Final

Omma, Saranghae!
Please Subscribe to read the full chapter

 

 

Suatu pagi, jam menunjukkan tepat jam 7 pagi.

 

Aku menuruni anak tangga dengan lemah...

 
Mindaku terbayangkan seseorang yang sedang tersenyum ke arahku.


Aku mengukirkan senyuman dan ternyata itu hanyalah khayalan aku semata-mata.


Aku teringatkan sesuatu, sewaktu aku menghampiri ruang dapur rumahku. 


Ketika itu aku berumur 17 tahun.

 

 

*Flashback*

 

 

♥♥♥

 

 

Aku menuruni anak tangga seperti biasa sebelum aku pergi ke sekolah pada awal pagi, sampai sahaja di hujung tangga aku mencari-cari kelibat seseorang yang aku sayang. Apabila aku mendengar ada sesuatu terjatuh di ruang dapur, aku kelam kabut menghampiri dapur. Aku risau jika ada sesuatu yang berlaku terhadapnya.


Sampai sahaja di dapur, mataku melirik ke arah sesusuk tubuh yang sangat aku sayangi akan tetapi tidak terluah dari mulutku perkataan itu. Aku hanya membatukan diri di tempat aku berdiri. 


"Ah! Woo Hyun, kamu dah bangun nak?" tanya ibuku lembut...


Aku hanya tersenyum nipis, lalu aku menghampiri meja makan. Aku melihat makanan sudah terhidang di atas meja. Baru saja aku hendak menjamu sarapan pagi hari itu. Jeritan kecil ibuku membuatkan niatku hendak sarapan terbantut. Aku bingkas bangun dari kerusi lalu menghampiri belakang ibuku, akan tetapi aku takut. Takut jika ibuku tidak mahu aku membantunya.
"Kamu tak makan ? kenapa berdiri je?" tanya ibu kepadaku sambil mengukirkan senyuman. Kenapa dia masih boleh tersenyum sedangkan tadi dia menjerit kecil akibat sesuatu yang menyakitkan. Aku hanya memberikan senyuman nipis kepadanya.


"Makanlah dulu, omma nak masuk ke bilik sekejap." ibuku keluar dari dapur. Aku hanya melihat tanpa sebarang perkataan. Pandangan aku di alihkan ke arah tempat ibuku berdiri tadi. Perlahan-lahan aku menghampiri tempat itu.
Dan alangkah terkejutnya aku apabila kaca bertaburan di atas lantai disertai dengan titisan darah. Langkahku terus menuju ke tangga dan sewaktu itu ibuku sedang menuruni tangga tersebut. Aku memerhati tangannya yang dibalutkan dengan plaster.


"Dah makan?" tanya ibuku...


"Belum..." jawabku lembut...


"Kenapa tak makan lagi? Dah pukul berapa ni, nanti lambat nak ke sekolah." Kata ibuku lalu tersenyum sipi memandang ke arahku. Aku hanya mengatur langkah ke arah dapur semula. 


Selesai makan, aku terus keluar dari rumah tanpa berkata apa-apa. Aku tahu ibuku pasti kecewa dengan tindakkanku itu tapi  apakan daya aku malu hendak menyatakan ungkapan sayang kepadanya. Ahhh kenapalah aku ni pegecut sangat? Susah sangat ke nak sebut perkataan itu? Hurm.


Aku berjalan menyusuri kawasan perumahanku... Dalam perjalanan hendak ke sekolah seseorang menengurku. 
"Woo Hyun!" jerit seseorang membuatkan aku memaling ke arah suara itu. Tangan orang itu melambai-lambai ke arahku. Dia berlari ke arahku dengan begitu laju sekali sambil tersenyum mesra melihatku.


"Kau jalan kaki hari ni?" tanyaku perlahan kepada orang yang memanggil namaku tadi.


"Ha,a basikal aku rosak. Haha." jawab Sungjong sambil berjalan beriringan denganku. 


Kami berjalan dalam suasana yang agak ceria kerana Sungjong sememangnya ceria pada waktu pagi. Tanpa dia yang selalu menemaniku pasti hidup ini bosan. Ahh


Tak lupa juga kepada ibuku yang teramat aku sayangi itu. Aku jalan sambil menunduk membuatkan Sungjong menepuk bahuku perlahan. 


"Kau kenapa?" tanya Sungjong sambil mengerutkan dahinya.


"Nothing." jawabku ringkas. 


