Byun Yu Bi

Dilarang Masuk

Byun Yubi

Suho terjaga kerana tidak dapat tidur lena. Tiada tilam empuk yang memanjakan belakang badannya, tiada bantal lembut yang menggalas kepalanya, tiada selimut yang menutupi kakinya, malah Suho rasa tidak selesa tidur berhimpit atas lantai.  Lelaki itu bangkit bangun dengan perasaan rindukan segala kemewahan yang selalu dinikmati.

Suho melirik jam di tangan yang menunjukkan masa ketika itu iaitu jam 4.50 pagi. Tak lama lagi matahari akan munculkan diri dan siang akan menjelma. Anak muda itu enggan berada lama dalam rumah itu, diburu perasaan takut, risau dan curiga.

“Mizu Mizu Mizu”

Suho kemudian perasan akan tempat kosong di sebelah Naeun yang sepatutnya tempat Yubi. Suho melilau pandang sekeliling sebelum anak matanya menangkap kelibat Yubi yang berjalan keluar dari ruang dapur. Suho tersenyum, menduga pasti gadis itu ke dapur untuk minum air. Perlahan Suho berjalan menghampiri Yubi, senyap tanpa mengejutkan yang lain.

“Yubi” Suho memanggil. Suaranya sengaja direndahkan.

Yubi tidak menyahut mahupun menoleh pandang lelaki itu. Gadis itu terus berjalan lurus ke arah pintu utama. Dicapainya daun pintu, ditolak buka, dan Yubi terus berjalan keluar.

“Dia nak ke mana tu?” getus hati Suho, aneh melihat Yubi. Malah gadis itu keluar berkaki ayam, tanpa menyarung kasut. Terus Suho mengekori langkah keluar.

“Yubi” Suho memanggil lagi, kali ini suaranya ditinggikan sedikit.

Suasana di luar masih gelap dan daun-daun pokok dibasahi embun pagi. Angin pula menderu sejuk. Suho yang sempat menyarung kasut, melihat Yubi berjalan dalam gelap ke kawasan belakang villa tersebut. Ke mana gadis itu ingin pergi? Apa yang dicari? Suho terus mengejarnya.

“Yubi!” Suho berhenti di depan gadis itu, menahannya.

“Mizu Mizu Mizu” perkataan itu tidak berhenti diungkapkan.

“Mizu? Apa mizu?” berkerut kening Suho mendengar perkataan asing itu. Suho dapat rasakan sesuatu yang lain pada diri Yubi. Ada sesuatu yang berbeza. Pandangan gadis itu.

“Apa awak buat kat luar ni? awak nak pergi mana?” Suho bertanya sambil memegang bahu Yubi.

“You have to help me. Find me”

Mata Suho membulat, terkejut mendengar suara yang keluar dari bibir gadis itu. Bukan suara Yubi. Suho kemudian sedar yang gadis itu bukan Yubi tapi sesuatu telah masuk mengawal tubuh gadis itu. Chiyaki Errie.

“Chi chi chi yaki Errie?”

“Help me” ujar gadis itu lagi dalam suara yang sama. Suara Chiyaki Errie.

Tangan Suho menggigil. Teringat kejadian tadi, dia melihat Baekhyun yang dicekik oleh hantu Chiyaki Errie. Jantung Suho berdegup kencang dan kakinya kaku.

“Yubi, mana Yubi” soal Suho, menelan air liur.

“Mana Yubi?!” Suho kemudian sedar yang dia harus berani dan tidak gentar. Gadis di depannya itu masih tetap Yubi cuma roh Chiyaki Errie masuk ke dalam badan Yubi.

“Byun Yubi! Awak dengar tak? Sedarkan diri! Lawan dia!” Suho memegang kuat lengan gadis itu dan menggoncangnya.

“Yubi! Tolong sedarkan diri! Demi saya, demi abang awak! Yubi!” Suho menjerit panggil nama gadis itu yang mana Suho yakin Yubi seorang gadis yang tabah.

