Misunderstanding Friend
Death Curse
Eunji lewat turun ke kantin untuk bersarapan pagi itu kerana kepalanya berasa kusut. Pergerakannya menjadi sangat lemah longlai akibat kejadian pada malam tadi. Dia menyuap beberapa buku roti ke dalam mulutnya walaupun perutnya sudah tidak mahu menerima sebarang makanan lagi. Jungkook yang turut sama lewat ke kantin ternampak akan Eunji lalu dia melabuhkan punggungnya di sebelah Eunji.
“Eunji, kau okey ke? Kenapa mata kau ni kuyu sangat dan nampak macam tak bermaya?” Jungkook bertanya kepada Eunji yang sedang mengunyah makanan. Eunji hanya mengangkat bahu.
Kemudian dia membaringkan kepalanya di atas meja sambil memandang ke arah Jungkook. Dia memejamkan matanya untuk seketika. Jungkook yang melihat reaksi Eunji itu menjadi segan. Mukanya sudah mula memerah. Mengapa gadis berambut sedikit keperangan itu sungguh comel baginya? Dia mengusap rambut Eunji yang panjang. Tanpa mereka sedari, di suatu sudut sepasang mata sedang memerhatikan mereka.
---
Semasa Eunji dan Jungkook tiba di kelas, semua rakan sekelas mereka memandang ke arah Eunji dan Jungkook. Mengapa? Adakah mereka berbuat salah? Pelik!
Rakan-rakan di kelasnya mula berbisik-bisik antara satu sama lain. Ada yang mencebik, ada yang tersenyum sinis, malah yang lebih teruk lagi, mereka sempat 'membuang muka' tanda tidak selesa dengan kehadiran mereka.
Comments