Once Upon A Night
Description
Kyungsoo kebiasannya bangun pada setiap pagi, bertemankan bunyi burung peliharaan jirannya yang menyakitkan telinga, dan dia akan menekup mukanya dengan bantal sebelum akhirnya bangun lalu mencapai tuala birunya.
Tetapi tidak pada hari itu.
Bukan itu yang terjadi.
Saat matanya terbuka, dia tidak berada dalam biliknya dan dia sendiri tidak pasti sama ada ketika itu pagi, petang atau malam.
Dan pada hari itu juga, roh Kyungsoo terbangun daripada jasadnya.
Dia sudah mati.
Bagaimana dia mati? Mengapa?
Dan persoalan utama, siapa pembunuhnya?
++++++
Jika ada sesuatu yang perlu dicemburui, orang akan mencemburui persahabatan antara Kyungsoo, Jongdae & Baekhyun. Mereka ibarat kembar tiga yang dilahirkan daripada rahim yang berbeza. Tak pernah mereka menduga, persahabatan tiga sekawan itu akan mula goyah.
++++++
Do Kyungsoo. Anak tunggal kepada pasangan Do yang menetap di Seoul. Dia seorang yang pendiam dan lebih suka memerhati. Selain Baekhyun & Jongdae, dia juga berkawan baik dengan Kim Junmyeon. Dia menaruh hati terhadap Dasom, rakan Kelab Lakonan. Walaubagaimanapun, dia tidak pernah meluahkan perasaannnya kerana Kim Junmyeon turut menyukai Dasom.
Kim Jongdae. Seorang yang gila-gila dan tidak tahu diam. Dia mempunyai seorang adik yang bernama Kim Jongin, adiknya telah meninggal dunia tiga tahun yang lepas akibat kemalangan jalan raya. Kini dia tinggal di rumah sewanya seorang diri, memandangkan ibubapanya juga telah lama meninggal dunia.
Byun Baekhyun. Dia adalah yang paling nakal dan lebih gila-gila berbanding Jongdae. Dia menyewa di rumah sebuah keluarga untuk memudahkan dia ke kolej.
Park Chanyeol. Dia merupakan seorang pelayan di bar tepi jalan, tempat di mana Baekhyun, Jongdae & Kyungsoo selalu melepak. Mungkin kerana dia sebaya dengan tiga sekawan itu, dia agak mesra dengan mereka.
Kim Junmyeon. Anak kepada hartawan Kim ini merupakan kawan baik Kyungsoo yang turut menyukai Dasom.
Lain2: Dasom, Bora, Hyorin & Soyou.
©angelily95
Comments