“Yubi!”

Anak mata Yubi kemudian berubah dan gadis itu berasa lemah longlai. Hampir gadis itu terjatuh sebelum dicapai oleh Suho.

“Suho?” Yubi memandang lelaki di depannya, wajah Suho yang kabur menjadi semakin jelas.

“Yubi? Awak dah sedar” Suho rasa lega mendengar suara Yubi yang asal.

“Apa saya buat kat sini?” Yubi kehairanan melihat keadaan dirinya yang tiba-tiba berada di luar. Kakinya terasa sejuk memijak tanah. Dia kemudian teringat yang dia berjumpa dengan seorang gadis di dapur.

“Chiyaki Errie. Suho, saya jumpa dengan Chiyaki Errie” ujar Yubi bersungguh sambil mencapai pegang lengan Suho, berpaut kerana dia masih berasa lemah.

“Ya. Saya tahu. Dia yang bawa awak ke sini” balas Suho, menarik gadis itu ke dalam dakapannya.

Yubi perlahan-lahan menolak badan Suho dan memandang wajah lelaki itu. “Dia minta tolong. Dia nak saya tolong dia. Kita mesti tolong dia” ujarnya.

“Tolong? Macam mana kita nak tolong dia?!” suara Suho sedikit meninggi, ingin menyedarkan Yubi.

“Dia tak nampak macam jahat. Dia pasti alami masalah, kita mesti lakukan sesuatu untuk tolong dia. Saya kasihankan dia” balas Yubi seolah merayu.

“Yubi! Dia dah mati. Chiyaki Errie bukan manusia. Kita tak boleh tolong dia” lengan Yubi digenggam sedikit kuat.

“Tapi.. dia..”

“Yubi, dengar cakap saya. Awak dalam bahaya tadi sebab dia. Awak mesti dengar cakap saya tak kira apa-apa pun.

“Apa kau buat dengan adik aku?!”

Kedua-dua Suho dan Yubi menoleh lihat Baekhyun yang berdiri tidak jauh dari mereka.

“Baekhyun” ujar mereka serentak. Spontan Suho mengundur menjauhi Yubi.

“Aku tanya, apa kau buat dengan adik aku?!” Baekhyun menerpa dan melepaskan tumbukan buku lima pada wajah Suho. Lelaki pewaris Kumpulan Kim itu jatuh ke tanah dan hujung bibirnya berdarah.

“Apa kau buat ni?!” Yubi segera menghalang Baekhyun dari terus mencederakan Suho. Dia terkejut melihat Baekhyun menumbuk lelaki itu.

“Apa dia buat pada kau? Dia cuba apa-apakan kau?” Baekhyun menarik tangan Yubi, menjauhi lelaki yang dianggap cuba mengambil kesempatan terhadap adiknya.

“Tak. Suho tak buat apa-apa pada aku. Dia selamatkan aku” tingkah Yubi mempertahankan lelaki yang tidak bersalah itu.

Suho mengelap darah yang tercalit di tepi bibirnya. Terasa sakit pada gusi yang terkena tumbukan Baekhyun tadi. “Aku harapkan ucapan terima kasih, bukannya tumbukan” ujar Suho cuba bangkit berdiri sambil menepis buang pasir tanah yang terkena lengannya ketika jatuh tadi.

“Habis tu, apa yang kau buat kat luar ni? kenapa berkaki ayam? Dia cuba nak bawa lari kau? Kenapa pula kau harus dengar cakap dia?”

Yubi dapat lihat api kemarahan dalam benak pandangan abangnya itu. Dia tahu Baekhyun tidak menyukai dia dekat bersama Suho malah mengesyaki Suho yang bukan-bukan. Namun Yubi juga yakin, Suho bukan yang seperti apa yang Baekhyun sangkakan.

