Just Run!
Death Curse
“Hei, kenapa korang nampak macam tak bermaya je ni?” IU tersenyum sambil melambai-lambaikan tangannya di hadapan muka Eunji dan Jungkook. Wajah mereka betul-betul tidak bermaya dan kelihatan sedikit pucat.
“Cuba cerita dekat saya apa yang berlaku,” IU mengambil tempat di hadapan dua orang rakan sekelasnya itu. Mahu tidak mahu, terpaksa jugalah mereka menceritakan insiden yang berlaku pada pukul tiga pagi semalam.
//Flashback//
Tik… Tok… Tik… Tok…
“Hmm… Pukul berapa dah ni?” Eunji menggosok-gosokkan matanya sambil melirik ke arah jam ditangannya.
“Oh my god! Dah hampir pukul 3! Gila ke? Macam mana aku boleh tertidur dekat sini?!” getus Eunji di dalam hati. Dia segera mengemaskan barang-barangnya yang bertaburan di atas meja.
“Amboi kau Kookie. Sedap je tidur depan aku ni. Nasib baik handsome. Eh, apa benda aku merepek ni? Aishh…,” Eunji bermonolog lagi.
Tiba-tiba dia terdengar satu suara halus… Ya, sungguh halus sehingga sukar didengari dengan jelas.
“Eh, siapa pulak tu? Sejak bila dia duduk dekat situ? Dari tadi aku rasa aku dengan Kookie je pun dekat sini. Apasal tiba-tiba ada--,” monolog Eunji terhenti. Gadis itu berpaling lalu memandang ke arahnya. Wajahnya sangat pucat dan matanya mula memerah.
“Eunji, kau pandang siapa tu?” Jungkook yang tersedar dari tidurnya masih dalam keadaan mamai bertanya dengan suara yang agak kuat sedikit, mungkin boleh didengari oleh gadis itu. Kerongkong Eunji berasa gatal. Tidak dapat dia bersuara untuk membalas pertanyaan Jungkook itu. Memandangkan Eunji hanya membisu sambil matanya tidak berkedip sedikit pun, maka Jungkook juga seraya memalingkan mukanya ke arah lokasi yang dilihat oleh Eunji.
“Korang dah habis belajar ke……….?” gadis itu bersuara. Berderau darah Eunji dan Jungkook apabila mendengar pelajar perempuan itu berkata-
Comments