekhyun, Choa. Mereka diserang oleh Chiyaki Errie. Kesan merah kat leher mereka boleh dilihat jelas. Jungkook juga cedera masa tolong Baekhyun. Pembantu rumah tu, Namjoo dan sekarang Naeun dah hilang. Malah Kris juga pernah diserang oleh pengirim surat tu. Awak tak nampak ke semua bahaya tu? Awak tak tahu apa….”

“Suho, awak takut ke?”

Suho terdiam apabila diaju tanya sedemikian. Lelaki itu buntu tidak membalas. Takut? Suho pula menyoal soalan yang sama kepada dirinya sendiri. Adakah dia takut?

Suho teringat ketika dia takut untuk turun ke dapur pada waktu malam, ketika dia takut apabila membaca amaran pengirim surat tu, ketika dia takut melihat kenderaan mereka meletup dan Suho kaku tidak berganjak dari tempatnya, ketika dia takut akan hutan tebal di kawasan belakang villa tersebut, ketika dia takut apabila Namjoo didapati hilang, ketika dia takut untuk membantu Baekhyun yang dicekik di balkoni, ketika dia takut apabila Yubi dirasuk oleh Chiyaki Errie. Suho takut.

“Jangan takut” kata-kata Yubi seperti memujuk, menyentuh mesra pipi lelaki itu yang kelihatan tersentak, dan ketakutan. “Kalau kita takut, sampai bila kita harus terus takut? Kita mesti berani, melangkah ke depan. Jangan takut sebab Baekhyun dan Jackson ada. Apa-apa berlaku, mereka sentiasa ada untuk melindungi kita”

Suho mengangguk perlahan. Yubi kembali senyum dan menyeka air matanya. Mereka berdua berjalan ke bilik Chiyaki Errie.

>>>>>>>>>>>>> 

Jackson menjeling Baekhyun dengan senyuman sinis yang terukir di bibir. 

“Dari mula lagi kau memang benci aku kan? Masa pertama kali aku jumpa kau, aku dah dapat agak yang kita tak akan serasi. Nampak sangat kau tak sukakan aku dan ahli kelab aku”

Nada Jackson memerli tajam, juga kedengaran seperti mahu memulakan pergaduhan.

Baekhyun sedikitpun tidak gentar depan lelaki yang kerap memakai topi berjenama itu. Tangannya dimasuk seluk ke dalam poket seluar kiri dan kanan. Gaya sedikit berlagak. “Aku tak bencikan sesiapa, cuma aku syak lelaki yang datang bersama kau tu iaitu Kris. Dia kelihatan mencurigakan”

Jackson mendengus nafas berat sebelum berkata, “Kenapa pula kau nak tuduh dia? Dia rakan kampus aku, dia datang bersama aku. Macam mana pula dia boleh jadi pengirim surat merah tu? Apa bukti kau?”

“Buktinya ada pada dia sendiri dan aku yakin bukti tu masih tidak terhapus sebab mungkin Kris sendiri tidak perasan akan bukti tersebut”

Baekhyun dapat membaca riak wajah Jackson yang kosong tidak dapat memahami.

“Bukti yang aku maksudkan ialah serpihan kaca tingkap bilik Chiyaki Errie” jelas Baekhyun.

“Jadi apa kaitannya serpihan kaca tu dengan Kris?” soal Jackson, masih bingung.

“Seluar yang Kris pakai” Baekhyun mengeluarkan klu. Sengaja dia mahu menguji lihat samada Jackson dapat tangkap apa yang ingin disampaikan.

Jackson pula diam seketika, berfikir sebelum dapat tangkap apa yang Baekhyun cuba kaitkan. “Serpihan kaca tu terpelanting masuk dalam lipatan kaki seluar Kris dan itu membuktikan yang Kris adalah orang yang bertanggungjawab memecahkan tingkap tu. Itukah yang cuba kau cakapkan?”