“Dia selamatkan aku. Tadi aku berjumpa dengan Chiyaki Errie dan entah macam mana aku tak sedar yang aku berjalan keluar. Suho yang selamatkan aku, dan sedarkan aku! Kau tak patut pukul dia!” Yubi menengking marah abangnya.

“Kau jumpa Chiyaki Errie? Kau kena cekik juga?” Baekhyun mula risau apabila Yubi memberitahu mengenai Chiyaki Errie. Dia menarik tangan gadis itu. “Kita masuk dalam dulu”

“Tak!” Yubi menarik lepas tangannya dengan kasar. “Aku tak nak ikut kau selagi kau tak minta maaf dengan Suho!” bentaknya.

“Byun yubi!” Baekhyun naik berang.

“Yah Byun Baekhyun! Tak semestinya kau ketua, kau selalu betul. Kau dah salah faham terhadap Suho dan aku nak kau minta maaf dengan dia”

“Tak perlu Yubi” Suho mencelah, enggan melihat adik beradik itu terus bergaduh.

“Aku kecewa dengan kau” Yubi menjeling tajam abangnya. Nadanya berbaur merajuk.

“Apa kecoh-kecoh kat luar ni?” Jackson yang baru keluar dari villa tersebut, memandang Baekhyun, Yubi dan Suho kehairanan. “Korang bergaduh? Why? What’s the problem?” soalnya naif, hanya sempat melihat pertelingkahan antara adik beradik Byun itu.

Yubi menyilang tangan, enggan menjawab. Wajahnya ditarik masam, sakit hati dengan Baekhyun.

“Hyung! Baekhyun hyung!”

Kedengaran suara Jungkook menjerit dari dalam rumah dan kelibat Choa muncul di muka pintu.

“Naeun. Naeun hilang”

“Apa?!”

Laju Baekhyun mencapai tangan Yubi dan menarik gadis itu masuk dalam rumah semula. Jackson dan Suho turut sama meluru masuk sebaik mendengar berita tersebut. Choa aneh melihat Yubi yang keluar tidak memakai kasut.

“Naeun hilang? Macam mana boleh hilang?” Baekhyun keresahan, sudahlah Namjoo masih belum ditemui, sekarang tambah lagi senarai ahlinya yang hilang.

Kris yang baru bangun, terjaga kerana jeritan Jungkook tadi masih keliru akan apa yang berlaku. Dia menggosok-gosok matanya yang mengantuk. Melihat kepada wajah setiap orang, Kris menduga pasti sesuatu berlaku. Sesuatu yang dianggap buruk.

“Dia betul-betul hilang? Atau mungkin dia ke tandas? Atau dia balik bilik?” Jackson pula bertanya. Sebolehnya dia ingin tenangkan keadaan dan berfikiran positif. Dilihatnya wajah kedua-dua Yubi dan Baekhyun yang masam mencuka. Jackson juga tidak mahu sebarang pertelingkahan berlaku.

Youngji dan Jungkook menoleh pandang Choa sebelum gadis berambut pendek itu menjawab, “Chiyaki Errie”

“Tak habis-habis lagi ke? Asyik-asyik Chiyaki Errie” Kris merungut.

“Mungkin Choa betul, tadi pun Yubi dibawa oleh Chiyaki Errie. Kalau macam tu, kita mesti cari Naeun cepat, sebelum apa-apa buruk berlaku terhadapnya” ujar Suho pula, suaranya meyakinkan.

Yubi teringat ketika dirinya yang tiba-tiba boleh berada di luar rumah, menurut Suho, badannya dikawal oleh Chiyaki Errie.Yubi kemudian menjeling Baekhyun, yang masih enggan berterima kasih mahupun meminta maaf kepada Suho. Perasaan marahnya dipendam.

“Naeun dibawa keluar?” Yubi mencelah tanya.

