Bola Ping Pong Berhantu

Description

  DISEBUAH ASRAMA...

 

  "tek tekk tekkk tekkkk.." Sebiji bola pingpong tergolek dihadapan tiga orang murid perempuan.

 

Bunyi bola ping pong yang jatuh semakin laju.

 

  Ain, Aina dan Ainin tergamam. Mereka saling berpandangan sesama sendiri.

 

  "Eh, bola ping pong !" Tegur Aina.

 

  Ainin terus mendekati bola ping pong tersebut. Ainin terus mengambil bola tersebut.

 

  Ainin berasa pelik apabila diatas bola ping pong tersebut tertulis huruf "M". Tapi dia segera mengabaikan perkara itu.

 

  "Weh, jom main ?" Ajak Ainin.

 

  "Nak main kat mana ?" Soal Aina pula.

 

  "Kat mana lagi.. Kat dewan lah," balas Ainin.

 

  Ain pula hanya mendiamkan diri. Rasa tak sedap hati mula timbul.

 

 

  DIDALAM DEWAN...

 

  Ainin dan Aina ligat bermain pingpong.

 

  "Hahahaha kalah," Ainin mengejak Aina.

 

  "Alah, baru dua," balas Aina, tidak mahu kalah.

 

  "Dua, Satu," jerit Ainin, mengira mata mereka berdua.

 

  Ain yang duduk disuatu tempat hanya berdiam diri. Dari tadi dia nampak seperti ada sesuatu dibelakang pintu dewan belakang sedang memerhatikan mereka. 

 

  "Berhenti main !" Teriak Ain.

 

  Ainin dan Aina terus terhenti dari bermain.

 

  "Kau ni kenapa Ain ?" Soal Aina.

 

  "Entah. Tiba - tiba je ?" Sokong Ainin pula.

 

  "Aku kata berhenti main. Berhenti je lah," marah Ain.

 

  Aina dan Ainin menyambung bermain tanpa menghiraukan Ain yang perangainya makin berubah.

 

  Dengan perasaan marah, Ain mendekati mereka lalu merampas bola ping pong tersebut.

 

  Ain membaling bola tersebut ke luar pagar sekolah.

 

  Aina dan Ainin terkejut dengan tindakan Ain.

 

  Ain kembali ke dalam dewan semula. Mukanya seakan berubah.

 

  Aina dan Ainin memandang sesama sendiri. Mereka menelan air liur. Takut pun ada tatkala ini.

Foreword

   Hello guys. Ff kali ni lain sikit xD well, pasal hantu kan.. And ff kali ni berdasarkan kisah benar disebuah sekolah. My friend's school. Sebab saya rasa ceritanya agak menarik, jadi saya jadikan ff. Jom baca kisah seram ini.

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet