The Unique Mystery of Casandra-Miranda Highschool
Death Curse“Kau?! Pergi kau dari sini! Aku tak bersalah! Aku tak bersalah!” pelajar perempuan itu mengulangi ayat tersebut berulang kali.
Eunji menjadi kaku seketika kerana terkejut dengan perlakuan pelajar perempuan itu. Adakah dia tersalah cakap, dia juga tidak mengerti.
“Kenapa dengan Ailee tu?” seorang pelajar lain mula berbicara dengan rakannya. Kelihatan mereka berbisik-bisik namun dalam kekacauan itu suara mereka kedengaran.
“Entahlah. Mungkin dia trauma dengan kejadian sebelum ni kot”, rakannya memberi pendapat yang entah betul entah tidak.
Eunji yang mendengar perbualan itu berasa hairan. Kejadian apakah yang menimpa pelajar bernama Ailee itu? Mengapa dia sampai jadi begitu, meraung-raung seperti tidak sedar diri? Pelik, memang sungguh pelik!
Guru kelas komputer itu segera datang dan menenangkan Ailee, lalu dibawanya pelajar itu ke bilik rawatan agar tidak mengganggu kelas itu berlangsung.
Disebabkan perasaan ingin tahu Eunji yang mendalam tentang sekolah itu, dia mula melayari internet dan menaip di carian ‘Misteri Casandra-Miranda Highschool’. Dia menggerakkan tetikusnya ke cadangan yang pertama tentang sekolahnya.
‘Klik’! Seluruh skrin terpapar gambar sekolahnya. Betul-betul sama dengan apa yang dilihat dengan mata kepalanya sendiri. Dia menjadi bangga sementara. Kemudian terdapat tajuk
Comments