"Jangan mengelamun sangat nanti kena langgar, kereta banyak ni." kata Sungjong membuatkan aku mengangguk sedikit membenarkan kata-katanya itu.


Dalam perjalanan yang semakin panjang itu, Hoya rakan mulut becokku mula menghampiri kami. Ternyata dia pun hari ini berjalan kaki seperti aku dan Sungjong.


"Yo..." Sungjong dan Hoya membuat high five. Beg yang aku pakai hanya disilangkan di bahuku. Tanganku kedua-duanya di bawa masuk ke dalam kocek seluar sekolahku.


"Yo." Hoya menyapaku dan aku hanya mengukirkan senyuman atas sapaan itu.


Hoya dan Sungjong sibuk berbual tentang Infinite iaitu group band yang dianggotai oleh aku dan 2 orang rakanku ini serta 4 orang lagi yang di mana kami mempunyai minat yang sama. Walaupun sudah sampai di hadapan sekolah kedua-dua mereka masih belum habis berbual.

 

 

 

 

 

 

 

♥♥♥

 

 

 

 

 

 

 

Masuk saja dalam kawasan sekolah , kami terus menuju ke kelas.

 


Sewaktu di kelas, rakan di sebelahku Sungjong bertanyakan soalan. Selepas habis melayan group Infinite yang berada di belakang kelas kami.


"Woo Hyun..." panggilnya membuatkan aku menoleh sekilas.


"Ada apa?" aku bertanya lalu mataku kembali tertumpu kepada lirik lagu yang sedang berada di gengamanku. Lirik lagu yang aku terpaksa hafal untuk pertandingan peringkat negeri di Seoul nanti, bukan aku sahaja malah pertandingan itu diadakan group by group. Disebabkan Infinite masuk aku pun terpaksa join sekaki.


"Esok hari jadi adik aku, kau nak ikut kami pergi beli hadiah tak?" tanya Sungjong kepadaku. 


"Erk, boleh juga." jawabku...


"Eh! Lepas tu kami nak pergi cafe, haha aku nak kenalkan kau dengan satu awek ni." kata Sungjong membuatkan aku sedikit gugup. Aku tak biasa dengan mana-mana perempuan sebelum ini. Bukan aku tak suka perempuan tapi aku cuma tak suka bersosial sangat. 


Aku tak tahu kenapa Infinite suka, bersuka-ria dengan perempuan dan akhirnya tinggalkan mereka begitu saja. Tahulah ada rupa. Eh! Nak kata ada rupa aku pun ada. Disebabkan kami selalu masuk pertandingan dan menang banyak anugerah ramai yeoja tergila-gilakan kami termasuk akulah tu tapi aku tak suka semua tu so ramai gelar aku si dingin hati batu.

 
Yela, perempuan ajak keluar date berkali-kali aku tolak. Mungkin hati aku belum terbuka lagi selepas dikhianati.
Setiap kali mereka ajak aku keluar pada waktu malam, aku terus meletakkan tanda noktah. Aku tak mahu ikut. Bukan apa malaslah ikut menyesakkan nafas je. Kalau pergi tempat-tempat berfaedah tak apa juga ini tempat yang aih susahlah aku nak terang.


"Cafe? Perempuan?... Siapa?" Tanyaku, saja mahu mengetahui apa yang Infinite rancangkan untuk aku? Siap nak bawa jumpa perempuan segala. Nak aturkan temu janji untuk aku ke apa?


"Alah, nanti dekat cafe tu kau tahulah." jawab Sungjong.


"Kalau mengarut sangat aku balik je tak tunggu." jawabku tegas.


"Relax, kau pasti sukakannya." jerit Dongwoo yang dari tadi mendengar perbualan aku dengan Sungjong. Telinga lintah betul!

 

 

 

 

 

 

 

♥♥♥

 

 

 

 

 

 

 

 

Petang menjelang tiba, sekolah telah pun menutup tirainya pada hari itu. Aku dan Infinite seperti yang dijanjikan mahu meninggalkan kawasan sekolah secepat yang mungkin menuju ke kedai hadiah. 


Sampai saja di kedai hadiah pilihan mereka, aku hanya tercegat di luar. Malas hendak masuk ke dalam kedai tersebut. 
"Wei, Woo Hyun!" panggil Hoya apabila mereka semua hanya melihat aku jadi pak guard di pintu masuk kedai. "Apasal kau tak masuk?" tanya Hoya sewaktu aku memaling ke arahnya.


