.02

Not Strangers

“Oh?”
“Oh?”

 

Kedua-duanya terpaku di tempat masing-masing, terpisah dengan ajrak beberapa kaki saja. Mereka memandang wajah masing-masing, jelas sekali kedua-duannya tidak menyangka pertemuan ini. Junhong bersama rakan-rakannya, menari di jalanan Hongdae yang meriah; Yerin pula kelihatan seperti kebanyakan orang yang lalu-lalang dengan pakaian tebalnya.

 

“Siapa tu?” Salah seorang teman Junhong bertanya, menyinggul lengan Junhong. Minda Junhong kaku seketika dalam mencari jawapan.

 

Mereka berdua ni macam mana sebenarnya?

 

Secara praktikal, mereka orang asing.

 

Secara teknikal, mereka sekeluarga.

 

Macam senang saja bunyinya untuk jadi adik-beradik, jadi keluarga. Keluarga tu apa? Adakah sekadar memiliki darah yang sama mengalir dalam tubuh mereka dah dikira keluarga?

 

Junhong mengabaikan soalan rakannya lalu berlari ke arah Yerin.

 

Yerin tersenyum. Junhong agak terperanjat melihat senyuman tersebut, namun dia pantas membalasnya dengan sekuntum sneyuman juga.

 

“Buat apa kat sini?” Yerin memulakan perbualan. Yerin tampak lain daripada kali terakhir Junhong melihatnya, iaitu waktu Junhong menemaninya pulang ke rumah selepas makan malam bersama seluruh ahli keluarga buat pertama kali. Yerin masih kelihatan lemah lembut seperti waktu itu, namun lebih positif.

 

“Saya dengan member. Saya pernah gitau akak tak yang saya suka menari?”

 

Yerin menggelengkan kepala. Pandangannye berligar di sekitar kumpulan anak-anak muda yang Junhong tunjukkan kepadanya. Yerin nampak berminat dengan aktiviti mereka.

 

“Akak pulak?”

 

“Hm?” Yerin mengembalikan pandangannya pada Junhong.

 

“Kenapa akak ada kat sini? Hari dah lewat.”

 

“Oh, akak baru balik dari kerja part time.”

 

Junhong mengangguk. “Eh, erm, akak nak tengok kitorang practice? Nanti saya teman akak balik rumah. Latihan kitorang pun dah nak habis dah.”

 

“Okey.”

 

Rasa macam kawan. Junhong memutuskan buat masa ini, mereka berdua adalah kawan.

 

-

 

Hari biasa. Junhong pulang awal pada hari tersebut. Dia terkejut apabila melihat Yerin di rumahnya, duduk di ruang tamu bersama ayahnya. Ayah mereka.

 

Suasana tegang.

 

Junhong tertanya-tanya apa yang sedang terjadi. Yerin sudah beberapa kali datang untuk makan malam bersama. Setiap kali Yerin datang, ibu Junhong pasti berpesan supaya pulang awal. Namun tidak pula hari ini.

 

“Semuanya demi kebaikan kamu.”

 

“Siapa ayah untuk tentukan apa yang terbaik buat Yerin?” Yerin melawan. Nadanya masih lembut walaupun Junhong tahu Yeirn sedang menahan marah. Junhong perasan jemari Yerin yang digenggam erat dalam buku lima kecilnya, terletak di pangkuannya dan menggeletar. Junhong masih muda, tapi dia bukan bodoh. Junhong dapat mengagak situasi tersebut.

 

“Arwah ibu kamu pun tentu-”

 

“Jangan cakap pasal arwah macam ayah kenal dia sangat.”

 

Junhong tahu bahawa ibu bapanya sudah lama berniat mahu Yerin duduk bersama di rumah ini. Yerin sudah lama duduk di asrama kampus, bekerja sambilan untuk membayar sisa perbelanjaannya yang tak dapat ditampung wang biasiswanya. Berpindah ke rumah ini bukan masalahnya. Masalahnya ialah orang tua. Junhong masak benar perangai ayahnya. Pastinya lelaki tersebut telah mengatakan sesuatu yang menyinggung perasaan Yerin.

