Weird IU

Death Curse
Please Subscribe to read the full chapter

 

        Pada hari kedua minggu itu pula merupakan peperiksaan bagi subjek Matematik. Masing-masing sudah menyediakan jangka lukis, protraktor serta kalkulator untuk ujian yang bakal mereka hadapi.

 

          “Amboi Kookie, kalkulator baru ke?” Eunji mengerling kalkulator berwarna biru laut milik Jungkook. Sebelum ini Jungkook menggunakan kalkulator berwarna merah hati, hari ini lain pula warnanya.

 

          “Aaa… Kalkulator aku yang lagi satu terjatuh tempoh hari. Lagipun kalkulator tu nampak je cantik tapi jenama dia tak terkenal pun,” jawab Jungkook sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu.

 

          Eunji pula hanya membuntangkan matanya. Siapa kisah fasal jenama kalkulator? Asal boleh digunakan untuk subjek Matematik Moden dan Matematik Tambahan cukuplah. Ada-ada sahaja.

 

          Seperti biasa, sejurus sahaja loceng peperiksaan dibunyikan, para pelajar mula berpusu-pusu masuk ke dalam kelas masing-masing kerana peperiksaan akan dijalankan tidak lama lagi. Pelajar-pelajar di kelas Eunji tampaknya lebih bersemangat kerana subjek Matematik merupakan subjek yang paling mudah bagi mereka. Hari ini merupakan hari syurga buat mereka kerana pada waktu pagi mereka akan menghadapi subjek Matematik Moden manakala pada waktu petang pula giliran Matematik Tambahan menjadi ujian.

 

          Suasana dewan peperiksaan sangat sunyi. Hanya kedengaran bunyi kalkulator diketik beb

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
hana_raeee
how was the story? :D

Comments

You must be logged in to comment
uaenaland #1
*seperti itu
Oh ya salam kenal saya IU fan yang kebetulan baca ini fanfic .. dia disini tidak terlalu melakukan kesalahan tapi di balas segitu dan teman teman yang lain juga kasihan ... kan itu cuma kenakalan remaja biasa .. tapi tak apalah fanfic nya bagus kok unik dan menarik
uaenaland #2
Wah seram tapi si kembar nya crazy , keren sih
Tapi kenapa masalah kecil kok sampai dendam sepeeti itu ?
Minah sangat seram
Qee_Ha
#3
Chapter 1: ♡♡♡♡♡♡>♡<♡♡♡♡♡
suehaila #4
Chapter 62: Bestt fanfic ni unik...
KertasUngu
#5
wahhhh!!!!!!!!!!
aquariusxpisces
#6
Chapter 62: Jinjja daebak! Meremang bulu roma
lipstick_gun
#7
Chapter 62: BEST ! Tak pening pun baca ^^ <3
misz_dina #8
Chapter 62: Citer yg BEST.....like it
miss_almond #9
Chapter 63: Hanye memerlukan mase 1 mlm utk mnamatkn pembacaan . great !
bubble_na_baebeul #10
Chapter 63: Sya lebih ska genre horror..bleh x buat citer yg btul btul menakutkan ..anyway.ill try to read your hibi's cus love..fighting