Baekhyun mengangguk. “Aku rasa serpihan kaca tu masih ada dalam lipatan kaki seluar dia. Aku tak tahu kenapa tapi kalau betul Kris adalah pengirim surat merah tu, maknanya Kris adalah Kai dan dia mesti ada kaitan dengan Chiyaki Errie. Malam tu, mesti dia naik berang juga terkejut apabila Choa memberitahu yang dalam rumah ni, ada roh Chiyaki Errie. Mungkin dia sukar terima kenyataan itu, lalu naik berang dan pecahkan tingkap tu” tambah timbalan presiden kelab Sherlock itu lagi. Tangan dikeluarkan dari poket. Dia mula bergerak dan duduk rehat atas katil. Riak wajahnya tenang.

“Itu tak boleh jadi bukti kukuh” Jackson meningkah dan menambah, “Jungkook pun pakai seluar yang dilipat pada kakinya. Lagipun malam tu, angin kuat sehingga aku pun tersandar di dinding jadi mungkin masa tu kaca terpelanting masuk dalam lipatan kaki seluar Kris”

“Tiada pada Jungkook” ujar Baekhyun yakin. “Masa tu kan, aku dan Jungkook paling rapat dengan tingkap, tapi masa Jungkook tidur tadi, aku dah periksa dan tiada sebarang serpihan kaca terlekat pada seluarnya”

“Mungkin dia dah buang” Jackson enggan mengalah, terus mempertahankan Kris.

“Lagi satu, kenapa dia pakai seluar panjang? Tak panas ke? Kita lelaki semua pakai seluar pendek. Jungkook pula mungkin pakai seluar panjang tapi dilipat naik ke paras betis. Hanya Kris yang pakai seluar panjang labuh dan dilipat sedikit di kaki seluar. Aku syak dia ada sembunyikan sesuatu dalam seluarnya. Pistol mungkin”

Hujah Baekhyun menambahkan rasa sakit hati Jackson. Dia tidak suka ahlinya dituduh sesuka hati, tambah pula oleh Baekhyun yang sentiasa memikirkan dirinya betul.

“Yah, itu fesyen! Takkan kerana seluar, membuktikan dia adalah dalang. Aku rasa kau silap Baekhyun. Kris bukan Kai”

“Malam kereta kita meletup tu, dia kata dia nampak lelaki asing kan? Macam mana dia boleh nampak sedangkan masa tu keadaan gelap gelita. Kau, aku dan Youngji pun tak nampak apa-apa. Masa malam laporan tu pula, Kris adalah orang yang terakhir masuk bilik untuk buat laporan. Entah-entah dia bukan buat laporan, tapi masa tu dia dengar semula rakaman laporan kita. Tambah pula, Namjoo hilang ketika bersama dia”

Jackson hilang idea untuk membangkang dan mengalah. “I don’t care anymore. Bagi aku, Kris tetap tidak bersalah. Dia pasti mengamuk kalau dapat tahu yang kau tuduh dia”

“Jungkook beritahu aku yang pembantu rumah tu mengatakan bahawa tuan muda dia sering perhatikan kita. Sejak tu, aku dah syak yang salah seorang dari kita mesti di pihak yang salah ataupun salah seorang dari kita ialah tuan muda pembantu rumah tu iaitu Kai”

“Baekhyun, boleh tak kalau kita berbincang perkara ni bersama dengan Kris sekali. Mungkin dia ada alibi dan kita tak sepatutnya tuduh melulu. Yang penting sekarang ialah cari Naeun yang dibawa oleh hantu jepun tu. Dia ahli kelab kau dan kau mesti tak nak apa-apa terjadi pada dia kan, so please concentrate on what more important”

Nada Jackson mengalah, malas berlawan kata. Jackson dapat menduga yang lelaki bernama Byun Baekhyun itu mempunyai ego yang tinggi. Wang Jackson malas mempedulikan lelaki itu yang masih duduk atas katil.

“Apa kau buat ni?” soal Baekhyun, aneh melihat Jackson terhendap-hendap merangkak ke bawah katil. Sejujurnya Baekhyun memperakui apa yang Jackson katakan di awal tadi, mereka berdua memang tidak serasi. Baekhyun enggan bekerjasama dengan pelajar dari Universiti Henry itu kerana egonya.