Choa menggeleng perlahan. “Dia ke tingkat atas. Maaf, saya terlalu takut untuk menahannya”

Baekhyun menolak Yubi, jatuh duduk atas sofa. “Kau duduk sini dengan Jungkook. Jangan pergi mana-mana” amarannya tegas, memandang tepat anak mata Yubi.

Youngji kecur air liur melihat tingkah garang Baekhyun. Yubi memasamkan muka, tidak membalas.

“Mari pergi” Jackson dan Baekhyun laju menaiki tangga ke tingkat atas. Suho mengikuti belakang mereka. Kris mengeluh beberapa kali sambil menggagahkan diri, menuruti Suho. Jungkook pula, tidak boleh bergerak bebas kerana luka di tapak kaki.

“Apa yang berlaku di luar tadi? Kenapa Baekhyun marah sangat dengan kau?” Youngji yang dari tadi terbaring, menggagahkan diri untuk bangkit duduk. Hidungnya kelihatan merah dan matanya sembap. Dia diserang demam selesema.

Yubi masih memasamkan muka. “Tadi badan aku dikawal oleh Chiyaki Errie dan aku tak sedar pun yang aku berjalan keluar. Suho yang datang selamatkan aku. Kemudian Baekhyun salah sangka dan memukul Suho. Aku yang sepatutnya marah dia. Baekhyun tak guna” ujar Yubi dalam nada penuh perasaan geram. Beberapa kali dia menggigit bibir.

“Awak jumpa Chiyaki Errie? Awak tak takut ke?” soal Choa pula.

“Takut tu memang ada tapi masa saya jumpa dia, wajah dia memang sama macam Naeun. Cuma nampak macam kanak-kanak sikit. Dia cantik, comel tapi dia nampak…” Yubi teringat wajah gadis yang ditemui di dapur tadi. “…. Kasihan. Dia minta tolong sesuatu dan saya macam tak sampai hati tengok dia menangis.”

Yubi kemudian beralih pandang Jungkook yang mengeluarkan sebuah buku yang disorok dalam baju. “Jungkook, apa maksud mizu? Mizu tu perkataan jepun kan?”

Jungkook diam tidak menjawab, leka membelek helaian diari milik anak perempuan Chiyaki. Dia masih tidak berputus asa ingin mencari secebis kebenaran.

“Dia tak habis-habis baca buku tu” komen Youngji sambil melihat ke arah luar tingkap. Cahaya fajar subuh sedikit mencerahkan. Gadis itu lega siang bakal menggantikan gelap malam yang menakutkan.

“Jungkook!” Yubi memanggil, meninggikan suara.

“Ha? Kenapa?” Jungkook tersentak. “Maafkan saya” ucapnya.

“Kenapa dengan diari tu? Kenapa awak asyik bacanya?” soal Choa pula. Sayang dia tidak pandai membaca tulisan bahasa Jepun.

“Diari ni merupakan diari terakhir yang Chiyaki Errie guna. Saya yakin, jawapan tentang persoalan kenapa dia bunuh Yamada Sora pasti ada dalam ni. tapi malangnya terdapat helaian yang terkoyak. Seperti sengaja dikoyakkan. Mesti si Kai yang koyakkan dan mungkin helaian tersebut mengandungi bukti” jelas Jungkook bersungguh. Tidak melepaskan diari tersebut dari tangannya.

“Kai? siapa pula Kai? macam mana diari tu boleh berada dalam rumah ni sedangkan dia mati di asrama sekolahnya” Yubi pula mencelah tanya sambil bersandar. Marahnya sudah sedikit reda.

“Saya syak nama pengirim surat merah tu ialah Kai. Mungkin Chiyaki Errie sendiri yang menhantar diari ni ke sini dan apabila Kai terjumpa diari ni, terus dia koyakkan halaman yang penting dan menyembunyikan sebelum orang lain jumpa” jawab Jungkook yang meneka, juga kurang pasti dengan andaiannya. Yubi, Choa dan Youngji mengangguk faham.

