.01

Not Strangers

Tak ramai tetamu yang memenuhi dewan kecil tersebut, namun semuanya kenalan yang rapat bagai saudara Yerin sendiri. Nenek sebelah rumah yang pernah jaga Yerin masa kecil-kecil dahulu, pelanggan setia gerai makanan mendiang ibu Yerin, malah beberapa rakan ibu Yerin yang dikenali sepanjang dia menetap di hospital dan beberapa rakan dari tempat kerja Yerin sendiri. Masing-masing berpakaian serba hitam dan menuturkan kata-kata pujukan lembut. Bunyi esakan yang samar-samar memenuhi ruang dewan, mewarnai suasana dengan warna kelabu.

 

Begitulah dalam pandangan Yerin sekarang.

 

Pukul empat tepat pagi tadi, bonda kesayangan Yerin menghembuskan nafasnya yang terakhir setelah sepuluh tahun bertarung dengan kanser payudara. Tidak ada apa-apa lagi yang Yerin mampu lakukan, walaupun ibunya merupakan satu-satunya ahli keluarga Yerin yang tinggal di dunia ini. Dahulu, mereka berdua mengharungi segalanya berdua sahaja, namun kini, apabila tinggal sebatang kara, Yerin hilang punca. Kata-kata semangat yang dihulurkan tetamu-tetamu dalam majlis pengebumian itu tidak tersentuh ke jiwa kerana sebahagian besarnya kini hilang bersama pemergian ibunya, melilau tanpa arah tujuan, kehilangan tempat berlindung. Tamparan besar ini membuatkan Yerin rasa bagai nak gila, namun dia tidak pula meraung atau meratap. Sebaliknya, Yerin tampak tenang sepanjang majlis. Senyuman tawar tidak pernah hilang daripada wajahnya yang pucat dan letih demi meyakinkan para tetamu bahawa dia tak apa-apa.

 

Yerin lega segalanya berjalan lancar. Tetamu tidaklah terlalu ramai, kerja pun tidak banyak. Salah seorang tetamu datang kepada Yerin dan memberikan gadis tersebut pelukan yang erat. Wanita tersebut menepuk lembut belakang Yerin sambil menangis dan berpesan kepada Yerin agar terus tabah. Yerin sekadar tersenyum tawar dan menganggukkan kepala. Apabila Yerin mendongak semula, dia terlihat wajah yang dikenali di pintu masuk. Seorang lelaki dalam usia lewat empat-puluhan masuk berama seorang wanita yang tak dikenali di sisinya. Yerin dapat meneka bahawa wanita tersebut pastinya isteri lelaki itu dari cara mereka berjalan bersama dengan rapat. Sudah tentu mereka datang untuk memberikan penghormatan kepada mendiang ibu Yerin, namun kenapa? Kenapa perlu ambil peduli? Seingat Yerin, kali terakhir dia bertemu ayahnya ialah sepuluh tahun yang lepas.

 

Entah dia ingat atau tidak wajah anak perempuannya sendiri.

 

-

 

“Choi Junhong!”

 

Berkerut wajah Junhong mendengar suara nyaring ibunya. Senyap-senyap, Junhong mengerling ke arah jam dinding, 7.30 petang. Dia telah lewat tiga puluh minit untuk makan malam. Tak sengaja. Tapi, mungkin juga sengaja.

 

Junhong meninjau meja makan. Ada seorang gadis sedang bangkit dari kerusinya. Juadah yang terhidang di hadapannya masih tak bersentuh. Dia seperti ingin beredar, namun kehadiran Junhong yang lewat seperti membantutkan niat gadis tersebut.

 

Katanya, gadis itu tiga tahun lebih tua dai Junhong; yang itu Junghong tahu. Namanya Choi Yerin. Yerin merupakan kakak kandung lain emak yang kewujudannya baru saja diketahui Junhong dua hari lepas. Hari kematian ibu gadis tersebut.

 

Junhong tahu bahawa ibu bapanya menjemput Yerin untuk makan malam hari ini. Sepanjang hari dia mempertimbangkan sama ada pulang ke rumah awal atau abaikan saja makan malam di rumah. Pastinya suasana akan janggal. Sekarang pun Junhong dapat melihat derita di mata gadis tersebut. Entah kenapa, Junhong seolah dapat merasai kesakitan gadis itu, Junhong rasa tak senang semacam.