“Kau tak pernah tengok movie ke? Kan selalunya kalau seseorang hilang dalam keadaan macam ni, mereka selalunya disembunyikan di tempat tiada orang jangka seperti bawah katil atau dalam almari”

“Kau ni dari planet mana? Ni kehidupan sebenar, mana boleh sama dengan dalam filem atau drama mengarut yang kau tengok” Baekhyun memperlekehkan anak tunggal keluarga Wang itu.

Jackson bangkit berdiri dan mengelap sisa habuk pada lututnya sambil menjeling Baekhyun tajam. Lelaki tu masih tidak berganjak dari tempat duduknya.

“Langsung tak berterima kasih yang aku tolong cari ahli kumpulan dia” gumam Jackson dalam geram sambil bergerak pula ke arah almari yang terletak bertentangan depan katil dalam bilik tersebut. Jackson cuba membuka salah satu pintu almari tersebut namun gagal.

“Eh, dikunci ke?” riak Jackson kehairanan. Baekhyun menuruni katil tersebut dan mendekati Jackson. “Kenapa?” soalnya.

“Apa masalahnya” Baekhyun mencapai pegang daun pemegang pintu almari tersebut dan menarik kuat sehingga pintu tersebut terbuka. “Bende senang macam ni pun tak boleh nak buat” komennya memerli tajam sebelum terkejut dengan apa yang dilihat berada dalam almari tersebut.

“I told ya” ujar Jackson sedikit teruja, rasa marahnya tadi terhadap Baekhyun hilang serta merta. Laju dia menepis kotak-kotak yang berada dalam almari tersebut sehingga menampak jelas sebuah anak tangga yang kecil.

Baekhyun diam, tidak mengangguk mahupun menggeleng. Dia terkejut melihat sebuah laluan rahsia berupa tangga ke tingkat atas yang tersembunyi dalam almari itu. Kedua-dua Jackson dan Baekhyun lalu memberanikan diri, dan memanjat tangga tersebut dengan berwaspada. Jackson mendahului panjat dan Baekhyun mengikuti rapat. Perlahan-lahan tangga yang mereka naiki membawa mereka ke sebuah bilik.

“Yah Baekhyun. , this is freakin awesome” ujar Jackson terkejut apabila kegelapan dalam almari tadi hilang dan cahaya mentari dalam sebuah bilik menamparnya. Dalam bilik yang mempunyai sebuah tingkap itu, terdapat sebuah katil, almari, pintu utama dan juga pintu bilik air, sama seperti bilik biasa.

Kemudian anak mata Jackson dapat menangkap kelibat seseorang terbaring atas lantai berdekatan katil. Dinilai dari pakaian seragam yang dipakai oleh tubuh tersebut, Jackson mengagak itu ialah gadis pembantu rumah yang disyaki hilang sejak malam letupan kelmarin.

“Choi Eun Hee”Jackson berlari ke arah tubuh tersebut dan melihat gadis itu diikat pada kedua-dua kaki tangan serta mulutnya yang dilekatkan dengan pita pelekat. Gadis itu memejam mata, tidak sedarkan diri.

“Mmmmmmmm!!!”

Jackson memandang atas katil pula, terperanjat melihat Namjoo. Keadaannya juga sama seperti Choi Eun Hee.

“Namjoo!” Baekhyun terkejut melihat Namjoo meronta-meronta atas katil bilik tersebut. Laju Baekhyun membuka buang pita pelekat pada mulut gadis itu. Jackson pula membantu membuka ikatan pada tangan Namjoo.

“Baekhyun!” jerit Namjoo semput. Nafasnya laju, lega kerana pita pelekat yang menghalang kebebasannya bersuara sudah ditanggalkan. Namjoo mencapai peluk leher Baekhyun.