“Masalahnya, helaian yang koyak tu. Saya tak puas hati sebab tak jumpa helaian tu” tambah Jungkook lagi.

“Kenapa tak baca melalui kesan tulisan halaman yang terkoyak tu?” ujar Youngji memberi cadangan.

“Betul tu. Selalunya kalau kita menulis, pasti tulisan kita akan berkesan ke halaman belakang. Tambah pula kalau kertas tu nipis. Tembusan tulisan tu boleh dibaca kalau kita guna pensel dan warnakan halaman belakang tu. Pasti tulisan yang ditembus tu akan timbul” jelas Yubi pula. Youngji mengangguk setuju.

“Boleh?” Jungkook meraguinya.

“Apa kata kita cuba” ujar Choa pula, bangkit berdiri dan mencari pensel di ruang tamu itu.

Yubi memandang ke tingkat atas.

“Kalau macam tu, kita mesti cari Naeun cepat, sebelum apa-apa buruk berlaku terhadapnya”

“Sementara tu, aku nak pergi tolong mereka cari Naeun” ujar Yubi tiba-tiba.

Youngji pantas menyambar pegang tangan gadis itu. “Baekhyun kan larang kau pergi mana-mana” Youngji mengingatkan.

Tangan Youngji ditepis dengan lembut. “Dia..  tak dengar cakap aku dan aku pun tak nak dengar cakap dia”

Youngji menhela nafas berat sambil membiarkan Yubi berlalu pergi. Kemudian pandangannya beralih kepada Jungkook yang masih leka dengan diari yang dipegang. Jungkook seperti menconteng diari tersebut dengan pensel yang entah mana Choa menjumpainya. Youngji menjeling lelaki itu. “Yah, kenapa tak halang Yubi? Kalau Baekhyun marah dia lagi macam mana”

Youngji bertambah geram apabila kata-katanya langsung tidak diendahkan.

“Dah nampak” ujar Jungkook sedikit teruja. Choa yang berada di sebelahnya, tersenyum. Jungkook menyalin satu persatu ayat yang berjaya dilihat berdasarkan kesan yang timbul.

“Menyampahnya” Youngji mengalah, menarik selimutnya dan baring semula. Sesekali dia menjeling lihat Jungkook dan Choa.

>>>>>>>>>>>>> 

“Aku rasa kita perlu berpecah, baru cepat sikit pencarian kita. Ingat, Naeun dan Chiyaki Errie, hampir mirip satu sama lain. Jadi, kalau jumpa salah seorang dari mereka, panggil kita semua” Baekhyun tegas memberi arahan.

“Alright. Kalau macam tu, kau cari di lorong satu, aku lorong dua. Kris, kau cari di lorong tiga, Suho pula lorong empat. Hati-hati takut diserang oleh si pengirim surat merah tu” Jackson pula menambah.

Suho mengangguk faham dan bersama Kris, mereka berdua beredar ke lorong yang ditetapkan.

Jackson menoleh pandang Baekhyun. “Apa tunggu lagi? pergilah cari di lorong satu kat ruang makan sana. Kau pula, jangan buat Chiyaki Errie marah. Naeun tu ahli kelab kau, jadi aku tahu kau tentu..!”

Jackson terdiam apabila Baekhyun menekup mulutnya. Byun Baekhyun berwajah serius, memandang ke depan, laluan lorong tersebut sebelum menarik Jackson masuk ke dalam bilik yang berdekatan iaitu bilik Namjoo. Jackson diam terpinga-pinga tidak melawan.

“What’s wrong with you?” Jackson bertanya setelah mulutnya tidak lagi terkunci. Baekhyun mengerling sekeliling sebelum berfokus kepada Jackson. Wang Jackson mengundur beberapa langkah, sedikit gentar dan aneh melihat Baekhyun.