 

Junhong segera duduk di hadapan Yerin. “Maaf, Junhong lewat, tak ingat pasal dinner ni, sumpah!” beritahu Junhong. Ibu Junhong mengerutkan kening. Bibirnya terbuka, sedia untuk membebel. Junhong cepat-cepat memotong.

 

“Akak ni mesti akak saya yang lain mak tu, Choi Yerin. Saya Choi Junhong.” Junhong pantas mengalihkan pandangannya dari mata Yerin kemudian menarik mangkuk nasi dekat kearah dirinya. Junhong sudah bersedia untuk makan namun kaku semula apabila menyedari renungan tajam ibunya. Junhong meletakkan semula chopstick ke atas meja. Junhong memandang ayahnya yang ingin menyatakan sesuatu.

 

“Semua orang dah ada kat sini sekarang. Apa kata Yerin duduk, dan kita makan sama-sama. Kita cuba, perlahan-lahan, okay?” Suaranya lembut, memujuk. Jelas sekali dia tujukan kata-kata tersebut untuk Yerin.

 

Yerin sememangnya dari dahulu seorang yang lembut hati, malah agak sensitif. Apabila orang tua meminta dengan lembut, Yerin tak mampu menolak.

 

 

 

“Eh, saya tau mesti akak tak selesa... Tapi akak boleh cakap apa-apa je dengan saya tau?” ujar Junhong dalam perjalanan.

 

Yerin berdegil untuk pulang juga ke rumahnya malam itu kerana perlu berkemas sebelum pulang ke asrama kampus esok. Ayahnya menyuruh Junhong menemani Yerin pulang. Junhong merungut dalam senyap, namun akur dengan arahan ayahnya.

 

“‘Kay,” balas Yerin. Suaranya kedengaran tawar. Separuh hati.

 

Junhong mengangguk, puas hati apabila mesejnya sampai dengan jelas. Namun, Yerin masih mendiamkan diri. Mungkin dia tak ada apa-apa untuk diperkatakan. Mungkin dia benci Junhong.

 

“So... Tak nak cakap apa-apa ke? Saya pun tak pandai berbual sangat,” Junhong memberitahu.

 

“Tak ada apa-apa buat masa ni.”

 

“Hm...” Juhong menggumam. Junhong jenis yang tak senang duduk apabila perbualan teputus. Dia mencapai iPodnya dan menyumbat telinga dengan earphone. Kepalanya mula mengangguk-angguk sebaik saja dia menekan butang ‘play’. Tak lama kemudian, bibirnya menyanyi mengikut lagu-lagu dalam playlist.

Yerin nampak kurang senang. Gadis itu mengeluh lalu memalingkan wajahnya dari Junhong. Junhong menyedari perkara tersebut lalu menanggalkan salah satu earphone.

 

“Akak suka dengar lagu apa akhir-akhir ni?” Junhong memulakan perbualan sekali lagi.

 

“Akak tak follow sangat lagu-lagu baru.”

 

“Apa lagu yang akak suka?”

 

“Akak sibuk study dan jaga arwah amk. Jarang ada masa nak dengar lagu.”

Junhong menggigit bibir bawahnya. “Sorry.”

 

Yerin mengangguk kecil.

 

“Ha, apa kata akak dengar lagu ni? Best, saya-” Junhong menghulurkan salah satu earphone di jarinya, namun tangannya jatuh perlahan-lahan tatkala dia menyedari yang Yerin berlinangan air mata. Sedari tadi, Yerin kelihatan tennang saja,namun tak semena-mena, air matanya bercucuran. Junhong rasa sedikit takut. Adakah dia telah melukai gadis tersebut? Junhong hanya mahu berbaik.

 

“Untuk pengetahuan awak, akak baru je kehilangan ibu akak. Bagi akak, dialah satu-satunya keluarga yang akak ada dalam dunia ni. Boleh tak awak... tinggalkan je akak sendiri?” pinta Yerin, merayu, mungkin. Suaranya hambar, tak berjiwa.

 

Junhong tak mampu berkata-kata lagi. Dia sekadar menemani Yerin dari belakang hinggalah tiba ke rumah gadis tersebut.

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
MissLola97
#1
Chapter 3: saya nk ada adik beradik macm ni~~