A White Letter
Death CurseEunji mengeluarkan beberapa keping sampul surat dari peti surat rumahnya. Dia membelek-belek sekeping demi sekeping surat ditangannya. Tertera namanya yang ditaip menggunakan komputer pada satu sampul surat berwarna putih. Dia menggosok-gosok matanya dan melihat butiran surat tersebut secara teliti untuk memastikan bahawa dia tidak bermimpi. JUNG EUNJI. Ya, betul-betul namanya yang tertera pada sampul surat tersebut!
Dengan segeranya dia membuka isi sampul surat yang diterimanya pagi itu lalu membaca kandungannya. Wajahnya berseri serta-merta dan bibirnya mengukir senyuman. Akhirnya impian yang selama ini dipendam untuk memasuki sekolah berasrama penuh menjadi kenyataan. Hasrat dan doanya selama ini dimakbulkan walaupun pada panggilan pertama namanya tidak tercalon. Mahu sahaja dia melompat-lompat kegembiraan, namun kata orang kita tidak harus melebih-lebih apabila mendapat nikmat. Dia hanya mampu tersenyum sendiri sehingga tidak sabar hendak memberitahu ibunya tentang perkara itu.
“Omma, cuba teka apa yang Eunji dapat,” Eunji tersenyum lalu memberikan sampul surat yang diterimanya sebentar tadi kepada ibunya.
Eunji hanya tinggal bersama-samanya ibunya selama ini dan merupakan satu-satunya keluarganya yang masih hidup. Dia merupakan anak tunggal dan ayahnya pula dikhabarkan sudah tiada setahun selepas dia dilahirkan. Setelah membaca semua isi kandungan surat tersebut dengan teliti
Comments