Music Room
Death CurseSungguh dia tidak percaya dengan apa yang didengarnya. Disebabkan Mino, namanya yang suci itu tersebar ke seluruh sekolah berserta gossip-gosip hangat berkaitan dirinya dengan Mino. Mahu sahaja dia menghentak kepalanya di dinding sekolah, namun dia takut pelajar lain akan menganggap dirinya gila.
Aduh, mengapa pula Mino yang menegurnya dua kali semalam menyebabkan pelajar lain menganggap hal itu di luar kebiasaan? Adakah benar-benar Mino tidak pernah menegur pelajar perempuan semenjak satu kejadian yang berlaku terhadap dirinya? Kejadian apakah yang menyebabkan dia berubah sebegitu?
Sungguh memeningkan situasi yang dihadapinya. Ada-ada sahaja yang berlaku semenjak dia datang ke sekolah itu. Sekarang apa yang dia harus buat ialah dia perlu menjauhkan dirinya daripada Mino. Kasihan IU, pasti dia kecewa dengan apa yang berlaku.
Eunji membasuh mukanya beberapa kali. Sakit betul hatinya terhadap jejaka yang bernama Mino itu. Kemudian dia melihat dirinya yang sedang marah di dalam cermin. Akibat pantulan dari cermin itu, dia melihat tiga orang pelajar perempuan sedang berbisik-bisik sambil melihat ke arahnya. Rasa geramnya kepada Mino semakin memuncak.
“Apa yang awak bertiga bisikkan tu, huh?” Eunji bertanya dengan suara yang normal. Dia hanya berlagak biasa, malas mahu marah-marah, nanti cepat tua.
Dua orang pelajar perempuan itu
Comments