 

“Yerin, aku ni ayah kamu! Ayah tahulah-”

 

“Tak, ayah tak tahu!” Yerin berdiri. “Ayah tak tahu apa-apa pasal arwah mak. Ayah tak tahu apa-apa pasal kami. Hidup kami susah, tapi kami bahagia. Jangan cakap seolah-olah hidup Yerin susah disebabkan arwah mak! Yerin tak nak duduk sebumbung dengan orang yang fikir macam tu pasal arwah mak!”

 

Yerin meluru keluar. Dia terhenti apabila bertembung dengan Junhong di muka pintu. Junhong melihat ke dalam mata Yerin, namun tak mampu untuk berkata apa-apa. Yerin kelihatan serba-salah. Gadis itu cepat-cepat memandang ke tempat lain kemudian terus pergi. Junhong terkaku di tempatnya.

 

Junhong dapat melihat derita di dalam mata Yerin. Junhong rasa serba tak kena. Junhong masih tak begitu mengenali Yerin, terasa seperti sahabat jauh, namun Junhong turut terluka.

 

Mereka berdua baru mengenali diri masing-masing selama sebulan, namun Junhong memahami Yerin. Dia dapat menyelami perasaan gadis itu. Malah, Junhong  sudah pun berasa rapat dengan Yerin.

 

Setiap nafasnya semakin berat. Dadanya terasa sesak dan hangat. Junhong semakin marah. Anak muda itu mendongak, merenung keras bapanya agar orang tua itu sedar bahawa Junhong benci dengan apa yang terjadi. Andainya dia hilang sabar, pastinya Junhong sudah menaikkan suara pada bapanya kerana melukai Yerin. Kerana melukai anak-anaknya dan tidak pernah memohon maaf untuk itu.

 

“Kenapa pandang ayah kamu macam tu?” Suara bapanya meninggi.

 

Junhong tidak suka dimarahi bapanya, tapi dia tidak takut. Malah, pada ketika itu, ayahnya tidak penting lagi buat Junhong.

 

Junhong berlari mengejar kakaknya, namun langkahnya tidak membenarkan dia pergi jauh. Junhong sekadar memerhati bahu Yerin yang jatuh menjadi semakin kecil tatkala dia semakin jauh. Junhong mahu mencapai gadis etrsebut, mahu menemaninya supaya gadis itu tidak bersendirian. Namun, Junhong takut. Takut yang dia sekadar menambah luka yang sedia ada. Lagipun, kewujudan Junhong merupakan sebahagian daripada punca ayahnya meninggalkan Yerin dahulu.

 

-

 

11.35 p.m.

Ruamh Yerin.

 

Yerin membuka pintu sebaik saja terdengar loceng ditekan. Dia tidak terkejut melihat Junhong di muka pintu, tersenyum janggal. Yerin tidak menyangka kedatangan Junhong, namun kehadirannya dialukan.

 

Yerin tersenyum, mencuba untuk menghilangkan rasa janggal selepas apa yang terjadi petang tadi.

 

“Kak… Akak dah makan?” Soal Junhong.

 

Yerin menggelengkan kepalanya lalu terlihat bungkusan makanan di tangan Junhong. “Junhong beli untuk akak ke?”

 

“Ah, erm, ha’ah…”

 

“Masuklah.”

 

Dia merupakan anak perempuan kepada ibu tunggal.

Dia lebih banyak menghabiskan masa sendirian kerana ibunya sibuk bekerja.

Ibunya sering jatuh sakit pula tu, Junhong dapat membayangkan betapa banyaknya perbelanjaan yang diperuntukkan untuk rawatannya.

Apabila dia melihat pergelangan tangan Yerin yang kurus dan bibir Yerin yang pucat, Junhong fikir gadis ini pastinya kekurangan banyak zat makanan.

Mereka makan malam bersama-sama di ruang tamu.

 

“Kitorang selalu makan di ruang tamu,” beritahu Yerin, merujuk kepada dirinya dan arwah ibunya. “Bila arwah mak masuk hospital, akak selalu duduk di hospital juga, Akak study, makan dan tidur kat sana. Akak tak pernah rasa sunyi, sebab akak sentiasa ada ibu akak.”

