Number One!
Death Curse
“Eunji! Awak dah tengok papan kenyataan ke?” Kai tersenyum keriangan sambil bertepuk tangan. Jungkook dan Eunji yang sedang berborak di balkoni kelas terpinga-pinga melihat Kai.
“Yah, korang mengelamun pasal apa ni, huh?” Kai melambai-lambaikan tangannya di hadapan muka Eunji dan Jungkook.
“Hoi, apahal kau sapa Eunji je, aku tak?” Jungkook tidak berpuas hati lalu memuncungkan bibirnya sepanjang satu inci.
“Kai, kenapa dengan papan kenyataan?” Eunji yang masih tidak tahu menahu tentang papan kenyataan yang dikatakan oleh Kai tadi bertanya.
“Better awak tengok sendirilah,” Kai tersenyum. Sekelip mata sahaja Eunji terus hilang daripada pandangan Kai dan Jungkook.
Eunji melirik ke arah papan kenyataan seperti mencari-cari sesuatu. Kelihatan Jungkook juga turut serta. Pelajar-pelajar di situ memandang mereka dengan aneh, malah ada yang tersenyum sinis. Kai pula hanya menunggu di hujung blok bahagian papan kenyataan tersebut sambil mengikat kasutnya.
Sesak sungguh bahagian papan kenyataan itu pada hari ini. Sudahlah sesak seperti pasar ikan, ditambah pula dengan bau-bau badan para pelajar CM Highschool, ish boleh pening jadinya. Rasa mahu pengsan sahaja!
Setelah beberapa minit mencari-cari sesuatu di papan kenyataan itu, tiba-tiba air mata Eunji berlinangan. Bibirnya
Comments