"Malaslah..." jawabku ringkas


 "Ah! Kau ni semua malas, apa yang rajin pun aku tak tahulah." kata Dongwoo pula. 


Sungjong menghampiriku. "Kau tak nak beli apa-apa ke?" tanya Sungjong.


"Tak payah tanya dia, kalau tanya pun bukan nak beli jawapan dia bagi mesti malas punya." kata Myungsoo pula. 


"Tak apalah, lagipun aku mungkin tak dapat datang birthday party adik kau tu." jawabku lembut. Mulut dia orang ni semua tak ada insurans agaknya. Asyik main pakai lepas dah macam mulut perempuan je.


"Okaylah kalau macam tu." jawab Sungjong lalu kembali ke rak-rak hadiah. Aku bosan menunggu jadi aku jadi seorang pemerhati yang bertamadun ketika itu. 


Dalam pada aku memerhati sekeliling aku terlihat sesusuk tubuh seseorang yang sangat aku kenali. Nampaknya orang yang aku kenali itu sedang mabuk. Ahhh tak habis-habis minum arak. Sudahlah kaki perempuan benci plus meluat aku tengok dia. Aku menjeling tajam ke arahnya. 


Perlahan-lahan dia menghampiriku dengan seorang perempuan di sebelahnya. "Hah, kau buat apa dekat sini?" tanyanya. Ternyata dia kenal aku lagi? Aku ingat lepas mabuk muka aku pun dah tak ingat dah macam mana rupa bentuknya.


"Kau..." baru saja mahu menyambung ayatnya dia telah muntah di tepi longkang mengeluarkan segala isi perutnya. Kebetulan kawan-kawan aku sudah selesai membeli jadi aku segera meminta mereka pergi dari situ. Aku tidak suka tunggu lama lagi. Aku tidak suka melihat lelaki itu. Nasiblah kawan-kawanku tidak kenali lelaki itu. Jika tidak sudah pasti banyak soalan yang mereka ajukan kepadaku.

 

 

 

 

 

 

 

 

♥♥♥

 

 

 

Please Subscribe to read the full chapter

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Amalina95
#1
Chapter 1: "thumb up"' hihihii
nursyamimivip
#2
Chapter 1: oh god, cerita ni sedih. sebab sama macam apa yang saya lalui. saya tak penah cakap dekat mak saya perkataan tu walaupun sekali. saya.. taktahu nak cakap macam mana. tapi cerita awak sedih sangat. saya menangis masa dengar lagu awak.
BaeBacon__L #3
Chapter 1: congrate!! you make me crying
sayhershe
#4
Chapter 1: Saya tersentuhlah yana... saya pon jarang2 ckp y saya sayangkan my emak.entah kenapa tapi mulut ni berat sangat.tapi saya cuba ekspresikannya dengan mendengar kata2 dia even saya ni boleh tahanlah tahap 'ketegaq' orangnya.huh..bila kita sibuk sayang orang lain kita terlupa ada org y lagi penting utk disayang.our parent. Keep up the good work!!
KyoRyy_Greeniez
#5
Chapter 1: Awak berjaya membuatkan saya menangis.Sebenarnya,saya pun tak pernah mengatakan yang saya sayang mak saya.Dont know why.BTW,good luck!
thelucidream
#6
Chapter 1: Apa yang akak boleh kata, cerita ni gempak! *double thumbs up* first time dengar lagu tu, serius sebak.
Hundotlove
#7
Chapter 1: Best kak yana //toes up//
uwaa ianya amat menyedihkan apabila woohyun tidak sempat untuk meluahkan apa yang dia ingin ungkapkan kepada ibunya dan woohyun mungkin kinda regret yang dia tak sempat untuk luahkan kepada mak dia..
dan lagu infinite-mom ni memang suitable with this fanfic dan saya setuju setiap bait-bait lirik dia memang menusuk kalbu.. T_T
btw kak yana good luck untuk contest ni yer hehe ^^
Anisazmiey #8
Chapter 1: Adalah satu video ni kat youtube pasal k-idol termasuk infinite.Soundtrack dia 'Mom'...memang menitis air mata beb. Hehe,lagu mom jjang! tapi cerita ni agak sama seperti saya.Saya sampai sekarang tak pernah katakan yang saya sayang mak saya.TvT.Don't know why..Tell me why..-Suju Evanesce-hurmm~Love ur story!
nnabihah #9
Chapter 1: *THUMBS UP*