 

Junhong tidak tahu apa yang harus diperkatakan. Yerin bercerita seolah-olah segalanya perkara yang baik. Andainya Junhong jadi kakanya, tentu dia benci. Dia benci jika ibunya jatuh sakit, benci menghabiskan masa di hospital. Tapi Yerin kelihatan biasa-biasa saja.

 

“Junhong.”

 

“Ya?”

 

“Mesti Junhong selalu rasa sunyi, kan?”

 

Junhong tertawa palsu. “Ala, dulu-dulu iyalah. Sekarang dah tak kisah dah.”

 

Sebelum dia menjadi anak perempuan kepada seorang ibu tunggal, dia merupakan anak perempuan dalam sebuah keluarga yang sempurna. Ibunya penyayang dan bapanya memnajakan dia.

 

“Saya kecil sangat, tak ingat pun.”

 

Dia menipu, Yerin tahu. Junhong pastinya sering kesunyian, tak mungkin dia dapat melupakan kesakitan yang sedemikian.

 

“Ibu selalu tak ada, kerja. Saya banyak habiskan masa dengan kawan-kawan.”

 

“Ayah selalu tak lawat Junhong?”

 

“Tak selalu. Kadang-kadang je. Saya ingat lagi janji-janji dia. Dia kata nak bawa saya pergi theme park, macam-macamlah, tapi, setiap kali ayah janji, mesti dia dah tak ada keesokan harinya. Dia selalu hilang berbulan-bulan lamanya sebelum kitorang berjumpa semula.”

 

Junhong tertawa kecil, tawar. “Tiba-tiba ayah tinggal dengan kami semua. Saya tak tahu yang dia tinggalkan akak dnegan ibu akak.”

 

Yerin tersenyum. Pandangannya lembut, seolah-olah memberitahu Junhong bahawa itu bukan salah dia.

 

“Masa tu, Junhong happy tak?”

 

“Tak berapalah. Saya tak berapa ingat pun waktu saya happy. Ayah dengan mak dulu selalu bergaduh. Saya selalu main dengan kawan-kawan. Takdelah sunyi sangat. Happy je.” Junhong tersneyum.

 

Sukar untuk memaafkan.

Terutamanya apabila si pelaku salah tak pernah memohon kemaafan.

Mereka berdua menyangka bahawa mereka gembira, namun hati tidak boleh menipu perasaan. Jauh di sudut hati, mereka sunyi dan terluka. Antara mereka bredua tak banyak bezanya. Mereka adalah mangsa kepada orang dewasa.

 

Keadaan lebih baik bagi Junhong sekarang, dan semestinya akan bertambah baik untuk Yerin juga. Keadaan lebih baik sekarang kerana orang-orang dewasa meneruskan hidup. Mereka meneruskan hidup dengan tanggapan bahawa anak-anak juga begitu. Anak-anak tersebut dibiarkan sendiri, memujuk hati.

 

Keadaan sudah elok kini. Pada permukaannya.

 

“Awak ada girlfriend?” Soal Yerin. Masa untuk mengubah tajuk.

 

Junhong tiba-tiba tersipu-sipu. Dia menundukkan wajahnya, tesenyum malu. “Ada. Beberapa hari lagi dah masuk hari keseratus.”

 

“Ada gambar dia tak? Boleh akak tengok?”

 

Junhong menunjukkan telefon bimbtinya. Ada gambar dia bersama teman wanitanya sebagai wallpaper.

 

“Oh,” Yerin mengusik, “comelnya.”

 

Junhong menggigit bibir bawahnya, pipinya semakin merah. “Akak pulak camne?”

 

“Akak? Akak sibuk sangat study untuk dapatkan biasiswa. Tak pernah ada lelaki ajak akak date. Agaknya akak wujud pun diorang tak perasan.”

 

“Eh, saya boleh kenalkan akak kat kawan-kawan saya.”

 

“Diorang suka ke perempuan yang kuat study?”

 

“Eh, diorang tak kisah, jajnji perempuan.

 

Yerin tertawa besar.

 

Mereka tak sunyi lagi. Mereka bukan orang asing lagi. Mereka ada masing-masing sekarang.

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
MissLola97
#1
Chapter 3: saya nk ada adik beradik macm ni~~