 “Aku rasa aku tahu siapa pengirim surat merah tu.”

Jackson terkejut mendengar pernyataan Baekhyun itu. Dia menhampiri semula abang kembar Byun Yubi itu.

“Kau tahu? Siapa?” Jackson menanggalkan topinya, dan menyarung pakai semula setelah menggosok sapu rambutnya.

“Dia adalah ahli kelab kau. Kris”

Jackson tersenyum sinis.

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
tenmachan
Errie!! Kris jumpa Errie..

Comments

You must be logged in to comment
mynameisxxx #1
sejujurnya la kan.... saya sangat sukakan cerita awak ni T^T I'M SERIOUS !! Jalan cerita dia buat saya nak baca cerita ni sampai habis. walaupun karakter yang ada bukan favorite singer saya,tapi serious awak buat saya curious pasal Chiyaki Errie dan Kai (saya sangka Kai ialah Jongin rupanya Kris xD) Saya suka semua watak kecuali Baekhyun cx dia tu macam annoying sikit. Tapi saya sedikit musykil la kan, macam mana Kris boleh bawak mayat errie dari Jepun ke Korea? eue (Ok, mungkin Kris macam suho,ada pesawat sendiri. #abaikansoalanini haha) Apapun, keep it up author-nim !! Harap author nim akan tulis lagi fanfic genre mcm ni. Congratulations for 107 subscribers !!
taeliaa
#2
Chapter 17: i dont regret reading this till the end sampai tak tido T_T best! ni probably first time saya macam bersemangat nak baca genre sebegini sampai habis. pastu cam saspens gila sampai at one point ni rasa cam nak tumbuk kris sebab geram hahaha. thumbs up authornim!!
sunshine234 #3
Kalau ada tulis fanfic genre ni jgan lupa bagi tahu tak, suka sangat story yang awak tulis ni and awak sangat pandai mengolah, saya memang minat genre mcm dan tengah belajar cara untuk menulis genre. You did well. Oh, saya suka jungkook and choa's character. Harap choa lebih berani dgn hantu lepas ni, hehe. Bias saya yg kat sini adalah suho. Ajar saya bahasa jepun, hehe
hana_raeee
#4
Chapter 18: Dah agak dah kris xD tp jln cerita susunan ayat dgn pnggunaan bhasa mmg jjang la! :) dpt jgk spend msa lapang huhuhu //pdhal nk dkt exam dh. XD//
happineseu
#5
Chapter 18: COOL!! HEBAKK GILOO XD
anniiin
#6
Chapter 18: Wowowowowwowow
Serious. Cerita awk memang best. And awk sangat bijakk xD
Saya suka penggunaan bahasa awk huhu
LNAmethyst #7
Chapter 18: No wonder nama2 watak (dlm jepun) ff ni macam familiar... authornim ambik reference dari anime rupanya... waktu scene kereta meletup tu pun mmg saya terbayangkan detective conan punya scene hahaha XD anyway good job authornim, congrats sbb berjaya buat ff bergenre horror/mystery yakni genre minority di sini :3
lugege_
#8
Chapter 18: Ingatkan watak Kai tu, Kai EXO rupenya bukan xDDD Btw keep it up. Cite ni best sgtttttttttttttttt <3
KrisMaya #9
Chapter 17: serios la fic ni boleh buat movie. nn comfirm laku (only if actors and actresses dia cun) haaa
bubble_na_baebeul #10
Chapter 18: Lol..haha..sis.the best ..
Mmg best.
Just one word.nope.two word..
*Amazing
*Best
Anyway.tu jungkook..thats my bias.tpi x kisah pun.sbb sya x ksh kongsi bias.hikhik
*Ada yg kna hempuk lps ni*
Hehe
Skrng ni pun sya tngah dngar lgu diorang.
#So 4 more.bts
Anyway fighting k.klau ada nk buat ff yg lain.horror punya.inform ekk.x sbr.hehe