“Kai. Kai. Aku jumpa Kai. Dia adalah pengirim surat merah tu. Kai ialah salah seorang dari kita”


pertamanya, saya minta maaf sebab lewat beberapa ari untuk chapter ni.. sye tertinggal cerita ni di rumah smentara saya dah balik untuk semester baru. Saya akan cuba untuk habiskan sebelum assigment start. Jangan risau, hanya tinggal beberapa bab sebelum identiti Kai didedahkan.. so ya, teruskan buat spekulasi anda, siapakah Kai? dapatkah mereka keluar dengan selamat? macam mana dengan Naeun? oh oh

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
tenmachan
Errie!! Kris jumpa Errie..

Comments

You must be logged in to comment
mynameisxxx #1
sejujurnya la kan.... saya sangat sukakan cerita awak ni T^T I'M SERIOUS !! Jalan cerita dia buat saya nak baca cerita ni sampai habis. walaupun karakter yang ada bukan favorite singer saya,tapi serious awak buat saya curious pasal Chiyaki Errie dan Kai (saya sangka Kai ialah Jongin rupanya Kris xD) Saya suka semua watak kecuali Baekhyun cx dia tu macam annoying sikit. Tapi saya sedikit musykil la kan, macam mana Kris boleh bawak mayat errie dari Jepun ke Korea? eue (Ok, mungkin Kris macam suho,ada pesawat sendiri. #abaikansoalanini haha) Apapun, keep it up author-nim !! Harap author nim akan tulis lagi fanfic genre mcm ni. Congratulations for 107 subscribers !!
taeliaa
#2
Chapter 17: i dont regret reading this till the end sampai tak tido T_T best! ni probably first time saya macam bersemangat nak baca genre sebegini sampai habis. pastu cam saspens gila sampai at one point ni rasa cam nak tumbuk kris sebab geram hahaha. thumbs up authornim!!
sunshine234 #3
Kalau ada tulis fanfic genre ni jgan lupa bagi tahu tak, suka sangat story yang awak tulis ni and awak sangat pandai mengolah, saya memang minat genre mcm dan tengah belajar cara untuk menulis genre. You did well. Oh, saya suka jungkook and choa's character. Harap choa lebih berani dgn hantu lepas ni, hehe. Bias saya yg kat sini adalah suho. Ajar saya bahasa jepun, hehe
hana_raeee
#4
Chapter 18: Dah agak dah kris xD tp jln cerita susunan ayat dgn pnggunaan bhasa mmg jjang la! :) dpt jgk spend msa lapang huhuhu //pdhal nk dkt exam dh. XD//
happineseu
#5
Chapter 18: COOL!! HEBAKK GILOO XD
anniiin
#6
Chapter 18: Wowowowowwowow
Serious. Cerita awk memang best. And awk sangat bijakk xD
Saya suka penggunaan bahasa awk huhu
LNAmethyst #7
Chapter 18: No wonder nama2 watak (dlm jepun) ff ni macam familiar... authornim ambik reference dari anime rupanya... waktu scene kereta meletup tu pun mmg saya terbayangkan detective conan punya scene hahaha XD anyway good job authornim, congrats sbb berjaya buat ff bergenre horror/mystery yakni genre minority di sini :3
lugege_
#8
Chapter 18: Ingatkan watak Kai tu, Kai EXO rupenya bukan xDDD Btw keep it up. Cite ni best sgtttttttttttttttt <3
KrisMaya #9
Chapter 17: serios la fic ni boleh buat movie. nn comfirm laku (only if actors and actresses dia cun) haaa
bubble_na_baebeul #10
Chapter 18: Lol..haha..sis.the best ..
Mmg best.
Just one word.nope.two word..
*Amazing
*Best
Anyway.tu jungkook..thats my bias.tpi x kisah pun.sbb sya x ksh kongsi bias.hikhik
*Ada yg kna hempuk lps ni*
Hehe
Skrng ni pun sya tngah dngar lgu diorang.
#So 4 more.bts
Anyway fighting k.klau ada nk buat ff yg lain.horror punya.inform ekk.x sbr.hehe